RHI

RHI

Sabtu, 31 Mac 2012

Terapi Darussyifa 6 dan 20 April 2012 di Rembau


TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI & MENTAL BERSAMA DARUSSYIFA' NS

Tarikh : 6 dan 20 April 2012 (Jumaat)

Masa : Maghrib

Tempat : Masjid Jamek An-Nur, Rembau

Dipimpin oleh : Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu (Darussyifa' N.Sembilan)

Aturcara program :

7.20 mlm : Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yasin & Rukyah Syifa’, Majlis Zikir & Doa

8.30mlm : Solat Isya

9.15mlm : Klinik Darussyifa’ (Sesi Rawatan)

- Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal

- Rawatan Penyakit Rohani

- Rawatan Gangguan Makhluk Halus & Sihir

Semua dijemput hadir

Sila bawa air sendiri untuk bacaan Yasin dan Ruqyah Syifa'

Sumbangan kewangan atau makanan adalah dialu-alukan

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi 013-6680801

Anjuran : PUSAT IT & ILMU K-Masjid Masjid Jamek An-Nur Rembau

Jumaat, 30 Mac 2012

Hospital Daerah Rembau dibina dalam 2 fasa


KUALA LUMPUR 29 Mac - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini.

"Bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei ini," katanya menjawab pertanyaan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Tiong Lai berkata, mengikut perancangan Hospital Daerah Rembau akan mempunyai enam wad iaitu wad lelaki, wanita, kanak-kanak, bersalin, wad geriatrik dan wad pemulihan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm


Isnin, 26 Mac 2012

Santai bersama Md Sabu 1 Apr 2012 di Senawang



MAJLIS MINUM PETANG DAN CERAMAH
Bersama :
~ Tn Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS
~ YB Dato' Paduka Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan
~ YB Dr. Hatta Ramli, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat
Tarikh : 1 April 2012, Ahad
Masa : 5 ptg
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan Fasa 1, Senawang

Semua dijemput hadir

(Minum petang percuma, kupon tidak diperlukan)

Sebarang sumbangan untuk menjayakan majlis ini atau sumbangan untuk Tabung Dana Pilihanraya PAS DUN Paroi sila salurkan melalui akaun Bank Islam (BIMB) :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902

Untuk pertanyaan sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942

Hospital Rembau: 2008 batu asas, kini papan tanda



Hospital Rembau: 2008 batu asas, kini papan tanda

Hazayani Zakaria, 25 Mac 2012

Harakahdaily - REMBAU, 25 Mac: PAS Rembau mendakwa janji BN untuk membina hospital di daerah itu suatu penipuan semata-mata kerana tapak yang dipilih pun tidak sesuai.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakop berkata, BN hanya ingin menyedapkan hati rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 dengan mengumumkan tender projek pembinaan Hospital Rembau akan dibuka pada April.

Sedangkan katanya, upacara meletakkan batu asas telah dilakukan menjelang pilihan raya umum 2008 oleh calon BN ketika itu, Khairy Jamaluddin.

"Khairy Jamaluddin sewaktu berkempen pilihan raya 2008 janji dengan rakyat nak buat hospital. Tapi nak masuk pilihan raya ke-13, baru nak letak papan tanda. Ini pembohongan semata-mata.

"Hospital tak sesuai buat di situ sebab itu tanah industri, bukan tanah untuk buat hospital. Banyak kilang industri di situ dengan bahan buangan dan asap kilang, sesuai ke nak bina hospital? Persekitaran tidak bersih. Nanti orang sakit bertambah sakit," katanya sewaktu berceramah di Kampung Mulia, Pekan Rembau.

Baru-baru ini, pengumuman Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menimbulkan beberapa persoalan.

Janji dibuat pada 2008 tetapi tender hanya akan dibuka pada April ini.

Kos pembinaan Hospital Rembau ini ialah RM 100 juta pada 2008 tetapi dijangka meningkat pada tahun ini dan siapa yang akan bertanggungjawab dengan peningkatan kos tersebut.

Bagi peluang kepada Pakatan

Justeru, rakyat Rembau diseru memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah Negeri Sembilan agar kebajikan mereka terbela.

"Di Negeri Sembilan Pakatan Rakyat ada 15 kerusi daripada 36 kerusi. Kalau kita boleh kekalkan 15 kerusi ini dan kita tambah empat kerusi lagi kita bolehlah memerintah Negeri Sembilan.

"Cubalah sekali pangkah Pakatan Rakyat. Kalau pakatan buat tak elok, boleh tendang kita. Berubahlah, menangkan Pakatan Rakyat," katanya yang juga bekas timbalan pengarah Bank Negara.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau, Rozmal Malakan berkata, manifesto Pakatan Rakyat iaitu “Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat” - Tonggak Nan Sembilan menjamin hak rakyat terhadap pemilikan tanah.

"Pakatan Rakyat dalam manifesto yang dilancarkan pada 15 Januari lalu, dalam tonggak 3 rakyat nan bertelapak ada dinyatakan tentang memperkasa dasar penggantian tanah rezab Melayu yang diambil kerajaan.

"Kerajaan sibuk tanah rezab Melayu di Kelantanlah, di manalah, tapi tengok tanah di Rembau ini kerajaan ambil seekar dapat tak ganti seekar?

"Ambil seekar dapat RM50,000 rumah pun tak dapat nak beli," katanya.

Antara lain dalam tonggak 3 ialah menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold) dan memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.

Turut berceramah malam tadi ialah Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi, Ketua Muslimat PAS Rembau Norwani Ahmad dan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Dr. Ahmad Suhaimi Md Aris.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9071-hospital-rembau-2008-batu-asas-kini-papan-tanda

Sabtu, 24 Mac 2012

Tebing runtuh hampiri rumah


Tebing runtuh hampiri rumah

23 Mac 2012

SENAWANG - Rata-rata penduduk di Taman Jasmin, resah apabila kawasan tebing berdekatan kediaman mereka mulai runtuh dan hampiri rumah sejak enam bulan lalu.

Wakil penduduk, Zulkafli Ahmad, 50, berkata, runtuhan itu berpunca daripada kolam takungan air di taman berkenaan yang tidak diselenggarakan.

Menurutnya, kolam takungan itu dibina bagi mengalirkan air buangan yang digunakan penduduk, namun sudah dipenuhi rumput.

“Kolam ini tidak diselenggarakan sejak dua tahun lalu. Dahulu ada kerja-kerja pembersihan dijalankan dan penduduk juga pernah mengadakan gotong-royong bagi membersihkannya.

“Air dari kolam takungan ini mengalir ke kawasan tebing sekali gus menyebabkannya terhakis. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan tanpa sebarang tindakan, ia akan membahayakan keselamatan kami khususnya kanak-kanak,” katanya.

Zulkafli berkata, perkara itu sudah diadukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran, namun penduduk dimaklumkan bahawa perkara tersebut di bawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan kontraktor yang terlibat membina taman perumahan itu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohd Amirudin Ghazali, 42, berkata, kolam takungan sedia ada perlu diselenggarakan agar arah aliran air tidak terus mengalir ke kawasan tebing.

“Jika aliran air terus mengalir, runtuhan ini akan semakin besar dan merebak ke kawasan berhampiran rumah penduduk,” katanya.

Katanya, pihak berkenaan perlu mengambil tindakan segera tanpa menunggu sesuatu yang buruk berlaku.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tebing-runtuh-hampiri-rumah-1.34603

Khamis, 22 Mac 2012

Hutang: Negara nak bankrap masih kata 'tak apa'



KUALA LUMPUR, 22 MAC: Kerajaan harus bertindak dari sekarang bagi mengurangkan hutang negara dan mengelakkan negara daripada bankrap.

Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakob berkata, adalah tidak wajar kerajaan mengambil sikap 'tidak apa' walaupun hutang negara hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan.

Malaysia mencatatkan 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu dua peratus sebelum mencecah had 55 peratus daripada KDNK.

"Satu perkara yang tidak sihat apabila kerajaan menganggap kadar hutang negara belum berada pada tahap kritikal walaupun cuma kurang dua peratus daripada had yang ditetapkan.

"Sedangkan Malaysia mengalami sejak 10 tahun yang lepas. Kalau perbelanjaan terus defisit, hutang negara akan terus bearada pada tahap bahaya," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin semalam bahawa Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan.

Dr Rosli juga berkata, kerajaan harus menentukan piawaian yang selamat bagi hutang negara iaitu ia tidak harus melebihi 30 hingga 35 peratus dariapda KDNK.

"Negara-negara maju yang berhemah dalam perbelanjaan tidak akan membenarkan hutang negara melebihi 30 hingga 35 peratus.

"Contohnya negara Jerman, Norway, Sweeden, mereka mengamalkan urusan ekonomi yang bagus menyebabkan hutang negara tidak pernah melebihi paras ini," katanya yang juga bekas pegawai Bank Negara.

Justeru, untuk memastikan hutang negara tidak terus meningkat, kerajaan harus mula mengawal perbelanjaan negara dan mengelakkan pemborosan.

Ia katanya termasuk tidak meneruskan projek-projek mega dan projek gajah putih yang tidak memberi manfaat kepada negara.

"Kerajaan juga harus melaksanakan tender terbuka dalam setiap projek yang dibangunkan bagi langkah penjimatan dan apa yang lebih mustahak, elakkan terus membuat pinjaman luar negeri," katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9008-hutang-negara-nak-bankrap-masih-kata-tidak-apa

Selasa, 20 Mac 2012

PAMPASAN MESTI SETIMPAL

PAMPASAN MESTI SETIMPAL
23-01-2008

REMBAU: Seramai 138 keluarga dari empat kampung di Chengkau, dekat sini, berharap kerajaan negeri dapat membuat taksiran pampasan yang setimpal terhadap pengambilan tanah mereka untuk projek menaik taraf jalan Chengkau-Astana Raja.

Mereka juga mahu kerajaan negeri mengambil kira kesediaan datuk nenek mereka atau orang terdahulu yang menyerahkan sebahagian tanah mereka untuk membina jalan sejauh tujuh kilometer itu, dalam membuat penilaian terhadap pampasan berkenaan.

Jurucakap kumpulan 138 keluarga terbabit, Khelid Mohd Nor, 60, berkata penduduk mahu kerajaan negeri membuat pertimbangan sewajarnya dalam menentukan nilai pampasan yang akan ditetapkan kelak bagi pengambilan tanah itu. (M. B10)

Sumber : http://eakhbar.penerangan.gov.my/eakhbar/berita/cetakberita.php?idk=113603

Isnin, 19 Mac 2012

UPU (Unit Peti Undi) dalam DUN Chembong

Senarai UPU di DUN Chembong :

1. Pedas Pekan
2. Kundur
3. Pekan Rembau
4. Sepri
5. Chembong
6. Pilin
7. Senama Ulu
8. Mampong
9. Batu Hampar
10. Ulu Pedas
11. Kg Rendah
12. Pedas Tengah

Sabtu, 17 Mac 2012

Gotong Royong DUN Kota 25 Mac 2012


PAS DUN Kota, Negeri Sembilan akan mengadakan program gotong royong di Bilik Gerakan UPU Pekan Chengkau pada hari Ahad 25 Mac 2012 bermula jam 9 pagi. Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan sila hubungi Pengarah MTD DUN Kota, Sdr Izamri Med 013-2124086 atau salurkan ke akaun CIMB, Akaun No. 05020693061526

Isnin, 12 Mac 2012

Ceramah Mukim Soleh 17 Mac 2012 di Rembau


CERAMAH AGAMA
Tajuk : "Haji Membentuk Mukmin Soleh Musleh"
Tarikh : 17 Mac 2012, Sabtu
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Jamek An-Nur Rembau
Penceramah : Ustaz Zamri Zainal Abidin (Mantan Penerbit Radio IKIM)
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Untuk pertanyaan sila hubungi 013-6680801


Sabtu, 10 Mac 2012

Rayuan Derma Baik pulih Surau di N.Sembilan



(Sumber dari Blog Bintongan)

Surau Kampong Bukit Bintongan

71300 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus

6 Mac 2012

Assalamualaikum

Y.Bhg. Saudara dan Saudari, Tuan dan Puan


RAYUAN DERMA PERIBADI UNTUK MEMBIAYAI PROJEK MEMBAIK PULIH TANDAS DAN BILIK AIR LELAKI SURAU DAN MEMBAIK PULIH PAGAR KUBUR KG BUKIT BINTONGAN REMBAU NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa AJK Surau Kg Bukit Bintongan telah merancang untuk melaksanakan projek baik pulih tandas dan bilik air Surau dan juga pagar kubur yang roboh di alamat yg tersebut diatas.

Kami bagi pihak AJK Pentadbiran Surau Kg Bukit Bintongan, ingin merayu kepada para muslimin dan muslimat agar dapat memberi sumbangan derma peribadi , zakat serta apa jua bentuk sokongan bagi membiayai dan menjayakan baik pulih tandas dan bilik air surau Kg Bukit Bintongan Rembau Negeri Sembilan ini.

Projek baik pulih tandas dan bilik air surau dan pagar kubur Kg Bukit Bintongan Rembau adalah berasaskan kepada konsep surau sebagai Sebuah Madrasah Islam yang Moden, Pusat Komuniti Bersepadu bagi pelbagai kegiatan penduduk atau jemaah, iaitu tempat beribadah, pengajian ilmu, penyebarah dakwah dan disamping itu sebagai sebuah pusat komuniti yang menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti untuk masyarakat setempat khususnya serta masyarakat di persekitarannya.

Oleh yang demikian anggaran perbelanjaan keseluruhan baik pulih ialah RM30,000.00 (Tiga Puluh Ribu sahaja).

Besarlah harapan kami agar Y.Bhg, Tan Sri, Dato'-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian dapat memberi sumbangan dalam bentuk tajaan, Derma, Wakaf zakat dan sebagainya bagi menjayakan Projek yang di rancangkan.

Sumbangan boleh di buat secara tunai, cek berpalang atau secara "on line" kepada akaun;

AKAUN SIMPANAN SURAU KG BUKIT BINTONGAN REMBAU NEGERI SEMBILAN, Akaun simpanan No: 562414005431 CIMB Rembau

Sumbangan Y.Bhg Tan Sri, Dato'-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan akan dicatatkan didalam webs ini sebagai penghargaan.

Segala sumbangan Y.Bhg Tan Sri, Dato'-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan kami ucapkan ribuan terima kasih.

[Kamruddin Hitam]

Pengerusi

Sumber : http://bintongan.blogspot.com/2012/03/rayuan-derma.html

Khamis, 8 Mac 2012

Apa yang menarik di DUN Paroi 11 Mac 2012 ini?



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 11 Mac 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang
Penceramah :
~ Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Penerangan PAS Pusat
~ Dr Mohamad Rafie , Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR
~ Ustaz Khairul Anuar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau
Serta Penampilan Khas : Bob Kuman (Husni Hj Mohd Rawi)

FAKTA MENARIK DI DUN PAROI :

1. Wakil Rakyat DUN Paroi adalah merupakan wakil rakyat sulung dan tunggal dari PAS di Negeri Sembilan yang dilantik melalui Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 iaitu YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani yang pada ketika itu menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan yang kini merupakan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan, AJK PAS Pusat dan juga Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau.

2. Sebaik sahaja selepas PRU 12, Menteri Besar Negeri Sembilan mengumumkan bahawa DUN Paroi adalah merupakan DUN angkat kepada YAB. Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj.Hasan.

3. Selepas PRU 12 juga, Umno/BN telah menubuhkan 3 Pusat Khidmat Masyarakat dalam DUN Paroi, Ini bermakna rakyat di DUN Paroi boleh mendapatkan perkhidmatan di 4 Pusat Khidmat Masyarakat, 1 yang diuruskan oleh PAS dan 3 oleh Umno/BN.

4. DUN Paroi merupakan satu-satunya DUN di Negeri Sembilan dan kemungkinan di Malaysia yang ada 4 Pusat Khidmat Masyarakat.

5. Apabila DUN Paroi menjadi DUN angkat Menteri Besar, banyaklah aktiviti kerajaan negeri serta Umno/BN dijalankan di DUN ini, sehinggakan dalam tempoh seminggu diadakan 3 Majlis Sambutan Hari Raya besar-besaran di DUN Paroi iaitu pada 20 Sep 2011 di Taman Satria, 21 Sep 2011 di Taman Marida dan 27 Sep 2011 di Taman Tasik Jaya.

FAKTA SEJARAH DUN PAROI :

1. DUN Paroi bersama kawasan Parlimen Rembau hanya wujud sejak Pilihanraya Umum ke 11 tahun 2004 selepas persempadanan semula.

2. Paroi telah dibuka oleh anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama Raja Melewar, iaitu Raja Totok di mana beliau telah dikahwinkan dengan anak Undang Sg. Ujong. Raja Melewar ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama dan mangkat di DUN Kota, iaitu di tempat bernama Penajeh.

3. Pertempuran hebat semasa peristiwa Perang Bukit Putus pada Disember 1875 berlaku di Paroi, dimana pasukan askar British diketuai Hinxman sampai di Paroi dan mula menyerang kubu pertahanan Yamtuan Antah. Pertempuran hebat menggegarkan bumi Paroi pada hari itu.

Rabu, 7 Mac 2012

Kesal air kumbahan melimpah di DUN Kota



7 Mac 2012 , KOTA , N.Sembilan – Penduduk yang menetap berdekatan sebuah pasar raya yang kini tidak lagi beroperasi, dekat sini kesal dan kecewa apabila air kumbahan dari bangunan itu melimpah sejak dua minggu lalu.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi berkenaan mendapati limpahan air kumbahan semakin buruk apabila ia mengalir ke hadapan premis berkenaan sehingga membentuk lopak air dan berbau busuk.

Salah seorang penduduk yang ditemui, A Ramadas, 32, berkata, masalah bau busuk itu semakin ketara apabila angin bertiup.

Menurutnya, pelanggan di beberapa kedai makan di lokasi berkenaan juga sudah mula berasa kurang selesa ­untuk menikmati makanan.

“Malah, masalah bau air kumbahan yang sudah me­limpah sejak beberapa minggu lalu juga turut menimbulkan rasa kurang selesa penduduk di Taman Sri Kota terutamanya mereka yang tinggal berhampiran dengan bangunan berkenaan.

“Oleh itu, kita sebagai penduduk berharap agar masalah ini akan dapat diatasi memandangkan ia banyak menimbulkan rasa kurang selesa penduduk,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi dimaksudkan, kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kota Pekan, Jahaya Awang berkata, dia sudah sedia maklum dengan masalah berkenaan dan sudah mengetengahkan masalah itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, sebelum ini ada beberapa penduduk yang sudah mengadukan masalah berkenaan kepada pihak berkaitan, namun sehingga ke hari ini, tindakan masih belum diambil bagi mengatasi masalah itu.

“Bagaimanapun, pihak PBT bersetuju untuk melawat dan meninjau lokasi aduan pada minggu hadapan (ini) dan mengambil tindakan bersesuaian,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kesal-air-kumbahan-melimpah-1.30153

Perumahan jadi kawasan hidu gam

Perumahan jadi kawasan hidu gam
6 Mac 2012

REMBAU: Penduduk Taman Pedas Perdana, di sini, bimbang apabila kawasan perumahan itu menjadi tumpuan segelintir remaja melepaskan gian menghidu gam dan minum arak.

Penduduk, Azman Sahat, 43, berkata kegiatan itu dikesan sejak tahun lalu apabila remaja terbabit menjadikan lorong gelap sebagai tempat melepak dan melakukan kegiatan tidak bermoral termasuk minum minuman keras.

“Ini terbukti dengan penemuan tin minuman keras dan plastik gam di kawasan itu. Kami kesal dengan kegiatan yang semakin berleluasa apatah lagi remaja terbabit kebanyakannya tidak tinggal di kawasan perumahan ini,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Yaakob, 50, berkata ada kumpulan Mat Rempit sengaja membunyikan enjin motosikal dengan kuat sehingga mengganggu penduduk.

“Mereka sering berkumpul, menyanyi dan membunyikan enjin motosikal dengan kuat tanpa menghiraukan penduduk sekeliling. “Kebanyakan penduduk tidak berani menegur mereka kerana bimbang kumpulan itu membalas dendam dan melakukan sesuatu yang buruk,” katanya.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Pedas Perdana, Jaafar Yahya berkata, pihaknya sedar mengenai kehadiran kumpulan remaja itu dan rondaan kerap dijalankan di kawasan berkenaan.

“Polis pernah membuat serbuan, namun kumpulan terbabit tidak serik dan seolah-olah tidak takut dengan undang-undang.

“Mereka bertindak di luar kawalan jika diganggu dan kami berharap polis mengambil tindakan segera bagi menangani masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, ketagihan menghidu gam perlu dibendung kerana ia memberi pelbagai kesan buruk kepada remaja.

“Amalan menagih gam menyebabkan kebanyakan penagihnya terjebak gejala sosial lebih serius antaranya menghisap dadah, melakukan seks bebas dan jenayah.

“Justeru, jika terdapat aduan orang ramai, polis akan melakukan ujian air kencing. Jika didapati bersalah, tindakan lanjut diambil,” katanya.

Sumber: Harian Metro

http://facebookaans.blogspot.com/2012/03/perumahan-jadi-kawasan-hidu-gam.html

Polis tunduk kepada gangsterisme Umno



Polis tunduk kepada gangsterisme Umno
Free Malaysia Today, Zefry Dahalan March 6, 2012

Sekumpulan lelaki dengan diketuai oleh ketua kampung Kuala Sawah hadir dengan bersenjatakan parang di tapak program ceramah.

REMBAU: PKR Cabang Rembau hari ini melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan sikap Polis DiRaja Malaysia yang gagal menjamin ketenteraman dan sebaliknya tunduk kepada gangsterisme Umno di kawasan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Mohamad Hasan.

Setiausahanya Norazizi A Aziz dalam kenyataan kepada FMT sebentar tadi menyatakan kekesalan tersebut apabila pihak polis daerah Seremban gagal memberikan permit untuk program ceramah yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada malam ini di Taman Jed Indah, Kuala Sawah, Rantau.

Menurut Norazizi, pada 6 Februari lalu telah dijadualkan satu program ceramah di pekan Kuala Sawah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau dan Parlimen Rembau.

“Namun ketika persiapan tapak dilakukan pada hari tersebut, sekitar jam 6 petang sekumpulan lelaki dengan diketuai oleh ketua kampung Kuala Sawah hadir dengan bersenjatakan parang.

“Ketika kekecohan berlaku di lokasi yang hanya jaraknya sekitar 300 meter dari Balai Polis Kuala Sawah, ada anggota polis datang dan selepas bercakap dengan ketua kumpulan penyerang (Ketua Kampung), anggota polis tersebut terus beredar.

“Selepas itu PKR membuat laporan polis mengenai serangan dan ugutan bersenjata namun polis gagal mengambil tindakan hanya kerana beliau merupakan ketua kampung yang dilantik Menteri Besar.

“Serangan bukan sahaja dengan menggunakan senjata tetapi juga bersifat perkauman apabila Ketua Kampung lantikan Umno itu mencarut dan memaki hamun petugas-petugas PKR berbangsa India yang ada bersama termasuk ugut ‘mandi darah’,” kata Norazizi.

Pada masa yang sama katanya, apabila berita ini tersebar ada juga sekumpulan orang kampung yang menyokong Pakatan Rakyat dalam perjalanan untuk datang ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku PKR Rembau membuat keputusan program ceramah tersebut ditangguhkan sahaja.

“Kali ini kami telah mengatur satu lagi program ceramah dengan mengubah sedikit lokasi ceramah iaitu di Taman Jed Indah tetapi masih berdekatan dengan pekan Kuala Sawah.

Umno guna otot, tidak guna otak

“Namun sejak semalam telah disebarkan sms daripada Ketua Kampung Kuala Sawah memanggil orang-orang Umno berkumpul untuk ‘menghancurkan’ program pembangkang di Dun Rantau, kawasan Menteri Besar.

Malahan sejak pagi tadi kami mula mendapat panggilan dari pihak polis yang ‘menasihati’ agar program tersebut dibatalkan kerana mahu mengelak berlakunya kekecohan.

“PKR amat kecewa dengan sikap polis ini. Demokrasi sudah tiada tetapi undang-undang negara semakin menjadi hukum rimba.

“Mengambil sikap mengelakkan daripada kekecohan maka program ini akan ditukar lokasi ke lain tetapi tetap di Dun Rantau yang kononnya kubu kuat Menteri Besar, ” jelas Norazizi.

Norazizi berkata Umno sebenarnya semakin lemah dan mereka panik apabila semakin ramai rakyat mengetahui maklumat sebenarnya.

Oleh kerana Umno semakin sedar maka mereka gagal menggunakan otak untuk berhujah sebaliknya terpaksa bergantung guna otot pula.

Umno menyebabkan politik negara menjadi politik rimba.

Justeru itu program ceramah tersebut akan diadakan pada malam ini di perkarangan Pejabat PKR Rantau (depan setesen Petronas) di Pekan Rantau.

Bertemakan “Pendedahan Hubungan Dagang Malaysia–Israel dan isu lembu NFC”, pemimpin yang akan menyampaikan ceramah pada malam ini ialah Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli; Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) dan Adun Paroi dari PAS, Mohd Taufek Abdul Ghani.

http://www.freemalaysiatoday.com/2012/03/06/polis-tunduk-kepada-gangsterisme-umno/

Ahad, 4 Mac 2012

Projek Membela Lembu Felcra Lebih Besar dari Projek Fidlot Nasional, Gemas


Dari Blog Dr Rosli Yaakop - Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan / AJK PAS Rembau

Chembong 3 Mac 2012 - Dalam sidang akhbar pada 29 Februari 2012 di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA), Tuan Haji Razman Haji Zakaria mendedahkan pelbagai kepincangan di dalam pengurusan projek penggemukan lembu dilaksanakan Felcra yang dimulakan pada hujung tahun 2008. Projek ini melibatkan pembinaan 17 buah kandang lembu secara berperingkat-peringkat di 17 kawasan ladang yang telah dikenalpasti. Kos kandang ialah RM300,000 sebuah, bermakna jumlahnya ialah RM5,100,000. Ia dimulakan dengan projek perintis di Seberang Perak.

Merujuk kepada potongan laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 6 Jun 2010 yang diedarkan, tender telahpun dikeluarkan untuk pembinaan kandang berkenaan. Pada peringkat awalnya, sebanyak 2,000 ekor lembu akan dibekalkan kepada setiap ladang, bermakna, apabila semua kandang siap dibina, jumlah lembu yang diternak akan meningkat kepada 34,000 ekor, melibatkan kos – pada harga anak lembu RM400 se ekor - sebanyak RM13,600,000. Felcra Berhad memperuntukkan sebanyak RM18 juta untuk projek ini.

Dikatakan, bila dilaksanakan sepenuhnya, projek ternakan lembu ini berupaya menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500-1,000 sebulan kepada setiap peserta Felcra yang berjumlah sekitar 92,000 itu (Petikan ucapan Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam potonga akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Disember 2008 yang diedarkan berbunyi: “Melalui program ini peserta Felcra diharap mampu menambah pendapatan di antara RM500 hingga RM1,000 sebulan.”) . Ini bermakna perojek ini mampu menjana jumlah pendapatan di antara RM46-92 juta sebulan atau RM552-1,104 juta setahun, amat bermakna bagi peserta Felcra yang rata-ratanya miskin.

Projek dimulakan pada awal tahun 2009 dengan pelancaran projek perintis di ladang Felcra di Seberang Perak yang dikenali sebagai Bio Valley Felcra Berhad , Seberang Perak dengan 800 ekor lembu. Namun, lawatan yang dibuat oleh Haji Razman ke tapak projek baru-baru ini mendapat hanya ada di antara 10-15 ekor lembu yang diternak di situ membayangkan status projek itu sebagai “projek gagal.”

Namun, Felcra nampaknya mendakwa projek perintisnya berjaya. Hasil dari “kejayaan” projek perintis ini, maka itulah Felcra Berhad telah melancarkan projek ternakan lembu besar-besaran pada pertengahan tahun 2010 melibatkan pembinaan 17 buah kandang di 17 buah ladang. Betulkah ladang-ladang ternak lembu ini wujud?

Potongan akhbar Harakah keluaran 16-19 November 2009 yang diedarkan melaporkan bahawa Pengerusi BAPAK ketika itu Akmaluddin Mohd. Noor telah datang ke pejabat akhbar itu mengadu bahawa tambahan pendapatan sebanyak RM500-1000 sebulan kepada 92,000 peserta Felcra selepas enam bulan projek berjalan masih belum lagi dibayar walaupun semasa pengaduan dibuat masa sudah pun berlalu sepuluh bulan. Beliau lalu menuduh bahawa Pengerusi Felcra, Dato Tajuddin Abdul Rahman telah membuat janji yang tidak munasabah kepada peserta Felcra. Betulkah? Mari kita lihat sama ada munasabah atau tidak janji untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500-1000 sebulan melalui projek ternakan lembu ini.


Bilangan kandang 17

Bilangan lembu setiap kandang 2,000 ekor

Jumlah lembu 34,000 ekor (17 x 2,000)

Harga anak lembu RM400 se ekor

Kos penggemukan lembu selama 6 bulan RM1,000 se ekor

Lain-lain kos selama 6 bulan RM500 se ekor

Kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM1900 se ekor (400 + 1,000 + 500)

Jumlah kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM64,600,000 (RM1,900 x 34,000)

Harga jualan lembu RM3,000 se ekor

Jumlah hasil jualan RM102,000,000 (RM3,000 x 34,000)

Keuntungan projek dalam 6 bulan RM37,400,000

Bilangan peserta 92,000

Agihan keuntungan kepada peserta (6 bulan) RM406.52 se orang

Agihan kepada perserta setiap bulan RM33.88 se bulan

Ternyata kalau bilangan lembu yang dibela hanya 2,000 ekor setiap kandang setiap bulan, cita-cita untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500 se orang tidak akan kesampaian. Untuk menambah pendapatan peserta sebanyak RM500 se orang setiap bulan, skala projek harus jauh lebih besar. Mari kita buat perkiraaan.

Tambahan pendapatan bulanan peserta RM500 se orang sebulan

Bilangan peserta 92,000

Jumlah tambahan pendaptan bulanan RM46,000,000 sebulan

Jumlah tambahan pendaptan untuk 6 bulan RM276,000,000

Keuntungan julan lembu RM1100 se ekor

Bilangan lembu yang perlu diternak 250,909 ekor setiap enam bulan

Bilangan lembu diternak dalam setahun 501,818 ekor setahun

Untuk menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500 bagi setiap peserta, maka setiap enam bulan secara berterusan, Felcra Agro Industries Berhad kenalah membela dan menggemukkan 250, 909 ekor lembu setiap 6 bulan. Ini adalah satu projek yang amat besar. Harga membeli anak lembu sahaja – RM400 se ekor - sudah melibatkan kos sebanyak RM100,363,600 setiap enam bulan. Kalau dimasukkan kos penggemukkan dan lain-kos yang terlibat (jumlahnya dianggarkan RM1,900 se ekor lembu), maka kos operasi projek ini boleh mencecah RM476,727,100 se tiap enam bulan. Kalau setahun kosnya menjadi RM953,454,200. Bukankah ini satu jumlah kos yang amat besar? Ini lebih besar dari projek fidlot nasional di Gemas. Kalau peruntukan kepada projek ternakan lembu ini hanya setakat RM18 juta, maka bolehkah di ramalkan projek in sudah gagal sebaik ia bermula.

Atas asas ini maka kata-kata Akmaluddin: “Inilah yang saya katakan projek mustahil Tajuddin” adalah tepat sekali.

Juga didedahkan pada Hari Raya Kordan 2009 (sekitar bulan November 2009), Felcra Agro Induaries Berhad telah menjula 45 ekor lembu kepada syarikat induknya, Felcra Berhad pada harga RM3,000 se ekor untuk ibadah korban. Jumlah kosnya RM135,000. Felcra Berhad telah meletakkan perbelanjaan itu di bawah kod alaun keraian Pengerusi Felcra Berhad. Kesemua lembu-lembu itu diagihkan kepada ahli-ahli politik UMNO-BN. Pecahannya seperti berikut:

Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak 5 ekor

Ahli Parlimen Lenggong, Perak 5 ekor

Ketua Wanita UMNO, Bahagian Padang Serai 5 ekor

Ahli Parlimen Pasir Salak 30 ekor

Walau bagaimana pun, berdasarkan rekod resmi penghantaran, hanya 37 ekor lembu sahaja dihantar ke pelbagai lokasi termasuk 10 ekor ke rumah kediaman Ahli Parlimen Pasir Salak. Tiada bukti penghantaran telah dibuat ke Batang Sadong, Sarawak (5 ekor) dan ke Bahagian UMNO Padang Serai (5 ekor). Kalau lembu dihantar ke kedua tempat ini, jumlahnya menjadi 47 ekor sedangkan pesanan hanya 45 ekor. Ini menimbulkan keraguan: Betulkah lembu telah diagihkan sehingga ke Sarawak? Bagaimanakah ia dihantar? Dengan kapal terbangkah?

Jelas di sini bahawa harta milik seramai 92,000 peserta Felcra telah disalahgunakan oleh pemimpin politik UMNO-BN untuk kepentingan politik mereka. Yang memberi lembu korban bukan ahli politik ini tetapi 92,000 peserta Felcra. Ia adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam pengurusan Felcra. Dicadangkan peserta Felcra wajar membuat aduan polis akan hal ini. Juga, disyorkan peserta Felcra pergi melawat kesemua 17 kadang lembu bagi menentukan berapa ekor lembu yang ada. Betulkah ada? Jangan-jangan ini satu lagi projek auta UMNO-BN bertujuan menyelewengkan dana pembasmian kemiskinan.


DUN Chembong

Rembau, NS

Jumaat, Mac 2012

Felcra Bela Lembu

http://drrosliyaakop.blogspot.com/2012/03/projek-membela-lembu-felcra-lebih-besar.html

Jumaat, 2 Mac 2012

Bob Kuman di DUN Paroi 11 Mac 2012



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 11 Mac 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang
Penceramah :
~ Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Penerangan PAS Pusat
~ Dr Mohamad Rafie , Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR
~ Ustaz Khairul Anuar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau

Penampilan Khas : Bob Kuman (Husni Hj Mohd Rawi)


CERAMAH UMUM
Tarikh : 7 Mac 2012, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Taman Desa Melor, Senawang (sebelah Balai Bomba)
Penceramah :
~ Mazlan Aliman - AJK PAS Pusat, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
~ Mohd Nazree Mohd Yunus - Ketua Angkatan Muda Keadilan N.Sembilan
~ Aiman Athirah Al Jundi - Pengerusi Lajnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat
~ Ustaz Nor Azman Mohamad - Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
~ Rozmal Malakan - Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan hubungi Nazri 012-6775537

Ceramah Umum 6 Mac 2012 DUN Rantau, N.Sembilan


CERAMAH UMUM
Tarikh : 6 Mac 2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : Taman Jed Indah, Kuala Sawah, DUN Rantau, N.Sembilan
Penceramah :
Rafizi Ramli
YB Hj Taufek
Chegubard
Dr Ahmad

Penampilan Istimewa : Bekas Ketua Kampung dan Ketua Cawangan Umno selama 26 tahun

Hubungi : Yaser 012-6794704 , Sani 012-9781707