Khamis, 24 Januari 2013
Sumbangan Dana PRU-13 PAS Rembau
Kepada mereka yang ingin menyumbang ke
Tabung Dana Pilihanraya Umum ke 13 PAS Kawasan Rembau sila salurkan
ke akaun berikut ;
Nama akaun : PAS KAWASAN REMBAU
No akaun : 05-012-01-007334-7
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
(Cawangan Seremban)
atau sila hubungi Penolong Bendahari
PAS Rembau, Sdr Hamizi 012-2832458
Kepada mereka yang ingin menyumbang
selain dari kewangan atau ingin membuat aku janji untuk menyumbang
sila hubungi Setiausaha PAS Rembau, Sdr Sufian 013-3589328
Isnin, 21 Januari 2013
Semarak Maulid Nabi 24 Jan 2013 di Rembau
CERAMAH MAULID NABI
Oleh Ustaz Abdul Mukti Baharudin ,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Tarikh : 24 Jan 2013
Hari : Khamis
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Kg Senama,
Rembau
Muslimin dan muslimat
semua dijemput hadir
Ahad, 20 Januari 2013
Gangguan air di Tampin, Rembau 22 dan 23 Januari
19 Januari 2013
SEREMBAN - Beberapa kawasan di daerah
Tampin dan Rembau akan mengalami gangguan sementara bekalan air pada
22 dan 23 Januari ini.
Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Azlan Abd Aziz berkata,
gangguan bekalan air di daerah Tampin, iaitu di Gemas dan Gemencheh,
pada 22 Januari bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam berikutan
pemasangan meter di outlet Kolam Londah.
"Kawasan yang terlibat di Gemas
ialah Kampung Tiong, Kampung Desa Bakti, Taman Gemas Jaya, Taman
Sungai, Taman Indah, Pekan Gemas, Taman Sentosa, Taman Desa Permai,
Taman Gemas Setia, Taman Damai, Rumah Rakyat Gemas, Kampung Baru
Gemas, Taman Sahabat dan kawasan industri Gemas.
"Selain itu, kuarters KTMB Gemas,
Taman Halachara Baru, Kampung Bangkahulu, Kampung Ladang, Kampung Ulu
Ladang, Kampung Londah, kem tentera Syed Sirajuddin, National Feedlot
Corporation, Taman Pinggiran Felda, Felda Sungai Kelamah, Batu 1-10
Jalan Gemas-Tampin dan Kampung Bentan," katanya dalam satu
kenyataan hari ini.
Beliau berkata kawasan yang terlibat di
Gemencheh ialah Felda Bukit Jalur, Taman Sri Air Kuning, Pekan Air
Kuning, Kampung Tengah, Kampung Mantai, Kampung Air Kuning, Kampung
Air Kuning Selatan, Kampung Payar Lebar dan Kampung Ulu Air Kning.
Sementara itu, gangguan bekalan air di
Rembau pada 23 Januari bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam berikutan
pemasangan meter di sempadan antara Tampin dan Rembau.
Kawasan yang terlibat ialah seluruh
Kendong, Kota, Gadong, Legung Ulu dan Hilir, Bongek, Chengkau,
Nerasau, Penajis, Miku, Selemak, Astana Raja, Semerbok, Kampung
Durian Daun, Kampung Pulau Besar, Kampung Pulau Bukit, Kampung Pulau
Mampat, Kampung Fajar Harapan, Kampung Batang Nyamor dan Kampung
Chenong Ulu.
Turut terlibat Kampung Lada, seluruh
mukim Tanjung Kerling dan Batu Hampar, Taman Seri Rembau Fasa 1,2,3,
Taman Rembau Utama, seluruh Kampung Chuai, pekan Rembau, Tanjung Sena
Ulu dan Hilir, Kampung Rendah Kayu Ara, Senama, Desa Permai Mampong,
Kampung Mampong, Petronas Rembau, Shell Rembau, Pejabat Daerah
Rembau, Majlis Daerah Rembau, Kampung Mulia, Kampung Seberang Sawah,
Kampung Perigi Jernih, Kampung Tebing Tinggi, Kampung Relong dan
Taman Seri Rembau Tanah Lot.
Beliau menasihatkan pengguna di kawasan
terlibat agar menyimpan bekalan air secukupnya sepanjang tempoh
gangguan.
Pengguna yang memerlukan bantuan boleh
menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982. - Bernama
Jumaat, 18 Januari 2013
Kepada yang sudi membantu Pasti Hidayah, Senawang
PASTI Al-Hidayah telah 12 tahun beroperasi di Taman Tasik
Jaya, Senawang, N.Sembilan kini memerlukan sumbangan untuk mengganti beberapa
peralatan antaranya papan putih, kerusi meja pelajar, kerusi meja guru, rak
buku, rak kasut, kipas, alat bantuan mengajar serta beberapa peralatan lain.
Kepada mereka yang ingin menyumbang sila hubungi Sdr Akob
AJK Pasti Hidayah di talian 012-3781945
Rabu, 16 Januari 2013
Imam Masjid Rembau dipecat kerana berkhutbah
Imam veteran pesan pada imam muda jangan gentar untuk
menyampaikan kebenaran dengan berkhutbah walaupun akan diambil tindakan kena
pecat.
Rembau 13 Jan 2013 – Bekas Imam Masjid Jamek An Nur Pekan
Rembau atau lebih dikenali oleh orang Rembau sebagai Imam Rosli menceritakan
pengalaman beliau yang dipecat pada lewat tahun 90an kerana beliau berkhutbah
cara Rasulullah SAW, bukannya membaca teks khutbah. Beliau berpesan kepada
imam-imam muda pada ketika ini supaya jangan gentar untuk berkhutbah untuk
menaikkan semangat para jemaah untuk menghayati dan mengamalkan Islam
sepenuhnya.
Imam Rosli berucap dalam majlis meraikan veteran PAS DUN
Chembong di rumah Tn Hj Idris di Kg Tanjung Sena.
Seterusnya Imam Rosli mengingatkan bahawa golongan veteran
ini memainkan peranan besar dalam perjuangan Islam dan semasa kempen
pilihanraya. Imam Rosli menyeru kepada golongan veteran agar sentiasa
menunaikan solat hajat, bertahajjud serta bermunajat agar Islam di beri
kemenangan di Negeri Sembilan.
Turut sama dalam majlis bersama veteran PAS DUN Chembong
ialah YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani (Pesuruhjaya PAS N.Sembilan/ADUN Paroi)
dan Dr Rosli Yaakop (AJK PAS Pusat).
Dalam perkembangan lain seorang pendakwah terkenal dengan
program motivasi remaja dan pelajar Ustaz Nor Azman Mohamad telah diberi surat
amaran untuk tidak lagi bekhutbah Jumaat di mana-mana masjid di daerah Seremban
susulan beliau berkhutbah Jumaat di sebuah surau Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama yang tersohor di Seremban.
Sabtu, 12 Januari 2013
30 rumah, dua sekolah rosak dilanda ribut
Sinar Harian
11 Januari 2013
REMBAU – Sebanyak 30 rumah serta dua
sekolah rosak dilanda ribut dalam kejadian kira-kira 4.50 petang
kelmarin.
Antara kediaman penduduk yang rosak
teruk adalah di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Legong Ulu,
Kampung Relong Chengkau, Kampung Penajis, Pulau Acheh dan Astana Raja
termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah (Semenda) dan
Sekolah Kebangsaan (SK) Astana Raja.
Tinjauan Sinar Harian ke lokasi, malam
kelmarin mendapati lebih 30 pokok tumbang dan turut mengenai sebuah
kereta penduduk serta kabel yang terletak di bahu jalan.
Penduduk, Nor Azhar Zulkefly, 22, dia
hanya menyedari atap rumah yang didiami sejak 20 tahun lalu rosak
dipukul angin kuat selepas merasakan biliknya mulai basah.
Katanya, menyedari kejadian itu, dia
bergegas mencari ibu, Sefiah Ismail, 59, yang berada di ruang tamu.
"Saya sempat mematikan suis utama
dan membawa ibu ke rumah nenek saya yang terletak berdekatan. Ibu
saya masih terkejut dengan apa yang berlaku," katanya.
Sementara itu, Pengetua Semenda, Siti
Noridah Ujang berkata, dia dan beberapa guru bertindak pantas melihat
kerosakan awal.
"Kebanyakan bahagian atap bangunan
beberapa blok serta asrama diterbangkan ribut, sementara kelas basah,
pendawaian elektrik rosak, cermin pecah selain pintu tercabut,"
katanya.
Khamis, 10 Januari 2013
BENDERA REMBAU
Warna Kuning - Mewakili Undang / Penghulu Luak Yang
Memerintah
Warna Hitam - Mewakili Dato’-Dato’ Lembaga / Orang Besar
Undang
Warna Merah - Mewakili Rakyat / Penduduk Luak
Bintang - Mewakili Penduduk Luak Rembau Menganuti Agama
Islam
Keris Bersilang - Mewakili Rembau diperintah oleh Dato’
Undang Luak secara bergilir-gilir mengikut perut iaitu Lela Maharaja dan Sedia
Raja
Tanduk Kerbau - Mewakili Adat Perpatih yang datang dari
Minangkabau
Lingkaran Bunga
Padi - Mewakili tanaman utama Rakyat Luak Rembau adalah Padi
Isnin, 7 Januari 2013
Huni rumah reput
28 Dis 2012
REMBAU: Nasib seorang warga emas di Kampung Chengkau Hulu,
dekat sini, ibarat menunggu buah yang tidak gugur apabila permohonannya sejak
tiga tahun lalu bagi membaiki rumah rosak teruk dimakan anak-anai, belum
mendapat perhatian pihak berkaitan.
Aini Nikmat, 80, yang tinggal bersama anak lelakinya, Afendi
Parjo, 44, juga orang kelainan upaya (OKU), kini terpaksa mempertaruhkan nyawa
mereka mendiami rumah yang semakin uzur dan boleh roboh pada bila-bila masa.
“Semakin hari rumah semakin reput dimakan anai-anai dan
banyak atap yang bocor sehingga saya terpaksa menadah besen dan baldi setiap kali
hujan.
“Keadaan bertambah teruk terutama sekarang musim hujan,
habis rumah basah dan tidur malam saya tidak lena kerana bilik dimasuki air
namun terpaksa juga tidur dalam kebasahan kerana tiada pilihan disebabkan rumah
di tingkat atas langsung tidak dapat digunakan lagi kerana reput,” katanya
ketika ditemui di rumahnya.
Aini berkata, setiap kali hujan dia menangis memikirkan
nasib dan keadaan rumahnya itu serta sentiasa berdoa supaya ada pihak prihatin
dan sudi membantunya.
“Nak harapkan anak, mereka semua hanya kerja kampung dan
mempunyai tanggungan masing-masing, jadi saya terpaksa mengambil upah mengurut
menambah pendapatan.
“Walaupun anak lelaki tinggal bersama, dia tidak dapat
bekerja kerana cacat pendengaran dan bisu serta terpaksa bergantung hidup
dengan saya.
“Saya menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) RM300 setiap bulan, namun jumlah itu tidak cukup untuk membaiki rumah
yang rosak ini,” katanya.
Cucunya, Yazaini Noryazid, 32, berkata, sebelum ini dia
pernah membuat permohonan melalui ketua kampung bagi pihak neneknya dan
mendapat kelulusan bantuan membaiki rumah, tetapi hairan sehingga hari ini
tiada tindakan dilakukan.
“Saya kasihan melihat keadaan nenek yang tua dan tinggal di
rumah yang uzur seperti ini tambahan pula jauh dari penduduk kampung.
“Dinding dan lantai rumah semua reput dimakan anai-anai,
saya bimbang rumah ini boleh roboh pada bila-bila masa dan boleh membahayakan
keselamatan.
“Saya berharap ada pihak dapat membantu dan mengambil
tindakan segera untuk membaiki rumah nenek,” katanya.
Majlis Ramah Mesra DUN Chembong
Majlis Ramah Mesra Anak Muda & Anak Perantau Rembau
bersama Pimpinan
Pakatan Rakyat Chembong.
Tarikh : 28
Januari 2013 ( Isnin )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Restoran
Pinggiran Corner,Pinggiran Pedas ( bersebelahan Kolej Komuniti Rembau
Pimpinan :
* YB. Mohd Taufek
Abd Ghani ( ADUN PAROI & Pesuruhjaya PAS NS )
* Dr. Rosli Yaakop ( MTD PAS Chembong & Timb.
Pesuruhjaya PAS NS )
Anjuran : MTD PAS DUN Chembong
Hubungi : Ustaz. Nazri - 0196823159
Ahad, 6 Januari 2013
Ubah suai jadi van jenazah
5 Januari 2013
PEDAS – Berikutan kesukaran untuk
mendapatkan van jenazah, seorang penduduk di sini, tekad menyediakan
kemudahan itu kegunaan penduduk di sekitarnya.
Sahat Kachat, 61, berkata, sekitar lima
tahun lalu, hanya satu unit sahaja van jenazah disediakan di Pejabat
Daerah.
Menurutnya, mujurlah terdapat rakan
sekampung yang membuka perniagaan Nash Auto menyumbangkan sebuah van
kepadanya untuk dijadikan sebagai van jenazah.
“Pakcik bukan kejar untung, tapi pak
cik rasa soal fardu kifayah ini tidak boleh dibuat main dan sebagai
penduduk pak cik sanggup ambil tanggungjawab menyediakan van jenazah
sendiri,” katanya ketika ditemui di Surau Pedas Hilir, dekat sini,
baru-baru ini.
Sahat atau lebih dikenali oleh penduduk
kampung sebagai Haji Nasir berkata, pada peringkat awal, dia
mengeluarkan modal kira-kira RM5,000 untuk mengubahsuai keadaan dalam
van jenazah itu iaitu bagi meletakkan peti mayat dan tempat duduk di
kiri dan kanan bahagian belakang.
“Sebelum ini, pakcik bekerja sebagai
pemandu teksi selama 36 tahun. Kini, pakcik dan anak, Mohamad Jeffry
Sahat, 35, sedia menawarkan perkhidmatan van jenazah kepada mana-mana
pihak,” katanya.
Haji Nasir berkata, jika lima tahun
sebelum ini, perkhidmatan van jenazah sukar untuk diperoleh susulan
ianya hanya disediakan satu unit sahaja dan kini ianya semakin
berkembang susulan peningkatan kesedaran syarikat tertentu untuk
menyumbang kemudahan berkenaan kepada pihak masjid mahupun surau.
“Alhamdulillah, kini pakcik berasa
lega kerana akhirnya tanggungjawab fardu kifayah ini dapat
dilaksanakan dengan lebih baik. Malah, sepanjang lebih lima tahun ini
sudah lebih 200 kali pakcik menghantar jenazah.
“Pak cik tidak mengenakan kadar yang
tinggi iaitu hanya RM50 bagi penduduk di sekitar Pedas dan Pekan
Rembau. Bagaimanapun, bagi kawasan di luar pula, kadar lain bakal
dikenakan," katanya.
Katanya, walaupun kadangkala ianya
tidak berbaloi kerana kos minyak dan penyelenggaraan, namun dia tetap
juga berasa lega kerana turut sama menyediakan kemudahan fardu
kifayah berkenaan kepada komuniti setempat.
Jumaat, 4 Januari 2013
Tabung aktiviti PAS dalam Parlimen Rembau
Kepada mereka
yang ingin menyumbang untuk melancarkan aktiviti serta program kebajikan dan
kemasyarakatan PAS di beberapa DUN dan dalam parlimen Rembau sila salurkan ke
akaun berikut ;
Nama akaun : PAS KAWASAN REMBAU
No akaun : 05-012-01-007334-7
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (Cawangan Seremban)
Hubungi Sdr Hamizi 012-2832458
Nama akaun : PAS
DUN PAROI
No akaun :
05012010063902
Bank Islam Malaysia
Bhd (BIMB)
Hubungi Hj Fisol 019-3440826
Nama akaun : MTD PAS CHEMBONG
No akaun : 0501-0000394-10-0
Bank : CIMB ISLAMIC ,
Hubungi Ustaz Nazri 019-3457690
Nama akaun : PAS
MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Sdr Rozmal 012-2267406
Rabu, 2 Januari 2013
PERKHIDMATAN PINJAMAN KEWANGAN ISLAM
Sila hubungi agen dari Institusi
Kewangan Islam yang berdaftar Sdr Wan 012-977 0092.
Juga disediakan khidmat memperbaharui
cukai jalan, takaful kenderaan serta takaful hayat.
Untuk projek ekonomi dan kebajikan PAS
DUN Kota, N.Sembilan
Langgan:
Catatan (Atom)












