RHI

RHI

TABUNG KEBAJIKAN

TABUNG KEBAJIKAN

Khamis, 31 Mei 2012

Diragut selepas sidai kain


Diragut selepas sidai kain
30 Mei 2012

Seorang warga emas terkejut dan trauma apabila dia menjadi mangsa samun di hadapan rumahnya sendiri ketika baru sahaja menyidai pakaian di Rumah Rakyat Chengkau, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, mangsa, Halifah Ghani, 60, didatangi seorang lelaki berusia awal 20-an dan berkulit hitam membonceng sebuah motosikal jenis Yamaha 125 bertanyakan arah jalan menuju ke Kuala Pilah, sementara seorang lagi menunggu di motosikal.

Menurutnya, dia kemudiannya bertanyakan kepada jirannya, Norhazira Zanior, 25, arah jalan berkenaan dan sebaik menoleh secara tiba-tiba lelaki berkulit hitam berkenaan terus menyentap gelang tangan emasnya yang dianggarkan bernilai RM6,000.

"Mak cik terkejut dan sempat menghalang budak lelaki berkenaan, namun dia memegang pergelangan tangan begitu kuat.

"Selepas gelang emas direntap, mak cik ditolak ke belakang dan dia bersama tiga lagi rakannya kemudiannya melarikan diri dengan motosikal jenis Yamaha 125 berwarna hitam serta merah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Halifah berkata, dia sudah menetap di lokasi berkenaan sejak 30 tahun lalu dan kejadian berkenaan membabitkan samun pada waktu siang itu pertama kali berlaku sedangkan sebelum ini tiada kenderaan mahupun motosikal mencurigakan berlegar-legar di sini.

"Namun hari ini (semalam) makcik terperanjat dan tidak menyangka akan menjadi mangsa samun," katanya.

Sementara itu, Norhazira berkata, pada pagi kejadian, dia sememangnya sudah berasa tidak sedap hati dan duduk di hadapan pintu pagar sebelum kejadian samun berkenaan berlaku dalam sekelip mata.

Menurutnya, dia tidak sempat membantu Halifah walaupun sudah menjerit akibat risau melihat dua lagi rakan penyamun berkenaan yang menaiki sebuah lagi motosikal menunggu di belakang dan menunjukkan tanda isyarat supaya diam.

"Selepas penyamun berkenaan melarikan diri, saya bergegas mendekati mangsa untuk menenangkannya.

"Bagaimanapun saya hanya dapat mengecam jenis motosikal dan warnanya sahaja kerana nombor plat yang digunakan begitu kecil," katanya

Rabu, 30 Mei 2012

Mohon Sumbangan Bina Bilik Mandi Jenazah

Rumah Pangsa PPR (Program Perumahan Rakyat) Bersepadu Senawang adalah merupakan sebuah kawasan perumahan kos rendah yang terletak bersebelahan dengan Taman Jasmin

PPR Senawang yang mula didiami pada tahun 2007 mempunyai 24 blok bangunan dengan jumlah rumah sebanyak 420 buah. Setakat awal April 2012 jumlah penduduk beragama Islam di sini ialah sekitar 4000 orang termasuk kanak-kanak.

PPR Senawang mempunyai 2 buah surau yang dibina di tingkat bawah. Surau di Blok M1 adalah untuk kegunaan penduduk di 12 buah blok, yang dianggarkan sejumlah 2000 orang yang beragama Islam.

Kedua-dua buah surau di PPR Senawang ini tidak mempunyai bilik pengurusan serta mandi jenazah.

Surau ini berkeluasan sekitar 20 meter panjang dan 10 meter lebar.

Kawasan lapang tepi surau yang berkeluasan 5 meter X 5.3 meter adalah amat sesuai didirikan bilik mandi jenazah tersebut.

Anggaran kos pembinaan bilik mandi jenzah ini adalah sekitar RM 15,000.00

Usaha sedang dilakukan oleh pihak AJK Surau untuk mengutip sumbangan dari kalangan penduduk dan beberapa sumber lain untuk membina bilik mandi jenazah ini , namun ianya masih belum mencukupi.

Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk pembinaan bilik pengurusan dan mandi jenazah Surau Blok M1, Rumah Pangsa PPR Bersepadu Senawang boleh disalurkan melalui akaun berikut ;

Nama akaun : SURAU BLOK M-1 RUMAH PANGSA PPR BERSEPADU
No akaun : 0507-0001400-20-4
Bank : CIMB Islamic (Senawang)

atau boleh juga menghubungi Pengerusi Surau PPR Senawang Encik Ramlee bin Mahadi di talian 017-6163508

juga boleh dialamatkan ke :
Surau Blok M-1, Rumah Pangsa PPR Bersepadu Senawang, 70450 Seremban, N.Sembilan

No Pendaftaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan : PANS 196(09) 753-1/73

Isnin, 28 Mei 2012

Ceramah Perdana 2 Jun 2012 di Senawang

Tarikh : 2 Jun 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : UPU Kobena, Taman Teratai, Senawang
Penceramah :
YB Hj Taufek - Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Chegubard - Ketua Cabang PKR Rembau
Ustaz Nor Azman - EXCO Pemuda PAS N.Sembilan
Pn Norwani - EXCO Muslimat PAS Pusat
Turut bersama : Aishah dan Fareedah

CERAMAH PERDANA 2 JUN 2012


Ahad, 20 Mei 2012

Pelancaran UPU Chengkau 26 Mei 2012

CERAMAH UMUM
Serta Pelancaran Bilik Gerakan UPU Chengkau
Tarikh : 26 Mei 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Bilik Gerakan UPU Chengkau, Rembau (deret kedai lama pekan Chengkau)
Bersama :
Dr. Ahmad Suhaimi (SAMM)
Nazree Yunus (Naib Ketua AMK Pusat)
Rozmal Malakan (Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau)
Pn Norwani (Ketua Muslimat PAS Rembau)
Sahrizal (Exco Pemuda PAS Rembau)

Penduduk Chengkau amat perlukan hentian bas


Artikel berikut dari Blog Sdr Rozmal;

Penduduk Chengkau amat perlukan hentian bas

Ahad 20 Mei 2012, saya baru balik dari program ramah mesra bersama penduduk Chengkau, Rembau bersama rakan-rakan saya. Kami menemui beberapa penduduk sekitar pekan dan pasar Chengkau. Kemudian sahabat saya Kasbi mengajak kami pergi ke rumah seorang penduduk di Kg Lada untuk menghulurkan sumbangan kerusi roda untuk seorang warga emas di sana.

Sementara menunggu sahabat saya Kasbi mengambil kerusi roda di rumahnya, kami menunggu dalam kereta berhampiran hentian bas atau pondok menunggu bas tepi jalan utama Rembau-Tampin di pekan Chengkau. Hentian bas tersebut di tepi jalan dari Rembau menuju ke Tampin. Saya lihat ada seorang lelaki sedang menunggu bas. Lama juga dia menunggu, saya ingatkan lelaki tadi menunggu bas hendak ke Tampin. Tiba-tiba bila saya nampak ada bas Southern dari arah Tampin menuju ke Rembau tiba, cepat-cepat lelaki tadi melintas jalan.

Seram sejuk saya tengok lelaki tadi melintas di jalan yang sibuk. Rupa-rupanya tiada hentian bas dari arah Tampin ke Rembau di pekan Chengkau tadi. Yang ada cuma papan tanda. Apabila Kasbi sampai, saya tanya dia, tak ada ke hentian bas seberang jalan sana. Katanya dah lama tak ada, sejak dibuat projek pelebaran jalan di Chengkau.

Lalu kami pun berbincang macamana kita boleh menyelesaikan masalah ini dengan segera. Lalu kami pun bersetuju untuk mencari sesiapa yang ingin mewakafkan hentian bas, kemudian kami akan menulis surat ke Majlis Daerah Rembau untuk menyatakan hasrat kami untuk membina hentian bas tersebut.

Kami pun bersetuju agar Tn Hj Roni yang merupakan Ketua Lajnah Kebajikan PAS Rembau untuk menulis surat ke Majlis Daerah Rembau dalam masa terdekat ini.

Kepada sesiapa yang ingin mewakafkan sebuah hentian bas di pekan Chengkau samada ingin menghulurkan sumbangan atau melantik kontraktor sendiri untuk membinanya sila hubungi Tn Hj Roni di talian 012-2268230 atau menghubungi saya sendiri 012-2267406

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com

Jumaat, 18 Mei 2012

Jom Ubah 23 Mei 2012 di DUN Paroi

JOM UBAH
Tarikh : 23 Mei 2012 , Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang
Bersama : YB Hj Taufek, Ustaz Nor Azman Mohamad, Puan Norwani
Penampilan istimewa : Aishah

Jom Ubah


Rabu, 16 Mei 2012

PAS Rembau sedia tabung bantu pelajar ke IPT


15 Mei 2012 

KUALA LUMPUR : Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau mengambil inisiatif membuka tabung untuk membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Adun Paroi, Taufek Abdul Ghani (gambar) berkata, masih terdapat pelajar yang tidak melanjutkan pengajian walaupn mendapat tawaran yang bagus kerana masalah kewangan.

Sehubungan itu, tabung ini diwujudkan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan bantuan untuk diberikan kepada mereka.

"Lajnah Kebajikan PAS Rembau menyeru kepada semua masyarakat agar lebih prihatin untuk mengenal pasti para pelajar yang menghadapi masalah sedemikian di kalangan sanak saudara, jiran tetangga serta ahli kariah," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dalam satu kenyataan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada pelajar yang mempunyai masalah yang disebutkan tadi di DUN Paroi, Chembong, Kota dan Rantau yang berada dalam Parlimen Rembau boleh berbuat demikian  melalui akaun berikut:

Nama akaun: PAS Kawasan Rembau
Bank: Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun: 05-012-01-007334-7

Mereka juga boleh menghubungi terus Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau, Haji Roni.

Selasa, 15 Mei 2012

Terapi Darussyifa 18 Mei 2012 di Rembau


TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI & MENTAL BERSAMA DARUSSYIFA' NS
Tarikh : 18 Mei 2012 (Jumaat)
Masa : Maghrib
Tempat : Masjid Jamek An-Nur, Rembau
Dipimpin oleh : Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu (Darussyifa' N.Sembilan)

Aturcara program :
7.20 mlm : Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yasin & Rukyah Syifa’, Majlis Zikir & Doa
8.30mlm : Solat Isya
9.15mlm : Klinik Darussyifa’ (Sesi Rawatan)
- Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal
- Rawatan Penyakit Rohani
- Rawatan Gangguan Makhluk Halus & Sihir

Semua dijemput hadir

Sila bawa air sendiri untuk bacaan Yasin dan Ruqyah Syifa'

Sumbangan kewangan atau makanan adalah dialu-alukan

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi 013-6680801

Anjuran : PUSAT IT & ILMU K-Masjid Masjid Jamek An-Nur Rembau www.facebook.com/masjidjamek.annurrembau

Pastikan tiada yang tolak tawaran ke IPTA kerana kemiskinan


Bermula hujung bulan Mei 2012 ini hingga ke bulan Julai 2012 adalah merupakan pendaftaran pelajar ke IPTA dan Politeknik. Bukan mudah untuk mendapat tempat di IPTA dan Politeknik memandangkan hanya terdapat 20 IPTA di negara ini dengan ratusan ribu permohonan ke IPTA saban tahun memandangkan yuran pengajiannya yang jauh lebih rendah berbanding dengan IPTS.

Namun masih kedengaran ada para pelajar yang menolak tawaran ke IPTA dan Politeknik bukan kerana mereka mendapat tawaran yang lebih baik, tetapi disebabkan oleh kesempitan hidup, keluarga tidak mampu untuk membuat pembayaran yuran pendaftaran dan lain-lain persiapan awal yang dianggarkan menelan belanja antara RM1000 ke RM2000 untuk setiap pelajar.

Sehubungan dengan itu Lajnah Kebajikan PAS Rembau menyeru kepada semua masyarakat agar lebih prihatin untuk mengenal pasti para pelajar yang menghadapi masalah sedemikian di kalangan sanak saudara, jiran tetangga serta ahli kariah.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada para pelajar yang mempunyai masalah yang disebutkan tadi di DUN Paroi, Chembong, Kota dan Rantau yang berada dalam kawasan parlimen Rembau bolehlah menghulurkan sumbangan melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Juga boleh menghubungi Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau.

Rumah baru tiada bekalan air


Rumah baru tiada bekalan air
15 Mei 2012

GADONG – Sebahagian penduduk dari Kampung Gadong Padang Kerbau, di sini, menggesa pihak bertanggungjawab supaya dapat mempercepatkan kerja-kerja penyaluran sambungan bekalan air ke kediaman mereka.

Penduduk, Johari Yunus, 34, berkata, sehingga kini dia terpaksa menunggu penyambungan bekalan air yang dijanjikan pihak berkaitan di penempatan berkenaan sejak awal tahun ini.

Menurutnya, susulan masalah tiada bekalan air, kediaman Mesra Rakyat di bawah nama isterinya, Rosnah Yahya, 30, yang sudah diserahkan sejak awal tahun ini masih belum diduduki kerana tidak sanggup untuk mengangkut air sungai setiap hari.

“Daripada 13 rumah yang ada di sini, hanya sebuah rumah diduduki pemiliknya sejak empat tahun lalu kerana berjaya mendapatkan sumber air perigi.

“Buat masa ini, 12 pemilik rumah lain sudah membayar kadar pemasangan yang ditetapkan pihak berkaitan dan saya sendiri dikenakan bayaran sebanyak RM1,400 bagi pemasangan meter di hadapan rumah,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Bagaimanapun menurutnya, dia agak kesal apabila dimaklumkan pihak bertanggungjawab bahawa meter airnya tidak akan dipasang di hadapan rumahnya tetapi dipasang di persimpangan masuk ke laluan rumahnya iaitu kira-kira 100 meter.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota, Datuk Dr Awaluddin Said ketika dihubungi berkata, pihaknya sedia maklum mengenai masalah berkenaan dan kini ia dijangka bakal selesai Jun atau selewat-lewatnya Julai tahun ini.

Bagaimanapun menurutnya, buat masa ini, penyambungan bekalan air oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) bergantung kepada penyerahan kerja-kerja pemasangan paip oleh kontraktor yang dilantik sama ada menepati spesifikasi yang ditetapkan atau sebaliknya.

“Kita memang harap masalah ini dapat diselesaikan dalam kadar segera. Namun, kita perlu akui lokasi penempatan berkenaan merupakan penempatan baru.

“Kerja-kerja pemasangan paip sudah dilakukan sejak tahun lalu di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi memastikan penduduk bakal dilengkapi dengan bekalan air bersih,” katanya.

Jumaat, 11 Mei 2012

Bob Lokman di Paroi 14 Mei 2012


CERAMAH UMUM
Tarikh : 14 Mei 2012, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Al Hikmah, Tmn Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang
Bersama :
YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani
Ustaz Nor Azman Mohamad
Bob Lokman
Blank Gamma

Khamis, 10 Mei 2012

Solat Hajat 10 Mei 2012 di DUN Paroi


MAJLIS SOLAT HAJAT
Pasca Bersih 3.0 dan Menjelang PRU 13
Tarikh : 10 Mei 2012, Khamis
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Pasti Amal, Taman Marida, Senawang
Semua petugas, ahli dan penyokong dijemput hadir
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Hj Fisol 019-3440826

Rabu, 9 Mei 2012

Video Ceramah Pemuda di Rembau


Kepada mereka yang tidak berkesempatan mendengar ceramah pemuda yang diadakan di Pusat Khidmat DUN Chembong, Kg Mulia, Rembau pada 5 Mei 2012 yang lalu, boleh tonton di http://shamsuliskandar.wordpress.com/2012/05/09/video-ceramah-jelajah-amk-di-rembau-n-sembilan-552012/

Selasa, 8 Mei 2012

Syeikh Nuruddin Banjari di Seremban 12 Mei 2012


KULIAH ILMU
Bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari
Pada Sabtu 12 Mei 2012 , jam 1.30 ptg
Di Surau AnNur, Bandar Seremban Selatan Fasa 2
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Tabung Kecemasan Lajnah Kebajikan PAS Rembau


Memandangkan saban hari pelbagai bantuan kecemasan perlu disalurkan kepada orangramai yang memerlukan, Lajnah Kebajikan PAS Rembau memberi peluang kepada orangramai yang berkemampuan untuk menyalurkan sumbangan melalui Tabung Kecemasan Lajnah Kebajikan PAS Rembau.

Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun berikut
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Bantuan kecemasan ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan seperti di bawah ini :

1. Mereka yang keputusan bekalan makanan akibat masalah ekonomi seperti diberhentikan kerja kerana penutupan kilang, ditinggalkan suami tanpa nafkah dan sebagainya.

2. Pemotongan bekalan elektrik dan air kerana tidak berkemampuan untuk menjelaskan tunggakan.

3. Bantuan awal untuk pelajar yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT/Kolej.