Jumaat, 30 November 2012
Jom Kita Bantu Pelajar Yang Perlukan Bantuan Kembali ke Sekolah
Saban tahun kos sara hidup makin
meningkat. Mereka di kawasan bandar dan pinggir bandar yang
berpendapatan RM 1,500 ke bawah amat tertekan setiap hujung tahun
untuk persiapan anak-anak mereka kembali ke sekolah pada tahun
hadapan.
Sehubungan dengan itu untuk meringankan
sedikit beban yang ditanggung Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau
mengambil inisiatif untuk mengumpul dana untuk disalurkan terus
kepada keluarga yang memerlukan ini.
Kepada mereka yang ingin menyumbang
sila hubungi Puan Norwani 013-3851202 atau Puan Fauziah 013-7779328.
Sumbangan boleh juga dimasukkan terus
ke akaun Bank Islam (BIMB) atas nama : Dewan Muslimat Rembau , No
Akaun : 05-012-01-006165-3
Semoga dengan sedikit sumbangan dari
kita semua akan memberi sinar harapan kepada pelajar-pelajar ini.
Hari Terbuka Pasti Al Ain, Pedas, Rembau 22 Dis 2012
HARI TERBUKA DAN PENDAFTARAN PASTI AL
AIN
Tarikh : 22 Dis 2012, Sabtu
Masa : 9 pg - 1 ptg
Tempat : Pasti Al Ain, Taman Pedas
Perdana, Rembau
Terbuka kepada umum
Antara aktiviti menarik :
- Pra pendaftaran pelajar Pasti berumur
4, 5 dan 6 tahun
- Khidmat kesihatan percuma untuk orang
dewasa
- Pertandingan mewarna kanak-kanak
- Penerangan percuma mengaji teknik Al
Baghdadi
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Puan
Wani 013-3851202 , Sdr Hakki 013-3840022 , Cikgu Ika 017-3113273
Sumbangan untuk Tabung Kebajikan Pasti
Al Ain boleh disalurkan ke akaun CIMB 12180068287526
Awas, geng samun kembali aktif di Senawang
Maklumat yang diterima geng samun siang
hari kembali aktif di Senawang. Sasarannya ialah suri rumah. Suri
rumah di Taman Cempaka dan Taman Kiambang Indah telah menjadi mangsa
setakat ini.
Modus operandi mereka ialah 5 ke 8
orang lelaki Melayu menunggang motosikal Kips berwarna hijau dan biru
akan bertanyakan alamat rumah dan sebagainya kepada suri rumah
tersebut dan kemudian terus menyamun.
Ahad, 25 November 2012
Dua Isu Utama Rakyat di N.Sembilan Menjelang PRU
Dua isu besar yang melibatkan
kepentingan rakyat di Negeri Sembilan menjelang Pilihanraya Umum ke
13 ialah ;
1. Tender bangunan Hospital Rembau
masih belum dikeluarkan sehingga kini, sedangkan upacara perletakan
batu asas telah disempurnakan pada bulan Mac 2008 oleh Menteri Besar
Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan. Ulasan penuh isu ini di
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/11/tender-bangunan-hospital-rembau-masih.html
2. Pembinaan jalan baru Pasir Panjang
ke Linggi sepanjang 22.5 km yang dibina sejak tahun 2005 yang masih
belum siap sehingga kini. Kos asal projek RM118 juta, kemudian
ditambah lagi RM118 juta pada kontraktor yang sama pada tahun 2008,
ditambah lagi RM47.5 juta juga pada kontraktor yang sama, dimana
salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang dianugerahkan
membina jalan ini ialah Dato Napsiah Omar, bekas Menteri Kabinet
serta bekas pimpinan tertinggi Umno dan Wanita Umno. Ulasan penuh isu
ini dengan fakta di
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/11/jalan-pasir-panjang-ke-linggi-rm300.html
Jumaat, 23 November 2012
CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT REMBAU
AHAD 25 NOV 2012
- 9 MALAM
Di Bilik Gerakan
UPU Pilin, Durian Daun (DUN Chembong)
Bersama :
YB Dr. Zulkifli
Ahmad , Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor
Hj. Mustaffa
Kamil Ayub, AJK PKR Pusat
YB Cha Kee Chin, ADUN
DAP Bukit Kepayang, Seremban
Dr. Rosli Yaakop,
Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Rabu, 21 November 2012
Tak sangka boleh banjir
21 Nov 2012
REMBAU: “Sebaik melihat air mencurah masuk ke dalam rumah
saya memanggil suami dan anak segera keluar kerana air begitu deras dan sekelip
mata sudah berada di paras pinggang. Lebih membimbangkan jika terjadi sesuatu
terhadap kandungan saya yang kini sudah memasuki enam bulan,” kata Noraini
Ibrahim, 31.
Menurutnya,
rumahnya di Kampung Simen, Lubok Cina, dekat sini, dinaiki air kira-kira jam 9
malam, kelmarin.
Noraini berkata,
dia tidak menyangka menjadi mangsa banjir memandangkan hujan lebat hanya waktu
pagi, namun kira-kira jam 8 malam dapur mula dipenuhi air dan sekelip mata
seluruh bahagian dalam rumah ditenggelami air.
“Kali terakhir
saya menghadapi kejadian banjir, dua tahun lalu dan ketika itu sedang
mengandungkan anak kedua iaitu Nor Amani Saleha Mohd Najib yang kini berusia
setahun lapan bulan.
“Kini situasi
sama berulang apabila mengandungkan anak ketiga, saya perlu meredah banjir bagi
menyelamatkan diri dan kandungan,” katanya, ketika ditemui di Pusat Pemindahan
Mangsa Banjir di Balai raya Kampung Lubok China, pagi semalam.
Seorang lagi
mangsa, Che Yah Sulong,76, berkata, dia yang tinggal seorang diri sejak
kematian suami setahun lalu sudah lali dengan kejadian banjir di kawasan
rumahnya sejak lebih 10 tahun lalu.
“Ketika berada di
ruang tamu, saya sempat menjengah ke luar tingkap dan mendapati air sudah mula
naik memenuhi jalan. Saya sudah mengagak rumah akan dinaiki air dan terus
mengambil dokumen penting.
“Selang beberapa
minit, anak jiran memanggil dan memapah keluar saya untuk berpindah ke pusat
pemindahan ini,” katanya.
Sementara itu,
Pengerusi Jawatankuasa Banjir Daerah Rembau, Mohd Rawi Baharom, berkata buat
masa ini hanya tujuh keluarga terjejas banjir dan dua pusat pemindahan dibuka
iaitu Balairaya Kampung Lubok Cina dan Surau Kampung Nerambai.
Khamis, 15 November 2012
Ceramah Dr Arif Kasmo 25 Nov 2012 di Senawang
CERAMAH SAMBUTAN HIJRAH DAN ASYURA
Tajuk :
Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran
Penceramah : Prof.
Dr Mohd Arif Kasmo, Pusat Pengajian Umum, UKM, Bangi - BSc (Zoology), Sarjana
(Pendidikan), PhD (Pendidikan Falsafah Sains)
Tarikh : 25 Nov 2012, AHAD
Masa : 7.20 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Sempena Sambutan
Awal Muharram dan Hari Asyura
Semua dijemput hadir
PASAK adalah singkatan kepada ungkapan Pengukuhan Akidah
Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran. Maklumat lanjut di http://pasakeedah.blogspot.com
Amalan Yang
Disunatkan Pada 10 Muharram
Selain daripada
melakukan puasa pada hari ‘Asyura’, orang Islam juga disunatkan menyenangkan
dan menggembirakan hati kaum keluarga.
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
Maksudnya:
“Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura,
Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Berpuasa serta menyenangkan
hati keluarga, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin pada hari
‘Asyura’ ini adalah amalan yang tidak boleh dilepaskan
fadhilatnya
begitu sahaja.
Isnin, 12 November 2012
Tender bangunan Hospital Rembau masih belum dikeluarkan
Pada tahun 2008 , Tok Mad kata Hospital
Rembau akan dibina pada tahun 2008, batu asas Hospital Rembau telah
diletakkan pada tahun 2008 dalam satu majlis besar-besaran sebelum
pilihanraya 2008 yang dihadiri oleh Tok Mad, KJ, Zaiful dan Dr
Awaluddin bersebelahan Balai Bomba Rembau. Projek ini tertangguh
hingga ke tahun 2012. Tahun 2012 baru kerja tolak tanah dilakukan.
Namun hingga ke saat ini, tender untuk kerja bangunan Hospital Rembau
masih belum dikeluarkan oleh pihak JKR.
Apakah puncanya JKR masih belum
mengeluarkan tender kerja bangunan Hospital Rembau? Tiada bajet,
tiada peruntukan, pelan bangunan belum siap, laporan EIA Alam Sekitar
belum diluluskan?
Kerajaan yang pertama di Negeri
Sembilan ialah kerajaan Rembau, namun daerah yang terakhir yang belum
ada hospital ialah daerah Rembau. Sedangkan di Rembau ini ramai warga
emas, sekiranya warga emas ini sakit, perlu masuk hospital, mereka
akan dibawa ke hospital Seremban. Hospital Seremban disebabkan tempat
letak keretanya jauh dan perlu mendaki bukit, pelawat yang tak sakit
pun boleh sakit bila menziarahi pesakit di Hospital Seremban.
Ajal maut di tangan Allah, namun
manusia harus berusaha untuk kelangsungan hidup. Apakah mereka tidak
mengambil iktibar kejadian yang berlaku di depan mata mereka sendiri
apabila Pengerusi Peladang Rembau rebah ketika berucap depan Tok Mad,
terpaksa dikejarkan ke Hospital Seremban pada tahun 2011?
REBAH KETIKA BERUCAP SEBELUM MENINGGAL
DUNIA
REMBAU 19 Mei 2011 - Majlis perasmian
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-32 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
Rembau dekat sini, diselubungi cemas seketika apabila Pengerusi Ahli
Jemaah Pengarahnya, Abdul Wahab Gawa, 66, tiba-tiba rebah dan hampir
pengsan semasa berucap. Bagaimanapun, selepas beberapa jam dimasukkan
ke Hospital Tuanku Ja'afar, beliau akhirnya meninggal dunia pukul
7.10 petang ini.
Sebelum kejadian, Abdul Wahab sedang
berucap pada majlis yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk
Seri Mohamad Hasan dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
serta Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Dewan Sri Rembau.
HOSPITAL RM100 JUTA BAGI PENDUDUK
REMBAU
7 MAC 2008 - Hospital Daerah Rembau
yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100
juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000
penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari
ini. Beliau menjelaskan dengan pembinaan hospital ini pada tahun ini,
maka ia menjadi negeri yang pertama mempunyai kemudahan hospital di
setiap daerah.
HOSPITAL DAERAH REMBAU DIBINA DALAM 2
FASA
29 MAC 2012 - Pembinaan Hospital Daerah
Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu
melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos
dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Menteri Kesihatan, Datuk Seri
Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR)
sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja
tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini. "Bagi
kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada
hujung Mei ini,".
PEMBINAAN HOSPITAL REMBAU BERMULA APRIL
INI
25 JAN 2012 - Selepas persetujuan itu,
Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di
bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong.
Menurut Menteri Besar lagi, “tender pembinaan hospital Rembau akan
di buka pada bulan April 2012 dan orang ramai tidak perlu gusar lagi
tentang isu hospital yang di bangkitkan pembangkang.”
TANAH HOSPITAL REMBAU RM22 SEKAKI
15 MAC 2012 - Berikutan itu,
Kementerian Kesihatan membuat perjanjian dengan PKNS untuk pembelian
tanah berkenaan. Bagaimanapin, masalah harga tanah pula timbul dan
menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun apabila kementerian
hanya membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung PKNS ialah
RM18 sekaki. Berikutan itu, PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi
kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada
harga RM22 sekaki.
HOSPITAL DAERAH REMBAU DIBINA DALAM 2
FASA
29 MAC 2012 - Pembinaan Hospital Daerah
Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu
melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos
dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Hospital Daerah Rembau akan
dibina di atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong dengan
kapasiti 76 katil.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm
Khamis, 8 November 2012
Isnin, 5 November 2012
Ceramah Umum DUN Kota 10 Nov 2012
CERAMAH UMUM
Tarikh : 10 Nov 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pekan Chengkau, Rembau
Penceramah :
Zulkefly Mohamad Hj Omar, AJK PAS Pusat
Nazree Yunus, Naib Ketua AMK Malaysia
Ustaz Nor Azman, Ketua Penerangan PAS
N.Sembilan
Ramlan Roes, Exco AMK Malaysia
Rozmal Malakan, TYDP PAS Rembau
Maklumat lanjut sila hubungi Zamri
013-2124086
Ahad, 4 November 2012
Tabung Pilihanraya PAS Rembau
Jabatan Pilihanraya PAS Rembau masih
memerlukan dana untuk menghadapi pilihanraya. Kepada mereka yang
ingin menyumbang untuk Tabung Pilihanraya PAS Rembau boleh disalurkan
melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7
atau hubungi Sdr Hamizi 012-2832458
atau Sdr Hassan 019-2171942
Langgan:
Catatan (Atom)







