Jumaat, 29 Jun 2012
Forum Menjelang Ramadhan 7 Julai 2012 di Rembau
FORUM PERDANA
Tajuk : Persiapan Menjelang Ramadhan
Tarikh : 7 Julai 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Lot 955, Kg
Bongek, Rembau (rumah Hjh Rokiyah)
Ahli Panel :
1. Ustaz Mohd Fuad Othman , Pendakwah
2. Ustaz Nazree Yunus , mantan Presiden Persatuan Mahasiswa
Islam Universiti Malaya
3. Ustaz Fairuz Isa , mantan YDP Badan Kebajikan Anak N.Sembilan
Mesir (BAKANS)
4. Moderator : Sdr Sahrizal Masrudin , AJK Yayasan Amal Malaysia
Cawangan N.Sembilan
Turut diadakan Pelancaran Dana Pembangunan Kompleks Pusat
Dakwah Serantau www.pusatdakwahserantau.net
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086
Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
PUSAT DAKWAH SERANTAU
Objektif - Melahirkan para pendakwah dari kampung asal
terutamanya kawasan pedalaman untuk berkhidmat di tempat asal mereka sendiri
dengan pengetahuan asas agama serta dibantu atau dibimbing oleh pendakwah luar
yang pakar dalam pengetahuan agama.
Usaha menggerakkan kerja dakwah di pedalaman memerlukan
gerak kerja strategik dan proaktif, serta tenaga pendakwah yang komited.
Bagi merealisasikan hasrat yang murni ini, Yayasan Amal
Malaysia telah menubuhkan Pusat Dakwah Serantau (PDS).
PDS sudah mula dibuka sejak Julai 2010 dengan seramai 30
orang pelajar dari pedalaman Sabah dan Sarawak terpilih untuk menjalani latihan
selama setahun di kampus sementara Pusat Dakwah Serantau di Kompleks Darul
Irsyad, Sungai Merab Luar, Kajang.
Khamis, 28 Jun 2012
CERAMAH PERDANA
Tarikh : 30 Jun 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Pedas Hilir, Rembau
Penceramah :
~ YB Salahuddin Ayub , Naib Presiden PAS
~ Ustazah Nuridah Salleh , AJK Muslimat PAS Pusat
~ S. Suria Narayanan , Naib Pengerusi DHPP Malaysia
~ Nazre Yunus , Ketua AMK N.Sembilan
~ Dr Rosli Yaakop , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Isnin, 25 Jun 2012
Aspan Alias di Senawang 29 Jun 2012
CERAMAH UMUM
Tarikh : 29 Jun 2012, Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat : Taman Desa Melor
(sebelah Balai Bomba Senawang)
Penceramah :
Aspan Alias http://aspanaliasnet.blogspot.com
Dr Ahmad Suhaimi, Penyelaras SAMM
Ustaz Fakrulrazi, Penceramah Bebas
Fareedah Samad, Pengerusi Ameerah Malaysia
Pn Norwani Ahmat, Ketua Muslimat PAS Rembau
Ahad, 24 Jun 2012
YB Ir Khalid Samad 27 Jun 2012 di Senawang
CERAMAH UMUM
Tarikh : 27 Jun 2012, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban
Selatan, Sg Gadut
Penceramah :
YB Ir Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah
Alam
Hj Omar Jaafar, Penceramah Bebas
Hakki Bawadi, Ketua Pemuda PAS Rembau
Muhd Affandi, AMK N.Sembilan
Program Kitar Semula, Jualan Amal 30 Jun 2012 di Paroi
PROGRAM JUALAN AMAL, KITAR SEMULA, HI
TEA DAN GOTONG ROYONG
Tarikh : 30 Jun 2012, Sabtu
Masa : 2 ptg - 6 ptg
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman
Tasik Jaya, Senawang
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang
beg-beg, majalah-majalah, barangan terpakai kegunaan harian yang
masih dalam keadaan baik dan bersih boleh diserahkn pada hari
tersebut.
Hasil jualan amal serta jualan barangan
terpakai serta kitar semula ini akan disalurkan untuk program
sumbangan Jejak Ukhuwah Ramadhan 1433 Hijrah.
Untuk sebarang maklumat, pertanyaan
atau sumbangan sila hubungi Pn Wani 0133851202 atau Pn Fauziah
0137779328.
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui
akaun Bank Islam DMPKR, No akaun : 05012010061653
Anjuran : Dewan Muslimat PAS Kawasan
Rembau
Tidak selamat keluar rumah
23 Jun 2012
SEREMBAN – Kehadiran lori keluar
masuk di Jalan Taman Tuanku Jaafar 2/4, Senawang di sini, sejak
beberapa tahun lalu mengundang rasa gusar penduduk kerana terdedah
bahaya setiap hari.
Penduduk mendakwa, sejak sebuah pasar
raya di taman terbabit dinaik taraf, kewujudan lori keluar masuk
semakin bertambah sehingga mengganggu ketenangan dan keselesaan
mereka.
Terbaru, seorang warga emas nyaris maut
apabila sebuah lori secara tiba-tiba merempuh pagar rumahnya ketika
dia sedang berehat bersama ahli keluarganya di pekarangan rumah.
Menceritakan kejadian, anaknya, K
DhanLachmi, 48, berkata, insiden itu yang menjadi kebimbangannya
selama ini kerana lokasi rumahnya berdepan jalan utama. “Saya tidak
boleh lupa kejadian ini kerana ia nyaris meragut nyawa ibu saya.
Selama ini saya masih boleh bersabar apabila lori melanggar tong
sampah penduduk di luar rumah, tapi sekarang pagar rumah pula jadi
sasaran," katanya.
Bagi M Tamil Arasi, 50, penduduk di
situ hanya berasa selamat jika berada di dalam rumah kerana risau
dengan kenderaan keluar masuk di hadapan rumahnya tanpa mengira
waktu. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohd
Taufek Abd Ghani berkata, pihaknya akan berhubung dengan pihak
pengurusan pasar raya terbabit dalam waktu terdekat bagi mencari
penyelesaian.
"Jika perlu, kita akan menghantar
memorandum kepada Majlis Perbandaran Nilai (MPN) untuk ambil
tindakan," katanya ketika melawat kawasan berkenaan bersama Adun
Senawang.
Selasa, 19 Jun 2012
Munajat dan Solat Hajat DUN Chembong 21 Jun 2012
MUNAJAT DAN SOLAT HAJAT
Tarikh : 21/06/2012 ( Khamis)
Masa : 9.30 Malam
Tempat : Bilik Operasi PR Kg. Mulia, Rembau (depan Majlis
Daerah)
Maklumat lanjut di http://parchembong.blogspot.com
Jamuan Rakyat 23 Jun 2012 di Rembau
JAMUAN RAKYAT DAN CERAMAH PERDANA
Tarikh : 23 Jun 2012, Sabtu
Masa : 8.45 mlm
Tempat : Pusat Khidmat PR DUN Chembong, Kg Mulia, Rembau (depan
Majlis Daerah Rembau)
Penceramah :
~ Dato' Paduka Husam Musa
~ YB Taufek
~ YB Dato Kamarul Baharin
~ YB Anthony Loke
~ Dr. Rosli Yaakop
~ Chegubard
Semua dijemput hadir
Aturcara :
8.45 pm - Jamuan Makan / Tayangan video isu semasa.
9.15 pm - Ceramah Umum
Jamuan makan adalah percuma
Maklumat lanjut sila hubungi Azmy 012-6833740 , Ustaz Nazri 019-6823159
Anjuran:
MTD PAS Chembong dengan kerjasama MTD PAS Kota dan PKR Cabang Rembau
Mazlan Aliman 20 Jun 2012 di DUN Paroi
CERAMAH UMUM
Tarikh : 20 Jun 2012, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pejabat ADUN Paroi, Taman
Tasik Jaya, Senawang
Penceramah :
1. Sdr Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat/Pengerusi Persatuan Anak
Peneroka Felda Kebangsaan)
2. Sdr Nazree Yunus (Naib Ketua AMK Pusat/Ketua AMK
N.Sembilan)
3. Ustaz Kamaruddin Sidek (Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka)
4. Rozmal Malakan (Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau)
Isnin, 18 Jun 2012
Jom Ubah 21 Jun 2012 di Senawang
CERAMAH PERDANA
Tarikh : 21 Jun 2012 , Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Al Mustaqim, Taman
Pinggiran Senawang
Penceramah :
YB Hj Taufek - Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Fareedah Samad - Pengerusi Ameerah Malaysia
Hj Ramlan Roes - EXCO AMK Pusat
Ustaz Fairuz Isa - Ketua Pemuda PAS Jempol
Turut serta : Aisyah -
Selibriti/Artis
3 Janji PRU 12 tahun 2008 di Rembau
Landasan pesawat kecil dibina di Rembau

Pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau
21 Feb 2008
Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila
kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan
Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk
landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.
“Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri
Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh
pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite.”
“Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar,
Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab
berkenaan,” kata beliau di sini semalam.
Tambah Mohamad, buat masa ini kajian terhadap tanah di situ
sedang dilakukan kerana ia merupakan tanah kampong.

Pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau
31 Jan 2008
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu
juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.
Beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Rembau selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat
secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).
Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas
juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf
antarabangsa dan dewan persidangan.
Hospital RM100 juta bagi penduduk Rembau
7 Mac 2008
Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan
dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang
lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan
di sini hari ini.
''Dengan adanya Hospital
Daearah Rembau, ia akan memberi kemudahan kepada penduduk di
daerah Rembau yang berjumlah 60, 000 orang ketika ini. Lagipun daerah ini kini
mempunyai tiga klinik dan 13 klinik desa dan sampailah masanya, ia mempunyai
sebuah hospital yang selesa," kata beliau di sini hari ini.
Beliau menjelaskan dengan pembinaan hospital ini pada tahun
ini, maka ia menjadi negeri yang pertama mempunyai kemudahan hospital di setiap
daerah, di mana hospital di Rembau ini akan mempunyai perkhidmatan perubatan am,
kecemasan, pesakit luar, selain sokongan seperti farmasi, makmal,
haemodialisis, pengimejan dan diagnostik.
Di hospital yang akan dibina ini juga akan mempunyai
kemudahan antaranya wad lelaki, wanita, kanak-kanak, bersalin, sakit puan,
rehabilitasi dan pentadbiran.
Jumaat, 15 Jun 2012
Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad 17 Jun 2012 di Senawang
CERAMAH ISRAK MIKRAJ
Tarikh : 17 Jun 2012, Ahad
Masa : 5 petang, selepas Asar
Tempat : Surau Taman
Pinggiran Senawang
Penceramah : Ustaz Wan Azhar bin Wan Ahmad
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Jamuan disediakan sebelum Maghrib
Khamis, 14 Jun 2012
Ceramah Penerangan DUN Kota 24 Jun 2012
CERAMAH PENERANGAN
Tarikh : 24 Jun 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Sawah Raja, Rembau (DUN Kota)
Penceramah :
1. YB Dr Ismail Salleh (EXCO Kedah/ADUN Alor Mengkudu)
2. Mohamad Nasaei Ismail (SU Presiden PAS/Naib Ketua Pemuda
KL)
3. Dr Mohamad Rafie Abdul Malik (Ahli Majlis Pimpinan Pusat
PKR)
4. Mohd Nazree Mohd Yunus (Naib Ketua AMK Pusat/Ketua AMK
N.Sembilan)
5. Pn Norwani Ahmat (AJK Muslimat PAS Pusat/Ketua Muslimat
PAS Rembau)
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086
Rabu, 13 Jun 2012
Ceramah Israk Mikraj 17 Jun 2012 di Senawang
CERAMAH ISRAK MIKRAJ
Tarikh : 17 Jun 2012, Ahad
Masa : 7.30 mlm, selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Penceramah : Ustaz Mohd Nazree Mohd Yunus
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Dua peristiwa penting yang berlaku pada tanggal 27 Rejab :
1. Pada malam 27 Rejab tahun yang ke 11 selepas perlantikan
Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam sebagai Rasul berlaku peristiwa yang
bersejarah dalam Islam iaitu Isra' dan Mi'raj.
2. Bumi Al-Quds telah dibebaskan pada hari Jumaat 27 Rejab
583H bersamaan dengan 2 Oktober 1187 selepas 88 tahun di bawah jajahan tentera
Salib. Pembebasan ini dilakukan oleh pihak muslimin di bawah kepimpinan Sultan Salahuddin
al-Ayyubi, seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agamanya, berperibadi
mulia dan seorang yang beramal soleh.
Isnin, 11 Jun 2012
Jejak Ukhuwah Ramadhan 1433 H Peringkat Rembau
PROGRAM JEJAK UKHUWAH RAMADHAN 1433 HIJRAH
Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan bakal menjelang tidak
lama lagi. Disamping kita meningkatkan amal ibadah kita dengan berpuasa di
siang hari serta beramal ibadah pada malamya , kita juga digalakkan membantu
sesama Muslim.
Adalah dimaklumkan Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan
kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan
Rembau akan melaksanakan program Jejak Ukhuwwah Ramadhan 1433 H untuk memberi
sumbangan kepada anak yatim, fakir miskin serta mereka yang memerlukan di
seluruh kawasan Rembau.
Pihak penganjur program amat mengalu-alukan sumbangan dalam
bentuk barangan dan wang ringgit bagi membantu meringankan beban golongan anak
yatim, ibu tunggal, fakir miskin serta mereka yang memerlukan.
Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi
wakil-wakil yang dilantik iaitu ;
Pn Norwani ( Penyelaras Program ) 013-3851202
Tn. Hj Roni ( Pengerusi Lajnah Kebajikan Rembau) 012-2268230
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :
Nama akaun: PAS Kawasan Rembau
Bank: Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun: 05-012-01-007334-7
Sila hubungi Sdr Hamizi Ahmad (Pen Bendahari) 0122832458
untuk sumbangan melalui cek/akaun.
Sumbangan barangan keperluan adalah seperti berikut :
1. Garam ( 1peket)
2. Gula (1 kilo)
3. Tepung (1 kilo)
4. Biskut lemak (1 peket)
5. Susu tin (1 tin)
6. Teh (1 peket)
7. Kopi (1 peket)
8. Kicap ( 1 botol)
9. Minyak masak /kelapa (1 peket)
10. Beras (5 atu 10 kilo)
Anggaran kos barangan untuk satu keluarga ialah RM70
Terapi Darussyifa 15 Jun 2012 di Rembau
TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI, MENTAL BERSAMA
DARUSSYIFA' NS
Tarikh : 15 Jun 2012 (Jumaat)
Masa : Maghrib
Tempat : Masjid Jamek An-Nur, Rembau
Dipimpin oleh : Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu
(Darussyifa' N.Sembilan)
Aturcara program :
7.20 mlm : Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan
Yasin & Rukyah Syifa’, Majlis Zikir & Doa
8.30mlm : Solat Isya
9.15mlm : Klinik Darussyifa’ (Sesi Rawatan)
- Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal
- Rawatan Penyakit Rohani
- Rawatan Gangguan Makhluk Halus & Sihir
Semua dijemput hadir
Sila bawa air sendiri untuk bacaan Yasin dan Ruqyah Syifa'
Sumbangan kewangan atau makanan adalah dialu-alukan
Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi 013-6680801
Anjuran : PUSAT IT & ILMU K-Masjid Masjid Jamek An-Nur
Rembau www.facebook.com/masjidjamek.annurrembau
Khamis, 7 Jun 2012
UiTM Rembau
Pada awal tahun 2008 Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pembinaan
sebuah kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau, kawasan rekreasi kolam
air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemudahan seperti hotel
bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan. Setelah lebih 4 tahun berlalu,
masih belum ada tanda-tanda pembinaan kampus UiTM Rembau.
31 Jan 2008 , SEREMBAN - Pembinaan landasan kereta api laju
dari Kuala Lumpur
ke Gemas yang kini sudah pun bermula dengan dijangka siap dalam masa empat
tahun lagi.
Projek itu yang dijalankan oleh Indian Railways Company
(IRC), dijangka menjadi pendorong kepada pembangunan pesat di Seremban, Rembau,
Tampin, Gemencheh dan Gemas.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu
juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.
"Projek landasan itu kini sudah dimulakan di atas tanah
milik kerajaan manakala proses pengambilan tanah milik individu sedang
dilakukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini
semalam.
Pada masa yang sama juga, Mohamad memaklumkan, syarikat yang
sama turut diberi tugas oleh kerajaan bagi membina satu lagi laluan kereta api
yang dikhaskan untuk komuter yang dilanjutkan dari Seremban ke Sungai Gadut.
Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas
juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemudahan seperti hotel bertaraf
antarabangsa dan dewan persidangan.
Beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau selepas kampus di Kuala Pilah di mana
ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).
Kuliah Tn Guru Tajuddin Jali 8 Jun 2012 di Senawang
KULIAH ILMU
Bersama Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali - Penasihat
Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak
Tarikh : 8 Jun 2012, Jumaat
Masa : 7.45 mlm
Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman
Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Rabu, 6 Jun 2012
Blogger Sakmongkol di Rembau 12 Jun 2012
CERAMAH PERDANA
Bersama blogger http://sakmongkol.blogspot.com
Dato' Ariff Sabri Abd Aziz , bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan, bekas ADUN Pulau
Manis, Pekan
Tarikh : 12 Jun 2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : DUN Chembong, Rembau
Turut serta : YB Hj Taufek, Sani Hamzan, Ustaz Khairil Anuar Wafa, Dr Rosli Yaakop, Rozmal Malakan
Maklumat lanjut sila hubungi Hakki 013-3840022
Selasa, 5 Jun 2012
Keluhan orang Kg Gadong di DUN Kota, Parlimen Rembau
Dari Blog YB Taufek ;
Saya dikhabarkan antara masalah yang dihadapi oleh beberapa
anak tempatan di Kg Gadong di DUN Kota dalam Parlimen Rembau ialah tanah TOL
yang diusahakan oleh mereka sejak tahun 80an dengan tanaman dusun buah-buahan
terutamanya durian masih tidak mendapat sebarang hak milik lagi walaupun telah
berulang kali mengajukan perkara ini kepada wakil rakyat setempat.
Apa yang menyedihkan ada antara mereka yang mengusahakan
tanah ini telah pun meninggal dunia dan perjuangan menuntut tanah yang
diusahakan ini kini diteruskan oleh anak-anak mereka di Kg Gadong.
Pakatan Rakyat Negeri Sembilan amat komited dalam isu tanah
ini untuk kepentingan anak tempatan. Dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri
Sembilan dalam Tonggak yang ke 3 secara khusus menyebut iaitu pada fasa ke 3.2 iaitu
“Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan
seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas”.
Nah, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah menyatakan
komitmen kami dalam isu ini. Apa pula komitmen Barisan Nasional khususnya Umno
dalam isu tanah ini, khususnya kepada rakyat Negeri Sembilan sendiri?
Harap para pembaca semua, khususnya warga Negeri Sembilan
dapat meneliti Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan dan bandingkan dengan
komitmen BN khususnya Umno di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/02/manifesto-pakatan-rakyat-negeri.html
Langgan:
Catatan (Atom)
















