RHI

RHI

Selasa, 24 Mei 2011

Melayu mudah lupa





Landasan pesawat kecil dibina di Rembau

Utusan Malaysia 21 Feb 2008

Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.

Menurutnya, ketika ini kajian menyeluruh mengenainya sedang dijalankan oleh kerajaan termasuklah mengambil kira kesesuaian kedudukannya.

“Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite.”

“Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan,” kata beliau di sini semalam.

Tambah Mohamad, buat masa ini kajian terhadap tanah di situ sedang dilakukan kerana ia merupakan tanah kampong.

“Kawasan itu adalah tanah kampong dan kalau kosnya tinggi, kita akan cari lokasi lain. Tetapi buat masa ini, kita berpendapat kawasan yang sesuai adalah di Rembau kerana tanahnya tidak berbukit dan ia di luar laluan kapal terbang,” jelas beliau.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Den org ghombau..sodeh laa klu mcm nie..janji2,peh tue habuk...pedas tue dh mcm pokan koboi..malu org luar dtg or lalu lalang tgk!

Tanpa Nama berkata...

Janji tinggal janji. Setiap pilihanraya BN janji yang sama. Rembau sudah ketinggalan 40 tahun. Hospital, universiti takda. Ini janji lapangan terbang, banggang kalau masih undi BN.