Ahad, 30 September 2012
Bersama Aisyah 1 Okt 2012 di DUN Paroi
CERAMAH PERDANA
Bersama : Aisyah (artis/penyanyi), Siti
Fareedah, YB Taufek dan Ustaz Kamaruddin Sidek
Tarikh : 1 Okt 2012, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : No 537, Taman Seri Pagi,
Senawang (berhampiran padang sebelah Sekolah Tmn Seri Pagi)
Maklumat lanjut sila hubungi Hj Fisol
019-3440826
Khamis, 27 September 2012
MAJLIS BACAAN HADIS SOHIH MUSLIM
Bersama Sheikh Samir Al Nash dan Sheikh Firas Salu
Di Madrasah Islamiah Haji Ibrahim
Kampung Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan
Tarikh : 11 -19 Nov 2012
Majlis ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat, lelaki
dan wanita, terhad kepada 300 peserta sahaja,pengajian sepenuhnya dalam Bahasa Arab,boleh
menginap di madrasah atau berulang alik ke rumah atau hotel berhampiran untuk
lebih selesa.
Jadual Pengajian :
Sesi 1 : 6.30 pagi-8.30 pagi ,
Sesi 2 : 10.30 pagi- 1 tengahari,
Sesi 3 : 5 petang - 7 malam,
Sesi 4 : 9 malam – 11 malam,
Yuran penyertaan RM 200, selama 9 hari, makanan dan
penginapan disediakan
Kitab Sohih Muslim lengkap untuk ditempah RM110 satu set (Jami’
Tirmizi pun boleh didapatkan dengan harga yang sama)
Untuk penyertaan, sila hubungi :
Ustaz Haji Mohd Khairuddin bin Haji Yusoff 012-3752240
Saudara Mohd Faizal bin Abdullah 013-2300595
Saudara Ismail bin Osman 013-6055875
Faks : 06-6858468
NO AKAUN CIMB ISLAMIC
MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM
0501-0000157-10-5
MAJLIS PERIWAYATAN DAN PENGIJAZAHAN SANAD HADIS-HADIS SOHIH
MUSLIM SERTA SYARAHAN HADIS PILIHAN
Ikutilah Pengajian Jami’ Tirmizi bersama Sheikh di Pondok Tuan
Guru Haji Abdul Raof, Repah, Tampin pada 20 November 2012 hingga 30 November
2012
Rabu, 26 September 2012
Tawaran Sertai Ibadah Korban DUN Paroi 1433 H
PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1433 H
Tahun 2012, Tahun ke 5
Objektif Program
- Mengagihkan bahagian korban kepada golongan yang layak
serta memerlukan
- Korban akan dilakukan di 5 lokasi sekitar DUN Paroi
- Sasaran agihan, 1000 keluarga yang memerlukan
1 bahagian RM 400 (lembu)
Maklumat lanjut sila hubungi : Hj Fisol 019-3440826 , Sdr
Hassan 019-2171942
Bayaran atau sumbangan boleh dibuat secara tunai atau cek
melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Bank Islam Malaysia
Bhd (BIMB)
Anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi , Negeri Sembilan
Selasa, 25 September 2012
Mayat disangka tempayan
25 September 2012
REMBAU – “Walaupun hari hampir gelap, saya nekad meninjau
dari tingkap di bahagian dapur rumah jiran saya dengan bantuan lampu picit dan
selepas itu, saya terkejut apabila ternampak sekujur kaki di atas lantai
rumah."
Demikian cerita Kamariah Abu Bakar, 47, ketika melihat mayat
jirannya di Kampung Solok Jelawai, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, Kamariah yang mulai
berasa tidak sedap hati apabila terpandang tingkap rumah jirannya, Maimon
Ismail, 70, terbuka bertindak memanggil anaknya, Nur Farahani Roslan, 12, untuk
menemaninya ke rumah jiran yang hanya berjarak kira-kira empat meter.
Menurutnya, dia yang tidak yakin dengan apa dilihatnya itu
memanggil seorang lagi jiran untuk melihat keadaan dalam rumah jirannya itu
sama ada sekujur kaki yang dilihatnya benar-benar kaki manusia susulan pada
awalnya dia menyangka sebuah tempayan.
“Baru tiga atau empat hari lepas akak datang ke rumah Wan
Mun dan berbual-bual dengannya. Akak fikir Wan Mun pergi ke rumah anak-anaknya
kerana tidak melihat kelibat Wan Mun, namun akhirnya akak menyedari tingkap di
bahagian dapur rumahnya terbuka menandakan dia berada di dalam rumah.
“Oleh itu, akak nekad juga pergi meninjau ke rumah Wan Mun
dan tidak menyangka perbualan mengenai kedua-dua belah kaki Wan Mun yang
membengkak empat hari lepas adalah perbualan terakhir kami,” katanya kepada
Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, malam
kelmarin.
Susulan kes berkenaan, sepasukan polis Ibu Pejabat Daerah
Rembau dan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri bergegas ke lokasi
kejadian bagi membantu kerja penyiasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi
Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan mengenai kejadian itu dan siasatan awal
menunjukkan tiada unsur jenayah.
"Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira tiga
hari.
“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tampin (HT)
untuk bedah siasat dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,"
katanya.
Jumaat, 21 September 2012
CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 29 Sep 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas MTD Chembong, Kg Mulia, Rembau (sebelah
Majlis Daerah Rembau)
Penceramah :
~ Dato Tamrin Ghafar
~ Wan Aisyah Wan Ariffin
~ Dr. Rosli Yaakop
~ Vincent Lee & Suryanarayanan, Dewan Himpunan Penyokong
PAS
Anjuran MTD PAS Chembong
Semua dijemput hadir
Khamis, 20 September 2012
Janji Hospital Rembau Belum Ditepati
Semakan di laman web JKR menunjukkan setakat 13 September
2012 tender kerja-kerja bangunan hospital Rembau masih belum dikeluarkan. Yang
ada hanyalah kerja-kerja tanah. Sedangkan laporan akhbar pada 7 Mac 2008,
Mohamad Hasan berkata hospital Rembau akan dibina pada tahun tersebut (2008).
Juga laporan akhbar 29 Mac 2012 Menteri Kesihatan berkata tender kerja bangunan
akan dibuka pada hujung Mei 2012.
JANJI DITEPATI
HOSPITAL RM100 JUTA BAGI PENDUDUK REMBAU
7 MAC 2008
Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan
dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang
lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan
di sini hari ini. Beliau menjelaskan dengan pembinaan hospital ini pada tahun
ini, maka ia menjadi negeri yang pertama mempunyai kemudahan hospital di setiap
daerah..
HOSPITAL DAERAH REMBAU DIBINA DALAM 2 FASA
29 MAC 2012
Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan
dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan
bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Menteri Kesihatan,
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR)
sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah dibuka
pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini. "Bagi kerja-kerja
bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei ini,".
PEMBINAAN
HOSPITAL REMBAU BERMULA
APRIL INI
25 JAN 2012
Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah
mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh
ekar di tanah industri Chembong. Menurut Menteri Besar lagi, “tender pembinaan
hospital Rembau akan di buka pada bulan April 2012 dan orang ramai tidak perlu
gusar lagi tentang isu hospital yang di bangkitkan pembangkang.”
TANAH
HOSPITAL REMBAU RM22
SEKAKI
15 MAC 2012
Berikutan itu, Kementerian Kesihatan membuat perjanjian
dengan PKNS untuk pembelian tanah berkenaan. Bagaimanapin, masalah harga tanah
pula timbul dan menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun apabila
kementerian hanya membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung PKNS
ialah RM18 sekaki. Berikutan itu, PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi
kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22
sekaki.
HOSPITAL DAERAH REMBAU DIBINA DALAM 2 FASA
29 MAC 2012
Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan
dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan
bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Hospital Daerah Rembau
akan dibina di atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong dengan kapasiti 76
katil.
Selasa, 18 September 2012
Jawatan Kosong Guru PASTI
PASTI Al-Ain di Pedas, Rembau memerlukan Guru atau Pembantu Guru (muslimah ahaja) untuk persediaan sesi pembelajaran tahun 2013.
Tempat tinggal dan makanan disediakan
Keutamaan kepada yang belum berkahwin
Mereka berminat untuk memohon, sila hubungi Pn Norwani
013-3851202 atau e-mel ke halwan9@yahoo.com
Khamis, 13 September 2012
DAURAH HADIS MUSLIM DAN SUNAN TARMIZI.
Daurah pembacaan /periwayatan kitab hadis Sahih Muslim dan kitab hadis Sunan Tarmizi
Tarikh : 10 Nov. 2012 - 30 Nov. 2012
Tempat : Madrasah
Islamiah (Pondok) Kg Bongek Acheh, Rembau selama 9 hari - untuk Sahih Muslim
kemudiannya disambung di Pondok Tampin, Jalan Kampong Padang Ragut, Repah,
Tampin selama 11 hari lagi untuk pembacaan kitab Sunan Tarmizi
Daurah akan berlangsung selama 20 hari.
Penyampaian bacaan dan periwayatan Kitab Jami’ Sahih Muslim dan Sunan Tarmizi akan
disampaikan oleh al-Allamah al-Sheikh Samir an-Nash (Ulama dari Syria)
Kepada mereka yang berminat sila pastikan kemampuan untuk
menanggung dan menerima ilmu yang akan disampaikan, sebab semua penyampaian
adalah dalam bahasa arab tiada terjemahan. Para guru, Ustaz dan Ustazah, Para penuntut ilmu menegah dan peringkat tinggi daripada Pondok , Madrasah, Sekolah Tinggi
Agama dan Universiti adalah sangat digalakkan.
Biodata Sheikh Samir al Nash.
Nama: al Alim, al Faqih, al Ushuliy, al Shufi, al Thobiib al
Haafidz al Jaami' lilqiraat, al Mutqiin
,al Sheikh, Samir Muhammad bin Mamduh bin Sharif al Nash.
Dilahirkan pada: 1955 masihi bersamaan 1375 hijrah.
Bapa beliau, adalah seorang yang Soleh, Iaitu Sheikh Mamduh
al Nash, merupakan seorang soleh yang mencintai para ulamak dan awlia, . Bapa
beliau juga sentiasa mulazamah dengan mendampingi seorang Arif billah iaitu
Sheikh Ahmad alHaruni.
Datuk beliau adalah seorang ulamak, iaitu al Sheikh Sharif
al Nash, merupakan ahli ilmu yang menimba ilmu daripada ramai kalangan Ulamak
besar , para Ahli Hadis dan Awlia dizamannya.
Kegiatan Harian Sheikh Samir Nash:
Menarik , sangat menarik, beliau seorang guru al quran
diMasjid Jamik Ibn Arabi, saban hari setiap subuh akan sentiasa ada di dalam
kelas beliau diMasjid sehingga awal waktu duha. Beliau sangat terkenal
dikalangan penuntut-penuntut bangsa arab amnya dan penuntut nusantara dan
penuntut dari negara barat khasnya yang berminat untuk meningkatkan mutu bacaan
al quran dijurusan makhraj.
Kemudian beliau akan pulang kerumah dan terus ke Klinik
beliau kerana beliau juga merangkap Doktor yang merawat sakit jasmani. Beliau
mempunyai Ijazah kedoktoran semasa belajar di Amerika , dan tentunya mahir
bertutur dalam English.
Di Klilnik beliau yang sibuk dengan merawat pesakit ,
seringkali didatangi para murid yang dahagakan ilmu, dibilik rawatan beliau itu
juga seringkali bertukar menjadi kelas pembacaan kitab.
Sering juga beliau diundang untuk mengadakan daurah-daurah
di Luar negara, antaranya di England
, Amerika dan Indonesia.
Baru-baru ini beliau telah diundang daurah membaca kitab al Itqon fi Ulumil
quran - Ilmu Ulum Quran. Beliau menghuraikannya dalam English.
Yang terakhir , sangat sangat menarik: Beliau sangat kasih
kepada Nabi s.a.w, dikhabarkan setiap
hari beliau akan mengadakan majlis bacaan Qosidah Burdah.
Isnin, 10 September 2012
Sabtu, 8 September 2012
Banyak bendera PAS diturunkan MPS di Dataran Senawang
Majlis Rumah Terbuka PAS di Negeri
Sembilan hanya akan bermula jam 11 pagi Sabtu 8 September 2012 di
Dataran Senawang. Akan tetapi awal pagi lagi sebuah lori MPS (Majlis
Perbandaran Seremban) telah berlegar-legar sekitar Dataran Senawang,
ketika petugas Majlis Rumah Terbuka sedang membuat persiapan, membuat
air, menyusun kerusi, memotong buah dan sebagainya.
Sekitar jam 9.25 pagi kakitangan MPS
memulakan operasi menurunkan bendera PAS di sekitar Dataran Senawang
yang baru dipasang 1-2 hari yang lalu, sedangkan begitu banyak
bendera BN dan Umno telah bergantungan berjuntai-juntai
berbulan-bulan sebelum ini di Dataran Senawang tiada tindakan
langsung oleh MPS untuk menurunkannya.
Satu demi satu bendera PAS diturunkan,
dikait dengan galah besi oleh beberapa kakitangan MPS. Petugas PAS
hanya memerhatikan sahaja tanpa membuat sebarang tindak balas, memaki
hamun atau menghalang kakitangan MPS.
Kakitangan MPS ini bertindak demikian
kerana menerima arahan dari pihak atasan.
Inilah demokrasi ala Umno dan BN di
Malaysia khususnya di Negeri Sembilan.
Semoga Allah menumbangkan Umno/BN dalam
pilihanraya yang terdekat ini.
Amin.
Saksikan lebih banyak gambar-gambar
bendera PAS sedang diturunkan oleh kakitangan MPS dan gambar bendera
BN yang begitu banyak di Dataran Senawang di
http://pasns.blogspot.com/2012/09/banyak-bendera-pas-diturunkan-mps-di.html
Selasa, 4 September 2012
Ahad, 2 September 2012
Rumah Terbuka PAS Negeri Sembilan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dijemput semua untuk menghadiri Rumah
Terbuka PAS Negeri Sembilan pada hari Sabtu 8 September 2012 bermula
jam 11 pagi hingga 2 petang di Dataran Senawang. Untuk maklumat
lanjut sila hubungi Sdr Hassan Tamby di 019-2171942
Langgan:
Catatan (Atom)









