RHI

RHI

Jumaat, 31 Ogos 2012

Ceramah Umum


‘Kakitangan TNB’ periksa pendawaian curi duit raya

31 Ogos 2012

REMBAU: Lagak dua lelaki menyamar kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membaiki sistem pendawaian elektrik memperdayakan seorang warga emas sebelum suspek mencuri wang milik mangsa di Kampung Nerambai, Lubok Cina, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Kamariah Derauh, 84, yang tinggal seorang diri didatangi dua lelaki yang memakai uniform berwarna biru dan meminta membaiki sistem pendawaian elektrik dalam rumahnya.

Menurutnya, dia tidak mengesyaki sesuatu yang buruk dan membenarkan kedua-dua lelaki itu memasuki rumahnya untuk melihat lebih dekat meter elektrik di ruang tamu.
“Mereka meminta kad pengenalan untuk menulis butiran diri saya sebagai rekod. Kemudian, seorang daripada lelaki itu meminta saya menunjukkan meter elektrik manakala seorang lagi memeriksa sistem pendawaian elektrik berhampiran tempat tidur saya yang mana beg duit disimpan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Kamariah berkata, selepas selesai memeriksa kira-kira 30 minit kedua-dua lelaki itu beredar sebelum dia berasa tidak sedap hati lalu memeriksa beg duit yang diletakkan di kabinet baju.

“Saya terkejut apabila mendapati duit raya RM450 yang disimpan dalam beg duit lesap. Saya menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kota.

Menurutnya, empat tahun lalu barang kemasnya berjumlah RM6,000 dilarikan pencuri yang memecah masuk rumah dan tidak menyangka kejadian sama berulang cuma kali ini hanya wang tunai dicuri.


Duit raya warga emas dikebas
31 Ogos 2012

LUBUK CHINA – Seorang warga emas tidak menyangka kunjungan dua lelaki berpakaian seragam seperti kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kediamannya adalah penyamun apabila wangnya dikesan hilang di Kampung Nerambai, dekat sini, petang kelmarin.

Warga emas berkenaan, Kamariah Derauh, 84, berkata, dia dikunjungi dua lelaki berkenaan kira-kira jam 3 petang dan tidak mengesyaki apa-apa memandangkan mereka telah menyamar sebagai kakitangan TNB serta mahu membaiki sistem pendawaian elektrik di kediamannya.

Menurutnya, dia kemudiannya membenarkan dua lelaki berkenaan memasuki kediamannya untuk melihat dengan lebih dekat meter elektrik yang terletak betul-betul di ruang tamu dan telah diminta untuk mengambil kad pengenalan sebagai rekod bagi tujuan baik pulih berkenaan.

“Selepas itu, salah seorang daripada lelaki berkenaan meminta mak cik menunjukkan meter elektrik, manakala seorang lagi memeriksa sistem pendawaian elektrik berhampiran tempat tidur yang turut menempatkan beg duit.

“Dua lelaki berkenaan membuat kerja dan pemeriksaan di rumah mak cik kira-kira setengah jam dan akhirnya meminta diri untuk pulang setelah selesai memeriksa sistem pendawaian elektrik,” katanya ketika ditemui di kediamannya, dekat sini, semalam.

Kamariah berkata, dia yang merasa tidak sedap hati mula memeriksa beg duit yang diletakkan di kabinet baju dan terkejut mendapati duit raya berjumlah RM450 telah hilang.

"Walaupun tidak diapa-apakan dua lelaki berkenaan, mak cik terkilan kerana duit raya pemberian anak dan cucu hilang begitu sahaja.

"Mak cik terus membuat laporan di Balai Bolis Kota berhubung kejadian," katanya.

Walau bagaimanapun katanya, selepas menunaikan solat maghrib, dia memeriksa beg tangan yang diletakkan di atas katil yang tersimpan wang hasil jualan kelapa sawit berjumlah RM450 dan mendapati ia turut hilang.

"Selepas ini mak cik akan lebih berhati-hati memandangkan ini adalah kejadian kali kedua berlaku di mana kali pertama barangan kemas bernilai RM6,000 hilang selepas rumah makcik dipecah masuk beberapa tahun lalu," katanya.




Jumaat, 24 Ogos 2012

Jamuan Raya PAS Rembau


Jamuan Hari Raya dan Ceramah Umum 26 Ogos 2012


MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN REMBAU
Bersama Anak Rembau di Perantauan
Tarikh : 26 Ogos 2012 , Ahad
Masa : 11 pg - 2 ptg
Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau (Rumah Hj Syarif)
Bersama YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) serta pimpinan Pakatan Rakyat N.Sembilan
Semua dijemput hadir - Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Pengarah Program, Ustaz Nazri 019-3457690

CERAMAH UMUM
Tarikh : 26 Ogos 2012 , Ahad
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau (Rumah Hj Syarif)
Bersama YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) serta pimpinan Pakatan Rakyat N.Sembilan

Sabtu, 18 Ogos 2012

Penduduk Chembong gesa tapak pelupusan sampah ditutup

August 18, 2012

Masalah bau busuk dan pencemaran udara semakin teruk sejak tiga tahun lalu yang berpunca dari tapak pelupusan sampah tersebut.

REMBAU: Berikutan masalah bau busuk dan pencemaran udara di sekitar Chembong, penduduk setempat menggesa pihak berkuasa agar menutup Tapak Pelupusan Sampah Chembong sebelum tahun 2014.
Berikutan masalah tersebut satu pertemuan diadakan diantara wakil penduduk, Ahli-Ahli Majlis Daerah Rembau dan Exco Kerajan Negeri Sembilan, Dato’ Siow Chen Pin yang memegang portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam.
Mereka juga melawat Tapak Pelupusan Sampah Chembong untuk melihat masalah itu dengan lebih dekat.
Dalam pertemuan tersebut Ahli Majlis Daerah Rembau menggesa Siow membawa cadangan menutup Tapak Pelupusan Sampah Chembong ke pengetahuan Kerajaan Negeri Sembilan.
Tee Kan Eng, 70, dari Taman Chembong Utama berkata masalah bau busuk dan pencemaran udara semakin teruk sejak tiga tahun lalu yang berpunca dari tapak pelupusan sampah tersebut.
“Saya terpaksa menutup tingkap dan menghidu bau busuk terutama sekali ketika suasana angin bertiup kencang.
Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila ada masa-masanya tapak pelupusan sampah ini terbakar disebabkan tekanan bahan yang dibuang di sana termasuk kebakaran bawah tanah.
Pencemaran udara

“Keadaan ini membuatkan berlaku pula pencemaran udara. Asap daripada kebakaran sampah sudah tentu tidak baik untuk kesihatan.
“Oleh itu saya sebagai salah seorang penduduk di sini amat berharap agar masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin dengan bantuan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan demi kebaikan penduduk,” katanya.
Yang Dipertua Majlis Daerah Rembau, Mohamad Rawi Baharom berkata beliau menerima banyak aduan daripada penduduk setempat yang mahukan tapak pelupusan berkenaan ditutup dalam tempoh segera.
“Sebelum ini pihak Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) bersetuju di mana penutupan selamat tapak pelupusan sampah in
dilaksanakan pada tahun 2014 dalam Rancangan Malaysia ke-10 dan bergantung kepada kelulusan peruntukan yang akan diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
“Masalah seperti pencemaran bau dan air “lechete” sering menjadi rungutan penduduk sekitar dan tebing tapak pelupusan bersebelahan tanah milik Chembong Estate telah runtuh dan mengakibatkan kemasukan sampah 5,000 meter persegi ke dalam kawasan ladang,” kata Mohamad Rawi.
Tahap kritikal

Sementara itu Chen Pin berkata masalah tapak pelupusan sampah di beberapa lokasi di negeri ini sememangnya sedang berada di tahap kritikal terutamanya di Bukit Palong, Lukut, Port Dickson.
Bagaimanapun menurutnya beberapa lokasi tapak pelupusan sampah yang berhadapan dengan permasalahan berkenaan diketengahkan kepada kerajaan negeri bagi mengenal pasti langkah penyelesaian terbaik bagi masalah tersebut.
“Buat masa ini kita sudah berjaya menyelesaikan masalah di Tapak Pelupusan Sampah Pajam dan bakal mengambil tindakan bersesuaian dengan membincangkan cadangan penduduk yang mahu kerajaan negeri menutup tapak pelupusan sampah ini.
“Bagaimanapun ianya bukan mudah memandangkan kos bagi penutupan selamat sesebuah tapak pelupusan sampah amat tinggi yang boleh mencecah jutaan ringgit.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Chembong, Zaiful Bahri Idris (BN).

Bertelagah ketika menyamun

Saban hari ada saja kes samun pecah rumah. Saya diberitakan di Kg Daching, Lenggeng terdapat 3 kes samun pecah rumah sebelum waktu sahur beberapa hari lepas. Salah seorang mangsa menurut ceritanya ialah bilal Masjid Kg Daching, dimana perompak tersebut turut melarikan duit kutipan zakat yang diuruskan oleh bilal tersebut.

Perompak tolong balut luka mangsa
18/08/2012

Rembau: Seorang warga emas menerima 29 jahitan di muka selepas dilibas dengan besi paip oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Kampung Anak Air Kundur di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Ismail Yunus, 65, dipercayai diserang ketika sedang tidur di ruang tamu bersama anaknya, Mohd Izuan, 31.

Mohd Izuan berkata, dia tertidur di ruang tamu bersama bapanya selepas menghantar pakaian untuknya dan ibu tirinya, Jainon Jais, 55, sebaik pulang dari solat Tarawih. “Saya hanya tersedar apabila dikejutkan seorang daripada lima perompak yang secara tiba-tiba melibas besi paip ke muka bapa menyebabkan rakan lain memarahinya.

“Semua perompak menutup muka dengan kain dan berdasarkan loghat mereka, saya yakin mereka bukan warga tempatan. Bagaimanapun, mereka membantu membalut luka ayah.
“Mereka kemudian melarikan diri dengan kereta Perodua Alza milik saya. Saya tidak berani melawan kerana mereka membawa kayu, parang dan batang besi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Tama Desa Permai, Pedas di sini, semalam.
Diikat guna selimut
Mohd Izuan berkata, walaupun dia dan ibu tirinya tidak diapa-apakan dalam kejadian itu, tetapi mereka sekeluarga diikat menggunakan selimut sebelum berjaya melepaskan diri dan mendapatkan pertolongan orang ramai.
Mangsa mendakwa kehilangan tiga telefon bimbit, pakaian raya yang dibeli untuk bapanya dan sejumlah wang tunai dalam kejadian itu.
Penjenayah dipercayai memasuki rumah itu melalui tingkap depan rumah yang diumpil dan dipecahkan.
“Ibu dan bapa trauma sehingga tidak sanggup tinggal di rumah itu lagi kerana bimbang kejadian sama berulang. Aidilfitri yang akan berlangsung esok pasti menjadi hambar bagi kami sekeluarga,” katanya yang sepatutnya pulang beraya ke rumah isterinya di Pahang.



Bertelagah ketika menyamun
18 Ogos 2012

REMBAU – Tindakan seorang perompak memukul kepala mangsa dengan batang paip besi menyebabkan dia dimarahi salah seorang daripada empat ahli kumpulan yang lain dalam kejadian samun di Kampung Anak Air Kundur, di sini, awal pagi semalam.

Rakan perompak berkenaan memarahinya kerana tidak bersetuju dengan tindakan keterlaluan itu, malah salah seorang ahli kumpulan sempat beristighfar apabila melihat mangsa samun berkenaan cedera.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, sekumpulan lima perompak bertindak memecah masuk rumah didiami seorang pesara tentera, Ismail Yunus, 65. di kampung berkenaan.

Ismail berkata, ketika kejadian, dia bersama anak lelakinya tidur di ruang tamu rumah, sementara isteri Ismail, Jainon Jais, 55, tidur dalam bilik.

Menurutnya, dia terpinga-pinga apabila dikejutkan dari tidur oleh lima perompak terbabit.

"Berdasarakan dielek percakapan, perompak itu merupakan warga asing. Kumpulan perompak itu menutup sebahagian muka saya dan anak saya dengan kain itu, namun saya tidak sedar perompak itu mengarahkan kami diam.

“Saya bertanya 'kenapa?', menyebabkan mereka terkejut dan secara tiba-tiba salah seorang daripada perompak berkenaan memukul kepala saya dengan batang besi paip sehingga darah bercucuran membasahi baju saya," katanya.

Katanya, tindakan perompak itu menyebabkan salah seorang daripada ahli kumpulan memarahi tindakannya itu.

"Dengan keras, dia mengingatkan rakannya bahawa tujuan datang ke rumah adalah untuk merompak dan bukan membunuh orang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di satu lagi kediamannya di Desa Permai Pedas, di sini, semalam.

Menurut Ismail, dia turut melihat salah seorang perompak beristighfar kerana tidak setuju dengan tindakan meluru rakannya itu.

Perompak bantu hentikan darah

ANAK lelaki Ismail, Mohd Izzuan Ismail, 31, menceritakan, selepas ayahnya dipukul, salah seorang perompak sempat membantu menghentikan pendarahan di kepala ayahnya dengan mengikat menggunakan kain pelikat.

"Ketika itu, selimut yang digunakan menutup muka saya terjatuh dan nampak perompak berkenaan bersungguh-sungguh mengikat kepala ayah saya.

“Selepas itu, perompak berkenaan dengan pantas menutup kembali muka saya dan mengarahkan kami diam. Masa itu, saya sebenarnya sangat risau dengan keadaan ayah yang cedera di kepala," katanya.

Izzuan berkata, kira-kira 3.45 pagi, perompak berkenaan melarikan diri sebelum dia bersama ayah dan ibu tirinya itu berjaya melepaskan ikatan.

"Disebabkan semua telefon bimbit dilarikan perompak itu, kami bergegas keluar dari rumah menahan kenderaan orang awam untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Izzuan yang merupakan kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri berkata, dia tidak menyangka gerak hati datang ke rumah ayahnya dan mengambil keputusan untuk bermalam akibat keletihan, membantu mengurangkan
keresahan ayahnya yang mungkin panik jika berhadapan situasi berkenaan berseorangan.

"Malam tadi (kelmarin), saya tergerak datang ke rumah ibu tiri saya untuk menghantar sehelai baju kemeja dan kain pelikat baru, sebagai hadiah hari raya.

“Biasanya saya tidur lewat, namun selepas solat Terawih sekitar 10 malam, saya mengantuk menyebabkan saya ambil keputusan untuk tidur bersama ayah," katanya.

Katanya, dia tidak sedar ketika perompak berkenaan masuk ke rumah menerusi tingkap yang dipotong besinya dan beberapa kepingan cermin dikeluarkan.

"Sebelum perompak melarikan diri, mereka meminta kunci kereta saya menyebabkan saya terpaksa menyerahkan kunci berkenaan kerana bimbang diapa-apakan," katanya yang kehilangan kereta jenis Perodua Alza biru bernombor pendaftaran NCP 2558.

Hanya ambil wang RM50

SEMENTARA itu, Jainon berkata, buat masa ini barangan yang dikesan hilang adalah wang tunai kira-kira RM50, tiga telefon bimbit milik mereka tiga beranak, baju raya Ismail yang baru dibeli anak tirinya itu, serta kereta milik Izzuan.“Bagaimanapun, dokumen pengenalan diri kami tidak dilarikan perompak.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Mizan Md Dom mengesahkan insiden berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, perompak berkenaan memecah masuk rumah dengan bersenjatakan parang, kayu dan batang besi paip yang digunakan memukul kepala mangsa.

“Mangsa dikejarkan dengan ambulans bagi mendapat rawatan lanjut di Hospital Tuanku Ja'afar, beberapa jam selepas kejadian," katanya.

Akibat pukulan berkenaan, Ismail menerima 29 jahitan di kepala.

Rabu, 15 Ogos 2012

Jamuan Hari Raya PAS Rembau 26 Ogos 2012

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN REMBAU
Tarikh : 26 Ogos 2012 , Ahad
Masa : 11 pg - 2 ptg
Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau (Rumah Hj Syarif)
Bersama YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) serta pimpinan Pakatan Rakyat N.Sembilan

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Pengarah Program, Ustaz Nazri 019-3457690

Selasa, 14 Ogos 2012

Kenapa bangkit kebencian ketika sambutan bulan kemerdekaan?

August 14, 2012

LMNS sepatutnya menjejak kembali sejarah kepahlawanan pejuang dari Negeri Sembilan sejak zaman kejatuhan Melaka.

SEREMBAN: Timbalan Yang DiPertua PAS Rembau, Rozmal Malakan menegur mengenai penganjuran Forum Pengkisahan Sejarah Kekejaman Komunis pada 3 September ini oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS).

Rozmal, berkata kenapa forum tersebut hanya berkisar mengenai kekejaman komunis sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55 peringkat Negeri Sembilan.

“Kita tidak menafikan sejarah. Kita juga tidak mahu sejarah berulang. Kita perlu belajar dari sejarah”.

“Komunis telah meletakkan senjata di Malaysia dan ada di antara mereka sekarang ini bersama-sama dalam masyarakat dalam kehidupan seharian.

“Jika tentera Amerika dan Jepun yang berperang dalam perang dunia kedua boleh duduk semeja dalam satu forum mengimbau sejarah lalu, kenapa tidak bekas komunis dan bekas anggota keselamatan kita duduk berbincang dalam satu forum mengenang sejarah lampau, agar ianya tidak berulang?” kata beliau.

Menurut RozmaL, kita ada Muzium Tentera Darat yang hebat di Port Dickson, kenapa program seperti ini tidak dianjurkan oleh Muzium Tentera Darat.

Pahlawan Melayu

Katanya, LMNS sepatutnya menjejak kembali sejarah kepahlawanan pejuang dari Negeri Sembilan sejak zaman kejatuhan Melaka.

Beliau berkata, pahlawan Melayu dari Negeri Sembilan, khususnya dari Rembau yang banyak melakukan serangan ke atas penjajah Portugis untuk merampas kembali Melaka.

“Rakyat mengenali Tok Janggut sebagai seorang pahlawan di Kelantan ketika zaman penjajahan British. Begitu juga dengan Datuk Maharaja Lela di Perak dan Mat Kilau di Pahang.

“Tetapi berapa ramai anak jati Negeri Sembilan yang mengenali pahlawan tempatan yang berjuang menentang British dan komunis?

“Saya pasti sebahagian besar rakyat Negeri Sembilan tidak tahu sejarah ini. Seharusnya LMNS menumpukan kepada forum atau program yang menampilkan tokoh pahlawan dari negeri Sembilan seperti Datuk Siamang Gagap, Sarjan Hassan, Leftenan Adnan dan Prebet Ujang”, tanya Rozmal.

Musuh ketat

Rozmal berkata suatu ketika dulu Jepun dan Amerika Syarikat merupakan musuh ketat dalam  perang dunia.

“Hari ini Jepun boleh melabur di Amerika Syarikat dan membuka pelbagai bentuk perniagaan termasuk industri kereta, kamera, peralatan elektrik dan perfileman di Amerika Syarikat.

“Kenapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama dalam acuan tempatan dengan menjemput bekas-bekas komunis untuk sama-sama memberikan pendapat dan nasihat kepada generasi baru?

“Kenapa harus dingat-ingatkan kembali keganasan komunis yang hanya akan menimbulkan perasaan kebencian dan prasangka tidak baik kepada sesebuah etnik kaum”, kata Rozmal.

Ditanya FMT apakah forum ini mungkin tersirat agenda politik untuk menguntungkan parti pemerintah, Rozmal berkata beliau tidak mahu membuat tuduhan melulu sebaliknya menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat persepsi masing-masing.

“Cuma saya rasa agak samar apakah sebenarnya objektif penganjuran forum ini.

Forum yang akan diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan akan menampilkan tiga panel iaitu ahli akademik, Datuk Nadzan Haron; Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.

Untuk mengukuhkan hujah,  Rozmal berkongsi maklumat dengan FMT berhubung fakta ringkas berkaitan tokoh-tokoh pahlawan Negeri Sembilan.

Dato’ Siamang Gagap

Datuk Siamang Gagap atau Pendekar Siamang Gagap merupakan pahlawan Melayu yang menentang Inggeris di Negeri Sembilan. Beliau yang memimpin angkatan perang kerajaan Seri Menanti menentang askar British dalam perang Bukit Putus pada 25 November 1875.

Sarjan Hassan

Filem Sarjan Hassan lakonan P Ramlee adalah berdasarkan watak sebenar Sarjan Hassan. Sarjan Hassan dilahirkan di Kampung Batu 12, Mantin, Negeri Sembilan pada Julai 1927.

Pada usia tujuh tahun, ibunya meninggal dunia. Oleh kerana kesukaran bapanya untuk menjaga adik beradik beliau seramai lima orang, datuknya Penghulu Ismail telah membawa Sarjan Hassan pulang ke Pantai dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pantai.

Di penghujung tempoh perkhidmatannya sebagai tentera, beliau telah berjaya membunuh seramai 54 orang komunis di samping menerima pelbagai pingat anugerah sama ada daripada pihak British mahupun kerajaan Malaysia . Beliau meninggal dunia pada 30 April 1991 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tuan Haji Muhammad Said, Seremban.

Leftenan Adnan dan Prebet Ujang

Leftenan Adnan dan Prebet Ujang pernah berjuang menentang tentera Jepun di benteng pertahanan terakhir negara di Bukit Candu, Singapura pada 1942.

Sebelum itu mereka juga berusaha menyekat kemaraan tentera British di Padang Lebar, Batu Kikir.


Jom Qiamullail


Ahad, 12 Ogos 2012

Komik Kucing pun tahu sayang Rasulullah

Siri komik yang dihasilkan oleh Ustaz Zakaria Talib (Ibnu Zakirin) dari Kg Air Melintang, Kota, Negeri Sembilan. Cetakan terbaru berjudul NAK IKUT SIAPA? Siri 1, 2 dan 3.

Antara yang menarik dalam komik tersebut ialah ;
~ Hukum memakai selipar orang lain tanpa izin
~ Jenis-jenis salam zina
~ Kesalahan ketika ziarah rumah orang
~ Cara menipu diri
~ Kedudukan butang baju dan kocek
~ Ilmu yang tak diamal
~ dan banyak lagi

Cuma RM5 senaskhah, edisi dan cetakan terhad. Untuk mendapatkannya sila hubungi Ustaz Zakaria di 019-2865129

Sungai tempat kelahiran MB N.Sembilan tercemar

Semoga rintihan dan masalah yang dihadapi sejak beberapa tahun lalu oleh penduduk Kg Kundur, tempat kelahiran YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan yang juga merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan, mendapat perhatian semua pihak yang berkaitan.

Air sungai berubah kehitaman
12 Ogos 2012

REMBAU – Penduduk di beberapa perkampungan berdekatan Kundur bimbang dengan keadaan air sungai yang dipercayai tercemar dan berwarna kehitaman sejak beberapa tahun lalu.

Salah seorang penduduk, Bahadin Md Seh, 73, berkata, dia menyedari keadaan sungai berkenaan mulai berubah warna sejak beberapa tahun lalu dan dipercayai berpunca dari sebuah kilang kelapa sawit berdekatan lokasi perkampungan berkenaan.

“Susulan keadaan air sungai yang berubah warna dan kotor selama beberapa tahun itu, ternakan seperti lembu serta kerbau juga tidak mahu minum air sungai yang mana ia menguatkan lagi keyakinan penduduk sungai di lokasi ini semakin tercemar," katanya.

Bagi Ramlan Darmin, 47, dia sebagai penduduk bimbang sekiranya air sungai kotor dan tercemar berkenaan akan mengundang penyakit kepada penduduk terutamanya yang sememangnya gemar mandi di situ.

“Anak-anak pun dah takut nak mandi air sungai, takut dapat penyakit dan lebih ketara lagi, jika dahulu penduduk boleh menangkap pelbagai jenis ikan kini aktiviti berkenaan tidak dapat dilakukan lagi,” katanya ketika ditemui di lokasi berkenaan, dekat sini, kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kundur Hulu, Zubir Jamal berkata, dia ada menerima aduan daripada penduduk yang bimbang dengan masalah sungai tercemar berkenaan.

Menurutnya, perkara berkenaan sudah berlanjutan agak lama, bagaimanapun tiada aduan yang diketengahkan penduduk ke pihak Jabatan Alam Sekitar (Jas) dan berharap agar ia dapat disiasat oleh pihak berkaitan.

“Sungai yang tercemar ini melibatkan sungai kundur sepanjang lima ke enam kilometer dan seterusnya mengalir ke sungai Kundur Tengah, Kundur Hilir terus sampai ke Lubok China,” katanya.


Biografi YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Mei 1956. Bersekolah di Rantau dan Sekolah Menengah Tengku Durah, Seremban, melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada tahun 1977. http://mbn9.com/biografi/

Jumaat, 10 Ogos 2012

Umno Rembau menentang Adat Perpatih?

Pada tahun 1951, berlaku krisis adat dimana Biro Hal Ehwal Ugama UMNO Rembau telah menentang peraturan adat tentang tanah pesaka yang dianggap bertentangan dengan hukum Islam. Mereka yang menyokong peraturan berkenaan dianggap sebagai melakukan dosa dan akan bertanggungjawab kepada Allah pada hari kiamat nanti.


Rembau's "Adat Controversy" of 1951

The crisis was touched off in February 1951 when the Religious Affairs Section of the Rembau branch of UMNO published a memorandum stating that, from the perspective of Islam, adat traditions concerning "ancestral" property were illicit (haram ). The memorandum claimed in addition that persons abiding these (constitutionally upheld) conventions were by definition guilty of sin (dosa ) and could not obtain absolution through "the recitation of pious formulae." Rather, they were called on to adhere to Islamic law.


Khamis, 9 Ogos 2012

SEMARAK RAMADHAN 1433 H PAS NEGERI SEMBILAN

IFTAR, TAZKIRAH, SOLAT TARAWIH
Tarikh & Hari : 10 Ogos 2012 / 21 Ramadhan 1433 (JUMAAT)
Masa : 7 mlm – 11 mlm
Tempat : Teratak Amal, Kg Sg Layang, Rembau
Hadir Wakil Perhubungan : Hasan Tambi ( SU Negeri ) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan
Hubungi Sufian 013-3589328

MUNAJAT PERDANA DAN QIAMULLAIL
Tarikh & Hari : 10 Ogos 2012 / 21 Ramadhan 1433 (JUMAAT)
Masa : 11 mlm – 7 pg
Tempat : Senawang, DUN Paroi
Hubungi Hj Fisol 019-3440826

IFTAR, MUNAJAT PERDANA, TAZKIRAH, SOLAT TARAWIH DAN QIAMULLAIL
Tarikh & Hari : 11 Ogos 2012 / 22 Ramadhan 1433 (SABTU)
Masa : 7 mlm – 7 pg
Tempat : Muassasah Darul Sharif, Jalan Batu Kikir-Bahau, Jempol
Hadir Wakil Perhubungan : YB Taufek (PJ Negeri) & Seluruh Pimpinan Perhubungan, Ulama, Pemuda & Muslimat
Hubungi Ustaz Hadi 019-6627374

IFTAR, TAZKIRAH, SOLAT TARAWIH
Tarikh & Hari : 12 Ogos 2012 / 23 Ramadhan 1433 (AHAD)
Masa : 7 mlm – 11 mlm
Tempat : Dataran Dioh, Kuala Pilah
Hadir Wakil Perhubungan : Abd. Rahman (Timb. PJ 3) & Semua Barisan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Hubungi 017-6019792

IFTAR, TAZKIRAH, SOLAT TARAWIH
Tarikh & Hari : 14 Ogos 2012 / 25 Ramadhan 1433 (SELASA)
Masa : 7 mlm – 11 mlm
Tempat : Jelebu
Hadir Wakil Perhubungan : Dr. Rosli (Timb. PJ 1) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat

Apa status projek Masjid Baru Rantau, N.Sembilan?

Ada sesiapa tahu status pembinaan Masjid Baru Rantau? Jika dirujuk laman web JKR, tender untuk membina masjid dikeluarkan pada 20 Mei 2010, manakala tender untuk memasang penyaman udara dikeluarkan pada 11 April 2011.

Diberitakan kos pembinaan masjid ini bernilai RM12 juta dan di bina di keluasan 2.5 hektar di Bandar Ekar, Rantau. Muatan jemaah di ruangan solat dianggarkan boleh memuatkan seramai 1,500 ke 1,800 orang jemaah pada satu masa.

Dalam perkembangan lain Masjid At-Taqwa di Kampung Paroi yang telah siap pembinaannya pada tahun 2010 mampu memuatkan 3,000 jemaah pada satu-satu masa dengan kos pembinaan sebanyak RM7.4 juta.

Rujukan :

Rabu, 8 Ogos 2012

Kerajaan beli tanah hospital harga terlalu tinggi?

Hospital Rembau akan dibina atas tanah seluas 18 hektar. Harga yang ditawarkan oleh PKNS sebagai pemilik tanah ialah RM22 sekaki persegi. Ini bermakna kerajaan membeli tanah tersebut pada harga RM2.37 juta sehektar atau RM42.63 juta untuk 18 hektar, sedangkan kos keseluruhan projek Hospital Rembau hanyalah RM122.6 juta.

Ini bermakna kos untuk membeli tanah adalah sekitar 35% dari keseluruhan kos projek. Apakah proses pembelian tanah Hospital Rembau ini dibuat secara bijak dan telus, apabila kerajaan membelinya pada kos hampir RM1 juta untuk 1 ekar?

*****************
Berita Harian 15 Mac 2012 -Berikutan itu, Kementerian Kesihatan membuat perjanjian dengan PKNS untuk pembelian tanah berkenaan. Bagaimanapin, masalah harga tanah pula timbul dan menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun apabila kementerian hanya membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung PKNS ialah RM18 sekaki.

 Berikutan itu, PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 sekaki.

KUALA LUMPUR 29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta.

Hospital Daerah Rembau akan dibina di atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong dengan kapasiti 76 katil.


1 ekar = 43,560 kaki persegi ; 1 hektar = 2.47105 ekar ; 1 hektar = 107639.104 kaki persegi

Selasa, 7 Ogos 2012

Ramainya yang memerlukan bantuan di sekeliling kita

Dari Facebook Mutiara Ns - Program JUR (Jejak Ukhuwah Ramadhan) pada Sabtu (4 Ogos 2012) lalu oleh pimpinan DMPKR di DUN Paroi. Ramainya "ibu tinggal" yang memerlukan bantuan. Antaranya seorang ibu tinggal di Taman Satria, Senawang yangg menderita penyakit kanser payudara.

Sasaran bantuan sumbangan untuk satu keluarga ialah RM 50. Kepada yang ingin menaja dan menyumbang bolehlah menghubungi Bendahari DMPKR Pn Fauziah, 0137779328 atau bank in ke Akaun Bank Islam : Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau, BANK ISLAM No. Akaun: 05-012-01-006165-3

MTD PAS Chembong Agih Sumbangan Ramadhan

7 Ogos 2012

Rembau - Majlis Tindakan Dun Chembong (MTD Chembong) mengagihkan kira-kira 200 sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan sempena bulan Ramadhan secara berperingkat mengikut Unit Peti Undi (UPU) di dalam dun Chembong.

Pengarah MTD PAS Chembong, Ust Nazri Yusof berkata, program berkenaan adalah sebahagian usaha Pas dalam memastikan golongan kurang berkemampuan supaya dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik.

Sumbangan tersebut diagihkan mengikut 12 UPU yang berada di dalam DUN Chembong bermula daripada UPU Pekan Rembau, Batu Hampar dan Mampong bermula pada 4 Ogos yang sendiri turut serta memberi sumbangan ialah Dr. Rosly Bin Yaakob, Timbalan Pesuruhjaya 1, PAS Negeri Sembilan.

Timbalan Pesuruhjaya 1, PAS Negeri Sembilan, Dr Rosly Yaakob berkata, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban, sekaligus memberi keceriaan kepada penghuni, selain membuktikan masyarakat prihatin terhadap kesukaran hidup yang mereka hadapi.

Untung orang di DUN Sikamat dan di DUN Paroi

Untung betul orang di DUN Sikamat dan DUN Paroi. Orang di DUN Paroi dah dapat Klinik Kesihatan di Senawang. Orang di DUN Sikamat pula akan dapat Klinik Kesihatan juga. Cuma orang di DUN Chembong, DUN Kota dan DUN Rantau masih menantikan bangunan Hospital Rembau. PM pun dah 2 kali melawat di DUN Sikamat dan 1 kali berbuka puasa di DUN Paroi.

************
CADANGAN KLINIK KESIHATAN 3, SIKAMAT
               
Taraf dan Jenis Syarikat : T1 Bumiputra PKK Kelas A Kepala II Sub Kepala 2a

Maklumat Ringkas Tender CADANGAN KLINIK KESIHATAN 3, SIKAMAT, SEREMBAN (IBS SEPENUHNYA)(E-TENDERING)YANG MERANGKUMI:
1)Klinik Kesihatan 3
2)Dewan Serbaguna
3)Blok Sokongan(Store)
4)Pondok Pengawal
5)Rumah Sampah
6)Rumah Pam
7)Blok TNB (Double Chamber)
8)Garaj Van Dan Bas-4 Bay
9)Garaj Ambulan-3 Bay,1unit Store/Bilik Pemandu

Tarikh dan Waktu Lawatan : 09:30AM, 13 December 2011


Projek RMK 9 sedang dalam pembinaan pada tahun 2008 ini adalah 3 projek Klinik Kesihatan KK3 Lukut, KK2 Senawang dan KK2 Seremban 2, Projek bawah 5 juta Kuarters KK serting Hilir Kuarters 1D KK Gemas, tambahan Bangunan KKIA KK Seremban dan N/T Pergigian Jalan Za’aba serta SCN HTJ.  Manakala 2 projek telah ditender oleh JKR masih belum masuk tapak Pejabat JKNNS dan Kolej Kejururawatan Kuala Pilah.  1 projek sambungan daripada RMK8 iaitu Pusat Harian dan Haemodialysis, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban telah melewati jadual lebih satu tahun sehingga Kontraktor Utama telah ditamatkan perkhidmatannya. 

Isnin, 6 Ogos 2012

Janji fasa kedua Hospital Rembau belum ditepati

Menteri Kesihatan mengatakan (Janji) bahawa tender fasa kedua Hospital Rembau untuk kerja-kerja bangunan akan dibuka pada hujung Mei 2012. Akan tetapi laman web JKR setakat 6 Ogos 2012 belum pun ada kenyataan tender tersebut untuk fasa kedua kerja-kerja bangunan.

*************
Hospital Daerah Rembau dibina dalam 2 fasa

KUALA LUMPUR 29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini.

"Bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei ini," katanya menjawab pertanyaan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sumber :

Jumaat, 3 Ogos 2012

Antara DUN Paroi dan DUN Chembong

Berapakah kos yang telah dikeluarkan semasa majlis besar-besaran berbuka puasa bersama PM di Masjid At Taqwa di DUN Paroi pada 2 Ogos 2012, berapa pula kos yang diperlukan atau masih tidak cukup untuk mengganti bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato Haji Abu Hassan Bin Haji Sail (SMKA Pedas) di DUN Chembong yang telah sejak sekian lama rosak/bocor/tiada bumbung masih belum dibaiki?

Tajuk Projek : Cadangan Kerja-Kerja Mengganti Bumbung Bangunan Asrama Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di SMK Agama Dato Haji Abu Hassan Bin Haji Sail, Daerah Rembau, NSDK.
Tarikh Iklan : 01/03/2012
Tarikh ditutup : 06/04/2012

MAJLIS IFTAR, SOLAT TARAWIH DAN TAZKIRAH

Bersama Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali
Tarikh : 3 Ogos 2012, Jumaat
Masa : 7.20 mlm
Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Pertanyaan hubungi Hasan 0192171942

Khamis, 2 Ogos 2012

JADUAL IFTAR JAMAIE

JADUAL IFTAR JAMAIE RAMADHAN 1433 H/2012 M
PAS NEGERI SEMBILAN

Kawasan : TAMPIN
Tarikh & Hari : 5 Ogos 2012 / 16 Ramadhan 1433 (AHAD)
Tempat : Markas Tampin Bandar
Hadir Wakil Perhubungan : Khairul Wafa (Ketua Pemuda) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Turut bersama :
Imam dari Gaza, Palestin – Sheikh Nagi Amir Fuad al-Jafarawi
Dan Bob Lokman
Maklumat lanjut hubungi Ustaz Ghani 012-6761187

Kawasan : REMBAU
Tarikh & Hari : 10 Ogos 2012 / 21 Ramadhan 1433 (JUMAAT)
Tempat : Teratak Amal. Kg Sg Layang, Rembau
Hadir Wakil Perhubungan : Hasan Tambi ( SU Negeri ) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan
Hubungi Sufian 013-3589328

Kawasan : JEMPOL
Tarikh & Hari : 11 Ogos 2012 / 22 Ramadhan 1433 (SABTU)
Tempat : Muassasah Darul Sharif, Jalan Batu Kikir-Bahau
Hadir Wakil Perhubungan : YB Taufek (PJ Negeri) & Seluruh Pimpinan Perhubungan, Ulama, Pemuda & Muslimat
Catatan/ Hubungan : Munajat Perdana Dan Qiamullail
Hubungi Ustaz Hadi 019-6627374

Kawasan : KUALA PILAH
Tarikh & Hari : 12 Ogos 2012 / 23 Ramadhan 1433 (AHAD)
Tempat : Dataran Dioh
Hadir Wakil Perhubungan : Abd. Rahman (Timb. PJ 3) & Semua Barisan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Hubungi 017-6019792

Kawasan : JELEBU
Tarikh & Hari : 14 OGOS 2012 / 25 RAMADHAN 1433 (SELASA)
Tempat :
Hadir Wakil Perhubungan : Dr. Rosli (Timb. PJ 1) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :

Rabu, 1 Ogos 2012

Nur Aimie perlu kerusi roda


1 Ogos 2012

SEREMBAN: “Bukan mudah menjaganya kerana dia tidak seperti kanak-kanak OKU (orang kelainan upaya) yang lain apabila bahagian sebelah kanan badannya tidak berfungsi dan perlu diberikan perhatian sepenuhnya,” kata Badariah Baharudin, 45, ibu kepada kanak-kanak OKU, Nur Aimie Shahira Abd Malek, 9.

Suri rumah yang tinggal di Taman Desa Dahlia Senawang, dekat sini, berkata anak bongsu daripada enam beradik itu mula dikesan mengalami kecacatan ketika berusia sebulan setengah iaitu sebaik dia keluar dari Hospital Tuanku Najihah Kuala Pilah.

“Berpandukan laporan doktor, dia mengalami masalah di bahagian otak dan kini tidak boleh bercakap, berjalan serta duduk dan hanya berbaring saja. Selain itu terdapat kecacatan pada tulang punggungnya menyebabkan dia memerlukan perhatian sepanjang masa.

“Namun Nur Aimie Shahira masih boleh makan dengan disuap,” katanya di sini, semalam. Katanya, dia memerlukan RM450 sebulan untuk keperluan makanan Nur Aimie Shahira termasuk susu khas, bijirin dan lampin pakai buang.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana menerima bantuan sara hidup daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan sejak tiga bulan lalu berikutan suami yang juga pesara tentera hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di bandar ini dengan pendapatan kira-kira RM1,100 sebulan,” katanya.

Badariah berkata, dia sedang berusaha untuk mendapatkan sebuah kerusi roda khas untuk anaknya itu bagi membolehkan Nur Aimie Shahira mudah dibawa terutama ke HTJS.