RHI

RHI

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

Ahad, 28 Februari 2010

Us Dr Zulkifli Al Bakri 12 Mac 2010 Rembau

CERAMAH MAULIDUR RASUL
Tarikh : 12 Mac 2010 / Jumaat
Masa : 8 malam (selepas solat Maghrib)
Tempat : Masjid Kg Senama , Rembau

Penceramah : Ustaz Dr Zulkifli bin Mohamed Al Bakri , Ahli Jawatankuasa Fatwa Agama Islam Negeri Sembilan)

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

TURUT DIADAKAN :
- Pameran dan jualan amal oleh Palestine Centre of Excellence (PACE) Malaysia http://www.pacemalaysia.net
- Tabung Bantuan Umat Islam Palestin

Anjuran : AJK Masjid Kg Senama

Maklumat lanjut hubungi Ustaz Mohd Nazri Yusof 019-3457690

Ahad, 21 Februari 2010

Ceramah Maulid 27 Feb 2010 PASTI Senawang

CERAMAH SAMBUTAN MAULID NABI
Tarikh : 27 Feb 2010 / Sabtu
Masa : 9 malam
Tempat : PASTI Amal, Taman Marida, Senawang

Bersama :
Sdr Suhaizan Kayat , Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat http://kentong-suhaizan.blogspot.com
YB Hj Mohamad Taufek, ADUN Paroi, N.Sembilan

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Anjuran PAS Cawangan Senawang, PAS DUN Paroi dan PASTI Amal

Untuk maklumat lanjut dan sumbangan hubungi Tuan Hj Fisol 019-3440826

CERAMAH PERDANA 10 Mac 2010 Rembau

Bersama :
Us Nasrudin Hassan Tantawi , Ketua Pemuda PAS Pusat
Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi, YDP PAS Rembau
Us Khairil Anuar Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

Tarikh : 10 Mac 2010 / Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Tg Sena , Rembau ( rumah Hj Idris , tepi jalan utama Seremban – Rembau )

Semua Dijemput Hadir

Anjuran : PAS Kawasan Rembau dan PAS DUN Chembong

Maklumat lanjut hubungi Tuan Johari 019-2628051

Jumaat, 19 Februari 2010

Makan Malam Amal DUN Paroi meriah







Majlis Makan Malam Amal DUN Paroi pada 18 Februari 2010 telah berjalan dalam suasana yang meriah dengan sambutan yang amat menggalakkan.

Antara tetamu yang hadir dalam majlis ini ialah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato Fauzi Abd Rahman, Zulkefly Mohamad Omar, Chegubard, Mohd Nazree Yunus dan YB Hj Taufek selaku ADUN Paroi.

Selasa, 16 Februari 2010

Ceramah Anak Muda 19 Feb 2010 Seremban

CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT:PENTAS ANAK MUDA
Tarikh : 19hb Feb.2010
Masa : 9.00 malam
Hari : Jumaat ( Malam Sabtu )
Tempat: 162 Gedong Lalang, Ampangan ( Belakang Pejabat Dun Ampangan, Bersebelahan Sek Agama Rakyat ( SARA ) Gedong lalang.

Penceramah :
1. Sdr Syamsul Iskandar : Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia
2. Sdr Ustz Nasaruddin Hassan : Ketua Pemuda PAS Pusat.
3. Sdr YB Antoney Loke : Ketua Pemuda DAP Pusat.
4. Sdr Nazree Yunus : Bekas Pengerusi Gerakan Anti Korupsi ( GERAK )
5. Sdr YB Aminuddin Harun - Adun Sikamat
6. YB Rashid Latif - Adun Ampangan.

Dijemput seluruh warga Seremban, Seluruh Warga Negeri Sembilan dan Umumnya Rakyat Malaysia.

Anak Muda Penegak Keadilan untuk rakyat.

http://pkrseremban.blogspot.com/2010/02/ceramah-umum-pakatan-rakyat-pentas-anak.html

Rabu, 10 Februari 2010

Ceramah Us Idris Ahmad 23 Feb Seremban

CERAMAH PERDANA
Bersama :
Ustaz Idris Ahmad , Ketua Penerangan PAS Pusat
Shamsul Iskandar Mat Akin , Ketua AMK Pusat
Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Tarikh : 23 Feb 2010 (Selasa)
Masa : 9.00 mlm
Tempat :
Perkarangan Pejabat Pejabat PAS N.Sembilan
No 5, Jalan Durian Emas2, Off Jalan Dato’ Siamang Gagap, Seremban
(Berhampiran The Store Centre Point, Sek Keb Sri Kelana & Pusat Zakat N.Sembilan)

Semua Dijemput Hadir

Ahad, 7 Februari 2010

Ceramah Dato Tuan Ibrahim 18 Feb N9

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 18 Februari 2010 / Khamis
Masa : 9 malam
Tempat : Bandar Baru Sendayan (Dekat Felda Sendayan) , N.Sembilan

Penceramah :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS
Dato Fauzi Abd Rahman , Mantan Timbalan Menteri/Pengerusi PKR Pahang
Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN (PAS) Paroi , N.Sembilan
Chegubard , Ketua PKR Rembau
Mohd Nazree Mohd Yunus , PKR/Bekas Pengerusi GERAK

Semua Dijemput Hadir

Anjuran : PAS Kawasan Rembau dan PAS DUN Rantau

Maklumat lanjut hubungi Hj Shukri 019-6210677

********************************
JAMUAL MAKAN MALAM AMAL DUN PAROI
Bersama Tetamu :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS
Dato Fauzi Abd Rahman , Mantan Timbalan Menteri
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi
Tarikh : 18 Februari 2010 / Khamis
Masa : 8.00 malam
Tempat : Restoran Tom Yam , Senawang
Kupon RM 30 seorang
Untuk tempahan kupon atau sumbangan sila hubungi :
Hassan 019-2171942
Sufian 013-3589328

Rabu, 3 Februari 2010

Jalan rosak ancam keselamatan


Sinar Harian 3 Geb 2010

REMBAU - Seorang penduduk di sini melahirkan rasa tidak puas hati dengan keadaan jalan raya yang rosak sehingga menyebabkannya terbabit dalam kemalangan kecil.

Mohd Fuad Abdul Ghani, 42, berkata, kejadian itu berlaku tiga hari lalu apabila motosikal ditungganginya gagal dikawal berikutan keadaan jalan tidak sekata dan berlubang.

Keadaan itu difahamkan menyebabkan Mohd Fuad terjatuh dan mengalami kecederaan di muka, kepala, tangan dan kaki.

Menurutnya, kemala-ngan sebegitu boleh dielakkan jika pihak bertanggung-jawab meletakkan kon atau tanda amaran, terutama di kawasan mengalami kerosakan jalan yang teruk.

“Biarpun laluan ini bukan terletak di jalan besar, tetapi penduduk kampung menggunakan jalan ini setiap hari untuk menjalankan rutin harian. Mereka perlu peka dengan masalah ini kerana hal ini nyata memberi kesan kepada penduduk,” katanya ketika ditemui di Kampung Batang Nyamor, di sini.

Menurutnya, walaupun kerja menampal lubang jalan giat dilakukan, namun selang beberapa hari ia kembali rosak.

Dia berkata, keadaan itu menyebabkan penduduk terpaksa berdepan bahaya apabila keselamatan penduduk seolah-olah dipandang remeh.

“Lihatlah keadaan diri saya. Walaupun kemalangan ini tidak menyebabkan kecederaan parah, tetapi tetap memberi kesan kepada diri saya kerana terpaksa menahan sakit kerana luka dan bengkak di mata,” katanya.

Menurutnya, pengguna motosikal sememangnya berdepan bahaya terutama pada waktu malam.

“Saya tidak mahu apa yang dilalui ini turut dirasai orang lain. Kalau boleh kita mahu mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku. Kita tidak pernah menolak sebarang pembangunan, tetapi aspek keselamatan perlu dititikberatkan,” katanya.

Menurutnya, masalah itu menghantui penduduk bukan sehari dua, tetapi berbulan lamanya.

Walaupun jalan yang rosak dibaiki semula, tetapi masih belum menjamin keselamatan penduduk kerana masalah sama tetap berulang.

“Justeru saya berharap pihak berkaitan memandang serius masalah ini. Jangan sampai kejadian lebih buruk berlaku barulah ambil tindakan. Ketika itu salahkan sesiapa pun tiada guna lagi,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6623272.asp

Isnin, 1 Februari 2010

Nelayan Melayu Rembau tertindas, hutan diceroboh

Nampaknya orang Melayu Rembau semakin marah, tiada siapa beri perhatian akan nasib mereka. Dah lah pampasan tanah murah. Ini nasib nelayan Melayu Rembau pula terumbang-ambing.

*********************
Sinar Harian 1 Feb 2010

Sumber ditarah, nelayan terjejas

LUBOK CHINA - Kewujudan sempadan Sungai Linggi dan Timun sempadan Melaka-Negeri Sembilan membantu kira-kira 300 nelayan meneruskan pencarian sumber rezeki setiap hari.

Walaupun pembangunan baru bakal diwujudkan di sungai tersebut, namun nelayan bimbang ia akan menjejaskan ekosistem sumber rezeki berteraskan udang galah, udang kertas dan pelbagai spesies ikan di situ.

Tinjauan Sinar Harian kedua sungai tersebut mendapati, rata-rata nelayan, terutama di Kampung Paya Lebar, Ramuan China Besar dan Rembau, Negeri Sembilan kecewa dengan penebangan hutan bakau di sekitar Sungai Linggi - Sungai Timun.

Mereka mendakwa, hutan bakau mula diterokai sebuah syarikat swasta dilantik Kerajaan Negeri Sembilan bagi memajukan kawasan tersebut sebagai pembangunan pelancongan baru.

Walaupun projek tersebut dikatakan dirancang antara kerajaan dan pemaju (syarikat), tetapi mereka mengharapkan pihak berkaitan dapat memikirkan nasib kebanyakan nelayan yang meraih rezeki di kawasan tersebut.

Abdul Rahman Ahmad atau dikenali Man Belon berkata, tidak dinafikan hutan bakau diterokai lebih tiga bulan lalu 'menyentap hati' nelayan yang rata-ratanya berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Dia mendakwa, kerja-kerja menebang pokok hutan bakau menutup lubuk tempat di mana dipenuhi udang galah, ketam dan pelbagai spesies lain.

“Saya memang kesal dan tidak menyangka lubuk rezeki kami ditutup. Malah langsung tiada sebarang surat hitam putih mahupun maklumat berhubung penebangan ke atas pokok hutan bakau yang sememangnya lokasi utama tumpuan nelayan mencari sumber rezeki.

“Kami tahu ia hak kerajaan, namun kami berharap usah melakukan pembangunan secara drastik tanpa memikirkan keadaan nelayan di Melaka - Negeri Sembilan ini,” katanya ketika ditemui di pangkalan jeti Kampung Paya Lebar, Ramuan China Besar, di sini.

Menurut Man Belon, keluasan kawasan yang hendak dimajukan kira-kira 14.4 hektar itu dikhuatiri menjejaskan hasil pencarian nelayan.

Dia berharap, kerajaan khususnya Negeri Sembilan dapat bertemu nelayan bagi mengatasi masalah berkenaan.

Bukan minta sedekah

Pendapat Abdul Rahman itu disokong rakan, Zainal Md Ali yang berkata, sumber pendapatan bagi kedua-dua sungai itu sudah sinonim kepada nelayan.

Menurutnya, nelayan kedua negeri juga saling membantu menjualkan hasil tangkapan seharian pelbagai spesies hidupan laut atau sungai.

“Kami bukan minta sedekah kepada pihak terlibat, tetapi berharap pertemuan secara baik menerangkan keadaan terperinci tentang lubuk rezeki yang sudah dikorek dan hutan bakau ditebang diadakan.

“Apa (kami) nak makan? Saban hari (kami) melihat kerja-kerja tebang hutan bakau dan ia cukup 'mencengkam hati' kami sehinggakan lubuk rezeki utama mencari udang galah, lokan, ketam dan sebagainya habis ditutup hingga dibina benteng,” dakwanya.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya melaksanakan slogan rakyat didahulukan seperti diuar-uarkan.

Zainal berkata, nelayan kedua negeri sangat berharap ada maklum balas pihak kerajaan, terutama selepas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Negeri Sembilan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Datuk Mohammad Razi Kail yang tidak menghalang nelayan mencari rezeki ketika melawat kawasan berkenaan.

“Pakcik ingat lagi kata-kata Exco tersebut (Mohammad Razi) tahun lalu dan sudah sememangnya kami (nelayan) berharap beliau dapat membantu menyelesaikan kemelut ini.

“Kami jelaskan, nelayan tidak marah dengan pembangunan pelancongan hendak dibuat, tetapi berharap lubuk pencarian rezeki utama kami tidak ditutup,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6523743.asp