RHI

RHI

TABUNG KEBAJIKAN

TABUNG KEBAJIKAN

Isnin, 18 Jun 2012

3 Janji PRU 12 tahun 2008 di Rembau

Landasan pesawat kecil dibina di Rembau
21 Feb 2008

Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.

“Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite.”

“Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan,” kata beliau di sini semalam.

Tambah Mohamad, buat masa ini kajian terhadap tanah di situ sedang dilakukan kerana ia merupakan tanah kampong.



Pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau
31 Jan 2008

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.

Beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.


Hospital RM100 juta bagi penduduk Rembau
7 Mac 2008

Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini.

''Dengan adanya Hospital Daearah Rembau, ia akan memberi kemudahan kepada penduduk di daerah Rembau yang berjumlah 60, 000 orang ketika ini. Lagipun daerah ini kini mempunyai tiga klinik dan 13 klinik desa dan sampailah masanya, ia mempunyai sebuah hospital yang selesa," kata beliau di sini hari ini.

Beliau menjelaskan dengan pembinaan hospital ini pada tahun ini, maka ia menjadi negeri yang pertama mempunyai kemudahan hospital di setiap daerah, di mana hospital di Rembau ini akan mempunyai perkhidmatan perubatan am, kecemasan, pesakit luar, selain sokongan seperti farmasi, makmal, haemodialisis, pengimejan dan diagnostik.

Di hospital yang akan dibina ini juga akan mempunyai kemudahan antaranya wad lelaki, wanita, kanak-kanak, bersalin, sakit puan, rehabilitasi dan pentadbiran.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pas da takde modal, haih.........

Tanpa Nama berkata...

salam , tiga janji yg saudara koba kan tu dan yg saudara bosa-bosakan ceritanye tu kuk tak dibuek pun tak po pun. Sepital ni kuk x buek lg baik , kuk sakit bona leh poie Tampin, Soghomban pun kan jauh bona. Org tuo-tuo pun bkn goma poie sepital, "Den kuk mati pun bia la kek gumah" koba er...

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya kito samo-samo Islam menegur satu sama lain dgn cara baik. Apa salahnya tuan selaku wakil rakyat poie jumpo sendiri MB kuk ado idea yg bernas utk majukan umat Islam dan Islam itu sendiri. Ni yg saya lihat pihak tuan hanya tahu komplin dan cari isu sahaja. Setakat ni apo pihak tuan dah buek utk Islam sepanjang 4 thn jaga DUN Paroi.Kdg2 tu sodih gak tgk UMNO dan PAS begaduh..pada hal duo2 ni parti Melayu Islam.Kuk bersatu kan lagi baik, tak yah harap undi Cino dan India tu. HIDUP MELAYU DAN ISLAM.

Pena Hitam berkata...

rakyat d bahulukan pencapaian ntah kemano..

hamba Allah berkata...

tu la, sebenarnya kalau PAS betul2 berjuang atas landasan islam yang betul, mmg indah, takkan ada siapa yang akan tolak PAS dengan ISLAM..

tapi kenapa pula begitu sebaliknya??
kalau benar2 ikhlas, Allah akan bantu walaupun susah.. tapi.... klate dah bertahun2 pas jaga tak maju2 jugak..

Tanpa Nama berkata...

kelate bukan xmaju,leh maju...sebab kene sekat dek um no...itu semuo modal puluhan tahun yg lalu laa bro..cari laa modal lain...haahaahahahaa....tanye budak sekolah menegah dah leh jawap daa....kaakaakakaakakaa....

Tanpa Nama berkata...

Karpal belum mati lagi, macam mana nak laksanakan hudud. Amacam, sekarang ni negara kebajikan pulak, haprak punya PAS.