RHI

RHI

Khamis, 31 Januari 2008

Dr Burhanuddin Helmy pernah ke Rembau

Tahukah anda Allahyarham Dr Burhanuddin Helmy mantan Yang Dipertua Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pernah datang ke Rembau dan belajar di Madrasah Al Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim di Bongek ? Cerita penuh di SINI

Tahukah anda di parlimen Rembau, terdapat satu-satunya institusi pondok yang awal di Negeri Sembilan iaitu Pondok Haji Ali di Siliau, Rantau ? Diberitakan pada malam hari kematian Tuan Guru Haji Ali pada tahun 1998 hujan turun dengan lebat, banyak kawasan yang tidak pernah banjir telah dinaiki air, terdapat juga dakwaan melihat buaya-buaya Sungai Linggi naik ke tebing sungai. Cerita lanjut di SINI

Selasa, 29 Januari 2008

Ahli UMNO N.Sembilan Undi PAS ?

Yo ko ? Tak cayo den do. Jangan nak pembohong. Kok yo pon , kita jangan leko, jangan syok sondighi. Banyak lai kojo nak buek , ghogo baghang makin naik, kojo makin susah. Ceghito lanjut kek SINI

Ke Arah Masyarakat Penyayang dan Berilmu - KE ARAH NEGARA KEBAJIKAN

Pelekat RHI dan T Shirt GHOMBAU

Kepada mereka yang ingin menempah pelekat kereta Rembau Hari Ini (RM6/kpg) dan T Shirt GHOMBAU (RM15/helai) bolehlah menghubungi Sdr Hassan 019-2171942



Koridor Rembau ?

Johor ada Wilayah Pembangunan Iskandar, negeri-negeri di pantai timur ada Koridor Pantai Timur, negeri-negeri utara ada ECER, Sabah ada Koridor Sabah, Sarawak ada Koridor Sarawak. Negeri Sembilan ada Koridor apa ?

Koman sangat ke Negeri Sembilan ni ? Mungkin sebab pembangkang di Negeri Sembilan ini terlalu lemah, kurang sokongan rakyat, itu sebabnya Negeri Sembilan sering dipinggirkan walaupun tidak jauh dari Putrajaya.

Tengok saja Chembong, berapa banyak kilang tutup di sana. Lalu dekat dalam tu , menakutkan kilang-kilang kosong umpama kilang “berhantu”, tengok juga projek perindustrian PKNNS di Chembong, projek perumahan PKNNS/YNS? di Sg Layang, apa sudah jadi ?

Tengok jalan-jalan di kampung, begitu sempit. Bayangkan jalan nak ke Muzium Astana Raja Melewar dari Chengkau ke Astana Raja, sempitnya macam jalan zaman Jepun. Tak tahulah bila Rembau akan maju macam Kelantan dan Terengganu. Kerajaan pusat dan ahli politik berlumba-lumba buat pembangunan di Kelantan dan Terengganu. Tapi di Rembau, di Negeri Sembilan ? Walhal Khairy Jamaluddin orang Rembau, Datin Seri Rosmah Mansor pun orang Rembau, Dato Seri Mohamad Hassan pun orang dalam parlimen Rembau.

Bughak Kodai Kopi – Siri 3

Air teh Ateh Pagar makin sojuk. Tibo-tibo datang budak kocik kek AP dan berkato “Tok, Wan sughuh balik, nak poi pasar, lauk tak ado”

AP : Den balik dululah yo. Assalamualaikum.

PP : Waalaikumsalam. Tak apolah den baya kan air kau ni

Pomudo Ghombau (PG) : Pak Ngah, nak tanyo sikit. Pomimpin Pas ni camno cagho hidup e ?

PP : Biaso e lahkan pomimpin Pas ni hidup sodohano yo, topi penyokong e yang hidup mewah. Tengok macam Tok Guru Nik Aziz kek Klantan tu ha. Poi ghumah e, kayu yo. Bolakang mosojid, tak ado paga pula tu. “Bodyguard” pun tak ado. Topi tengok penyokong e kek Kelantan tu ha, ado yang pakai Mercedes mato belalang, mato kacang. Kek Ghombau ni pun samo yo. Tengok ustaz yang dok ngajar kek markas tu ha, pakai keto bughuk yo, topi anak mughid e ado yang pakai keto mewah. Bukannyo ustaz tu tak ado duit, anak mughid e boghi duit, di sodokah pula kek oghang susah.

Program Khidmat Masyarakat DUN Kota

Tarikh: Jumaat 8 Feb 2008
Masa: 8.00 pagi - 12.30 tgh
Tempat : Kg Astana Raja, Kota (Rumah Pn Maznah)

Program:
Khidmat Kesihatan Percuma
Sumbangan perubatan dan keperluan dapur kepada keluarga miskin, ibu tunggal dan anak-anak yatim
Ceramah Kesihatan

Orang ramai dijemput hadir
Maklumat lanjut sila hubungi Pn Maznah Talib 013-2718054
Anjuran: HalWa NS dengan kerjasama MTD Kota

Isnin, 28 Januari 2008

13 Projek Bermasalah di N.Sembilan

Terdapat sekurang-kurangnya 13 projek perumahan bermasalah di Negeri Sembilan. Di Parlimen Rembau saja terdapat 2 projek bermasalah. Adakah anda, saudara anda, kenalan anda sebahagian daripada mereka yang teraniaya ? Berikut ialah senarai projek bermasalah dari laman web Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah

1. Taman Crystal, Port Dickson, Seremban
2. Taman D' Ambang Kota, Lukut, Port Dickson, Seremban
3. Taman Desa Gemas, Negeri Sembilan
4. Taman Kerisi, Mambau, Seremban
5. Taman Marida Senawang
6. Taman Pelangi, Sikamat, Seremban
7. Taman Perumahan Green View, Pasir Panjang, Negeri Sembilan
8. Taman Rasah Indah
9. Taman Rembau Utama, Rembau, Negeri Sembilan
10. Taman Seri Bayu, Ampangan, Negeri Sembilan
11. Bandar Utama Fasa 1B, Tampin, Negeri Sembilan
12. Green View Resort Homes, Mukim Pasir Panjang, N. Sembilan
13. Perpaduan Height, Senaling, Kuala Pilah

Tidak semua projek perumahan yang bermasalah disenaraikan kerana ianya bergantung kepada berapa lama projek tersebut terbengkalai.

Juga tidak semua projek tersenarai dipulihkan oleh SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad) atau JPNB (Jabatan Perumahan Negara Berhad)

“Kembalikan Hak Rakyat”

Khidmat Masyarakat DUN Paroi

Program Khidmat Kesihatan Percuma
Ahad 3 Februari 2008
Bermula jam 8:30 pagi
Di PASTI Hasanah, Bandar Seremban Selatan
Turut diadakan Kuiz Kesihatan untuk kanak-kanak dan dewasa

Semua Dijemput Hadir - Anjuran MTD DUN Paroi.
Maklumat lanjut hubungi Hassan 019-2171942 , Wani 013-3851202

Blog tidak mampu pengaruh fikiran rakyat

Dengar apa kata Menteri Besar Negeri Sembilan mengenai Blog parti pembangkang di Utusan Malaysia . Di Negeri Sembilan ini antara Blog parti pembangkang atau individu dari parti pembangkang ialah Rembau Hari Ini , Anak Muda Kampung NS , Cikgu Badrul , PAS N.Sembilan , PAS Jelebu dan beberapa Blog lain.

Rembau Hari Ini mengucapkan tahniah kepada UMNO Paroi Jaya yang juga ada Blog mereka sendiri di sini

Rembau Hari Ini mengalu-alukan sebarang kritikan, pembetulan fakta, teguran dan sebagainya demi kebaikan rakyat dan kemajuan di Negeri Sembilan ini khususnya dalam kawasan parlimen Rembau.

Rembau Hari Ini juga mengalu-alukan wakil-wakil rakyat UMNO dan BN di Negeri Sembilan sendiri termasuk Menteri Besar supaya mengadakan Blog mereka sendiri agar segala permasalahan dan kekeliruan rakyat dapat diperjelaskan melalui internet.

Rembau Hari Ini juga mengharapkan agar Blog Pro Khairy Jamaluddin lebih banyak mengutarakan masalah masyarakat di Parlimen Rembau serta memberikan jalan penyelesaiannya.

“KE ARAH MASYARAKAT PENYAYANG DAN BERILMU”

Kembalikan Hak Rakyat !

Khusus untuk rakyat di Negeri Sembilan. Klik SINI

Sabtu, 26 Januari 2008

Polis dan Pejabat Agama Rembau perlu bertindak

Berikut ialah SMS yang tersiar dalam Utusan Malaysia Jumaat 25 Januari 2008 berkenaan keadaan Kedai Judi di pekan Rembau. Harap pihak polis di Rembau dan pegawa Jabatan Agama di Rembau menyiasat perkara ini, sebelum keluar pula nanti dalam Edisi Siasat NTV7 ke, Karam Singh Walia ke, yang malu nanti bukan saja polis Rembau, pegawai agama Rembau malah semua orang Melayu Islam Rembau. Bertindaklah segera sebelum lebih ramai orang Rembau akan menyatakan ketidakpuasan hati mereka melalui media, internet, blog dan sebagainya.

SMS
SETUJU dengan Zaia (tentang orang Islam jadi pelanggan kedai Magnum). Sila perhatikan pula di Pekan Rembau, tiada pemantauan dan berhampiran pula dengan pejabat agama dan balai polis.

– PEMERHATI
Link Utusan Malaysia SINI

Jumaat, 25 Januari 2008

Bughak Kodai Kopi - Siri 2

Perbualan oghang kampung ni makin paneh. Oghang kampung mula koliling mejo. Matohari makin paneh…..

Ateh Pagar (AP) : Jang ! Teh tarik satu lagi ! Lagi satu den nak tanyo. Macamano Pas nak solosaikan masalah sosial, mat rempit, dadah, jenayah yang makin toghuk sokaghang ni ?

Penyokong Pas (PP) : Masalah ni tak dapek nak solosai sokolip mato jo. Kito sobona eh dah ada macam-macam pondokatan, dah ada macam-macam jabatan, rukun tetanggo pun dah ado, ni donga e nak tubuh pulak Skuad Cogah Jonayah. Topi semuo e muko tu yo. Yang ponting sokaghang bukan nak tambah lai agensi, yang ponting sokaghang semuo oghang kono tughun padang, ekau, den, anak-anak ekau, anak-anak den. Jangan haghap polis yo. Kito oghang Islam ni gunokanlah pondokatan agamo. Mano-mano ado kuliah atau coghamah agamo tu poilah dongar. Kok tak nak dongar kuliah agamo kek markas Pas Ghombau tu , poilah kek Yayasan Sofa tu ado Us Fuad, poilah Sughau Tuan Hj Ibrahim kek Bongek tu ada cucu e Ustaz Khairuddin, tu Us Nazri tu ha tiap-tiap minggu ada kuliah agamo kek Madrasah Tuan Hj Abdul Rahman Solomak, sokaghang ni ada pula kuliah muslimat setiap pagi Ghobu, Masjid Jamek Ghombau tu ha pun banyak progam agamo.

AP : Tak kan nak guno pondokatan agamo yo ?

PP : Kito oghang Islam ni utamokan pondokatan agamo tu dulu. Lopeh tu mano yang liat nak poi mosojid tu, kitolah kono tughun padang. Buek progam untuk oghang mudo ni. Buek futsal ko, panjek Gunung Datok ko. Kok kito tak laghat nak buek, kito bogi sokongan pada belio yang nak buek program macam ni. Lopeh tu kito kojosamolah dongan Majlis Daerah, boghi maklumat mana pusat hiburan yang operasi lobih maso, mano kodai yang tak do lesen jual aghak dijual e aghak. Undang-undang kito ni banyak sobona e yang sodikit sobanyak boleh mengurangkan masalah sosial, cumo e kita yo yang tak tahu. Majlis Daerah ado undang-undang kodai judi, rumah urut, hiburan, konsert dan macam-macam lai. Polis ado macam-macam akta e. Patut e polis tak payah datang ghamai-ghamai pantau ceghamah kito. Boghi yo kek kita perakam tu, kito boleh tolong ghakamkan semua ucapan penceghamah kito. Topi kok polis nak datang sondighi nak dongar ponorangan kito, memang kito alu-alukan. Yo kito ni duduk sekampung.

Khamis, 24 Januari 2008

Bughak kodai kopi – Siri 1

Satu pagi , kek kodai kopi , topi jalan Ghombau Tampin, perbualan antagho duo oghang kampung……

Ateh Pagar (AP) : Kok Pas monang, camano Pas nak kojo, pongalaman tak ado, duit tak ado ?

Penyokong Pas (PP) : Apo nak kojo an , tak do payah kojo e do. Kok Pas monang, kito boghilah kepercayaan ponoh kek agensi kerajaan. Dio oghang ni lobih pakar. JKR ado jurutera e, polis ado ketuo polis e, askar ado jeneral e, pejabat pelajaran ado pogawai e, Pejabat Daerah ado DO e. Kok Pas monang kito tak kacau agensi kerajaan dan pogawai kerajaan, tak payah kito nak lobi-lobi minta projek. Kito cuma pantau dan minta pandangan dari megheko semuo ni, duduk semejo camno kita nak majukan Ghombau ni.

AP : Abih tu kok oghang susah camno Pas nak bantu ?

PP : Nak bantu cagho peribadi boleh, nak bantu cagho professional boleh. Kok cagho peribadi tu samo-samolah kito pakat dongan penduduk kampung , bantulah dari duik poket kito sondiri. Kok bantu cagho professional tu, kito bantulah oghang susah tu buek permohonan ko Jabatan Kobajikan, Baitul Mal, Pihak Berkuaso Tompatan dan NGO. Sekaghang ni dunio siber, dunio tanpa sompadan. Potik jaghi yo, semuo permohonan tadi boleh majukan secagho talian toghuih (on line), lopeh tu boleh semak status permohonan.

AP : Apo lai Pas boleh buek ?

PP : Kito ni kok boleh pomimpin atau wakil rakyat tu bilo tughun padang biarlah disambut secagho sukarela oleh rakyat. Tak payah nak koghahkan cikgu-cikgu, pelajar-pelajar, pegawai kerajaan sambut lawatan wakil rakyat Pas nanti. Kosian tengok cikgu dan pelajar, banyak bondo lain nak buek kek sekolah tu. Biarlah rakyat sambut pomimpin, montoghi atau wakil rakyat kito atas dasar hormat dan sayang. Macam pominat Mawi dan Siti Nurhaliza lah kato an. Tak payah nak pakso-pakso atau keluar sughat arahan tengok konsert Mawi dan Siti Nurhaliza, pominat sondighi keluar duit poket datang tengok penyanyi megheko. Kan banyak boleh jimat bilo wakil rakyat kito melawat, jimat duit, jimat maso, jimat tenago. Duit yang kito jimat maso lawatan pomimpin ni boleh guno untuk tujuan lain, tambah komputer kek sekolah ko, tambah padang bola ko, buek pertandingan futsal ko, tolong pelajar miskin ko.

AP : Eden ni bukannyo tak nak undi Pas. Tahulah den ni oghang pencen kerajaan. Kaghang tahu kek dia oghang , kono tahan pula pencen den.

PP : Ekau ni apo takut nabona ni ? Tengok Brigadier Jeneral Hj Zakaria yang dah pencen tu ha, bukan jo dio jadi ahli Pas , jadi calon Pas lagi haghi tu bertanding lawan montoghi pula. Ekau tanyo Jeneral Zakaria tu, ado tak pencen e kono tahan ?

AP : Anak-anak den pun sobona e ghamai yang suko kek Pas ni, topi takut, sobab kojo kerajaan, ado aku janji. Nanti boleh semak kek koteh undi dia oghang undi siapo.

PP : Ayo boto lah ekau ni. Kok takut nabona koteh undi tu dia oghang boleh semak, itu ceghito dulu. Dulu mungkin yo lah, koteh undi ado nombor siri. Sokaghang ni koteh undi tak do nombor siri do. Macamano dia oghang nak semak.

Bersambung…….

Selasa, 22 Januari 2008

Anak Muda Rembau Cabar Anak Muda Rembau

Hebat betul Rembau ni. Anak muda Rembau cabar mencabar. Biarkan, asalkan yang untung rakyat Negeri Sembilan, lebih-lebih lagi orang Rembau. Anak Muda Rantau cabar Anak Muda Kota, mereka ini dari Parlimen Rembau. Gajah sama gajah berjuang, pelandok duduk tepi makan kenyang. Berita lanjut di SINI

Bagaimana saya boleh mempromosi RHI ?

Anda boleh membantu mempromosi laman web Rembau Hari Ini dengan menghantar e-mel kepada kenalan anda alamat laman web ini atau melalui SMS seperti berikut :
“Menarik, padat, berinformasi, terkini. Sila sebarkan laman web P 131 Parlimen Rembau di Rembau-Hari-Ini.blogspot.com - KEARAH MASYARAKAT PENYAYANG & BERILMU

Parti pembangkang yang kuat akan mendapat perhatian kerajaan negeri yang memerintah dan wakil rakyat setempat. Yang mendapat keuntungan bukanlah parti pembangkang, tetapi yang akan mendapat keuntungan ialah rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri dan kawasan Parlimen tersebut. Itulah hasrat PAS Kawasan Rembau, supaya rakyat di dalam kawasan Parlimen Rembau ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada wakil rakyat serta ahli parlimen di kawasan mereka, agar mereka kerap turun padang melihat sendiri masalah rakyat serta memberikan jalan penyelesaian kepada masalah mereka.

Satu Bilik Gerakan, Satu Mesin Fotostat

Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Rembau telah melancarkan projek satu bilik gerakan , satu mesin fotostat. Ini adalah memandangkan mesin fotostat adalah merupakan peralatan pejabat yang amat penting untuk bilik gerakan. Manakala msein fotostat pula sekarang ini mudah didapati dengan harga antara RM 200 ke RM 300 untuk mesin fotostat yang baru dengan pelbagai fungsi termasuk mencetak dan mengimbas. Terdapat sebanyak 46 bilik gerakan dalam 4 kawasan Dewan Undangan Negeri di Parlimen P 131 Rembau ini. Kepada mana-mana individu yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Rembau Sdr Hassan Tamby 019-2171942

Bilik Gerakan Kawasan Dewan Undangan Negeri N25 : Paroi
Taman Marida , Taman Senawang Jaya , Taman Kobena , Taman Satria , Paroi , Taman Tuanku Jaafar , Taman Sri Permata , Kombok

Bilik Gerakan Kawasan Dewan Undangan Negeri N 26 : Chembong
Pekan Rembau , Pekan Pedas , Kg Pedas Tengah , Kg Rendah , Kundor , Chembong , Sepri , Pilin , Ulu Pedas , Kg Senama Ulu , Mampong

Bilik Gerakan Kawasan Dewan Undangan Negeri N27 : Rantau
Rantau , Kuala Sawah , Kg Sendayan , Kg Sega , Kg Sri Lalang , Linsum , Kg Mambau , Pekan Sagga , Kg Siliau , Sendayan , Kg Bemban , Taman Kelab Tuanku

Bilik Gerakan Kawasan Dewan Undangan Negeri N 28 : Kota
Titian Bintangor , Kota , Selemak , Kg Kendong , Astana Raja , Kg Batu , Pekan Cengkau , Kg Pulau Mampat , Kg Bongek , Kg Penajis , Kg Gadong , Legong Ulu , Kg Chengkau Ulu , Semerbok , Kg Sawah Raja

Sabtu, 19 Januari 2008

Pertandingan Pelekat Kereta/Motosikal Untuk Keamanan

Hak asasi manusia di negara yang dilanda peperangan dan konflik semakin parah seperti di Palestin, Iraq, Afghanistan, Darfur dan beberapa tempat lain di seluruh dunia. Justeru itu untuk memberi kesedaran betapa bertuahnya rakyat Malaysia ini dan atas sikap keprihatinan serta sifat kemanusiaan , laman web Rembau Hari Ini menganjurkan Pertandingan Menghias Kereta/Motosikal yang bertemakan mesej keamanan, hak asasi manusia dan kasih sayang.

Syarat dan hadiah :
Hadiah ialah wang tunai RM 100 yang akan disumbangkan ke badan bukan kerajaan yang memberi bantuan kemanusiaan di negara yang dilanda peperangan dan konflik atas nama pemenang

Syarat-syarat :
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
2. Stiker-stiker daripada mana-mana agensi, persatuan, parti politik (PAS, UMNO, PKR, DAP, MCA dan sebagainya) adalah dibenarkan.
3. Stiker atau hiasan hendaklah mempunyai kata-kata yang menyeru kepada kebaikan dan perjuangan keamanan.
4. Stiker atau hiasan yang mempunyai kata-kata provokasi, menghina dan merendah-rendahkan mana-mana kaum, agama, parti politik akan terbatal penyertaan mereka
5. Hantarkan Gambar seperti contoh dibawah melalui e-mel ke rembau_hi@yahoo.com atau melalui MMS ke 012-2267406 beserta dengan Nama Penuh dan Alamat sebelum 20 April 2008
6. Pemenang akan diumumkan melalui laman web ini pada 1 Mei 2008 sempena Sambutan Hari Pekerja Sedunia.

Mana-mana pihak yang ingin menambahkan lagi sumbangan untuk pemenang bolehlah menghubungi e-mel atau no tel di atas.

Jumaat, 18 Januari 2008

UMNO dan PAS saling hormat menghormati

Petikan wawancara bersama Tokol Maal Hijrah 1429 H Mingguan Malaysia 13 Jan 2008.

Sekarang orang Melayu ada dua fahaman – parti UMNO dan Pas. Kadang-kadang kita tolong satu pihak sahaja sedangkan kedua-duanya adalah orang Melayu. Bagaimana Tan Sri melihat hal ini?

SYED MOKHTAR: Kawan- kawan saya di kampung ada ahli UMNO dan ada ahli Pas. Itu hanya fahaman politik tetapi dalam aktiviti masyarakat dan perniagaan, tiada perbezaan dan masalah. Kita hormati pemikiran politik masing-masing dan tentunya saya sebagai anak UMNO, kadangkala ada berdebat tetapi kita tetap berkawan dan tidak bergaduh sesama sendiri. Dalam masjid, kenduri kita sama-sama masak nasi kawah, kita makan sekali.

Temuramah penuh di sini . Apa kata kita sama-sama pakat lantik Syed Mokhtar sebagai Perdana Menteri Malaysia ?

Masalah Sosial dan Mat Rempit DUN Paroi serius

Pelbagai masalah di DUN Paroi pada ketika. Adakah anda di DUN Paroi merasa selamat dan selesa ? Berita lanjut di sini dan sini

Apa khabar penduduk Taman Teratai ?

Taman Teratai, Senawang terletak dalam DUN Paroi, Parlimen Rembau. Baru-baru ini disiarkan dalam Utusan Malaysia keluhan penduduk di Taman Teratai , masalah projek pembentungan yang menghantui mereka sejak sekian lama, sehinggakan ramai yang diserang demam denggi. Sampai bila mereka boleh bersabar ? Bukan di Taman Teratai sahaja, malah banyak lagi taman-taman perumahan lain dalam DUN Paroi ini. Apa sudah jadi ? Pemaju projek ialah Satriadesa . Keluhan penduduk sebelum ini di sini . Apakah sekadar janji dan lawatan turun padang oleh wakil rakyat dan MB memadai ?

Khamis, 17 Januari 2008

Politik Kasih Sayang

Apakah yang dimaksudkan oleh Ahli Kongress beragama Islam yang pertama di Amerika Syarikat mengenai Politik Kasih Sayang (Sifat Pemurah) ? Klik http://www.keithellison.org/issues-generosity.htm

Ke Arah Masyarakat Penyayang dan Berilmu

Taman Rembau Utama

Apa khabar pembeli rumah di Taman Rembau Utama ? Adakah nasib anda terbela ?

Taman Rembau Utama bermasalah 30/01/2003 BH By Mangsa Projek Rumah
PROJEK perumahan Taman Rembau Utama, Rembau, Negeri Sembilan dilancarkan sekitar 1997 dan dijual sepenuhnya pada 1998. Ketika projek bermula, negara dilanda krisis ekonomi dan ia tertangguh.
Sumber rujukan klik
SINI

Rabu, 16 Januari 2008

Ke Arah Masyarakat Penyayang dan Berilmu

“Ke Arah Masyarakat Penyayang dan Berilmu” adalah merupakan penekanan serta motto pilihanraya PAS Kawasan Rembau. Ini adalah kerana dua perkara ini adalah merupakan elemen penting untuk membentuk masyarakat yang bertamaddun. Negara kebelakangan ini dilanda dengan pelbagai cabaran, dugaan dan musibah.

Hanya dengan adanya masyarakat penyayang secara total akan menjadikan umat ini lebih kuat. Sifat penyayang dalam keluarga, sifat penyayang dalam organisasi, sifat penyayang dalam masyarakat didapati semakin pudar. Malah PAS Kawasan Rembau menggesa kepada semua ahli serta penyokongnya agar mempunyai sikap yang penyayang semasa kempen pilihanraya nanti. Ini adalah kerana tempoh kempen pilihanraya hanyalah dalam masa kurang dua minggu, sedangkan kita hidup dalam masyarakat yang berbilang agama , kaum juga berbeda fahaman politik empat atau lima tahun selepas itu. Perbedaan fahaman politik bukanlah halangan untuk membentuk masyarakat yang penyayang.

PAS Kawasan Rembau juga menekankan kepentingan berilmu. Hanya dengan ilmu sahajalah kita akan dapat menguasai diri kita sendiri, keluarga kita, masyarakat kita dan negara ini. Ilmu mengenai hak kita sebagai pengundi, hak kita sebagai orang Melayu, hak mereka yang bukan Islam dan seterusnya.

PAS Kawasan Rembau tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam pilihanraya umum ini. Tapi PAS Kawasan Rembau menyeru kepada mereka yang berada dalam parlimen Rembau ini agar mengambil sikap berlapang dada serta rasional agar masyarakat Rembau akan menjadi Masyarakat Penyayang dan Berilmu.

Kembalikan Kegemilangan Rembau !

Isnin, 14 Januari 2008

Ahad, 13 Januari 2008

Siapa Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen anda ?

PARLIMEN REMBAU
YB Dato’ Firdaus Muhammad Rom bin Harun

DUN PAROI
YB Puan Bibi Sharliza bt Haji Mohd Khalid

DUN CHEMBONG
YB Dato Rais bin Zainuddin

DUN RANTAU
YAB Dato Seri Mohamad bin Hj Hasan

DUN KOTA
YB Dato’ Dr. Haji Awaludin bin Said

Parlimen P 131 Rembau

Terdapat 4 kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen P 131 Rembau iaitu :
N 25 – Paroi
N 26 – Chembong
N 27 – Rantau
N 28 – Kota

Wakil Rakyat ialah untuk Dewan Undangan Negeri Sembilan
Ahli Parlimen ialah untuk Parlimen Malaysia

Kita Semua Adalah Wakil Rakyat !

Tahukah anda tanggungjawab seorang wakil rakyat ? Sebagai rakyat Malaysia yang layak mengundi anda diberi pilihan untuk memilih wakil rakyat di kawasan anda untuk menyuarakan permasalahan dan kehendak rakyat di Dewan Undangan Negeri serta di Parlimen Malaysia. Anda menentukan siapa calon pilihan anda.

Siapa sahaja yang anda pilih sebagai wakil rakyat, pastikan wakil rakyat ini bertanggungjawab untuk memelihara hak anda sebagai warganegara Malaysia yang merdeka. Wakil rakyat dipilih untuk bekerja untuk rakyat serta mewakili rakyat, baik di waktu senang apatah lagi di waktu susah.

Anda sebenarnya yang berkuasa di Malaysia ini, kerana andalah yang menentukan siapa yang terpilih untuk menjadi wakil rakyat , yang bekerja untuk menjaga hak serta kepentingan anda sekeluarga.

“Selamat Menunaikan Tanggungjawab Anda Sebagai Pengundi”

Wakil Rakyat Pilihan Saya ?

Pilihlah wakil rakyat yang mempunyai ciri-ciri pilihan anda. Sekiranya anda diberi pilihan untuk memilih wakil rakyat di kawasan anda tidak kita dari parti apa sekali pun samada BN, UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PAS, PKR, DAP, Bebas dan seterusnya apakah ciri-ciri wakil rakyat yang menjadi pilihan anda ?

Adakah ciri-cirinya seperti berikut :
Lelaki , Wanita
Muda , Tua , Anak tempatan
Pandai bergaul dengan semua lapisan masyarakat
Kuat pegangan agama. Sekiranya dia seorang Islam, dia senantiasa memakmurkan masjid. Kalau dia seorang Kristian dia sentiasa mendampingi paderi dan begitulah seterusnya.
Mempunyai keluarga yang bahagia
Menghormati ibu bapa
Rendah diri
Sentiasa membantu orang yang memerlukan bantuan
Mudah untuk bertemu tanpa perlu temu janji
Sudi menghadiri undangan tanpa perlu protokol
Tidak mengumpul harta kekayaan
Suka melancong dalam negeri

Atau :
Tidak mempunyai keluarga yang bahagia
Banyak menghabiskan masa di kelab malam, rumah judi
Suka perpoya-poya dengan wanita
Tidak kuat pegangan agama
Sombong
Sukar untuk berjumpa , perlu temu janji
Hanya membantu orang dikalangan kaum keluarga dia sendiri atau dari kalangan ahli partinya sendiri
Suka mengumpul harta kekayaan, kereta mewah, tanah ladang, rumah banglo, barang kemas
Bukan anak tempatan
Tidak suka bergaul dengan orang yang tidak setaraf dengannya
Perlu protokol untuk menghadiri undangan
Suka melancong luar negara

Senarai ini anda boleh tambah lagi, dan lagi, dan lagi.

Ingat anda sebagai pengundi. Anda yang membentuk wakil rakyat di kawasan anda. Kalau wakil rakyat di kawasan anda sombong, tidak turun padang, mengumpul harta kekayaan yang luar biasa, yang salah ialah anda. Jangan pilih wakil rakyat hanya tengok pada lambang parti, nilailah sendiri wakil rakyat pilihan anda.

11 TANGGUNGJAWAB ASAS SEORANG WAKIL RAKYAT

1. Mengetahui keluasan kawasan yang diwakilinya antaranya daerah, kampung-kampung serta taman perumahan.

2. Mengenali ketua-ketua kampung, pengerusi persatuan penduduk, imam serta nazir masjid/surau, ketua-ketua agama , pengerusi belia , pengerusi wanita di kawasan yang diwaklili.

3. Mengenali ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun di kawasan yang diwakili.

4. Mengadakan lawatan berkala meliputi seluruh daerah yang diwakili untuk mengenal pasti permasalahan semasa yang dihadapi oleh rakyat.

5. Menyalurkan maklumat serta permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat di kawasan yang diwakilinya kepada agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan.

6. Memberi penerangan kepada rakyat dasar-dasar kerajaan yang sedang dan yang akan dilaksanakan yang melibatkan kepentingan rakyat setempat.

7. Menyediakan pusat khidmat masyarakat serta dimaklumkan kepada penduduk setempat waktu berurusan.

8. Menyediakan kemudahan kepada rakyat yang diwakili untuk mengemukakan cadangan atau aduan melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) , sistem faksimili , borang maklumbalas , alamat surat menyurat atau laman web.

9. Melantik pembantu sebagai wakil untuk memudahkan urusan rakyat apabila berada di luar kawasan atas urusan rasmi atau pun urusan peribadi.

10. Menjadi jambatan penghubung antara rakyat serta agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun.

11. Menyuarakan permasalahan serta pandangan rakyat di kawasan yang diwakili semasa sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen agar dapat diselesaikan di peringkat kerajaan negeri atau kerajaan pusat.

Tetap maju walaupun Wakil Rakyat pembangkang di NS

Generasi Harapan Orang Muda Rembau (GHOMBAU) menyeru kepada semua warga Rembau supaya jangan takut untuk mengundi pembangkang dari apa parti sekali pun untuk mendapat angin perubahan dan untuk mengejutkan wakil rakyat BN di Rembau ini agar lebih prihatin akan masalah rakyat di Rembau.

Contoh yang mudah lihat saja pada DUN Lobak dalam kawasan Parlimen Seremban. Cuba perhatikan pembangunan di DUN Lobak di bandar Seremban ini. Adakah sejak DAP memenangi DUN Lobak pada pilihanraya umum 2004 yang lalu yang diwakili oleh Y.B. Loke Siew Fook (ADUN bagi Lobakdari parti DAP), maka kawasan di Lobak mundur, tiada pembangunan, rakyat di Lobak menderita, kebuluran dan sebagainya ?

Perhatikan pembangunan di Lobak sekarang ini, dan tumpuan yang diberikan oleh BN untuk memenangi semula DUN Lobak.

Jadi kalau warga Rembau hendak lihat pembangunan di tempat mereka, undilah pembangkang dari parti apa sekali pun, lihatlah nanti BN akan cuba memenangi hati rakyat dengan bersungguh hati dan menjanjikan pembangunan sebagaimana negeri lain seperti di Kelantan, Trengganu, Pulau Pinang dan sebagainya.

Tapi kalau rasa puas hati dengan pembangunan yang ada sekarang, sekadar tempias pembangunan. Terpulanglah kalau nak undi BN selama-lamanya

PANDUAN ASAS MENGHADAPI PILIHANRAYA

Berikut ini adalah panduan paling asas menghadapi pilihanraya. Bagaimanapun persediaan yang lebih lengkap dan teratur daripada ini sepatutnya diadakan pada peringkat awal.

KEPERLUAN ASAS PETUGAS
Petugas PACA (Pollling Agent and Counting Agent)
Petugas Poster dan Kain Rentang
Petugas Edar Risalah
Petugas Wanita
Setiap petugas hendaklah menyediakan sekurang-kurangnya dua salinan fotostat MyKad serta 2 keping gambar berukuran passport.


Apa itu PACA ? (Polling Agent & Counting Agent)

Polling Agent (Ejen Tempat Undi) ialah orang yang mewakili setiap parti yang bertanding untuk bertugas mengawasi tempat pembuangan undi.

Counting Agent (Ejen Kira Undi) ialah orang yang mewakili setiap parti yang bertanding untuk bertugas mengawasi semasa pengiraan undi dibuat.

PACA dikehendakki mengisi Borang A yang disediakan SPR dan dikembalikan kepada Ketua PACA 3 hari sebelum hari pengundian. Salinan Borang A hendaklah disimpan oleh setiap petugas PACA.

Ketua PACA dikehendakki membawa semua Borang A yang telah lengkap semasa hari pengundian.

Petugas PACA dikehendakki berpakaian kemas tanpa logo parti serta membawa MyKad, pensil/pen, pembaris, pemadam.

Tugas Polling Agent
Petugas Polling Agent shif pertama jam 7 pagi pastikan :
Semua tong undi kosong kemudian ditutup dengan lilin cair warna merah.
Semua kertas undi mempunyai nombor siri yang betul dan berturutan, tiada berulang, tidak licin, terutama dibahagian pangkah calon.
Catitkan no. siri dan jumlah kertas undi.
Tandatangan Borang 13 setelah semua kertas undi telah diperiksa dan simpan 1 Salinan Borang 13.

Polling Agent akan dibekalkan salinan Buku Daftar Pemilih SPR yang terkini. Apabila nama pengundi disebut berserta No. KP oleh Pegawai SPR, cari pada buku Daftar dan gariskan.
Pastikan umur dan bangsa pengundi adalah munasabah. Contoh jika No KP 370110-05-2020 sepatutnya berumur 70 tahun tapi yang datang berumur 30 an, angkat tangan dan buat aduan pada Pegawai SPR supaya pengundi tadi disiasat. Atau jika namanya disebut Melayu tapi yang datang berketurunan bukan Melayu minta pegawai SPR sahkan.
Jangan benarkan sesiapa dalam tempat mengundi kecuali Petugas SPR, polis bertugas, calon dan wakil calon yang bertanding sahaja.
Pastikan Petugas SPR, petugas parti lawan, pengundi tidak memakai baju atau lambang parti.
Jangan sekali-kali tinggalkan tempat mengundi terutamanya waktu akhir 4 ptg – 5 ptg walaupun keluar merokok sebentar.
Jika perlu hubungi Ketua PACA untuk diganti sementara.
Apabila tamat tempoh mengundi petugas PACA akhir catatkan no siri yang telah digunakan dan no siri kertas undi yang tinggal. Kertas undi lebih akan dimasuk dalam sampul surat 1 dan ditutup. Kertas undi telah dikoyak akan dimasukkan dalam sampul surat 2 dan ditutup. Kedua-dua sampul 1 & 2 akan dimasuk dalam tong undi dan ditutup.
Pastikan Borang 14 diisi, iaitu Jumlah kertas undi dikoyak dan jumlah kertas undi baki. Pastikan maklumat dalam Borang 14 dan Borang 13 sama.
Jam 5 ptg – 6 ptg ialah waktu rehat. Jangan tinggalkan tempat peti undi.

Tugas Counting Agent
Pastikan bawa lampu picit jika terputus bekalan elektrik semasa mengira undi.
Bawa kalkulator untuk mengira jumlah undi.
Ada 3 bekas kertas undi, Undi BN, Undi PAS/PKR dan Undi Ragu
Selepas tamat mengira pastikan Jumlah Undi BN + PAS/PKR + RAGU sama dengan apa tercatat pada Borang 14. Jika lebih buat bantahan.
Maklumat ini akan dimasukkan dalam Borang 14.
Ambil salinan Borang 14.
Pastikan tandatangan Ketua Tempat Mengundi SPR sama dengan Borang 13 dan Borang 14.
Borang 14 akan dibawa ke tempat penjumlahan undi untuk dijumlahkan.
Pastikan ada petugas PAS/PKR mengikuti Peti Undi dan Borang 14 SPR hingga ke tempat penjumlahan undi.

Menganggar Umur dari MyKad Tahun semasa 2007
Nombor MyKad bermula 0 umur antara 98 – 107 tahun
Nombor MyKad bermula 1 umur antara 88 – 97 tahun
Nombor MyKad bermula 2 umur antara 78 – 87 tahun
Nombor MyKad bermula 3 umur antara 68 – 77 tahun
Nombor MyKad bermula 4 umur antara 58 – 67 tahun
Nombor MyKad bermula 5 umur antara 48 – 57 tahun
Nombor MyKad bermula 6 umur antara 38 – 47 tahun
Nombor MyKad bermula 7 umur antara 28 – 37 tahun
Nombor MyKad bermula 8 umur antara 18 – 27 tahun

Nombor Mykad bermula 87, 88, 89, 90 dan seterusnya adalah tidak layak untuk mengundi pada tahun 2007 kerana berumur kurang 21 tahun.

GARIS PANDUAN PETUGAS PACA (POLLING AGENT & COUNTING AGENT – EJEN TEMPAT UNDI & EJEN KIRA UNDI)

Polling Agent (Ejen Tempat Undi) ialah orang yang mewakili setiap parti yang bertanding untuk bertugas mengawasi tempat pembuangan undi.

Counting Agent (Ejen Kira Undi) ialah orang yang mewakili setiap parti yang bertanding untuk bertugas mengawasi semasa pengiraan undi dibuat.

Semua PACA dikehendakki mengisi Borang A yang disediakan SPR dan dikembalikan kepada Ketua PACA 3 hari sebelum hari pengundian. Salinan Borang A hendaklah disimpan oleh setiap petugas PACA.

Ketua PACA pastikan membawa semua Borang A yang telah lengkap semasa hari pengundian.

1. Petugas PACA dikehendakki berpakaian kemas, hanya 1 logo PAS bersaiz tidak lebih 3 in x 2 in dibenarkan. PASTIKAN SEMUA PETUGAS BAWA KAD PENGENALAN
2. Petugas Polling Agent shif pertama jam 7 pagi PASTIKAN :
· Semua tong undi kosong kemudian di “SEAL” kunci dengan lilin cair warna merah.
· Semua kertas undi no siri betul, tiada berulang, TIDAK LICIN ATAU ADA WAX terutama dibahagian pangkah PAS/KEADILAN. Catitkan no. siri dan jumlah kertas undi.
· Semua meja, pensil, pen, peralatan yang digunakan.
· Tandatangan Borang 13 setelah semua kertas undi telah diperiksa dan simpan 1 Salinan Borang 13.

3. Polling Agent akan dibekalkan salinan Buku Daftar Pemilih SPR yang terkini. Apabila nama pengundi disebut berserta No. KP oleh Pegawai SPR, cari pada buku Daftar dan tandakan/gariskan/potong.
4. Pastikan UMUR dan BANGSA pengundi adalah relevan. Contoh jika NO KP 340110-05-2020 sepatutnya Umur 70 tahun tapi yang datang berumur 30 an, angkat tangan dan buat aduan pada Pegawai SPR supaya pengundi tadi diambil tindakan. Atau jika namanya disebut Melayu tapi yang datang berketurunan India juga sila sahkan.
5. Jangan benarkan sesiapa dalam tempat mengundi kecuali Petugas SPR, polis bertugas, calon dan wakil calon yang bertanding sahaja.
6. JANGAN sekali-kali tinggalkan tempat mengundi terutamanya waktu akhir 4 ptg – 5 ptg walaupun keluar merokok sebentar. JIKA KECEMASAN hubungi Ketua PACA untuk diganti sementara.
7. Perhatikan dan sentiasa awasi tingkah laku Pegawai SPR, polis bertugas dan ejen PACA mewakili BN.
8. Apabila tamat tempoh mengundi petugas PACA akhir catatkan no siri yang telah digunakan dan no siri kertas undi yang tinggal. Kertas undi lebih akan dimasuk dalam sampul surat 1 dan di SEAL. Kertas undi telah dikoyak akan dimasukkan dalam sampul surat 2 dan di seal. Kedua-dua sampul 1 & 2 akan dimasuk dalam tong undi dan diseal.
9. PASTIKAN Borang 14 diisi, iaitu JUMLAH KERTAS UNDI DIKOYAK DAN JUMLAH KERTAS UNDI BAKI. PASTIKAN MAKLUMAT DALAM BORANG 14 dan BORANG 13 SAMA.
10. Jam 5 ptg – 6 ptg ialah waktu rehat. Jangan tinggalkan tempat peti undi.

TUGAS CONTING AGENT
PASTIKAN BAWA LAMPU PICIT
ADA 3 PETI UNDI, UNDI BN, UNDI BA dan UNDI RAGU.
Selepas tamat mengira pastikan Jumlah UNDI BN + BA + RAGU SAMA dengan apa tercatat pada Borang 14. KALAU LEBIH BUAT BANTAHAN.
Maklumat ini akan dimasukkan dalam Borang 14. AMBIL SALINAN BORANG 14. PASTIKAN TANDATANGAN KETUA TEMPAT MENGUNDI SPR SAMA DENGAN BORANG 13 DAN BORANG 14.
BORANG 14 akan dibawa ke tempat penjumlahan undi untuk dijumlahkan.
PASTIKAN ada petugas PAS mengikuti Peti Undi dan Borang 14 SPR hingga ke tempat penjumlahan undi.