RHI

RHI

JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

Jumaat, 31 Disember 2010

PASTI Al Amal 2 di Taman Jasmin, Senawang 2011

Satu lagi Pusat Asuhan Tunas Islam akan dibuka untuk pengambilan pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun sesi 2011.

PASTI AL AMAL 2 (AL FIRDAUS)
No 571, Lorong Jasmin 8
Taman Jasmin
Senawang
Negeri Sembilan

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran pelajar sila hubungi Sdr Nazri Zainal 019-9103431

Peta lokasi PASTI Al Amal 2 di http://pasti-n9.blogspot.com/2010/12/pasti-al-amal-2-di-taman-jasmin.html

Layari laman web rangkaian PASTI di Negeri Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com

Peniaga getah cedera ditetak perompak


ABDUL Razak Ahmad cedera di kepala dan tangan akibat ditetak penyamun di dalam rumahnya di Kampung Pedas Hilir di Rembau, semalam.

Utusan Malaysia 31 Dis 2010

REMBAU 30 Dis. - Seorang peniaga getah cedera parah setelah ditetak oleh sekumpulan perompak bersenjatakan parang yang memecah masuk rumahnya di Kampung Pedas Hilir, dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa, Abdul Razak Ahmad, 56, mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka dan tangan kanan akibat ditetak dengan parang oleh penjenayah terbabit.

Menceritakan kembali detik-detik cemas itu, Abdul Razak memberitahu, dia dan isteri yang sedang tidur menyedari rumahnya dipecah masuk sebaik sahaja terdengar bunyi bising akibat dulang disandarkan pada pintu rumahnya terjatuh.

"Lantas saya bangun dan segera mencapai senapang patah milik saya kerana mengesyaki kehadiran pencuri, namun saya tidak sempat mengisi peluru apabila perompak terbabit bertindak menendang pintu bilik tidur saya.

"Apabila mereka melihat saya memiliki senjata, beberapa perompak itu menerkam ke arah saya untuk merampas senjata itu," katanya di sini hari ini.

Jelas bapa kepada empat orang anak itu, dia terpaksa bergelut dan menyebabkan dirinya ditetak di bahagian kepala, muka dan tangan kanan ketika perompak itu ingin merampas senapang.

"Saya hanya memikirkan keselamatan keluarga dan nekad bergelut dengan enam perompak bersenjatakan parang itu, saya tetap melawan walaupun mereka berulang kali menetak parang pada tubuh saya.

"Namun saya rebah akibat terlalu banyak kehilangan darah ketika pergelutan itu dan penjenayah tersebut juga berjaya merampas senjata saya," ujarnya.

Katanya, perompak terbabit dipercayai warga Indonesia itu kemudian bertindak mengikat mereka sekeluarga menggunakan kain yang dikoyakkan.

Tambahnya, perompak terbabit yang tidak bertopeng kemudian menggeledah rumahnya dan melarikan senapang patah serta peluru.

"Mereka juga melarikan barang kemas, wang tunai, komputer riba, telefon bimbit dan pemain cakera video digital (DVD) yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM40,000," ujarnya.

Dalam pada itu, isteri mangsa, Selamah Mohd Yusuf, 51, yang turut cedera di tangan kanannya akibat dipukul dengan pemutar skru berkata, salah seorang perompak turut bersikap aneh apabila mandi di bilik air selepas mengikat keluarganya.

"Apa pun saya bersyukur kerana semua ahli keluarga terselamat dalam kejadian berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

"Hasil siasatan awal, kami mendapati suspek melarikan diri menaiki sebuah kereta dan sebuah motosikal yang diletakkan tidak jauh dari rumah mangsa.

"Polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak dan menyebabkan kecederaan," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1231&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm

Penyamun sempat mandi
Harian Metro 31 Dis 2010

REMBAU: “Berikutan kecederaan teruk dialami, tiada apa mampu saya lakukan selain berdoa kepada Allah s.w.t supaya menyelamatkan nyawa kami sekeluarga daripada ‘serangan gila’ penyamun bersenjata,” kata Abdul Razak Ahmad, 56.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi semalam, peniaga getah itu cedera di kepala, muka dan tangan kanan apabila ditetak sekumpulan enam perompak dipercayai warga asing yang memecah masuk kediamannya di Kampung Pedas Hilir, di sini. Lebih biadab seorang suspek sempat mandi di rumah dua tingkat itu selepas menawan lima sekeluarga berkenaan dengan mengikat dan menutup mulut mereka menggunakan kain.

Penyamun dipercayai berusia 20-an hingga 30-an tidak bertopeng melarikan diri bersama wang tunai dan beberapa barangan berharga termasuk senapang patah serta peluru milik mangsa dianggarkan bernilai lebih RM40,000.

Menceritakan detik cemas selama setengah jam itu, Abdul Razak berkata, dia dan isteri, Selamah Mohd Yusuf, 51, yang tidur tersentak apabila mendengar bunyi bising mencurigakan seperti dulang tercampak pada pintu rumahnya.

“Sebagai langkah keselamatan, saya segera mengambil senapang patah, namun tidak sempat mengisi peluru kerana pintu bilik tidur ditendang sehingga pecah dan melihat beberapa lelaki menerjah saya untuk merampas senjata berkenaan.

“Pada waktu itu, saya hanya memikirkan keselamatan isteri serta empat anak berusia antara 11 hingga 24 tahun lalu nekad bergelut dengan enam lelaki bersenjatakan parang dan kayu.

“Namun, saya akhirnya rebah tersungkur apabila mereka menetak kepala, muka serta tangan sehingga tidak berdaya kerana kehilangan banyak darah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.


Menurutnya, perompak dipercayai warga asing itu mengikat mereka sekeluarga menggunakan kain dikoyakkan manakala seorang lagi anak lelakinya di tingkat atas masih tidur.

“Suspek menggeledah rumah dan melarikan senapang patah serta peluru selain barang kemas, wang tunai, komputer riba, telefon bimbit dan pemain cakera video digital (DVD) dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM40,000,” katanya.

Kata Abdul Razak, dia yang membuka ikatan itu membuat laporan polis dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan lanjut.

“Saya bersyukur kerana semua ahli keluarga terselamat dalam insiden ngeri itu dan menganggapnya dugaan Tuhan,” katanya.

Dalam kejadian itu, isteri mangsa turut cedera pada tangan kanan akibat dipukul dengan pemutar skru. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid ketika dihubungi berkata, siasatan mendapati suspek melarikan diri menaiki kereta dan motosikal diletakkan tidak jauh dari rumah mangsa.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak dan menyebabkan kecederaan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penyamunsempatmandi/Article/index_html

Peniaga Cedera Bergelut Dengan Perompak
Mstar 31 Dis 2010

REMBAU: Seorang peniaga cedera selepas bergelut dengan sekumpulan perompak yang memasuki rumahnya di Kampung Pedas Hilir dekat sini awal pagi ini.

Enam perompak bersenjatakan parang itu dipercayai masuk ke rumah berkenaan dengan mengumpil pintu belakang, dan selepas mengikat semua penghuni, mereka melarikan wang tunai, barangan kemas, komputer riba dan telefon bimbit, yang semuanya bernilai kira-kira RM40,000.

Abdul Razak Ahmad, 56, berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3 pagi apabila beliau tersedar dari tidur selepas terdengar bunyi bising, dan apabila beliau membawa senapang patahnya untuk menyiasat, belia diserang tiga perompak.

Dalam pergelutan itu beliau mengalami kecederaan akibat ditetak dengan senjata tajam di bahagian kepala, muka, serta tangan kanan, dan menurutnya beliau turut mengalami kecederaan di kaki kanannya akibat dipukul dengan kayu.

Beliau yang menerima beberapa jahitan akibat kecederaan dalam pergelutan itu ketika ditemui di rumahnya selepas pulang dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, petang ini berkata, senapang patahnya turut dilarikan perompak itu.

Abdul Razak berkata selepas diserang, beliau dan isteri, bersama empat anaknya yang berumur antara 11 dan 24, diikat kedua belah tangan, dan mulut mereka ditutup dengan kain.

"Kejadian itu berlaku begitu pantas dan setelah perompak itu beredar dipercayai dengan sebuah kereta, isteri saya berjaya membuka ikatannya, lalu menghubungi jiran dan polis," katanya. -BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/12/30/mstar_jenayah/20101230184906&sec=mstar_jenayah

Jumaat, 24 Disember 2010

ADUN Paroi lepaskan Konvoi ke Permatang Pauh

ADUN Paroi , YB Hj Mohamad Taufek yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau bersama ADUN Sikamat YB Hj Aminuddin dan Chegubard telah melepaskan sekitar 100 orang peserta Konvoi dari Rembau ke Permatang Pauh pada 23 Disember 2010 di Dataran Senawang.

Berita lanjut dan gambar sekitar program pelepasan peserta konvoi tersebut pada pautan berikut http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/12/konvoi-anak-muda-ke-permatang-pauh.html

Sekolahkah Mereka


Harakah 24 – 26 Dis 2010

Isnin, 20 Disember 2010

Apa sudah jadi RM19 juta kawasan industri N.Sembilan?

Apa sudah jadi dengan projek Kawasan Perindustrian Chembong di Rembau , Negeri Sembilan yang kosnya sebanyak RM19 juta yang bermula sejak tahun 2002? Setakat Disember 2010 kawasan tersebut telah dipenuhi semak samun dan pokok liar. Apakah pelabur sudah hilang minat melabur di Negeri Sembilan, khususnya di Rembau?

Gambar terkini Kawasan Perindustrian Chembong pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/12/apa-sudah-jadi-rm19-juta-kawasan.html

Laman wen PKNNS Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan yang meguruskan projek Kawasan Perindustrian Chembong ini pun tidak dikemaskini sejak tahun 2008, dengan berita terakhir ialah ucapan Ramadhan. ( http://www.ns.gov.my/pknns 01.09.2008 Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam)

EXISTING INDUSTRIAL AREAS
Chembong Industrial Park
http://www.nsic.com.my/industrial.html

SEREMBAN, 2002 Sept 23 (Bernama) -- The Chembong Industrial Area being developed near Pedas here, is expected to be ready by end of this year, said Menteri Besar Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad.

He said the industrial estate, covering a land area of 27.2 hectares and being developed by the State Development Corporation of Negeri Sembilan (PKNNS), cost RM19 million.

Sales of the industrial lots to interested buyers have already begun, he told reporters after chairing a meeting with the Board of Directors of PKNNS here today.

http://www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-26080998_ITM

Peta Taman Perumahan di Chembong , Rembau


Khamis, 16 Disember 2010

Turap segera jalan berlopak


Sinar Harian 16 Dis 2010

SEMERBOK - Sejak beberapa tahun lalu, permohonan bagi mendapatkan penurapan jalan baru masih dinanti penduduk Kampung Semerbok, di sini sehingga kini.

Penduduk, Mustapha Hashim, 59, berkata, :ketiadaan sistem perparitan yang sempurna menyebabkan jalan yang menghubungkan rumahnya dan jiran sering dinaiki air sehingga jalan sedia ada berlopak kerana ditakungi air.

Menurutnya, perkara membimbangkan dirinya apabila berlaku hakisan tanah di sebelah jalan menyebabkan salah satu tiang elektrik kelihatan condong.

“Keadaan ini amat merisaukan kerana khuatir berlaku kejadian yang tidak diingini.

“Saya bimbang jika berlaku tanah runtuh di kawasan ini menyebabkan jalan terputus dua, sekali gus menyukarkan kami untuk keluar masuk,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sehubungan itu, Mustapha berharap, pihak berkenaan dapat mengambi tindakan segera bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

Malah katanya, longkang yang dibina sendiri tidak mampu lagi menampung jumlah air yang banyak sehingga melimpah keluar.

“Rumah yang dibina di kawasan ini semakin bertambah. Rumah saya berada di bahagian bawah menyebabkan air mengalir turun.

“Disebabkan itu saya harap longkang dapat dibina secepat mungkin supaya air dapat mengalir mengikut saluran yang betul, apatah lagi hujan lebat sejak kebelakangan ini menyebabkan kawasan ini dinaiki air,” katanya.

Menurutnya, keadaan jalan yang sempit juga menyebabkan saudaranya hampir terjatuh ke dalam kawasan curam berikutan ketika itu hujan lebat menyebabkan dia tidak dapat melihat dengan jelas keadaan jalan.

“Masalah ini telah dipanjangkan kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya mereka dapat mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8521966.asp

Rabu, 15 Disember 2010

PAS Rembau lancar SEKOLAHKAN MEREKA Musim ke 3

Pada tahun 2008 PAS Kawasan Rembau telah menganjurkan Projek “SEKOLAHKAN MEREKA” dengan sasaran Sifar Keciciran di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh parlimen Rembau.

PAS Kawasan Rembau yang dipimpin oleh Yang Dipertuanya YB Tuan Hj Mohamad Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi) , menyedari masih ada kanak-kanak dan para remaja yang tidak mampu untuk meneruskan persekolahan samada peringkat rendah mahu pun sekolah menengah.

Keciciran pelajar akan mendatangkan kepada pelbagai masalah antaranya gejala sosial , kerugian sumber manusia , kemiskinan dan ketidak seimbangan ekonomi.

Antara masalah yang ditemui mengapa kanak-kanak serta para remaja tidak dapat menamatkan persekolahan peringkat rendah dan menengah tidak mampu membayar buku tambahan, yuran peperiksaan , pakaian sekolah , pengangkutan ke sekolah dan perbelanjaan makan minum di sekolah.

Antara faktor yang menyebabkan pelajar ini dikategori bermasalah dari segi kewangan ialah kematian ibu bapa atau penjaga , ibu bapa atau penjaga menghadapi penyakit yang kritikal atau ditimpa kemalangan serta ibu bapa yang dipenjarakan yang menyebabkan mereka terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja sebagai pekerja bawah umur untuk membantu menyara keluarga serta menjaga adik-adik.

Projek “SEKOLAHKAN MEREKA , MATLAMAT SIFAR KECICIRAN” ini tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada semua pihak. Mereka yang ingin membantu menyekolahkan pelajar yang keciciran dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan , pakaian dan kelengkapan persekolahan dan sebagainya bolehlah menghubungi nombor berikut :

Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau
Sdr Hamizi 012-2832458 , Bendahari PAS Kawasan Rembau

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun berikut
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Rencana Projek Sekolahkan Mereka Musim Pertama pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/10/pas-rembau-lancar-projek-sekolahkan.html

Sabtu, 11 Disember 2010

Penduduk mohon kaji semula bonggol

Sinar Harian 11 Dis 2010

PEDAS - Pembinaan bonggol di kawasan perumahan dapat mengurangkan kelajuan kenderaan sekali gus mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Penduduk Rumah Rakyat Pedas, Mohd Yazid Sulaiman, 48, berkata, dia bimbang mengenai keselamatan penduduk apabila melalui jalan di rumah rakyat berkenaan apabila terdapat bonggol yang dibuat seolah-olah tidak menepati kriteria sepatutnya.

Menurutnya, bonggol berhampiran Surau An Nur, Pedas tidak seperti bonggol kerana lebih rendah dan tidak dicat warna kuning seperti yang sepatutnya.

“Ini menyebabkan kenderaan dan motosikal memandu laju sekali gus membahayakan pemandu kerana bonggol yang sedia ada lebih rata berbanding bonggol lain yang berada di kawasan perumahan ini,” katanya.

Menurutnya, simpang ke rumah rakyat itu sering berlaku kemalangan melibatkan motosikal dan kereta. Disebabkan itu, pembinaan bonggol bersesuaian penting untuk mengelakkan lebih banyak kemalangan.

“Sebagai penduduk tinggal di kawasan berhampiran tentunya bimbang mengenai keselamatan penduduk dan berharap tindakan sewajarnya dilakukan pihak berkaitan,” katanya.

Menurutnya, jalan itu adalah laluan penduduk dan pembaikan semula bonggol berkenaan diharap dapat dilakukan supaya aspek keselamatan penduduk di sini lebih terjamin.

“Kita tidak mahu berlaku sesuatu yang buruk baru hendak ambil tindakan. Saya harap pembinaan semula bonggol di tempat itu dapat dijalankan dengan kadar segera,’ katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8502774.asp