Rabu, 26 Disember 2012
Selasa, 25 Disember 2012
Majlis Gotong Royong PASTI Rembau
MAJLIS GOTONG ROYONG
Tarikh : 29 Dis 2012, Sabtu
Masa : 9 pagi
Tempat : PASTI Al Ahmadi, No 86, Jalan
CU3, Taman Chembong Utama, Rembau
Sebarang sumbangan untuk majlis gotong
royong ini amat dialu-alukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun :
Nama akaun : PASTI AHMADI REMBAU
No akaun : 05010004698208
Tel Sdr Muhammad 014-2268837 ,
013-6889185
HARI PENDAFTARAN TERBUKA PASTI AHMADI
Untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun
Tarikh : 30 Dis 2012, Ahad
Masa : 9 pg – 12 tgh
Tempat : No 86, Jalan CU3, Taman
Chembong Utama, Rembau
Untuk pertanyaan sila hubungi
013-6889185 , 014-2268837
Isnin, 24 Disember 2012
Ceramah Anak Tempatan DUN Kota 29 Dis 2012
CERAMAH UMUM
Tarikh : 29 Dis 2012, Sabtu
Masa : 9 malam
Tempat : Kg Baru Chengkau Ulu, Kota,
N.Sembilan
Semua penceramah
terdiri dari anak tempatan DUN Kota :
- YB Dato Kamarul Baharin Abbas, Ahli Parlimen Telok Kemang,
Pengerusi PKR N.Sembilan
- Mohd Nazree Mohd Yunus, Ketua AMK N.Sembilan
- Rozmal Malakan,
Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau
- Puan Norwani,
Ketua Muslimat PAS Rembau
Anjuran :
Penyokong Pakatan Rakyat DUN Kota
Maklumat lanjut
hubungi Hj Roni 012-2268230
Jumaat, 21 Disember 2012
Anak kembar Adun Paroi cemerlang dalam PMR
Harakah, 21 Dis
2012
SEREMBAN: Sepasang anak kembar lelaki Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani turut mencatat keputusan cemerlang
dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Rabu lepas.
Kembar sulung, Muhammad Sobri Mohamad Taufek, 15; merupakan
pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Haji Mohd Said,
memperolehi keputusan 9A.
Manakala seorang lagi kembar Muhammad Syukri Mohamad Taufek,
15, merupakan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh Ulul Albab,
memperolehi keputusan 8A 1B.
Mohd Taufek berkata dia dan isteri beliau Cikgu Mahani
berbangga dengan pencapaian anak kembarnya itu yang dilihat sebagai sesuatu
yang berharga untuk dikongsi bersama.
"Saya syukur kepada Allah di atas kejayaan ini dan
mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah
membantu dan menyumbang dalam mencapai kejayaan ini iaitu guru-guru semasa di
PASTI Al-Amal Taman Marida, SRIAS, Sekolah Kebangsaan Kampung Batu, Rembau dan
semua guru di SMKA SHAMS dan MRSM Gemencheh.
"Saya dan isteri bersyukur di atas kejayaan ini.Saya
juga ucapkan tahniah kepada anak-anak (pelajar) Negeri Sembilan yang berjaya
dalam PMR dan bagi mereka yang kurang berjaya, terus berusaha untuk kejayaan di
masa hadapan," kata Mohd Taufek.
Khamis, 20 Disember 2012
Ceramah Motivasi dan Kutipan Tabung Gaza
CERAMAH MOTIVASI
DAN KUTIPAN TABUNG GAZA
Tarikh : 25 Dis
2012, Selasa
Masa : 11 pagi
Tempat : Masjid
Jamek Tanah Datar, Chengkau (tepi jalan utama Rembau-Tampin)
Penceramah :
Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Astro
Oasis)
Turut diadakan
pameran Palestin dan kutipan tabung misi kemanusiaan Gaza serta jualan amal oleh
Aqsa Syarif.
Jamuan makan
tengahari masakan kenduri kampung turut disediakan selepas solat Zuhr.
Semua dijemput
hadir - Untuk maklumat lanjut sila hubungi Encik Kasbi 019-2084969
Anjuran :
Jawatankuasa Perkuburan Islam Kariah Tanah Datar.
Rabu, 19 Disember 2012
Bughak Anak Ghombau 29 Dis 2012
BUGHAK ANAK GHOMBAU
Haghi : 29 Dis 2012, Sabtu
Maso : 9 malam
Poghak : Kg Batang Nyamor,
Kota,
N.Sembilan
Anak Ghombau :
- YB Dato Kamarul
Baharin Abbas, Ahli Parlimen Telok Kemang, Pengerusi PKR N.Sembilan
- Mohd Nazree
Mohd Yunus, Ketua AMK N.Sembilan
- Rozmal Malakan,
Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau
- Puan Norwani, Ketua Muslimat PAS Rembau
Anjuran :
Penyokong Pakatan Rakyat DUN Kota
Maklumat lanjut
hubungi Izamri 013-2124086
DANA PILIHANRAYA DUN KOTA
Untuk sumbangan Tabung Pilihanraya Umum
ke 13 DUN Kota (N28) , N.Sembilan sila salurkan melalui akaun berikut
:
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
atau sila hubungi Tn Roni 012-2268230
Isnin, 17 Disember 2012
TERAPI ROHANI, JASMANI DAN MENTAL
Masa : Selepas
Maghrib
Tempat : Masjid
Jamek An Nur, pekan Rembau
Dipimpin oleh :
Ustaz Abd Ghani Ahmad Zaigu , Darussyifa’ N.Sembilan
Aturcara Program
:
- Solat Hajat,
Bacaan Yasin serta Doa-Doa Syifa’ & Zikir.
- Sesi Rawatan
- Rawatan
Penyakit Jasmani/ Fizikal, Rohani, Gangguan Makhluk Halus & Sihir
Isnin, 10 Disember 2012
Mati lemas di Taman Tema Rembau
Luluh hati ibu
10 Dis 2012
SEREMBAN:
Keseronokan tujuh sekeluarga mandi-manda di sebuah taman tema di Rembau,
berakhir tragedi menyayat hati apabila seorang daripada mereka ditemui lemas
dipercayai tergelincir di dalam terusan yang mengelilingi kolam, semalam.
Dalam kejadian
kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Mohd Putra Syakirin Ahmad Syahir, 6, maut
dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini.
Ibunya, Mushitah
Zahari, 26, berkata, dia bersama suami, ibu serta adik-beradik lain pergi ke
taman tema itu untuk mandi.
“Tiba-tiba, kami
menyedari ‘Bobob’ (Mohd Putra) hilang sebelum dikejutkan dengan teriakan budak
lemas oleh orang ramai. “Namun, saya tidak menjangkakan yang lemas itu anak
sulung sehinggalah saya melihat petugas taman tema itu mengangkat seorang budak
yang memakai seluar sama seperti anak,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik
HTJS, di sini, semalam.
Mushitah yang
bekerja di sebuah hotel di Port Dickson berkata, itu kali pertama dia dan
suami, Ahmad Syahir Abd Aziz, 26, membawa anak mereka ke situ dan tidak
menyangka percutian itu berakhir dengan tragedi.
“Hancur luluh
hati sebaik melihat itu adalah anak lelaki saya dan bergegas meminta bantuan
daripada pihak pengurusan taman tema itu. “Ketika itu anak saya masih bernyawa
berikutan ada air terkeluar daripada mulutnya dan kedengaran nafasnya, saya
terus meminta penyelamat yang berada di situ untuk membuat pernafasan mulut ke
mulut, tetapi tiada siapa pun tahu melakukannya,” katanya.
Menurutnya, dia
percaya, anaknya berkemungkinan tergelincir ke dalam terusan kolam itu dan
jarak antara tempat kejadian dengannya hanya 50 meter. “Sebaik sedar tiada
bantuan dapat diberikan, saya dan suami kemudian membawa anak ke sebuah klinik,
tetapi mereka tidak berani untuk merawatnya sebelum suami bergegas memecut
kereta menghala ke HTJS,” katanya.
Mushitah berkata,
bagaimanapun, dalam perjalanan ke HTJS, anaknya sudah tidak bernyawa dan
disahkan meninggal dunia kira-kira 3.30 petang.
“Saya kesal
dengan pihak pengurusan taman tema itu, sepatutnya mereka menyediakan
penyelamat yang tahu asas menyelamatkan orang lemas. “Malah, sekiranya rawatan
awal diberikan, berkemungkinan anak saya masih dapat diselamatkan, bagaimanapun
saya reda dengan kehilangannya dan menganggap ajalnya sudah tiba,” katanya.
Jenazah Mohd
Putra dijangka akan dikebumikan di kampung halaman Mushitah di Kedah, hari ini.
Sementara itu,
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi
mengesahkan menerima laporan kejadian kes itu.
Sumber: Harian Metro
Ahad, 9 Disember 2012
Hari Pendaftaran Terbuka Pasti Ahmadi, Rembau
HARI PENDAFTARAN TERBUKA
PASTI Al Ahmadi untuk pelajar berumur
4, 5 dan 6 tahun
Tarikh : 30 Dis 2012, Ahad
Masa : 9 pg – 12 tgh
Tempat : No 86, Jalan CU3, Taman
Chembong Utama, Rembau
Untuk pertanyaan asila hubungi Cikgu
Tarwiah 013-6889185 , 014-2268837
Kelebihan belajar di PASTI :
- Kurikulum 5M – Membaca, Menulis,
Mengira, Menghafaz, Mengamal
- Lebih 50 cawangan seluruh N.Sembilan
- Sukatan pelajaran sistematk dengan
guru yang terlatih
- Konsep Tadika Islam
- Penekanan seimbang Akademik dan
Akhlak
- Asas Al Quran dan Doa Harian
- Amali dan Praktikal Ibadah
- Aktiviti Sukan dan Riadah
- Yuran yang berpatutan
Sumbangan komputer terpakai untuk Pasti Rembau diperlukan
Sesiapa yang ingin menyumbang satu set
komputer terpakai serta pencetak untuk kegunaan PASTI Al Ahmadi,
Taman Chembong Utama, Rembau sila hubungi Ustaz Muhammad 014-2268837
, 013-6889185 atau disalurkan melalui akuan BSN, No Akaun
0412929000077372
Sabtu, 8 Disember 2012
Selasa, 4 Disember 2012
Isnin, 3 Disember 2012
Tanah orang kampung vs tanah PKNS
Nilai pampasan
tanah adat sikit
18 Julai 2009
REMBAU:
"Kami hanya mahu ganti rugi yang setimpal berdasarkan nilai harta sebenar.
Jangan aniaya kami hanya kerana kami orang kampung," kata Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tanah Adat Rembau, Chik Tak Datuk Amat.
"Bayaran RM1.20
(RM52,272 seekar) hingga RM2.80 kaki persegi (RM121,968 seekar) yang dibayar
atas pengambilan tanah kami belum cukup untuk mendirikan rumah baru. Jadi, kami
berharap penilaian semula tanah dapat dibuat bagi memberi keadilan kepada orang
kampung," dakwanya.
Tanah Hospital Rembau RM958,320 seekar
15 Mac 2012
Hospital Rembau
akan dibina atas tanah seluas 18 hektar. Kementerian Kesihatan membuat
perjanjian dengan PKNS untuk pembelian tanah berkenaan. Bagaimanapin, masalah harga tanah pula timbul dan
menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun apabila kementerian hanya
membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung PKNS ialah RM18 sekaki.
Berikutan itu,
PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga
itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 sekaki (RM958,320 seekar).
Ahad, 2 Disember 2012
Umno, antara 2 darjat
Di Rembau, orang Melayu di sini yang
terlibat dengan pengambilan tanah dan rumah untuk projek landasan
keretapi berkembar hanya di beri pampasan RM 120,000 sahaja,
sedangkan PKNS menawarkan tanah untuk membina Hospital Rembau pada
harga RM 22 sekaki persegi atau hampir RM 1 juta seekar.
Adakah orang kampung di Rembau sedar
akan perkara ini, yang terang lagi bersuluh, atau mereka rela
diperlakukan begini dari dulu, kini dan selamanya?
Tahukah kita semua, terutama anak-anak
Rembau di perantauan bahawa harga rumah teres dua tingkat sekarang
ini di Rembau paling murah ialah RM 250,000. Dengan pampasan RM
120,000 memang tidak dapat membeli rumah di Rembau yang selesa pada
ketika ini.
PROJEK PERUMAHAN TAMAN REMBAU BAYU
DILANCARKAN
REMBAU 4 Nov. 201 - JBS Suria Bumi Sdn.
Bhd., anak syarikat Kumpulan JBS melancarkan projek perumahan
bercampur dikenali sebagai Taman Rembau Bayu di Mukim Batu Hampar
dekat sini semalam.
Projek itu mengandungi 22 unit kedai
pejabat teres dua tingkat dan 35 unit rumah teres dua tingkat di
kawasan seluas 2.19 hektar.
Pengarah Urusan Kumpulan JBS, Alex Kan
berkata, projek itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun dengan nilai
pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM20 juta.
Beliau berkata, harga seunit kedai
pejabat adalah antara RM350,000 dan RM450,000 manakala harga rumah
antara RM250,000 dan RM320,000.
Langgan:
Catatan (Atom)

















