Jumaat, 21 Disember 2012
Anak kembar Adun Paroi cemerlang dalam PMR
Harakah, 21 Dis
2012
SEREMBAN: Sepasang anak kembar lelaki Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani turut mencatat keputusan cemerlang
dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Rabu lepas.
Kembar sulung, Muhammad Sobri Mohamad Taufek, 15; merupakan
pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Haji Mohd Said,
memperolehi keputusan 9A.
Manakala seorang lagi kembar Muhammad Syukri Mohamad Taufek,
15, merupakan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh Ulul Albab,
memperolehi keputusan 8A 1B.
Mohd Taufek berkata dia dan isteri beliau Cikgu Mahani
berbangga dengan pencapaian anak kembarnya itu yang dilihat sebagai sesuatu
yang berharga untuk dikongsi bersama.
"Saya syukur kepada Allah di atas kejayaan ini dan
mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah
membantu dan menyumbang dalam mencapai kejayaan ini iaitu guru-guru semasa di
PASTI Al-Amal Taman Marida, SRIAS, Sekolah Kebangsaan Kampung Batu, Rembau dan
semua guru di SMKA SHAMS dan MRSM Gemencheh.
"Saya dan isteri bersyukur di atas kejayaan ini.Saya
juga ucapkan tahniah kepada anak-anak (pelajar) Negeri Sembilan yang berjaya
dalam PMR dan bagi mereka yang kurang berjaya, terus berusaha untuk kejayaan di
masa hadapan," kata Mohd Taufek.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan