RHI

RHI

JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

Rabu, 30 April 2008

Pesuruhjaya PAS N.Sembilan ditukar ?

Tukar alamat Blog je. Jangan terperanjat. Alamat Blog Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Sdr Zulkefly Mohamad bin Haji Omar telah ditukar dari http://n9lenggeng.blogspot.com ke Blog yang baru di http://zulkeflyomar.blogspot.com

Selasa, 29 April 2008

Ceramah Pemimpin Bersama Rakyat

Ucapan Sulung Sidang Dewan Undangan Negeri NS

Bersama
YB Hj Mohd Taufek Abd Ghani , ADUN Paroi
YB Aminuddin Harun , ADUN Sikamat
SABTU 3 Mei 2008
Jam 9 malam
Di Pejabat PAS Taman Tuanku Jaafar, Sg Gadut, Seremban

Peta dilampirkan. Sila klik pada peta

Pusat Khidmat Masyarakat N 26 Dun Chembong

Pusat Khidmat Masyarakat N 26 Dun Chembong
PT 566 , Jalan Tampin – Rembau , Km 26 , 71300 Rembau , N.Sembilan
Tel : 06-6854079 , Fax : 06-6854084

Pusat Khidmat Masyarakat P 131 Parlimen Rembau
PT 565 , Jalan Tampin – Rembau , Km 26 , 71300 Rembau , N.Sembilan
Tel : 06-6858001 , Fax : 06-6855001

Sumber ProKhairy

Isnin, 28 April 2008

Gambar Majlis Minum Petang DUN Paroi 28 Apr 2008




Kem Motivasi Nazrey (Raihan) 1 Mei Seremban

KEM MOTIVASI SAYA ANAK SOLEH
Bersama Nazrey Johani ( bekas vokalis kumpulan nasyid Raihan)
Khamis 1 Mei 2008
Jam 8:30 pagi – 5:30 ptg
Di Surau Taman Desa Melor, Senawang (sebelah Balai Bomba Senawang)
Yuran hanya RM 15 ( termasuk minum pagi/petang dan makan tengahari)
Terbuka kepada lelaki dan perempuan umur 9 tahun – 17 tahun
Penyertaan terhad. Daftar segera. Hubungi Cikgu Hajjah Nurciana 017-3629686

Kursus Percuma Untuk Ibu Tunggal dan Keluarga Miskin

Kursus Taska di rumah untuk ibu-ibu tunggal dan keluarga miskin di Seremban. Percuma 5 hingga 9 Mei 2008. Anjuran Tadika Murni. Maklumat lanjut hubungi Pn Rozita 012-3321552

Kuliah Us Arshad 2 Mei Senawang

Kuliah Feqah
Bersama Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad , Imam Masjid Bandar Baru Senawang
Jumaat 2 Mei 2008
Selepas Maghrib
Di Surau Taman Alamanda , Senawang

Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau

Pejabat Pusat Khidmat ini beroperasi setiap hari pada waktu pejabat kecuali hujung minggu. Sebarang aduan atau khidmat yang diperlukan, penduduk bolehlah menghubungi petugas atau melalui Pegawai Ahli Parlimen YB Khairy. Orang ramai yang ingin mengemukan sebarang aduan atau cadangan juga boleh datang terus ke pejabat atau menghubungi Pusat Khidmat Masyrakat Parlimen Rembau di talian: 06-685 7001 atau 06-685 8001. Maklumat lanjut di ProKhairy

Ahad, 27 April 2008

ADUN Paroi turun padang

Sabtu 26 April 2008. YB Hj Taufek ADUN Paroi, hari ini turun padang di Taman Satria mendengar keluhan penduduk di sana mengenai masalah air naik ketika hujan lebat. Juga menyiasat aduan masalah air kumbahan IWK sentiasa mengalir dalam sistem perparitan terbuka dari Taman Desa Melor.

Jumaat, 25 April 2008

Cegu Bard hantar petisyen pilihanraya Parlimen Rembau

Berita lanjut di SINI

Pelajar tidak dapat ke sekolah kerana tumor perlu bantuan

Adik Khairul Ikhwan bin Kamarulzaman, 7 tahun dari Senawang, N.Sembilan perlu menjalani pembedahan tumor di kepala dengan anggaran kos RM6000. Ayah bekerja sendiri sebagai pemotong rumput dengan pendapatan sekitar RM650 dan mempunyai 4 orang anak. Adik Khairul dinasihatkan tidak hadir ke sekolah kerana dibimbangi boleh menyebabkan kecederaan. Mereka yang ingin membantu dan menghulurkan sumbangan sila dapatkan maklumat lanjut di Blog ADUN Paroi N.Sembilan di http://mohdtaufek.blogspot.com

Rabu, 23 April 2008

Lawatan ADUN Paroi

Gambar lawatan YB Hj Taufek ke salah sebuah Instistut Kemahiran di Senawang baru-baru ini.

Selasa, 22 April 2008

Blogger Seremban , Cikgu Din Sakura

Kini muncul Blogger baru Cikgu Din Sakura dari Seremban. Agak menarik juga penulisan beliau, mengetengahkan isu setempat yang relevan di http://tuklong-ns.blogspot.com

Terimakasih YB Khairy

Siapa kata YB Khairy tak prihatin masalah rakyat di Parlimen Rembau ? Eloklah macam tu, yang untung rakyat dan mereka yang memerlukan. Mereka ini perlukan bantuan, tidak kiralah daripada siapa dan apa pun fahaman politik mereka. Mereka yang memerlukan bantuan ini terlalu ramai, samada kita cari atau tidak, itu saja. Berita lanjut di ProKhairy

Laman web Jawatan Kosong di N.Sembilan

Blog info jawatan kosong di Negeri Sembilan di http://jobns.blogspot.com

Isnin, 21 April 2008

Minum Petang Bersama ADUN Paroi 28 Apr

Majlis Minum Petang
Isnin 28 April 2008 – Jam 5 petang
Di Pusat Khidmat DUN Paroi , Taman Tasik Jaya , Senawang

Tetamu :
YB Tn Hj Mohd Taufek Abd Ghani , ADUN Paroi
Y Bhg Tn Hj Mohamad Sabu , Naib Presiden PAS
Sdr Zulkefly Mohamed Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan & Aktivis Sosial

Kupon RM 10 seorang untuk Dana Tabung Khidmat Masyarakat DUN Paroi
Maklumat lanjut hubungi Sdr Hassan 019-2171942

Ada sesiapa berminat no plet PAS 8844 ?

Nombor plet kenderaan PAS 8844 untuk dijual. Maklumat lanjut di http://paroicare.blogspot.com

Ahad, 20 April 2008

Majlis Pelancaran Buku 50 Cara Selamatkan Malaysia

Berita lanjut di PASNS

ADUN Paroi ziarah anak istimewa dan ditinggalkan

Cuti hujung minggu Ahad 20 April 2008 , YB Tn Hj Mohd Taufek telah meluangkan masa bersama keluarga beliau melawat keluarga anak istimewa Encik Wong di Senawang. Beliau telah menghulurkan sumbangan dana kebajikan serta akan membuat tindakan susulan ke agensi yang berkaitan.



Selepas itu beliau sekeluarga menziarahi lima orang adik beradik yang ditinggalkan ibu bapa mereka juga di Senawang. Penderitaan enam orang adik beradik ini telah tersiar dalam akhbar Nanyang 19 April 2008. Mereka yang ingin menyumbang boleh melalui Tabung Kebajikan Paroi atau berjumpa terus dengan keluarga yang memerlukan tersebut.

PAROI CARE

Projek PAROI CARE (CAkna Rakyat Elok) bertujuan untuk mengutip dana bagi menampung kerja kebajikan dan perkhidmatan kepada rakyat di DUN Paroi yang memerlukan antaranya golongan miskin , ibu tunggal , anak yatim dan mereka yang menagih simpati. Sila ke Blog http://paroicare.blogspot.com

Kunjungan ADUN Bangi ke Paroi

ADUN Bangi , YB Dr Shafei Abu Bakar telah mengadakan kunjungan ke DUN Paroi pada Sabtu 20 April 2008 bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan rakyat di DUN Paroi. Antara yang hadir dalam majlis tersebut ialah Sdr Zulkefly Mohamed Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan, YB Tn Hj Mohd Taufek ADUN Paroi dan beberapa AJK dan petugas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi.

Jumaat, 18 April 2008

Kijang Care dan Adik Azreen

Kijang Care bukanlah NGO yang kaya. Mereka hanya ada RM 3,000 dalam akaun mereka, dan telah digunakan untuk membawa pulang Azreen ke Malaysia , itu pun tak cukup. Lebih banyak berita dan gambar di Blog Kickdefella

Siapa kata PAS dan UMNO tak boleh bersama di N.Sembilan ?

Tak percaya ? Baca SINI

PAS Negeri Sembilan Kehilangan Sebutir Mutiara

PAS Negeri Sembilan amnya dan PAS Kawasan Rembau khususnya kehilangan sebutir mutiara. Semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang solihin dan digantikan dengan lebih lagi bilangan mutiara. Amin. Berita lanjut di PASNS

Blog ADUN Sikamat , Seremban

Semua nak buat Blog sekarang. ADUN Sikamat , Seremban YB Aminuddin Harun (PKR) pun dah buat Blog dah di http://aminuddinharun.blogspot.com

Tahniah Dato Husam Musa, YB Hj Taufek dan lain-lain

Berita lanjut di SINI

Gadis Malaysia perlu diselamatkan

Berita lanjut di SINI

Khamis, 17 April 2008

Azreen selamat sampai ke Malaysia

Sekitar jam 9 malam Khamis 18 April 2008 Che Siti Azreen telah selamat sampai ke Malaysia bersama ayahnya Che Ishak, YB Tn Hj Taufek ADUN Paroi, Sdr Zulkefly Mohamed Omar Pesuruhjaya PAS N.Sembilan dan Alex dari Migrant Care.

Antara yang hadir menyambut kepulangan mereka ialah Dato Paduka Husam Musa , Naib Presiden PAS yang juga merupakan Pengerusi Kijang Care yang memulakan usaha membawa Azreen pulang ke Malaysia.

Dato Paduka Husam Musa memohon kepada para wartawan serta orang ramai agar memberikan “privacy” kepada keluarga Che Ishak di Rantau , N.Sembilan buat sementara ini serta memberi sokongan moral kepada mereka sekeluarga.

Rayuan Dana Misi Bawa Azreen Pulang

Adalah dimaklumkan Dewan Pemuda PAS N.Sembilan sedang melancarkan kutipan dana kilat untuk menampung tiket dan urusan pasport adik Azreen untuk pulang ke Malaysia. Semoga ramai yang dapat membantu. Kos yang diperlukan sekitar RM 800.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun : Dewan Pemuda Pas Kaw Rembau
No Akaun : 05012010065457. Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Sdr Sufian 013-3589328

Rabu, 16 April 2008

Temuramah ADUN Paroi dalam akhbar The Star

The Star Monday April 14, 2008
Rep aims to emulate open-door policy
By C.S. NATHAN

My ADUN
Full name: Mohamad Taufek Abd Ghani (PAS)
Age: 40
Marital status: Married with four children
Education: B.Eng. (Majoring in chemistry and process)
Profession: Engineer
Constituency: Paroi (under the Rembau parliamentary seat)
Contact number: 019-657 6540
Service centre: In the process of being set up


Responsible: Mohd Taufek wants to serve the needs of his constituents fairly, regardless of race.

APPROACHABLE. That is what PAS state Youth chief Mohd Taufek Abd Ghani aims to be. The 40-year-old senior engineer with a multinational in Seremban wants to emulate the open-door policy of his idol, PAS spiritual leader Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, so that his constituents could see him anytime.

“I want to be accessible to my constituents. That is my responsibility as a wakil rakyat,” said Mohd Taufek, who became the first-ever PAS wakil rakyat in the state with his win.

However, he added that being too “open” might have some disadvantages.

“My family is so trusting that a thief masquerading as a plumber coolly entered our home a while back. Luckily, my wife and kids were not harmed and the thief just made off with a laptop,” he said.

For now, the first-time assemblyman is working hard to balance his public duties with his responsibilities to his family and the demands of his full-time job.

His family remains a pillar of strength, especially during this hectic transitional period.

Wife Mahani Musa, a history teacher, is a political science graduate and an ardent supporter.

Mohd Taufek lives within his constituency and hopes to serve the needs of all his constituents fairly, regardless of race.


StarMetro: How much time do you spend on the computer?
Mohd Taufek: Just about three hours a day.

StarMetro: Do you blog or have a website?
Mohd Taufek: I'm hoping to set up my own personal blog and website soon, but at the moment, constituents can go to Rembau-Hari-Ini.blogspot.com.

StarMetro: What kind of music do you listen to?
Mohd Taufek: Nasyid music, mostly. I like the band Raihan and singers Akhil Hayy and Yusof Islam (Cat Stevens).

StarMetro: Are you into movies? Any favourite actor or actress?
Mohd Taufek: I used to frequent the cinema with my wife and kids, especially to catch action movies. I like Jet Li and Jackie Chan movies best.

StarMetro: What do you read?
Mohd Taufek: Motivational and self-improvement titles. Just finished reading Stephen R. Covey's Seven Habits of Highly Effective People.

StarMetro: Are you into English Premier League (EPL) football? Which is your favourite team and who is your favourite player?
Mohd Taufek: Yes; and my favourite team is Manchester United. I'm a fan of Cristiano Ronaldo's footie skills.

StarMetro: What's your favourite sport?
Mohd Taufek: Badminton, though I hardly have time to play any more.

StarMetro: What languages can you speak?
Mohd Taufek: Malay and English.

StarMetro: What is the gadget you can't live without?
Mohd Taufek: My handphone, of course. It's essential if you want to serve the people.

StarMetro: What's your favourite food?
Mohd Taufek: I can't do without both nasi lemak and roti canai.

StarMetro: What car do you drive and how long have you had it?
Mohd Taufek: I've had a Proton Perdana V6 for 10 years.

StarMetro: What is your contribution to environmental conservation?
Mohd Taufek: For this, I have my wife to thank. She makes sure that we recycle everything!

StarMetro: Name an idol whom you look up to.
Mohd Taufek: PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat, for his inspirational leadership and simple way of life.

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/4/14/central/20943854&sec=central

> For more profiles on MPs and state assemblymen go to: http://thestar.com.my/myrepresentative

Blog Usahawan dan Institusi Islam Negeri Sembilan

Kini muncul satu laman Blog untuk membantu para usahawan dan pengguna di Negeri Sembilan iaitu http://UsahawanN9.blogspot.com . Matlamat laman Blog ini adalah untuk memudahkan orang ramai mencari perkhidmatan yang diperlukan di sekitar Negeri Sembilan disamping membantu para usahawan di Negeri Sembilan mempromosi produk dan perkhidmatan mereka. Perkhidmatan ini adalah percuma untuk membantu usahawan Negeri Sembilan mempromosi produk serta perkhidmatan mereka. Sila gunakan ruang Info Usahawan atau ruang Ulasan untuk sebarang maklumat atau komen.

Sementara itu untuk mendapatkan Pautan (Link) ke laman-laman Web dan Blog Institusi Agama Islam Negeri Sembilan sila ke Blog http://puspa-ns.blogspot.com

TKO dan Laman Blog Pakatan Rakyat perlu penambahbaikan

Kritikan lanjut di http://amkns.blogspot.com/2008/04/tko-dan-laman-blog-pakatan-rakyat-perlu.html

Berita dari Lombok , Indonesia

Dapat berita terkini Misi Menyelamatkan Adik Azreen dari Lombok , Indonesia yang dilakukan oleh NGO Migrant Care dan Kijang Care dengan kerjasama ADUN Paroi YB Tn Hj Mohd Taufek dan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Sadr Zulkefly Mohamed Omar di laman Blog ADUN Paroi http://mohdtaufek.blogspot.com

Isnin, 14 April 2008

Pasukan jejak kasih Azreen berlepas ke Lombok

Berita lanjut di Siasahdaily

Tahniah Sekolah Menengah Rendah Agama Rantau

Tahniah Sekolah Menengah Rendah Agama Rantau. Satu-satunya sekolah menengah rendah agama yang ada laman Blog di N.Sembilan di http://smrarantau.blogspot.com

Mesyuarat Agung Tahunan

Adalah dimaklumkan Cawangan-Cawangan PAS dalam kawasan Rembau hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan sebelum atau selewat-lewatnya Sabtu 3 Mei 2008. Mesyuarat Agung Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Kawasan Rembau akan diadakan pada Ahad 4 Mei 2008. Mesyuarat Agung Kawasan Rembau akan diadakan pada Ahad 11 Mei 2008

The Return of Dr Rosli Yaakop

Ramai yang tertanya-tanya ke mana perginya anak jati Rembau Dr Rosli Yaakop. Kini beliau telah kembali menulis artikel pada laman Blog di http://drrosliyaakop.blogspot.com

Utamakan Produk Negeri Sembilan

Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau menyeru kepada semua ahli khususnya dan semua rakyat di Negeri Sembilan ini agar mempromosi produk-produk Negeri Sembilan. Warga Negeri Sembilan haruslah merasa berbangga bahawa terdapat banyak produk , tempat bersejarah , kawasan rekreasi , institusi pendidikan agama dan beberapa produk lain di Negeri Sembilan ini yang masih belum diketahui oleh ramai lagi rakyat Negeri Sembilan apatah lagi rakyat Malaysia.

Dengan kemenangan PAS di DUN Paroi yang diwakili oleh Hj Mohd Taufek Abd Ghani yang merupakan anak jati Rembau , sudah semestinya menjadi pemangkin untuk orang luar Negeri Sembilan mengadakan rombongan ke Negeri Sembilan. Jika sebelum ini ramai orang melancong ke negeri Kelantan , sudah sampai masanya pula , Negeri Sembilan menjadi satu destinasi pelancongan yang unik.

Pembukaan satu-satunya kampus Universiti Al Azhar di luar Mesir kelak, akan menjadikan Rembau, Negeri Sembilan sebagai tempat tumpuan pelancongan institusi agama.

Justeru itu adalah disarankan kepada semua ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan di Negeri Sembilan ini agar menggalakkan usaha mempromosi produk Negeri Sembilan dengan menganjurkan aktiviti , mesyuarat , bengkel , seminar dan sebagainya dalam Negeri Sembilan.

Pemangku Yang Dipetua PAS Kawasan Rembau juga menyarankan agar Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri mengeluarkan arahan atau gesaan kepada ketua-ketua jabatan serta wakil-wakil rakyat agar menjadi duta produk pelancongan Negeri Sembilan. Beliau juga menyeru agar tempat-tempat menarik di Negeri Sembilan ini diberi promosi yang meluaskan, dipastikan tempat-tempat ini dijaga kemudahan awam serta kebersihannya serta dinaiktaraf dari masa ke semasa oleh agensi yang berkaitan.

Sehubungan dengan itu Unit Siber PAS Kawasan Rembau telah mengadakan satu Laman Blog khas yang memaparkan pautan ke beberapa tempat menarik di Negeri Sembilan di http://ziarahn9.blogspot.com

Ahad, 13 April 2008

Rayuan dana misi selamatkan adik Azreen

Adalah dimaklumkan YB Tn Hj Mohd Taufek Abd Ghani ADUN Paroi, N.Sembilan akan ke Lombok , Indonesia bersama Che Ishak, bapa kepada adik Azreen remaja 13 tahun dari Rantau, N.Sembilan yang dilarikan ke Indonesia pada tahun lepas. Mereka akan bertolak pada hari Isnin 14 April 2008. Bapa adik Azreen akan berusaha untuk membawa anak kesayangannya pulang ke Malaysia. Misi Jejak Kasih Adik Azreen ini memerlukan belanja yang agak besar. Justeru itu sumbangan kewangan adalah amat diharapkan. Mereka yang ingin menyumbang sila e-melkan ke mdtaufek@yahoo.com . Rakyat Malaysia juga disarankan agar berdoa Misi Jejak Kasih ini berjaya. Sekiranya segalanya berjalan lancar Misi Jejak Kasih ini dijangka akan selesai dalam tempoh seminggu.

Khamis, 10 April 2008

Orang India bersatu minta tahanan ISA dibebaskan

Orang Melayu N.Sembilan ? Baca SINI

Husam beri komitmen bantu biayai pendidikan Azreen

Husam beri komitmen bantu biayai pendidikan gadis Melayu dari Rantau , N.Sembilan. Berita lanjut Harakahdaily

Tabung Paroi Care

Mungkinkah akan wujud selepas ini Paroi Care atas inisiatif Kijang Care yang banyak melakukan kerja-kerja kebajikan tanpa mengenal batasan kaum, agama, usia dan fahaman politik ?

Sehubungan dengan itu Rembau Hari Ini menyeru kepada semua pembaca yang prihatin agar dapat menghulurkan bantuan kepada keluarga-keluarga miskin, daif, kesusahan bukan sahaja di Paroi, malahan di seluruh N.Sembilan ini bermula dengan keluarga adik Che Siti Nor Azreen binti Che Ishak yang hanya bekerja sebagai penoreh getah, memerlukan belanja yang besar untuk pergi ke Indonesia membawa anak mereka pulang.

Mereka yang ingin menyumbang boleh melayari Blog ADUN Paroi di http://mohdtaufek.blogspot.com

Berita lanjut Cetusan_Hati

Rabu, 9 April 2008

Bapa Azreen hargai usaha Husam, Alex pertemukan anaknya

Berita lanjut di Harakahdaily

MB N.Sembilan tak nak beri sumbangan pada Kijang Care ke ?

Cerita bagaimana gadis dari Rantau , N.Sembilan diselamatkan di AMKNS

Majlis Minum Petang Perkumpulan Wanita DUN Paroi

Majlis Minum Petang dan Bual Bicara bersama ADUN Paroi YB Hj Mohd Taufek
Sabtu 12 April 2008
Jam 2:15 petang
Di Surau Taman Tasik Jaya , Senawang

Turut diadakan program penyampaian sumbangan untuk ibu-ibu tunggal anjuran Dewan Muslimat Rembau. Sumbangan untuk ibu-ibu tunggal amat dialu-alukan, hubungi Pn Norwani 013-3851202

Selasa, 8 April 2008

Blog ADUN Paroi

Tahniah kepada ADUN Paroi YB Hj Mohd Taufek yang sudah ada Blog sendiri. Mudahlah untuk mendengar keluhan rakyat di DUN Paroi ini.

Blog ADUN Paroi di http://mohdtaufek.blogspot.com

Adun Paroi mohon sumbangan majukan Pusat Khidmat Dun

Berita lanjut di Harakahdaily

Semakin ramai simpati ADUN PAS, PKR & DAP N.Sembilan

Tindakan MB N.Sembilan menambah simpati orang ramai kepada wakil rakyat PAS, PKR dan DAP di N.Sembilan. Kenapa ? Baca SINI

‘Bas sapu’ di Negeri Sembilan

Cerita lanjut di Seremban

Lalat menyerang Port Dickson

Cerita lanjut di Port_Dickson

Bekas pekerja kilang di Nilai tiada pembelaan

Cerita lanjut di Nilai

Isnin, 7 April 2008

Dato Husam Musa selamatkan gadis N.Sembilan

Apa pula ceritanya ni ? Pesuruhjaya PAS N.Sembilan pun terlibat sama ? Baca sini Cetusan_Hati_Husam_Musa

Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan

Berita lanjut di AMKNS

Kecoh krisis Masjid di Kuala Pilah

Apa pula kecoh-kecoh krisis masjid di Kuala Pilah ni ? Berita lanjut di laman Blog Kuala_Pilah

Ahad, 6 April 2008

Majlis Pecah Tanah Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia

Majlis Pecah Tanah Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia
Oleh Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan , Menteri Besar Negeri Sembilan
Tarikh : 12 April 2008 ( Sabtu )
Venue : Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan
Masa : 2.30 petang
Maklumat lanjut di Yayasan_Sofa

Harakah dikritik hebat

Kenapa Harakah dikritik ? Baca sini AMKNS

Sekitar Sukaneka PASTI Rembau

Sukaneka Tahunan PASTI Kawasan Rembau telah berlangsung dalam suasana penuh meriah dan jayanya pada 6 April 2008 di Padang Awam Taman Tasik Jaya. Ianya buat pertama kalinya dirasmikan oleh YB Tn Hj Mohd Taufek Abd Ghani ADUN Paroi. Gambar sekitar Sukaneka PASTI Kawasan Rembau 2008 di PASNS

Program Khidmat Kesihatan DUN Paroi

Program Khidmat Kesihatan DUN Paroi dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah diadakan dengan jayanya di Taman Senawang Jaya pada 6 April 2008. Ianya telah mendapat sambutan dari penduduk taman tersebut yang terdiri dari pelbagai lapisan kaum, agama, bangsa dan umur. Antara yang turut hadir memberi sokongan untuk program ini ialah YB Tuan Hj Mohd Taufek Abd Ghani.

Jumaat, 4 April 2008

Dutch Lady turut kutuk Fitna

Syarikat produk tenusu Dutch Lady Milk Industries turut mengutuk filem Fitna. Dutch Lady juga menyeru kepada umat Islam agar tidak memboikot barangan Dutch Lady. Royal Friesland Foods memilikki saham 50% dalam Dutch Lady, manakala pemegang saham kedua terbesar ialah Permodalan Nasional Berhad dengan 660 pekerja warga Malaysia untuk pasaran tempatan. Antara produk Dutch Lady ialah Dutch Lady, Frisian Flag, Frisolac, Calcimex dan Joy.
Sumber berita :
Expatica
AlJazeera

Ketua Menteri Melaka ada Blog, MB N.Sembilan bila pula ?

Kini Ketua Menteri Melaka pula dah ada laman Blog. Tahniah.

Menteri Besar N.Sembilan bila pula ? YB YB UMNO, DAP, PKR, PAS, MIC dan MCA di N.Sembilan bila pula ?

Berikut link Blog Ketua Menteri Melaka http://www.mohdalirustam.blogspot.com

Rabu, 2 April 2008

Medan Selera Sri Kendong menanti hari untuk ‘rebah’

Mungkin Wakil Rakyat Kota YB Dato’ Dr Awaluddin Said dan Ahli Parlimen Rembau yang baru YB Khairy Jamaluddin dapat turun padang untuk membela nasib orang Melayu Rembau di Kendong ini. Kesian mereka, tak ada siapa ambil peduli nasib peniaga Melayu Rembau. Negeri Sembilan rasanya masih menyokong penuh Dasar Ekonomi Baru (DEB). Mujurlah wartawan Utusan Malaysia ini prihatin. Berita lanjut Utusan Malaysia

Lawatan ADUN Paroi ke SRI dan SMI Seremban

Pada 1 April 2008 ADUN Paroi YB Hj Mohd Taufek Abd Ghani telah mengadakan lawatan ke SRI dan SMI Seremban dalam program ramah mesra dan penyerahan sumbangan peralatan sukan untuk kegunaan sekolah. Turut mengiringi rombongan ADUN Paroi ialah Sdr Sufian Ibrahim, Hj Shukri Mohamed Habeb dan Sdr Zamri Med.

Kunjungan lawatan tersebut telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif SRI dan SMI Seremban Tn Hj Khalil Jali, Pengetua SMI Ust Hj Badrul Hisham, Guru Besar SRI Puan Rohani Sarmani, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Mahanum dan beberapa orang guru dan pegawai sekolah.

Dalam pertemuan tersebut, Tuan Haji Khalil telah menerangkan sejarah penubuhan sekolah tersebut yang telahpun berusia lebih 20 tahun dan telah melahirkan ramai pelajar Islam yang berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah yang terpilih dimana pelajar-pelajar SRI telah memperolehi pencapaian yang baik dalam UPSR.

YB Hj Mohd Taufek menyatakan hasrat dalam pertemuan tersebut untuk berusaha memperjuangkan nasib dan memperkasakan sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Islam kerana dari sinilah lahirnya pemimpin-pemimpin yang mempunyai jiwa agama yang akan memimpin negeri atau negara yang jauh dari gejala penyelewangan, pecah amanah dan rasuah.

Beliau juga berharap sokongan dari NGO-NGO Islam , Jawatankuasa Masjid serta Surau, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam , Majlis Agama Islam, juga-juga wakil-wakil rakyat yang beragama Islam serta orang ramai yang prihatin untuk bersama-sama mendokong usaha murni ini supaya lebih banyak lagi sekolah-sekolah Islam dapat ditubuhkan di Negeri Sembilan untuk membentuk generasi yang cemerlang dan berakhlak mulia.

Beliau berharap pertemuan yang singkat ini akan menjadi titik permulaan untuk bekerja dalam satu pasukan ke arah usaha samada untuk meningkatkan prestasi dan motivasi para pelajar, guru-guru, kakitangan, ibu bapa juga penjaga.

Selasa, 1 April 2008

Imam di N.Sembilan pun dah ada laman Blog

Jangan main-main sekarang ini. Bukan ahli politik sahaja yang ada laman Blog, tapi imam pun ada laman Blog. Tapi laman Blog imam di Seremban ini adalah bertujuan untuk menggalakkan anak-anak menunaikan solat. Imam ini berasal dari Johol , Negeri Sembilan. Nak tahu siapa imam ini dan apa program yang beliau lakukan untuk menggalakkan anak-anak suka menunaikan solat , sila ke Blog beliau di http://easysolat.blogspot.com