Huruf hijaiyah memiliki cara membacanya sendiri. Walaupun kedengarannya mirip, namun bisa jadi cara membacanya berbeda.
Sifat Huruf Al Qur'an - Sobat Onliner, Tahu tidak ternyata pada rangkaian huruf-huruf yang terdapat pada al Qur'an itu mempunyai sifat-sifat tersendiri. Nah, sifat-sifat inilah yang membuat bacaan yang sobat semuanya baca itu menjadi indah dan sangat menyentuh saat dibaca dan didengarkan. Mau tahu apa saja sifat-sifat huruf dalam Al Qur'an itu? Ayo telusuri lebih lanjut.
Hams
Hams (Arab: همس) dari segi bahasa bermaksud menyembunyikan; cara menyebutnya ialah dengan menyembunyikan huruf dan melarikan nafas bersamanya. Terdapat sepuluh huruf dalam al Qur'an yang bersifat hams dan dikelompokkan dalam lafaz (فَحَثُّهُ شَخْصٌ سَكَتْ), iaitu fā' (ف), ḥā' (ح), thā' (ث), hā' (ه), syīn (ش), khā' (خ), sīn (س), kāf (ك), dan tā' (ت).
Ilustrasi: Sifat Huruf Al Qur'an |
Sifat Huruf Al Qur'an
Jahr
Jahr (Arab: جهر) dari segi bahasa bermaksud terang dan nyata; cara menyebutnya ialah dengan menerangkan huruf dan menahan nafas bersamanya. Huruf-hurufnya ialah 19 huruf yang berbaki dari huruf-huruf hams. Bedanya sifat hams dengan sifat jahr ialah huruf hams disebut dengan melarikan nafas, sedangkan huruf jahr disebut dengan menahan nafas.
Syiddah
Syiddah (Arab: شدة) dari segi bahasa bermaksut kuat; cara menyebutnya ialah dengan menguatkan huruf dan menahan suara ketika menyebutnya. Terdapat lapn huruf yang bersifat syiddah dan dikelompokkan dalam lafaz (أَجِدْ قَطٍ بَكَتْ), iaitu hamzah (ء), jīm (ج), dāl (د), qāf (ق), ṭā' (ط), bā' (ب), kāf (ك), dan tā' (ت).
Rakhawah
Rakhawah (الرخاوة) bermaksud lembut; ia disebut dengan membunyikan suara. Huruf-huruf rakhawah ialah 15 yang berbaki dari huruf-huruf syiddah dan tawasut.
Tawasut
Tawasut dari segi bahasa bermaksud pertengahan; dari segi istilah bermaksud pertengahan suara.
Isti'la'
Isti'la' (الإستــعلاء) bermaksud mengangkat atau meninggi. Cara menyebutnya ialah dengan mengangkat lidah hingga ke langit-langit. Huruf-huruf isti'la' ada tujuh, dan dikelompokkan dalam lafaz خُصَّ ضَغْطٍ قِظْ (trans: khuṣṣa ḍaghṭin qiẓ), iaitu kha' (خ), ṣad (ص), ḍad (ض), ghayn (غ), ṭa' (ط), qaf (ق), dan za' (ظ).
Baca juga: Memperoleh Rahmat