Selasa, 30 Oktober 2012
Isnin, 29 Oktober 2012
CERAMAH PERDANA 31 Okt 2012 di Seremban
CERAMAH PERDANA
Tarikh : 31 Okt 2012 , Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti
Hasanah, Bandar Seremban Selatan (Fasa 1)
Penceramah : Chegubard,
YB Hj Taufek, Dr Ahmad Suhaimi, Fareedah Samad, Ustaz Nor Azman Mohamad
********
Polis jadikan ahli DAP ‘tebusan’ untuk dapatkan kamera-
Chegu Bard
Johor 28 Okt 2012 :
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin
menyifatkan polis berlagak seperti pengganas ‘Abu Sayyaf’ apabila menahan 4
anggota DAP ketika ceramah di Bandar Seri Alam, Masai semalam.
Katanya, kejadian bermula selepas 10 ahli Umno membuat
provokasi dengan memasang pembesar suara dengan kuat dari balai raya
berhampiran, kira-kira 50 meter dari tempat ceramah.
“Penganjur dan saya cuba telefon polis tapi (mereka)
tidak beri jaminan untuk datang selesaikan…(Sedangkan) pengajur telah dapatkan
permit dua minggu sebelumnya.
“Keadaan makin tegang ketika saya berceramah dan saya sempat
minta polis untuk tampil selesaikan kekecohan…polis memang ada di sana sebab kamera mereka
dipasang di hadapan rostrum,” katanya lagi.
Katanya, beliau
meminta petugas SAMM mengawal keadaan dan tidak melayan provokasi Umno serta
menyelamatkan kamera berkenaan daripada dirosakkan sebelum beredar ke lokasi
ceramah kedua.
“Namun dalam perjalanan pulang dari program kedua, saya
terima panggilan telefon dari polis termasuk dari Ketua Unit Tindakan Khas
Johor, Datuk Ramli minta saya pulangkan kamera,” katanya.
Lebih mengejutkan, katanya, beliau dimaklumkan 4 ahli DAP
ditahan polis bernama Inspektor Chim Mui Fatt di IPD Seri Alam dan diugut tidak
akan dilepaskan selagi kamera tersebut tidak dipulangkan.
“Inspektor Chim beritahu mereka kalau nak balik, kena minta
saya serahkan kamera pada masa itu juga,” katanya lagi.
Beliau kemudian menyerahkan kamera ketika membuat laporan
berhubung provokasi Umno di Balai Polis Seremban pada jam 11.30 pagi tadi.
“4 ahli DAP itu dibebaskan pada jam 4.15 pagi selepas
ditahan selama tiga jam. Saya akan buat aduan di Bahagian Tatatertib Polis
Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung tindakan polis yang tidak ikut
prosedur itu,” katanya lagi.
Jumaat, 26 Oktober 2012
Derita barah darah putih
26 Okt 2012
REMBAU: “Antibodi anak lemah dan
tidak boleh luka, jika tidak darahnya akan mengalir tanpa henti.
Setiap masa dia perlu memakai penutup mulut bagi mengelak jangkitan
kuman.
“Tahun ini saja anak saya menjalani
dua pembedahan memasukkan tiub di dalam badannya,” kata
Norlizahwati Zakaria, 28, ibu kepada Muhammad Hafizzuddin Azizi, 6,
yang mengalami penyakit T Cell Lymphoma atau kanser darah putih sejak
lapan bulan lalu.
Norlizahwati ketika ditemui Harian
Metro di rumahnya di Rumah Rakyat Lubok China, dekat sini, semalam,
berkata, keadaan itu menyebabkan kehidupan kanak-kanak yang aktif itu
berubah sekali gus terpaksa memerapkan diri di dalam rumah jika tidak
menerima rawatan di hospital.
Menurutnya, sebelum disahkan menghidap
penyakit itu awal tahun lalu, Muhammad Hafizzuddin sempat menerima
pendidikan awal di tabika selama dua bulan. Kini dia terpaksa
melupakan keinginan untuk belajar buat sementara waktu kerana perlu
menerima rawatan kemoterapi di Unit Hematologi dan Onkologi
Kanak-Kanak, Institut Pediatrik di Hospital Kuala Lumpur.
“Saya mula menyedari perubahan pada
anak kedua daripada tiga beradik itu apabila melihat mukanya
membengkak yang berlanjutan beberapa hari,” katanya.
Bimbang keadaan itu, dia dan suami,
Mohd Azizi Khamis, 32, membawa anaknya menemui doktor di Hospital
Melaka dan dimaklumkan anaknya hanya mengalami bengkak biasa.
“Bagaimanapun, selepas beberapa hari
bengkak tidak surut dan Muhammad Hafizzuddin demam teruk. Akhirnya
saya dan suami nekad membawa ke hospital swasta dan kami diberitahu
anak menghidap penyakit kanser darah putih.
“Bagai nak pitam apabila diberitahu
penyakit anak kerana pada usia yang masih muda dia terpaksa menderita
dan melalui kehidupan tidak sempurna seperti kanak-kanak seusianya,”
katanya.
Menurutnya, kehidupan mereka sekeluarga
sekali lagi diduga apabila suami yang bekerja sebagai pemandu lori
terpaksa berhenti kerja apabila sering cuti ekoran perlu menghantar
dan menemani anak berhari-hari di hospital.
“Kini suami hanya melakukan kerja
kampung dengan pendapatan tidak menentu. Saya pula tidak bekerja
kerana perlu memantau dan menjaga rapi Muhammad Hafizzuddin selain
dua anak lain. Anak sulung bersekolah di darjah dua dan anak
perempuan berumur empat tahun,” katanya.
Namun dia bersyukur permohonan bantuan
bulanan diluluskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan begitu juga
bantuan perubatan RM500 daripada Baitulmal.
“Saya mohon bantuan ini dengan
harapan dapat digunakan untuk perbelanjaan perubatan anak
memandangkan keluarga tiada pendapatan tetap. Duit bantuan itu boleh
digunakan sebagai kos pengangkutan dan perubatan anak, tetapi memang
tidak mencukupi.
“Buat masa ini, suami terpaksa
meminjam kereta kawan untuk membawa anak ke hospital kerana saban
minggu kami berulang-alik ke Kuala Lumpur,” katanya.
Menurutnya, dia dan suami tidak mampu
melunaskan bil perubatan lebih RM600 dan pihak hospital meminta
menjelaskan bayaran itu selewat-lewatnya penghujung tahun ini.
“Saya harap orang ramai yang prihatin
dengan nasib menimpa kami dapat membantu mengurangkan beban yang
ditanggung. Bukan niat saya untuk meraih simpati, tetapi kami sangat
sayangkan Muhammad Hafizzuddin,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan
sumbangan boleh berbuat demikian menggunakan akaun Maybank
(154101138459) milik Norlizahwati.
Khamis, 25 Oktober 2012
Rabu, 17 Oktober 2012
Sambutan Jubli Intan Madrasah Islamiah Haji Ibrahim 8 ke 10 Nov 2012
SAMBUTAN JUBLI INTAN MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM
Kampung Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan
Tarikh :
8, 9 & 10 Nov 2012 (Majlis
Umum)
11 - 19 Nov 2012 (Majlis
Tertutup)
Tempat : Madrasah Al-Islamiah
Haji Ibrahim & Bangunan Sekolah Rendah Agama Rakyat Haji Ibrahim, Kampung
Bongek Acheh
Aktiviti : Ceramah Umum, Forum Perdana, Majlis Perasmian, Majlis Bacaan
Hadis Sohih Muslim, Pertandingan Qosidah, Pameran dan Gerai Jualan, Pertandingan Dewasa
dan Kanak-kanak, Lain-lain
TENTATIF PROGRAM
(KHAMIS) 8 NOVEMBER 2012
9.00 mlm - 10.30 mlm : CERAMAH UMUM
Penceramah : Ustaz Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir (Personaliti
al-Kulliyah,Tanyalah Ustaz dan Penulis Buku-Buku Agama)
(JUMAAT) 9 NOVEMBER 2012
8.30 pg - 6.30 ptg : Aktiviti Umum
- Pameran dan Gerai Jualan
- Pertandingan Dewasa dan Kanak-Kanak
8.30 mlm - 11 mlm : Forum Perdana “Bertuahnya Diriku Seorang Muslim”
Moderator : Ustaz Soffhan bin Abdul Halim – Mudir Madrasah
Aliyah,Seremban
Ahli Panel : Al-Fadhil Ustaz Haji Ahmad Naim bin Haji Muhammad –
Pengerusi Lajnah Akhlak dan Ibadat Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan & Sohibul Fadhilah Ustaz Haji Nor Azamir
bin Alias – Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
(SABTU) 10 NOVEMBER 2012
6.30 pg - 8 pg : Solat Fardhu Subuh Berjemaah
- Tazkirah Subuh
- Sarapan Pagi
8.30 pg - 6.30 ptg : Aktiviti Umum
- Pameran dan Gerai Jualan
- Pertandingan Dewasa dan Kanak-Kanak
2.30 ptg - 4.30 ptg : PERTANDINGAN
QOSIDAH
5.30 ptg : PERTUNJUKAN SILAT
8.30 mlm - 11 mlm : MAJLIS PERASMIAN JUBLI INTAN MADRASAH ISLAMIAH TUAN
GURU HAJI IBRAHIM
- Bacaan al-Quran
- Tayangan Video 75 Tahun Madrasah 1936-2011
- Ucapan Aluan
- Ucapan Perasmian
- Ucapan Nasihat – Sohibus Samahah Dato’ Haji Murtadza bin Haji Ahmad
- CERAMAH – SHEIKH SAMIR AL-NASH DARI SYRIA (DENGAN TERJEMAHAN KE
BAHASA MELAYU)
- Penyampaian hadiah dan cenderamata
- Minum Malam
(AHAD) 11 NOVEMBER 2012 HINGGA ( ISNIN ) 19 NOVEMBER 2012
Sesi Tertutup ( Terhad 300 Peserta Sahaja )
Sesi Bacaan Hadis Sohih Muslim oleh Sheikh Samir al-Nash dan murid
beliau Sheikh Firas Salu
6.30 pg - 8.30 pg : Sesi 1 , Minum pagi
10 pg - 1.00 tgh : Sesi 2 , Makan
Tengahari , Solat Zuhur Berjemaah dan Rehat
4.30 ptg - 6.30 ptg : Sesi 3 , Makan Malam , Solat Fardhu Maghrib dan Isyak
Berjemaah
8.30 mlm - 10.30 mlm : Sesi 4 , Minum Malam
Maklumat
lanjut di http://madrasahbongek.blogspot.com
Ahad, 14 Oktober 2012
Rayuan Sumbangan KAFA Taman Alamanda
Adalah dimaklumkan KAFA (Kelas Al Quran
dan Fardu Ain) Taman Alamanda, Senawang mula beroperasi pada 8 Jan
2007. Dengan pengambilan pelajar setiap tahun KAFA Taman Alamanda
memerlukan bantuan untuk mengganti beberapa peralatan kelas serta
pejabat yang telah lama dan usang.
Antara peralatan yang diperlukan ialah
:
- 2 set komputer (baru atau terpakai
yang masih elok)
- 2 unit pencetak (printer) beserta
dakwat
- 20 rim kertas A4
- 40 batang white board marker
- Peralatan pengajaran dan pembelajaran
Kepada mereka yang ingin menyumbang
samada dalam bentuk kewangan atau peralatan sila hubungi Guru Besar
KAFA Taman Alamanda, Ustazah Siti Nawani, Tel : 019-3465659 ,
012-9433839.
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui
cek atau deposit atas nama : KAFA TAMAN ALAMANDA , Akaun di Maybank
(Senawang), No Akaun : 555126502286.
Sebarang bantuan daripada mereka yang
sudi menyumbang adalah amat diharapkan dan dihargai.
Bahan sumbangan boleh juga dihantar
terus ke :
KAFA Taman Alamanda
No 3A/4A & 4B,
Jalan Alamanda 1,
Taman Alamanda, Senawang
70450 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Laman web :
http://kafa-alamanda.blogspot.com
Isnin, 8 Oktober 2012
Rumah keluarga MB diceroboh
8 Okt 2012
SEREMBAN: Kediaman keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan,
Datuk Seri Mohamad Hasan di Rantau, dekat sini, dipecah masuk pencuri dan
antara barang yang dipercayai setakat ini hilang ialah sebuah televisyen LCD
dan dekoder Astro.
Kejadian dipercayai berlaku malam kelmarin dan seorang
anggota keluarga membuat laporan polis, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly
Kamaruddin, ketika dihubungi berkata, berdasarkan siasatan awal, pencuri
dipercayai masuk ke dalam rumah berkenaan menerusi tingkap belakang dan keluar
mengikut laluan sama. Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku malam kelmarin
dan ketika itu rumah itu tidak berpenghuni.
“Seorang anggota keluarga beliau (Menteri Besar) yang ke
rumah berkenaan semalam, mendapati televisyen LCD dan dekoder Astro dalam rumah
berkenaan hilang,” katanya.
Ahad, 7 Oktober 2012
Kemudahan tidak sempurna
7 Oktober 2012
REMBAU - Maklumat yang diterima Biro
Perhubungan dan Pengaduan Awam Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri
mengenai kira-kira 12 gerai perniagaan di hadapan sebuah pasar raya
di Chembong, dekat sini tidak dilengkapi kemudahan air paip, plak
tiga pin dan sistem saliran ternyata berasas apabila senario
berkenaan adalah rutin harian yang terpaksa dihadapi peniaga di sini
untuk mencari rezeki.
Ketua AMK negeri, Mohd Nazri Mohd Yunus
berkata, aduan berkenaan merupakan salah satu daripada 35 aduan yang
diterima pihaknya sejak penubuhan biro berkenaan yang bertujuan
memberi ruang dan peluang masyarakat setempat mengetengahkan pelbagai
masalah lebih-lebih lagi masalah yang sudah dibiarkan tanpa tindakan
penyelesaian dalam tempoh masa lama.
Menurutnya, bagi aduan mengenai
kemudahan air, sejak beberapa tahun lalu golongan peniaga terpaksa
mengambil inisiatif sendiri untuk mengangkut air dari paip yang
terletak berhampiran pasar raya berkenaan hampir setiap hari bagi
memenuhi keperluan mereka membasuh tangan dan peralatan yang
digunakan pelanggan.
“Senario seumpama ini seharusnya
tidak berlaku sama sekali kerana kebajikan peniaga di sini yang
rata-ratanya golongan Bumiputera perlu diambil perhatian serius oleh
pelbagai pihak memandangkan mereka bergantung sepenuhnya untuk
menambah sumber pendapatan melalui aktiviti perniagaan makanan dan
minuman.
“Malah, wujud permintaan daripada
pelanggan untuk makan di hadapan kios ini yang pada mulanya hanyalah
kios untuk jualan sahaja dan peniaga pula harus mengikut rentak
pelanggan kerana ia bersangkutan dengan penambahan pendapatan mereka
lebih-lebih lagi sewa bulanan gerai berkenaan adalah sebanyak RM200
sebulan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi gerai
berkenaan,.
Turut hadir, Exco AMK Malaysia yang
juga Pengarah Biro Perhubungan dan Pengaduan Awam AMK Negeri, Ramlan
Roes.
Sementara itu, Mohd Nazri berkata, dia
berharap masalah berkenaan akan mendapat perhatian daripada pihak
berkuasa tempatan (PBT) memandangkan kemudahan bekalan air dan juga
sistem saliran di gerai ini amat diperlukan oleh golongan peniaga
Bumiputera di sini lebih-lebih lagi lokasi berkenaan semakin mendapat
perhatian daripada masyarakat setempat.
Menurutnya, sememangnya pihak pemilik
gerai sudah pun melengkapi gerai berkenaan dengan kemudahan lampu
seawal jam 6 petang, namun ia masih lagi tidak memenuhi keperluan
peniaga untuk memiliki plak sendiri sekiranya ingin memasang kipas
untuk keselesaan masing-masing semasa menjalankan aktiviti
perniagaan.
Khamis, 4 Oktober 2012
KULIAH ILMU
Bersama Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin
Md. Jali
Tarikh : 5 Oktober 2012, Jumaat
Masa : 7.30 mlm
Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku
Jaafar Fasa 3, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput
hadir
Selasa, 2 Oktober 2012
Isnin, 1 Oktober 2012
'Ibarat dikikis pisau tajam'
1 Oktober 2012
REMBAU – Terpaksa menanggung kesakitan seperti tulang dikikis pisau tajam dan
bergantung kepada suntikan ubat dua minggu sekali sejak hampir tujuh tahun
lalu.
Ia merupakan derita tanpa henti buat Zabariah Fakir Mohd,
31, yang menetap di Rumah Rakyat Sungai Layang, di sini bersama keluarganya.
Ibu kepada dua anak berusia dua dan tujuh tahun ini
menderita sejak melahirkan anak pertama apabila mula mengalami sakit tulang dan
sendi yang begitu kerap.
Sehingga akhirnya doktor di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ),
Seremban mengesahkan dia menghidap rheumatoid arthritis.
Bagaimanapun, menurutnya, dia bersyukur kerana hanya
menanggung kos yang dikenakan hospital kerajaan bagi ubat suntikan yang boleh
diguna sebanyak tujuh kali dalam masa 14 minggu sebanyak kira-kira RM300
berbanding harga sebenar di pasaran iaitu melebihi RM4,000.
“Suntikan ubat ini tidak boleh menyembuhkan penyakit,
sebaliknya hanya dapat mengawal daripada menjadi lebih teruk. Saya perlu bergantung
kepada ubat ini sepanjang hidup saya dan situasi ini benar-benar menyebabkan
saya buntu kerana menghadapi masalah kewangan susulan tidak mampu bekerja.
“Oleh itu, saya sangat berharap agar permohonan bantuan
Baitulmal yang bakal diajukan tidak lama lagi mendapat maklum balas positif
pihak berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya, di
sini, semalam.
Sementara itu, Zabariah berkata, ketika dia mengandungkan
anak kedua, dia berasa sangat pelik kerana selama kira-kira sembilan bulan
penyakitnya langsung tidak menyerangnya dan dia mampu menguruskan diri serta
keluarga.
Bagaimanapun, selepas anak keduanya dilahirkan, dia terkejut
kerana terpaksa menanggung kesakitan dua kali ganda sehingga sering mendapatkan
rawatan di hospital.
“Kini, pergerakan saya makin terbatas apabila sendi tangan
dan kaki semakin membengkok. Malah, saya juga tidak boleh berdiri terlalu lama
kerana kaki saya semakin tidak kuat.
Sementara itu, bapanya, Fakir Mohd Samsudin, 59, berkata,
walaupun sudah berusia, dia kini terpaksa bekerja lebih kuat dengan menjual
putu mayam dari kampung ke kampung bagi memenuhi keperluan kira-kira 15 anggota
keluarga yang menetap bersamanya.
“Menantu saya hanya bekerja kampung dengan upah sekitar
RM500 sebulan dan dalam masa sama dia perlu menanggung kos perubatan anak saya.
"Oleh itu, saya sangat berharap agar keluarga kami ini
akan mendapat bantuan yang sewajarnya terutamanya bagi perubatan Zabariah,”
katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)








