Sabtu, 12 Januari 2013
30 rumah, dua sekolah rosak dilanda ribut
Sinar Harian
11 Januari 2013
REMBAU – Sebanyak 30 rumah serta dua
sekolah rosak dilanda ribut dalam kejadian kira-kira 4.50 petang
kelmarin.
Antara kediaman penduduk yang rosak
teruk adalah di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Legong Ulu,
Kampung Relong Chengkau, Kampung Penajis, Pulau Acheh dan Astana Raja
termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah (Semenda) dan
Sekolah Kebangsaan (SK) Astana Raja.
Tinjauan Sinar Harian ke lokasi, malam
kelmarin mendapati lebih 30 pokok tumbang dan turut mengenai sebuah
kereta penduduk serta kabel yang terletak di bahu jalan.
Penduduk, Nor Azhar Zulkefly, 22, dia
hanya menyedari atap rumah yang didiami sejak 20 tahun lalu rosak
dipukul angin kuat selepas merasakan biliknya mulai basah.
Katanya, menyedari kejadian itu, dia
bergegas mencari ibu, Sefiah Ismail, 59, yang berada di ruang tamu.
"Saya sempat mematikan suis utama
dan membawa ibu ke rumah nenek saya yang terletak berdekatan. Ibu
saya masih terkejut dengan apa yang berlaku," katanya.
Sementara itu, Pengetua Semenda, Siti
Noridah Ujang berkata, dia dan beberapa guru bertindak pantas melihat
kerosakan awal.
"Kebanyakan bahagian atap bangunan
beberapa blok serta asrama diterbangkan ribut, sementara kelas basah,
pendawaian elektrik rosak, cermin pecah selain pintu tercabut,"
katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan