Isnin, 30 Julai 2012
Kerja mengganti bumbung SMKA Pedas
Sesiapa yang mengetahui status terkini projek di bawah ini harap
dapat maklum perkembangannya. Kerana dikhabarkan sebelum ini , projek ini masih
belum berjalan dan telah mendatangkan kesulitan kepada para pelajar.
Tajuk Projek : Cadangan Kerja-Kerja Mengganti Bumbung
Bangunan Asrama Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di SMK Agama Dato Haji Abu Hassan
Bin Haji Sail, Daerah Rembau, NSDK.
Tarikh Iklan : 01/03/2012
Tarikh ditutup : 06/04/2012
Pembeli rumah desak pemaju selesaikan masalah CF
Pembeli rumah desak pemaju selesaikan masalah CF
30 Julai 2012
Lebih 20 pembeli rumah terbabit mendakwa pemaju gagal
mengotakan janji untuk menyelesaikan masalah CF selewat-lewatnya selepas
sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.
SENAWANG – Suasana sambutan Hari Raya Aidil Fitri dua minggu
lagi mungkin suram kepada pembeli rumah Taman Tuanku Jaafar (Fasa 3), Senawang,
apabila hasrat mereka untuk mendiami rumah baru masih tidak kesampaian apabila
pemaju masih gagal memperolehi Sijil Layak Menduduki (CF).
Lebih 20 pembeli rumah terbabit mendakwa pemaju gagal
mengotakan janji untuk menyelesaikan masalah CF selewat-lewatnya selepas
sambutan Tahun Baru Cina tahun ini. Walaubagaimanapun sehingga kini, belum ada
sebarang berita gembira buat pembeli rumah terbabit.
“Kalau ikutkan perjanjian kami dapat menduduki rumah ini
selepas dua tahun. Adalah menjadi hasrat saya untuk menyambut bulan Ramadhan
dan Aidil Fitri tahun ini di rumah baru ini.
“Anak saya juga mahu berkahwin dan menjadi impian saya untuk
adakan majlis perkahwinan anak saya di rumah baru ini, tetapi semua impian saya
ini sudah terbantut kerana rumah tidak boleh didiami tanpa CF.
“Saya ada hubungi pemaju beberapa kali dan bertanya status
rumah ini, tetapi pemaju meminta saya bersabar”, kata Abu Bakar Ujang yang
berusia 59 tahun.
Zurina Maxtar, 34 pula membuat keputusan drastik dengan
menduduki rumah ini sejak sebulan yang lalu walaupun rumah ini masih belum
memiliki CF.
`Tinggal di rumah sewa’
“Saya terpaksa mengambil keputusan ini kerana tidak mampu
lagi menanggung kos perbelanjaan hidup yang tinggi dan perlu membayar sewa
rumah lain.
“Saya tiada pilihan lain kerana gaji saya sudah dipotong
untuk bayar ansuran rumah. Pada masa yang sama saya dan suami terpaksa membayar
duit sewa rumah jika terus tinggal di rumah sewa.
“Kami sudah putus asa dan oleh sebab itu kami mengambil
keputusan nekad untuk berpindah ke rumah baru ini walaupun rumah ini belum
mempunyai bekalan air dan CF”, jelas Zurina.
Mehrad Sulaiman, 41, berharap ada pihak yang dapat campur
tangan menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan sekian lama.
“Kami bercadang menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk
mencari jalan penyelesaian berhubung masalah ini”.
Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani
(PAS) berkata beliau difahamkan bahawa pihak berkuasa tempatan masih belum
mengeluarkan CF kepada pemaju kerana ada masalah lereng bukit yang pemaju perlu
selesaikan terlebih dahulu di lorong 7 hingga 10.
“Walaubagaimanapun pemaju pula berkata lereng bukit yang
bermasalah (hakisan tanah) itu berada di luar kawasan perumahan yang mereka
bangunkan.
“Saya berharap pihak berkuasa tempatan dan pemaju dapat
duduk berbincang dan selesaikan masalah ini dengan segera demi kepentingan
pembeli rumah.
“Rata-rata pembeli rumah yang menemui saya menghadapi
kesukaran kewangan apabila terpaksa membayar pinjaman perumahan kepada pihak
bank dan pada masa yang sama terpaksa juga membayar sewa rumah kerana masih
tinggal di rumah sewa sementara rumah baru ini boleh diduduki”, kata Mohd
Taufek.
Penduduk tak tahan bau busuk
Sinar Harian 26 Jan 2011
PEDAS - Penduduk Taman Pedas Perdana dikatakan tidak tahan
dengan bau busuk yang dipercayai berpunca daripada kilang ayam berhampiran,
sejak beberapa bulan lalu.
Seorang penduduk, Normah Md Din, 51, berkata, bau busuk itu
sememangnya mengganggu kehidupan penduduk sekitar taman, terutama pada waktu
subuh, tengah hari dan petang.
“Keadaan ini menyebabkan kami terpaksa menghidu bau busuk
setiap hari dan selera makan turut terbantut.
“Bau busuk ini juga boleh menyebabkan anggota badan kita
menjadi lemah dan tidak sihat serta mudah letih,” katanya ketika ditemui
pemberita kepada Sinar Harian.
Malah, Normah berkata, masalah itu bukan sahaja menyebabkan
mereka hilang selera makan, tetapi ibadat solat mereka juga turut terganggu
kerana tidak khusyuk ketika menunaikan solat.
“Saya, anak dan cucu boleh termuntah jika menghidu bau busuk
ini. Tiada siapa yang tahan kalau terpaksa hidu bau busuk setiap hari cuma kami
di sini, sudah lali dengan keadaan ini. Apatah lagi kawasan ini menjadi tempat
tinggal kami,” katanya.
Menurutnya, masalah yang dihadapi itu telah dikemukakan
semasa menghadiri mesyuarat sebelum ini supaya dapat mengenal pasti punca
sebenar bau busuk berkenaan.
Namun, katanya, sehingga kini penduduk masih berdepan dengan
masalah sama apabila masalah bau busuk ini masih lagi berlaku.
“Saya berharap agar pihak berkaitan dapat mengambil tindakan
sewajarnya dan tidak terus membiarkan penduduk terseksa, akhirnya terdedah
kepada penyakit pada masa akan datang,” katanya.
Pencemaran Air Sungai di Kampung Kuala Sawah
3 Ogos 2011
Saya penduduk di Kampung Kuala Sawah, 71200 Rantau, Negeri
Sembilan ingin membuat aduan mengenai sebuah kilang yang membeli getah beku dan
getah cair berhampiran, sentiasa membuang sisa getah ke sungai yang alirannya
melalui kampung dan menyebabkan sungai berkenaan tercemar dan sungguh tidak
menyenangkan bau yang terhidu di seluruh kawasan kampung terutama rumah saya
yang terganngu selalu kerana bersebelahan dengan sungai tersebut.
Saya khuatir keadaan yang telah berlalu sekian lama akan
menjejaskan kesihatan penduduk kampung. Perkara ini telah lama berlaku dan
tiada mana-mana pihak yang tampil untuk menghentikan pencemaran ini.
Diharap Pihak Jabatan Alam Sekitar dapat membantu
menghentikan pencemaran tersebut.
Sekian, terima kasih.
By: Kogelen
CADANGAN SOALAN UNTUK SIDANG DUN
CADANGAN SOALAN UNTUK SIDANG DUN
1. ALAM SEKITAR
Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap sebuah kilang
memproses ayam berhampiran Kg Merbau Sembilan di Rembau yang beroperasi sejak
enam tahun lalu yang dilaporkan membawa pelbagai masalah kepada penduduk
setempat khususnya dari segi pencemaran bau yang turut menjejaskan kesihatan
mereka?
2. HOSPITAL REMBAU
Apakah status pembinaan Hospital Daerah Rembau untuk fasa
pertama kerja-kerja tanah dan fasa kedua pembinaan bangunan dimana diberitakan
sebelum ini tender bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, dijangka dibuka
pada hujung Mei 2012?
3. KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) REMBAU
Apakah status cadangan pembinaan kampus Universiti Teknologi
Mara (UiTM) Rembau yang diumumkan pada tahun 2008?
4. KAWASAN REKREASI KOLAM AIR PANAS PEDAS
Apakah status cadangan pembinaan hotel bertaraf antarabangsa
dan dewan persidangan di kawasan rekreasi kolam air panas Pedas yang diumumkan
pada tahun 2008?
5. LANDASAN PESAWAT KECIL DIBINA DI REMBAU
Apakah status pembinaan landasan pesawat kecil untuk
kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan di Batu Hampar, Rembau yang
diumumkan pada tahun 2008?
Sesuaikah Hospital Rembau dibina di kawasan industri?
Jika kita lalu kawasan projek Hospital Rembau di Chembong
pada waktu pagi sekitar jam 7 pagi dengan tingkap kereta dibuka, selalunya kita
akan dapat menghidu bau busuk yang dikhabarkan datangnya dari kilang memproses
ayam atau kilang lain yang berhampiran yang melepaskan air terawat ke parit
atau sungai berhampiran.
Untuk pengetahuan, projek hospital Rembau ini didirikan atas
tanah industri yang dikelilingi oleh beberapa kilang. Apakah Jabatan Alam Sekitar
(JAS) akan membuat pemantauan yang lebih kerap ke atas kilang-kilang
berhampiran untuk mempastikan semua kilang sekitar Hospital Rembau ini akan
mematuhi peraturan pelepasan asap, pelepasan air terawat, pembuangan bahan
buangan dan sebagainya?
Sudah pasti penduduk di kampung dan taman perumahan berasa
sangsi akan tahap pematuhan kilang-kilang di sini memandangkan sesiapa sahaja
yang lalu jalan utama Seremban-Tampin akan pasti terbau bau yang amat kurang
menyenangkan apabila lalu di kawasan ini pada waktu-waktu tertentu, terutamanya
pada waktu pagi.
BAU BUSUK GANGGU PENDUDUK
REMBAU 12 Julai 2012 - Penduduk di Kg Merbau Sembilan dekat
sini mendakwa sebuah kilang memproses ayam yang beroperasi sejak enam tahun
lalu membawa pelbagai masalah khususnya dari segi pencemaran bau yang turut
menjejaskan kesihatan mereka.
SENAWANG, 25 Jan 2012 – Selepas persetujuan itu, Kerajaan
Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS
seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong.
KUALA LUMPUR
29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan
dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan
kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Hospital Daerah Rembau akan dibina di
atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong. enteri Kesihatan, Datuk Seri
Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang
menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah dibuka pada 27
Februari lalu dan ditutup pada bulan ini. Bagi kerja-kerja bangunan pada fasa
kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei ini.
SEREMBAN, 2002 Sept 23 (Bernama) -- The Chembong Industrial
Area being developed near Pedas here, is expected to be ready by end of this
year, said Menteri Besar Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad. He said the
industrial estate, covering a land area of 27.2 hectares and being developed by
the State Development Corporation of Negeri Sembilan (PKNNS), cost RM19
million.
BERITA HARIAN 15 Mac 2012 -Berikutan itu, Kementerian
Kesihatan membuat perjanjian dengan PKNS untuk pembelian tanah berkenaan.
Bagaimanapin, masalah harga tanah pula timbul dan menyebabkan projek itu
tertangguh lebih dua tahun apabila kementerian hanya membayar RM16 sekaki, sedangkan
harga kos ditanggung PKNS ialah RM18 sekaki. Berikutan itu, PKNS membuat
bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu
menjualnya pada harga RM22 sekaki.
Khamis, 26 Julai 2012
Empat Lelaki Dihadapkan Ke Mahkamah Atas Tuduhan Membunuh Seorang Lelaki
Empat Lelaki Dihadapkan Ke Mahkamah Atas Tuduhan Membunuh
Seorang Lelaki
Khamis Julai 26, 2012
SEREMBAN: Empat lelaki termasuk seorang pelajar mengaku
tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas dakwaan membunuh
seorang lelaki di kawasan ladang kelapa sawit Ulu Kanchong, Pedas, Rembau,
tahun lepas.
Rosman Ali Abdul, 28, Kamarudin Idrus, 54, kedua-duanya
kontraktor, Mohamad Asrol Izek Md Aris, 31, seorang anggota tentera dari Kem
Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Zaki Zahari, 19, seorang pelajar didakwa membunuh
Hamzah Ab Majid, 56, di kawasan ladang kelapa sawit Ulu Kanchong, Pedas, Rembau
antara kira-kira pukul 9.30 malam hingga 12 malam, 18 Oktober, 2011.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan
dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika
sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan
Shaharuddin Wan Ladin, sementara Zaki diwakili peguam Mohd Jufri Abd Mois,
manakala tiga yang lain tidak diwakili.
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Siti Kahiriah Abd
Razak menetapkan 30 Ogos ini untuk sebutan semula kes. - BERNAMA
Buntu suami hilang seminggu
REMBAU: Satu keluarga dari Taman Chembong Jaya di sini,
mendakwa buntu dan gelisah berikutan kehilangan misteri ketua keluarga mereka
sejak beberapa hari lalu yang masih belum terungkai hingga kini.
Keadaan itu lebih dirasai Fadhilun Md Shah, 49, yang
bimbangkan keselamatan suaminya, Hamzah Abdul Majid, 55, selepas keluar dari
rumah mereka sejak Selasa lalu.
Menurutnya, bapa kepada lima anak itu dilihat keluar dengan memandu
Proton Wira Aeroback hitam bernombor pendaftaran NBR 5572, kira-kira jam 8.30
malam.
“Anak bongsu kami sempat bertemu ayahnya yang memakai baju-T
biru, seluar trek dan berselipar. Pada waktu itu, saya tiada di rumah kerana
keluar mengajar di Rumah Kanak-Kanak Rembau.
“Tiada pergaduhan atau pertelingkahan antara kami, apatah
lagi dia sememangnya pendiam dan tidak suka berkongsi masalah.
“Suami yang dikahwini sejak 35 tahun lalu biasanya keluar
berjumpa rakan pada waktu malam dan pulang sebelum jam 12 tengah malam,”
katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.
Katanya, ketika terjaga dari tidur pada jam 3 pagi, dia
pelik apabila mendapati suaminya belum pulang dan cuba menghubunginya, namun tiada
jawapan.
“Selepas lebih 24 jam, suami masih tidak pulang ke rumah
menyebabkan saya meminta anak membuat laporan polis,” katanya.
Fadhilun berkata, mereka sekeluarga berusaha mencari
suaminya yang dipercayai pergi mengutip hutang daripada rakannya di Alor Gajah,
Melaka.
“Selain itu, rakan mendakwa ternampak suami di lampu isyarat
di pekan Rembau.
“Ketika itu, orang lain memandu manakala suami berada di
tempat duduk belakang,” katanya yang kini hanya mampu berserah dan melakukan
solat hajat.
Menurutnya, dia berharap tiada sebarang perkara buruk
berlaku dan suaminya pulang dalam keadaan selamat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi
Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Hamzah diminta menghubungi
Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6852222 atau balai
polis berhampiran.
Empat Lelaki Dituduh Bunuh Pegawai Rela
November 21, 2011
TAMPIN: 21 Nov. – Empat lelaki termasuk seorang anggota
tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, kerana dituduh
membunuh seorang pegawai Rela pada 18 Oktober lepas.
Rosman Ali Abdul Ghani, 27, Kamaruddin Idrus, 53, Zaki
Zahari, 18, dan anggota tentera Mohamad Asrol Izek Md Aris, 22, didakwa
menyebabkan kematian Hamzah Abdul Majid, 55, di tebing Sungai Linggi,
berhampiran Taman Angsa Mas, Mambau, Seremban dengan cara mengelar leher dan
menikam badannya, antara 10 malam dan 12 tengah malam 18 Oktober lepas.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aznee
Salmie Ahmad di hadapan Majistret Mahyun Yusof.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 21 Disember ini sebagai
tarikh sebutan kes sementara menunggu laporan kimia.
UiTM Nilai akan dibina, janji bina UiTM Rembau belum ditepati
UiTM Raub, Nilai dibina
25 Julai 2012 - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) bagi pembangunan kampus
Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Raub, Pahang dan Institut Latihan UiTM
Nilai di Negeri Sembilan.
Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Menteri Pengajian
Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini hari ini.
Ketua Setiausaha KPT, Datuk Ab. Rahim Md. Noor berkata,
kedua-dua projek pembangunan itu adalah kesinambungan agenda negara untuk
menambah pengambilan pelajar daripada 100,000 kepada 200,000 menjelang 2015.
Katanya, projek tersebut adalah yang ketiga dan keempat
daripada enam projek fasa dua pembangunan kampus UiTM di bawah inisiatif
pembiayaan swasta (PFI) menerusi Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK-10).
Pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau
31 Jan 2008
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu
juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.
Beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau selepas kampus di Kuala Pilah di mana
ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).
Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas
juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf
antarabangsa dan dewan persidangan.
Rabu, 25 Julai 2012
TAZKIRAH RAMADHAN
Tarikh : 28 Julai 2012 , Sabtu
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Kg Senama Tengah, Rembau (rumah cikgu Zul)
Bersama : Ustaz Nasarudin Tantawi, Dr. Rosli Yaakop, Sdr
Nazree Yunus dan Sdr Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid)
Semua dijemput hadir
Maklmat lanjut di http://parchembong.blogspot.com/2012/07/tazkirah-ramadhan.html
Ahad, 22 Julai 2012
Laporan polis terhadap ADUN Kota

21 Julai 2012 - Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kota, Parlimen Rembau, Zamri Mad yang membuat laporan terhadap ADUN BN Kota, Dr Awaluddin Said kerana menurunkan bendera PAS di Bongek mahu wakil rakyat itu memohon maaf.
Zamri membuat laporan di Ibu Pejabat
Polis (IPD) Rembau selepas kejadian berlaku 17 Julai lalu.
Ketika dihubungi hari ini, Zamri
berkata, sehingga hari ini Dr Awaluddin belum membuat sebarang
permohonan maaf kepadanya.
“Beliau sebagai wakil rakyat mesti
menunjukkan teladan baik sesuai dengan statusnya seorang ADUN.
“Tindakan Awaluddin menurunkan
bendera PAS kononnya untuk mendamaikan orang PAS dan Umno tidak boleh
diterima.
“Apa kena mengena menurunkan bendera
PAS dengan mendamaikan orang PAS dan Umno.?”
Menurut Zamri, Awaluddin sebelum ini
merupakan seorang wakil rakyat yang bersih tetapi tindakan menurunkan
bendera PAS boleh menjatuhkan nama baiknya.
Beliau menambah, sebagai wakil rakyat
beliau mesti bertindak adil kepada semua orang tidak kira penyokong
kerajaan atau pun pembangkang.
“Bendera kami banyak yang hilang
tetapi apabila mengadu kepada Majlis Daerah Rembau (MDR), mereka
menjawab apa boleh buat?” kata Zamri lagi.
JADUAL IFTAR JAMAIE RAMADHAN 1433 H/2012 M
JADUAL IFTAR JAMAIE RAMADHAN 1433
H/2012 M
PAS NEGERI SEMBILAN
Kawasan : TELOK KEMANG
Tarikh & Hari : 24 JULAI 2012 / 4
RAMADHAN 1433 (SELASA)
Tempat : BANDAR SPRINGHILL
Hadir Wakil Perhubungan : Semua
Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan : Tel 019-3369290
Kawasan : RASAH
Tarikh & Hari : 27 JULAI 2012 / 07
RAMADHAN 1433 ( JUMAAT )
Tempat : SRIIDU
Hadir Wakil Perhubungan : YB. Taufek &
Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :
Kawasan : SEREMBAN
Tarikh & Hari : 28 JULAI 2012 / 08
RAMADHAN 1433 (SABTU)
Tempat : PASTI WILDAN / AMPANGAN
Hadir Wakil Perhubungan : HJ. Anuar
(Timb. PJ2) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan,Ulama', Pemuda
dan Muslimat
Catatan/ Hubungan : PELANCARAN MADRASAH
RAMADHAN OLEH TN HJ MOHAMAD SABU
Kawasan : REMBAU
Tarikh & Hari : 04 OGOS 2012 / 15
RAMADHAN 1433 (SABTU)
Tempat : DUN CHEMBONG @ DUN KOTA
Hadir Wakil Perhubungan : Hasan Tambi
( SU Negeri ) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama',
Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :
Kawasan : TAMPIN
Tarikh & Hari : 05 OGOS 2012 / 16
RAMADHAN 1433 (AHAD)
Tempat : MARKAS TAMPIN BANDAR
Hadir Wakil Perhubungan : Khairul Wafa
(Ketua Pemuda) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama',
Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan : CERAMAH BOB LOKMAN
Kawasan : JEMPOL
Tarikh & Hari : 11 OGOS 2012 / 22
RAMADHAN 1433 (SABTU)
Tempat : MUASSASAH DARUL SHARIF
Hadir Wakil Perhubungan : YB Taufek
(PJ Negeri) & Seluruh Pimpinan Perhubungan, Ulama, Pemuda &
Muslimat
Catatan/ Hubungan : MUNAJAT PERDANA
Kawasan : KUALA PILAH
Tarikh & Hari : 12 OGOS 2012 / 23
RAMADHAN 1433 (AHAD)
Tempat :
Hadir Wakil Perhubungan : Abd. Rahman
(Timb. PJ 3) & Semua Barisan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan
Muslimat
Catatan/ Hubungan :
Kawasan : JELEBU
Tarikh & Hari : 14 OGOS 2012 / 25
RAMADHAN 1433 (SELASA)
Tempat :
Hadir Wakil Perhubungan : Dr. Rosli
(Timb. PJ 1) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda
dan Muslimat
Sabtu, 21 Julai 2012
KULIAH TAFAKKUH FIDDIN RAMADHAN MUBARAK
KULIAH TAFAKKUH FIDDIN RAMADHAN MUBARAK
Tarikh : 21/07/12 & 28/07/12 &
04/08/12 & 11/08/12
Setiap Sabtu sepanjang Ramadhan ( 2
sesi) iaitu
8.30 pg – 10.00 pg
10.30 pg – 12.00 tgh
(Yuran : RM 15 seorang bagi setiap
sesi)
Penyertaan :
PAS kawasan-3 ahli, Dewan Pemuda PAS
kawasan-3 ahli dan Dewan Muslimat PAS kawasan-3 ahli.
Tempat : Dewan D’Ark ( Siri 1) ,
Gedung Lalang ( 3 Siri berikutnya )
Rujukan :
1. Us. Sofi 019-4766747
2. Us. Hadi 019-6627374
3. Us. Ghani 012-6761187
Jumaat, 20 Julai 2012
Khamis, 19 Julai 2012
Rabu, 18 Julai 2012
Wakil Rakyat Umno sendiri turunkan bendera PAS?
Satu laporan polis telah dibuat pada 17 Julai 2012 mengenai seorang wakil rakyat Umno di Negeri Sembilan yang bergelar Dato’ Dr yang dilihat menanggalkan beberapa bendera PAS di sebuah jalan utama di negeri ini.
Laporan polis telah dibuat. Kita harapkan pihak berkuasa
melakukan siasatan yang teliti tanpa memilih bulu.
Bendera Pas, PKR disabotaj
18 Julai 2012
REMBAU – Hampir 100 bendera Pas dan PKR yang dipasang
sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Chembong, dekat sini diturunkan pihak tidak
bertanggungjawab, awal pagi semalam.
Tidak diketahui pihak yang menurunkan bendera dipasang
sepanjang jalan dari Kampung Senama hingga Pedas di sini, bagaimanapun ada
pihak mengakui terlihat kelibat individu bermotosikal melarikan diri sebaik
saja berjaya menurunkan bendera
kedua-dua parti berkenaan.
Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Rembau, Redzuan Zainudin
berkata, beliau terkilan dengan tindakan pihak tertentu mensabotaj bendera Pas
dan PKR. Menurutnya, dia dikejutkan dengan panggilan telefon seorang anak
buahnya yang kebetulan terlihat kelibat individu bermotosikal melarikan diri
setelah selesai menurunkan bendera, kira-kira 3.30 pagi semalam.
"Saya pergi ke lokasi dimaksudkan dan melihat hanya
buluh sahaja yang ditinggalkan dan dibuang ke dalam longkang. “Masa itu memang
saya marah sangat. Mereka ini melakukan tindakan secara sorok-sorok dan
pengecut kerana menurunkannya semasa
kita sedang tidur lena," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi
berkenaan, semalam.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakop
berkata, perbuatan pihak tertentu menurunkan bendera Pas dan PKR bukanlah
kejadian baru di kawasan berkenaan.
"Pada 1999, kita pernah membuat laporan polis apabila
ada seseorang di Kundur membawa parang menghalang kita memacakkan bendera
parti. Kita terpaksa melarikan diri bagi mengelakkan dicederakan.
"Walaupun ada yang mensabotaj, namun kita tetap
bersyukur kerana penerimaan penduduk terhadap PR terus meningkat.
Timbalan Ketua Cabang Rembau, Yusuf Tapar berkata, biasanya
kegiatan menurunkan bendera PR itu dibuat
semasa awal pagi oleh individu bermotorsikal.
"Tindakan sebegini tidak seharusnya berlaku kerana Pas
dan PKR merupakan organsasi berdaftar dan bukannya parti haram. “Kita tidak
tahu apa yang mereka ingin lakukan dengan
bendera kita. Cuma apa yang kita takutkan, mereka menyalah gunakan
bendera kita sebagai usaha menjatuhkan imej parti," katanya.
Sementara itu, Pengarah Pas Dun Chembong, Nazri Yusuf
berkata, pihaknya sudah berjumpa Majlis
Daerah Rembau (MDR), kira-kira dua bulan lalu untuk berbincang mengenai
tindakan jabatan itu menurunkan bendera parti.
Bagaimanapun, katanya, MDR telah memulangkan semula bendera
yang diturunkan tanpa sesekali
mengambilnya. “Memang kita
tahu jika sebelum PRU, tidak boleh sebarang bendera digantungkan.
“Dalam kejadian
terbaru ini kita yakin MDR tidak terlibat, cuma pihak lain berkemungkinan takut
dengan populariti PR yang semakin
meningkat," katanya.
Selasa, 17 Julai 2012
JEJAK UKHUWWAH RAMADHAN 1433 HIJRAH
Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan bakal menjelang tidak
lama lagi. Disamping kita meningkatkan amal ibadah kita dengan berpuasa di
siang hari serta beramal ibadah pada malamya , kita juga digalakkan membantu
sesama Muslim.
Adalah dimaklumkan Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan
kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau
akan melaksanakan program Jejak Ukhuwwah Ramadhan 1433 H untuk memberi
sumbangan kepada anak yatim, fakir miskin serta mereka yang memerlukan di
seluruh kawasan Rembau.
Pihak penganjur program amat mengalu-alukan sumbangan dalam
bentuk barangan dan wang ringgit bagi membantu meringankan beban golongan anak
yatim, ibu tunggal, fakir miskin serta mereka yang memerlukan.
Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi
wakil-wakil yang dilantik iaitu ;
Pn Norwani ( Penyelaras Program ) 013-3851202
Tn. Hj Roni ( Pengerusi Lajnah Kebajikan Rembau) 012-2268230
Sumbangan juga
boleh disalurkan melalui akaun :
Nama akaun: PAS
Kawasan Rembau
Bank: Bank Islam
(Cawangan Seremban)
No akaun:
05-012-01-007334-7
Sila hubungi Sdr
Hamizi Ahmad (Penolong Bendahari) 0122832458 untuk sumbangan melalui cek/akaun.
Sumbangan
barangan keperluan adalah seperti berikut :
1. Garam (
1peket)
2. Gula (1 kilo)
3. Tepung (1
kilo)
4. Biskut lemak
(1 peket)
5. Susu tin (1 tin)
6. Teh (1 peket)
7. Kopi (1 peket)
8. Kicap ( 1 botol)
9. Minyak masak /kelapa (1 peket)
10. Beras (5 atu
10 kilo)
Anggaran kos
barangan untuk satu keluarga ialah RM70
Isnin, 16 Julai 2012
Jumaat, 13 Julai 2012
Sama-sama kita membantu, insyaAllah
Ibu tunggal hidup
serba kekurangan perlukan bantuan
SEREMBAN 11 Julai
2012 - Seorang ibu tunggal amat mengharapkan simpati orang ramai membantunya
menjalani kehidupan seharian yang kian mendesak.
Maimunah Yusof, 47, berkata, keadaan lebih menyedihkan
apabila memikirkan kedatangan Ramadan serta Syawal ini kerana dia tidak mampu
menyediakan keperluan untuk anak-anak.
"Saya
bersama anak perempuan pernah berlapar kerana tiada wang. Kadangkala kami
berpuasa atau sekadar makan lauk telur dan ikan bilis," katanya ketika
ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Sungai Gadut, dekat sini hari ini.
Dia yang bekerja
sebagai tukang cuci di sebuah sekolah menengah dekat sini, hanya menerima gaji
RM450 dan sebahagiannya diperuntukkan membayar pinjaman perumahan.
Maimunah kini
menetap bersama anak bongsunya, Nurhidayah Abdullah, 8, selepas kematian
suaminya pada 2003.
"Bil air dan
elektrik sudah tertunggak, keadaan dalam rumah juga banyak yang rosak,"
jelas Maimunah yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
sebanyak RM140 sebulan bagi membantu persekolahan anaknya.
"Saya pernah
memohon bantuan lain dengan Baitulmal serta JKM, selain Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M), tetapi tidak mendapat sebarang jawapan," kata ibu kepada
empat anak ini.
Berikutan
kesempitan wang, dia dan anaknya terpaksa mengutip tin minuman kosong serta
kotak untuk mencari sesuap nasi.
"Anak saya masih kecil dan dia terpaksa melalui
keperitan hidup sebegini. Saya buntu dan tidak tahu dengan siapa hendak
mengadu," ujarnya.
Bagaimanapun katanya, masih ada jiran yang prihatin dan selalu
membantu memberi makanan kepada mereka anak-beranak.
Khamis, 5 Julai 2012
Kuliah Tn Guru Tajuddin Jali 6 Julai 2012 di Paroi
KULIAH ILMU
Bersama Tuan Guru
Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali - Penasihat Program Pengajian Pondok,
Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak
Tarikh : 6 Julai 2012, Jumaat
Masa : 7.45 mlm
Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman
Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Rabu, 4 Julai 2012
Longkang berbuih, busuk
3 Julai 2012
Kota, Rembau –
Keadaan longkang berbuih dan saliran air yang tidak baik di pekan ini yang
menimbulkan bau busuk mendatangkan ketidakselesaan kepada pengunjung kedai
makan, dekat sini.
Tinjauan Sinar Harian
mendapati, saliran air yang tidak baik itu mencemarkan pemandangan dan memberi
reaksi buruk kepada orang luar yang menjadikan lokasi berkenaan sebagai
persinggahan membeli makanan.
Salah seorang
penduduk, Mat Rahim, 59, dari Kota berkata, sememangnya pihak Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sering melakukan kerja gotong-royong di
lokasi berkenaan.
Namun katanya,
masalah longkang berbuih dan berbau tidak pernah selesai.
"Kami
berharap agar pihak berkaitan dapat meneliti kaedah bersesuaian bagi mengatasi
masalah ini memandangkan lokasi ini sememangnya menjadi tumpuan penduduk
mahupun pengguna jalan raya yang terletak di tepi jalan utama Seremban-Tampin.
"Selaku
penduduk dan pengunjung kedai makan, saya berharap masalah longkang ini dapat
diatasi bagi memberikan keselesaan kepada penduduk.
Malah, sekiranya
hujan lebat lebih dua jam, air berkemungkinan melimpah masuk ke kedai,"
katanya ketika ditemui di lokasi berkenaan, dekat sini, baru-baru ini.
Isnin, 2 Julai 2012
'Kami mahu pondok bas'
2 Julai 2012
CHENGKAU, REMBAU – Penduduk
terutamanya pengguna pengangkutan awam, di sini, berharap pihak
bertanggungjawab dapat mempercepatkan pembinaan hentian bas dan teksi
memandangkan kemudahan itu sudah terlalu lama tiada.
Tinjauan Sinar Harian mendapati,
hentian yang hanya ditandakan dengan papan tanda simbol hentian bas
dan tanpa bumbung menyebabkan ramai pengguna terpaksa menunggu dalam
keadaan panas terik serta hujan.
Penduduk, Samsiah Manaf, 70, berkata,
walaupun tidak kerap menggunakan perkhidmatan bas iaitu hanya ketika
mahu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik, namun dia tetap
berharap kemudahan berkenaan dapat dibina secepat mungkin.
“Jika dulu, kemudahan hentian bas
berbumbung ini memang ada, namun selepas kerja-kerja pembesaran jalan
berikutan pembinaan landasan kereta api berkembar Seremban-Gemas,
hentian bas sedia ada sudah pun diruntuhkan.
“Oleh demikian, mak cik harap hentian
bas ini dapat dibina semula secepat mungkin memandangkan setiap hari
kemudahan berkenaan digunakan baik pelajar sekolah mahupun warga
emas,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi
tinjauan, di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, menurut peniaga, Mariani
Abdul Ghaffar, 27, dia sering melihat tindakan berani mati segelintir
pengguna yang sanggup menunggu di hentian bas seberang jalan yang
menghala ke Seremban.
Menurutnya, tindakan itu agak berbahaya
namun susulah cuaca yang terlalu terik ataupun hari hujan membuatkan
segelintir pengguna sanggup menanggung risiko menunggu di seberang
jalan.
“Oleh itu, saya berharap kemudahan
ini dapat disediakan pihak bertanggungjawab memandangkan ia digunakan
penduduk hampir setiap hari.Untuk rekod, kemudahanperhentian bas di
Pekan Chengkau digunakan penduduk dari Kampung Chenong Kedai, Chenong
Ulu, Rumah Rakyat Chengkau, Pekan Chengkau, Nerasai, Penajis dan
Pulau Mampat.
Langgan:
Catatan (Atom)




















