RHI

RHI

TABUNG KEBAJIKAN

TABUNG KEBAJIKAN

Sabtu, 29 November 2008

Penduduk Rembau mohon jalan ke surau dibaik pulih

Sinar Harian 28 Nov 2008
KOTA – Penduduk di Kampung Tengah Penajis memohon pihak bertanggungjawab membaik pulih semula struktur jalan menuju ke Surau Al-Falah yang rosak sehingga menyukarkan penduduk kampung menjalankan kegiatan seharian.

Seorang penduduk, Sagap Majid, 75, berkata, jalan tersebut sering digunakan untuk ke surau membahayakan penduduk terutama warga emas dan penunggang motosikal kerana struktur jalan yang tidak rata.

Menurutnya, jalan tersebut juga sering digunakan oleh lori yang keluar masuk menyebabkan keadaan menjadi bertambah teruk.

“Keadaan jalan yang masih tanah merah dan struktur jalan berbukit serta berlubang di hadapan surau juga menyebabkan kenderaan ringan sukar melalui jalan tersebut terutama ketika hujan.

“Selain itu, tembok batu di hadapan surau juga sudah pecah akibat dilanggar, namun tiada tindakan diambil oleh pihak berkenaan,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati permukaan jalan tersebut hanya diturap menggunakan batu bata hasil usaha penduduk kampung tetapi usaha tersebut dilihat sebagai langkah sementara.

Sagap berkata, penduduk kampung juga menambak pasir agar struktur jalan menjadi rata, namun usaha tersebut tidak berkesan apabila air hujan menghanyutkan pasir dan keadaan menjadi bertambah teruk apabila jalan menjadi licin.

“Sebelum ini pernah berlaku kematian salah seorang penduduk kampung di sini, namun struktur jalan yang teruk menyebabkan van jenazah tidak dapat melalui jalan tersebut.

“Oleh itu, saya sebagai salah seorang wakil penduduk di sini memohon agar pihak yang bertanggungjawab dapat turun padang dan melihat sendiri keadaan jalan ini sekali gus menurap jalan dengan sempurna bagi kemudahan semua pihak,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2199292.asp

Khamis, 20 November 2008

Mahu sampah dikutip ikut jadual

Sinar Harian 20 Nov 2008
KOTA – Penduduk di Rumah Rakyat Kota kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak yang menyelenggarakan sampah di kawasan itu dan mahu pihak terbabit menjalankan kutipan sampah mengikut jadual yang ditetapkan.

Lantaran kutipan sampah yang tidak teratur dan ada kalanya sehingga lebih seminggu tidak dikutip, menyebabkan kehidupan penduduk mula terganggu akibat bau busuk dan masalah lalat yang boleh mengancam kesihatan penduduk.

Salah seorang penduduk, Yaakob Ngah, 70 berkata, masalah sampah di kawasan perumahan ini mengundang rasa tidak selesa apatah lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.

:Menurutnya, apabila musim hujan, air sampah mengundang bau meloyakan dan lokasi tong yang terletak berhampiran juga menyumbang kepada masalah pencemaran bau.

“Taman perumahan ini agak sempit dan tiada lokasi sesuai untuk diletakkan tong sampah. Oleh itu, sudut tepi jalan ini dijadikan tempat membuang sampah.

“Perkara ini tidak akan menjadi persoalan sekiranya sampah dikutip secara berkala, dan kemungkinan masalah bau tidak mengganggu penduduk di sini,” katanya.

Dia turut memberitahu, selain daripada masalah pencemaran bau, bilangan lalat yang banyak juga menyebabkan rumah penduduk dihurung dan mengundang rasa malu apabila tetamu datang berkunjung ke rumah mereka.

“Penduduk di sini mahukan keprihatinan pihak terbabit dengan mendengar rintihan penduduk dan mengatasi perkara ini dengan segera agar tidak berulang,” katanya.

Rata-rata penduduk mahu pihak terbabit mengutip sampah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi mengurangkan masalah bau dan lalat yang menyesakkan kehidupan penduduk di sini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati hanya sebuah tong sampah besar disediakan untuk keperluan 100 buah rumah di kawasan ini, yang diletakkan di satu sudut tepi berhampiran kawasan perumahan.

Kapasiti tong sampah yang kecil, menyebabkan sampah melimpah dan terdapat sampah yang dibuang di luar tong.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2173313.asp

Selasa, 18 November 2008

Tazkirah Perdana 3 Dis 08 Markas Rembau

Usrah Umum PAS Kawasan Rembau
Tarikh : 3 Disember 2008 (Rabu)
Masa : 8 malam
Tempat : Markas PAS Kawasan Rembau , Kg. Senama , Rembau
Bersama : Ustaz Khairil Anuar Wafa , Timbalan Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Semua Ahli Dijemput Hadir

Aturcara :
Solat Isya
Solat Hajat
Takzirah

Sumbangan untuk Majlis ini amat dialu-alukan. Hubungi Ustaz Nazri 019-3457690

Ahad, 16 November 2008

Isnin, 10 November 2008

Tandas awam pekan Rembau tidak berfungsi

Sinar Harian 10 Nov 08
REMBAU - Kemudahan tandas awam di Pekan Rembau yang tidak berfungsi menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai terutama peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan di kawasan berhampiran.

Jika dilihat luarannya tandas ini tidak kelihatan ada cacat celanya tetapi ia tidak dapat berfungsi dan terbiar tanpa dapat digunakan orang ramai.

Salah seorang peniaga restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Yahya, 50, berkata, keadaan tandas awam yang terbiar itu sudah berlarutan hampir beberapa tahun lamanya.

“Saya sendiri tidak tahu mengapa tandas awam itu tidak boleh digunakan, sedangkan apa yang saya nampak tandas awam yang dibina untuk kegunaan orang ramai itu berkeadaan baik sahaja.

“Cuma barangkali keadaannya agak terbiar kerana tidak pernah ada sesiapa yang membersihkannya,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kerana peniaga-peniaga di kawasan berhampiran begitu memerlukan kemudahan awam tersebut.

Tambahan pula, katanya, itu sahaja kemudahan tandas awam yang paling hampir di kawasan tersebut yang sememangnya menjadi pilihan kepada peniaga.

“Malangnya tandas awam tersebut hanya diibaratkan sebagai hiasan di pekan itu kerana ia tidak boleh digunakan.

“Tandas ini, kadang-kadang kunci dan kadang-kadang tidak. Saya sendiri pun tidak faham kenapa pula boleh jadi begitu sedangkan kami amat memerlukannya,” katanya.

Tambahnya, disebabkan tandas itu tidak boleh digunakan dia bersama ahli keluarga yang membantunya di restoran, terpaksa menggunakan tandas di Jabatan Bekalan Air (JBA) yang berhampiran.

“Nasib baik pihak JBA tidak mempunyai sebarang masalah untuk kami menggunakan tandas di situ. Jika tidak, susah juga kami di sini,” katanya.

Dia mewakili peniaga-peniaga begitu berharap agar tandas ini dapat dibuka untuk kegunaan orang ramai kerana kemudahan ini amat diperlukan.

“Lagipun, sayang kerana tandas ini sudah dibina cantik, tapi tidak mempunyai sebarang fungsi,” katanya.

Sinar Harian yang membuat tinjauan di tempat tersebut mendapati tandas itu tidak mempunyai sebarang masalah untuk digunakan orang ramai.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2139122.asp

Ahad, 9 November 2008

Saspek Pemusnah Bendera PAS Rembau ditangkap

Saspek yang mematah, mengoyak, menghilangkan bendera-bendera PAS di Markas PAS Rembau dan beberapa premis PAS di Rembau yang lain telah ditangkap. Saspek ialah dua orang Melayu dari kampung sekitar telah dilihat sedang dalam proses mensabotaj bendera PAS di Markas PAS Cawangan Tanjung Sena. Terdahulu PAS Kawasan Rembau telah mengadakan Solat Hajat Perdana beberapa hari sebelum ini. PAS Kawasan Rembau berharap pihak polis akan bertindak professional menjalankan siasatan serta tindakan selanjutnya.

Untuk laporan penuh kejadian bendera-bendera PAS di Rembau di sabotaj sila ke laman Blog PAS Kawasan Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com

Jumaat, 7 November 2008

YB Loke Siew Fook at PAS Rembau 17 Nov

CERAMAH PERDANA

Bersama:
YB Dr Mohd Hatta Md Ramli , Ahli Parlimen Kuala Krai , Bendahari PAS Pusat http://hattaramli.blogspot.com/

Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan http://zulkeflyomar.blogspot.com/

Badrul Hisham Shaharin ( CheguBard ) , Ahli Majlis Tertinggi AMT , Ketua Bahagian PKR Rembau http://chegubard.blogspot.com/

YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan http://mohdtaufek.blogspot.com/

YB Loke Siew Fook , Ahli Parlimen Rasah , ADUN Lobak , Pengerusi DAP N.Sembilan
http://lokesiewfook.blogspot.com/

ISNIN 17 NOV 2008
JAM 9 MALAM
DI MARKAS PAS REMBAU


( Kg Senama , Tepi Jalan Utama Rembau – Tampin , berhampiran Stesen Minyak Petronas Rembau )

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Layari Laman Web Blog PAS Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

TOGETHER WE CAN HAVE A BETTER FUTURE !

Khamis, 6 November 2008

Penduduk Senawang gesa padang permainan dibaik pulih

Sinar Harian 6 Nov 08
SENAWANG – ‘Terabai’. Itu senario yang dapat dilihat di tapak permainan kanak-kanak di kawasan perumahan Taman Desa Melor yang terbiar tanpa sebarang penyelenggaraan oleh pihak terbabit.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Mohd Diah Md Said, 46, berkata, biarpun aduan sudah dibuat beberapa kali kepada pihak terbabit namun, hingga kini masih belum ada sebarang tindakan yang diambil.

Menurutnya, keadaan itu membuat penduduk taman berasa kecewa kerana pihak terbabit seharusnya lebih prihatin dengan masalah yang dikemukakan penduduk.

“Sudah hampir dua tahun tapak permainan ini dibiarkan tanpa dibaik pulih dan ia seolah-olah hanya menjadi hiasan kepada penduduk di sini, katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat beberapa alatan permainan yang sudah rosak dan hal ini mengundang bahaya kepada kanak-kanak yang bermain di kawasan sekitar.

“Kita bimbang jika kanak-kanak bermain di sini kerana kebanyakan alat permainan yang disediakan sudah rosak.

“Biarpun kebanyakan alat permainan di taman tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi namun, kanak-kanak yang hanya tahu bermain tidak akan memikirkan tentang soal keselamatan masing-masing,” katanya.

Diah berkata, dia bimbang jika suatu hari nanti akan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kemalangan atau kecederaan kepada kanak-kanak akibat bermain dengan alatan permainan yang sudah rosak.

Oleh itu, dia mewakili penduduk di taman tersebut berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat mencari penyelesaian berhubung masalah ini.

“Kita tidak dapat menafikan kerosakan alatan permainan di taman ini mungkin disebabkan oleh kanak-kanak di sini juga tetapi kita memohon agar pihak terbabit dapat membaiki kesemua tapak permainan ini bagi menjamin keselamatan kanak-kanak yang bermain di sini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Diah memberitahu penduduk taman tersebut mencari inisiatif sendiri dengan mengumpul dana untuk membaiki pondok berehat di taman tersebut yang kini kelihatan sudah tidak selamat untuk digunakan.

“Hanya padang permainan ini sahaja yang ada di taman ini dan semestinya kita berharap agar pihak terbabit dapat mendengar suara penduduk di sini berhubung hal ini,” jelasnya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2124726.asp

Peniaga Chembong kecewa medan selera bermasalah

Sinar Harian 6 Nov 08
CHEMBONG – Medan Selera Kawasan Perindustrian Chembong yang baru memulakan operasi sebulan lalu kini diibaratkan seperti rumah siap, pahat berbunyi.

Sepuluh bekas pemilik gerai lama yang dirobohkan yang kini menjalankan perniagaan mereka di medan selera berkenaan berasa tidak puas hati ekoran pembinaan bangunan itu yang didakwa menimbulkan kesulitan kepada operasi harian mereka.

Rata-rata peniaga yang ditemui menyatakan rasa tidak puas hati dengan pelbagai masalah yang tidak diberi perhatian oleh pihak terbabit walaupun perkara terbabit pernah diketengahkan sebelum ini.

Seorang peniaga yang ditemui, Gayah Buyung, 73, berkata, medan selera ini mempunyai banyak masalah, termasuk lokasi sinki yang dikatakan tidak sesuai.

Menurutnya, terdapat dua buah singki disediakan untuk kemudahan pelanggan. Satu di sebelah hujung, dan satu lagi di bahagian tengah, di depan medan selera berkenaan.

Kedudukan sinki berkenaan menyebabkan ruang berniaga menjadi sempit dan sukar untuk meletakkan meja dan kerusi.

Menurutnya, lokasi sinki yang terlalu hampir menyebabkan pelanggan yang sedang menikmati makanan berasa tidak selesa apabila ada pelanggan lain menggunakan sinki berhampiran.

“Oleh itu, saya memohon agar singki tersebut dialihkan ke tempat yang lebih sesuai atau menyediakan satu singki kecil di setiap kedai untuk kemudahan pelanggan,” katanya.

Seorang peniaga lain, Gayah berkata, medan selera ini juga selalu berhadapan masalah terputus bekalan air yang menyukarkan peniaga untuk meneruskan perniagaan.

“Kadangkala sampai dua hingga tiga hari tiada bekalan air menyebabkan peniaga di sini terpaksa menutup kedai dan menanggung kerugian,” katanya.

“Bukan itu sahaja, masalah ketiadaan tong sampah juga pernah diketengahkan tetapi sehingga kini kami terpaksa membuangnya di hujung kedai agar bau busuk tidak mengganggu pelanggan.

“Kadangkala sampah yang dibuang di kawasan ini menjadi makanan haiwan seperti kucing dan anjing menyebabkan ia bertaburan,” katanya.

Menurutnya, peniaga juga berhadapan dengan masalah kedai dimasuki air ketika hujan, sekali gus memohon pihak berkenaan mengambil langkah segera memasang bumbung tambahan bagi mengatasi masalah tersebut.

“Ketiadaan papan tanda mengenai medan selera ini juga menyebabkan kawasan ini kurang menjadi tumpuan dan berharap agar semua masalah di sini dapat diatasi segera untuk kepuasan semua pihak,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2123963.asp

Jangan abai Perkampungan Kristal Rembau

Sinar Harian 6 Nov 08
SEREMBAN – :Ahli Jawatankuasa Perhubungan PKR negeri, Aminuddin Harun menggesa kerajaan negeri melihat semula keadaan Kompleks Perkampungan Kristal, di Rembau sekiranya mahu menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan terkenal di negara ini.

Ini kerana, katanya, kompleks yang didirikan di atas tanah seluas 1.82 hektar dan dibangunkan menerusi usaha sama antara Rembau Crystal Sdn Bhd (RCSB) dan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) itu masih belum lengkap sepenuhnya walaupun sudah dibuka sejak lebih enam bulan lalu.

Selain itu, katanya, promosi yang ada juga terlalu lemah sehingga ada di kalangan penduduk di Negeri Sembilan sendiri yang tidak tahu lokasi kompleks berkenaan.

“Baru-baru ini, saya ada membuat lawatan ke kompleks itu secara tidak rasmi. Saya dapati banyak kekurangan yang perlu diambil perhatian bagi mengelakkan kompleks tersebut terus terbiar tanpa pengunjung,” katanya.

Beliau berkata, selain promosi yang lemah, kerajaan Negeri perlu melihat semula beberapa aspek yang patut diberi perhatian seperti menyediakan papan tanda, landskap yang menarik dan kemudahan tempat letak kenderaan terutama untuk bas persiaran.

“Malah, kawasan itu juga tidak berpagar. Saya rasa kerajaan Negeri tidak akan terlepas pandang mengenai perkara ini kerana kekurangan yang ada akan menjejaskan tempat itu dan tidak mustahil satu hari nanti ia akan menjadi tempat terbiar,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Selain itu, beliau juga berharap kerajaan Negeri melihat semula faktor keselamatan di kawasan berkenaan terutama di bahagian kilang di belakang kompleks itu yang membabitkan beberapa pekerja dan pelatih.

“Keselamatan di situ juga perlu diambil perhatian sewajarnya kerana ia turut membabitkan penggunaan gas yang berisiko jika berlaku kebakaran. Pelatih juga nampaknya tidak dilengkapkan dengan pakaian keselamatan,” katanya.

Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, bagaimanapun memuji kewujudan kompleks itu kerana ia merupakan salah satu langkah yang dapat enarik pelancong luar datang ke negeri ini.

“Memang tempat ini baik tetapi kita tidak sepatutnya terlepas pandang dan membiarkannya tanpa sebarang usaha memperkemaskannya. Sebab itu, saya mahu segala kekurangan dilengkapkan dan kerajaan Negeri perlu beri tumpuan supaya kompleks ini tidak menjadi tempat terbiar tanpa pengunjung,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2123149.asp

Sabtu, 1 November 2008

Ceramah Dr Hatta , CheguBard 17 Nov Rembau

CERAMAH PERDANA
Oleh :
YB Dr Mohd Hatta Md Ramli , Ahli Parlimen Kuala Krai , Bendahari PAS Pusat http://hattaramli.blogspot.com
Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan http://zulkeflyomar.blogspot.com
Badrul Hisham Shaharin ( CheguBard ) , Ahli Majlis Tertinggi AMT , Ketua Bahagian PKR Rembau http://chegubard.blogspot.com
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan http://mohdtaufek.blogspot.com

ISNIN 17 Nov 2008
JAM 9 malam
Di Markas PAS Rembau , Tepi Jalan Utama Rembau – Tampin ( berhampiran Stesen Minyak Petronas Rembau )

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Layari Laman Web Blog PAS Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com