RHI

RHI

Selasa, 29 November 2011

Rompak Pecah Rumah Semakin Menjadi-jadi di Rembau

Pihak polis dari Bukit Aman, IPK dan IPD Rembau perlu menubuhkan pasukan petugas khas (special task force) untuk membanteras jenayah samun pecah rumah yang semakin menjadi-jadi ketika ini sekitar Rembau.

Didera tiga penceroboh
Harian Metro 29 Nov 2011

REMBAU: “Saya terpaksa membuang air kecil atas lantai rumah kerana mereka tidak menghiraukan permintaan saya untuk ke tandas dan mengarahkan supaya diam,” kata Puziah Abdul Rahman, 71, yang berdepan detik mencemaskan apabila kediamannya di Kampung Mayon, Chengkau di sini, diceroboh tiga penjenayah, awal pagi semalam.

Warga emas itu kerugian ribuan ringgit, malah menanggung kesakitan akibat ditumbuk penjenayah.

Menceritakan detik getir itu, Puziah yang juga ibu tunggal, berkata dia terjaga daripada tidur kerana mahu ke tandas membuang air kecil, kira-kira jam 3 pagi.

“Namun, sebaik melangkah keluar dari pintu bilik, saya ternampak kelibat tiga lelaki memegang parang di tangga dapur rumah.

“Mereka yang menyedari kemunculan saya kemudian terus menerkam dan menutup mulut saya. Saya sempat melawan dan bergelut tetapi secara tiba-tiba seorang daripada mereka bertindak menumbuk pipi saya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Puziah yang tinggal bersendirian selepas kehilangan suami sejak 10 tahun lalu berkata, penjenayah itu kemudian menggeledah masuk ke dalam bilik mencari barang berharga.

http://www.hmetro.com.my/articles/2011112903342620111129033426/Article

Isnin, 28 November 2011

Nurul Izzah Anwar 2 Dis 2011 di Rantau, N.Sembilan

CERAMAH PERPADUAN RAKYAT
Tarikh : 2 Dis 2011 , JUMAAT
Masa : 8.45 Malam
Tempat : Bilik Gerakan PKR DUN Rantau, Taman Delima, Pekan Rantau, N.Sembilan (depan Petronas)
PENCERAMAH :
YB Nurul Izzah Anwar ( Naib Presiden PKR )
YB Saifuddin Nasution ( Setiausaha Agung PKR )
Dr. Rafaie Abd. Malek ( MPP PKR )
YB Taufek Abd. Ghani ( ADUN Paroi (PAS) N.Sembilan )
YB Ravi ( ADUN Port Dickson )
CheGUBard (Ketua PKR Rembau )

Samun pecah rumah berleluasa di Rembau, berhati-hati



Penyamun sempat 'lepas hajat'
November 28, 2011

KOTA – Seorang pembantu am sekolah, Raja Mahadzir Raja Khalid, 55, dari Kampung Titian Akar, di sini, terkejut sebaik menjumpai longgokan najis di bawah ampaian belakang rumahnya dipercayai najis penyamun yang menceroboh kediamannya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, empat penjenayah dipercayai warga asing berjaya melarikan wang tunai lebih RM2,000 melibatkan duit gaji bulanan, selain dua rantai emas, satu gelang tangan emas, satu gelang kaki emas, empat jam tangan berjenama, kamera dan tujuh telefon bimbit.

Menurut Mahadzir, ketika kejadian dia bersama isteri dan tiga anaknya sedang nyenyak tidur di bilik masing-masing dan langsung tidak terdengar bunyi bising seolah-olah dipukau,

sedangkan tombol pintu bilik anak lelakinya yang berusia 28 dan 21 tahun dipecahkan menggunakan tong gas.

“Sebaik tersedar, saya terkejut apabila parang berada betul-betul di leher saya dan ketika itu saya tidak berani melawan kerana bimbang keselamatan kami sekeluarga.

“Ketika itu, dua penyamun berada di sisi katil dan menyuruh saya dan isteri diam. Bahkan, penyamun terbabit mengarahkan kami menunjukkan tempat menyimpan duit dan barang
kemas,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Katanya, selepas penyamun berkenaan menyelongkar untuk mengambil barang berharga, mereka terus mengikat kaki dan tangannya serta isteri menggunakan tuala isteri yang dipotong dua menggunakan parang.

Menurutnya, penjenayah terbabit dipercayai masuk ke rumah selepas mengumpil tingkap di bahagian bilik jahit isterinya. Keempat-empat penyamun dipercayai berada dalam rumahnya kira-kira 30 minit sebelum melarikan diri mengikut pintu belakang.

“Sebaik sahaja penyamun itu melarikan diri, saya terus membuka ikatan dan menghubungi pihak polis,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/penyamun-sempat-lepas-hajat-1.8283

Harian Metro 28 Nov 2011
‘Sedar-sedar parang dah ada di leher’

REMBAU: “Kami sekeluarga yang tidur nyenyak di bilik tidak mendengar bunyi bising seolah-olah dipukau sedangkan tombol pintu bilik anak lelaki saya dipecahkan menggunakan tong gas.

“Sejurus tersedar, saya terkejut melihat parang berada di leher dan berasakan nyawa bagaikan berada di hujung tanduk,” kata Raja Mahadzir Raja Khalid, 55.

Rumahnya di Kampung Titian Akar, di sini, dipecah masuk sekumpulan lelaki awal pagi semalam. Sebelum ini, rumah seorang ibu tunggal di Kampung Sawah Raja berhampiran dipecah masuk dipercayai penjenayah sama, baru-baru ini.

Menceritakan detik cemas jam 4 pagi itu, Raja Mahadzir berkata, empat lelaki dipercayai warga asing melarikan wang tunai lebih RM2,000 termasuk barang kemas, jam tangan berjenama, kamera dan telefon bimbit.

Menurutnya, dia dan isteri terperanjat apabila mendapati dua lelaki berada di sisi katil dan meminta mereka mendiamkan diri serta menunjukkan tempat simpanan wang dan barang kemas.

“Selepas lelaki itu menyelongkar laci almari solek, mereka mengikat kaki dan tangan kami menggunakan tuala isteri yang dipotong menggunakan parang.

“Ketika itu, anak kami turut diikat dua lagi rakan mereka yang menyelongkar bilik berasingan,” katanya.

Raja Mahadzir berkata, keempat-empat lelaki itu berada di dalam rumahnya kira-kira 30 minit sebelum melarikan diri melalui pintu belakang. “Saya kemudian segera membuka ikatan dan menghubungi polis. Selepas kejadian, saya menjumpai longgokan najis di bawah ampaian belakang rumah dipercayai najis penjenayah berkenaan,” katanya yang mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM10,000.

Katanya, berdasarkan dialek penjenayah itu, dia tidak menolak kemungkinan mereka warga asing.

“Saya berharap penjenayah terbabit diberkas secepat mungkin supaya kejadian seumpama itu tidak berulang,” katanya yang masih trauma. Beliau membuat laporan di Balai Polis Kota untuk tindakan selanjutnya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2011112803503120111128035031/Article/index_html

Sabtu, 26 November 2011

Ceramah YB Khalid Samad 3 Dis 2011 di Seremban



CERAMAH UMUM
Tarikh : 3 Dis 2011, SABTU
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Hasanah, Bandar Seremban Selatan

Penceramah :
YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah AlamCik Kumutha Raman, Dewan Himpunan Penyokong PASYB Hj Taufek, ADUN Paroi, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Ustaz Norazman, Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
CheGuBard, Ketua PKR Rembau

Semua dijemput hadir

Rabu, 23 November 2011

Pendaftaran Pelajar PASTI 2012 kini dibuka di Rembau



PENDAFTARAN KINI DIBUKA
PASTI Al Ahmadi
No 86, Jalan CU3
Taman Chembong Utama
Rembau, Negeri Sembilan
Untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun

Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi Cikgu Tarwiah 014-2268907 , 014-2268837

Sila layari Blog PASTI N.Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com/

Kelebihan PASTI di Negeri Sembilan :
- Kurikulum 5M – Membaca, Menulis, Mengira, Menghafaz, Mengamal
- Lebih 50 cawangan seluruh N.Sembilan
- Sukatan pelajaran sistematk dengan guru yang terlatih
- Konsep Tadika Islam
- Penekanan seimbang Akademik dan Akhlak
- Asas Al Quran dan Doa Harian
- Amali dan Praktikal Ibadah
- Aktiviti Sukan dan Riadah
- Yuran yang berpatutan

Waktu Pembelajaran
8.30 pagi – 12.00 tgh (Isnin - Khamis)
8.30 pagi - 11.30 pagi (Jumaat)

Matapelajaran
Komunikasi Asas : Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa
Inggeris
Matematik
Akhlak, Sirah,dan Asas Ibadah
Kesihatan dan Pendidikan Jasmani
Al Quran dan Tulisan Jawi

Objektif PASTI
Melahirkan generasi muslim yang beriman dan bertakwa
Mendidik anak-anak budaya pembelajaran secara Islam
Pendidikan Pra-Sekolah yang berteraskan Falsafah Pendidikan Islam

Masa depan anak-anak kita bergantung kepada pendidikan usia muda mereka. Ketinggian mutu kreativiti daya intelek, keluhuran akhlak, kemantapan iman dan ketakwaan mereka mencerminkan sejauh mana kejayaan generasi hari ini yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk mereka menjadi generasi soleh yang cemerlang.

Selasa, 22 November 2011

Ceramah Umum 25 Nov 2011 Kota, N.Sembilan

CERAMAH UMUM
Tarikh : 25 Nov 2011, Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Sawah Raja, Kota, N.Sembilan (Rumah Tn Hj Mohd Noor)
Penceramah :
Ustaz Khairil Anuar Mohd Wafa - Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
YB Ng Suee Lim - ADUN Sekinchan, Selangor
Sdr Suhaizan Kayat - Ketua Pemuda PAS Johor

Ahad, 20 November 2011

Pendaftaran Pelajar PASTI 2012 kini dibuka di Senawang


PENDAFTARAN KINI DIBUKA
PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang
Untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun

Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi :019-6692431 Cikgu Zaharah
019-9103431 Encik Nazri

Sila layari Blog PASTI N.Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com/

Kelebihan PASTI di Negeri Sembilan :
- Kurikulum 5M – Membaca, Menulis, Mengira, Menghafaz, Mengamal
- Lebih 50 cawangan seluruh N.Sembilan
- Sukatan pelajaran sistematk dengan guru yang terlatih
- Konsep Tadika Islam
- Penekanan seimbang Akademik dan Akhlak
- Asas Al Quran dan Doa Harian
- Amali dan Praktikal Ibadah
- Aktiviti Sukan dan Riadah
- Yuran yang berpatutan

Waktu Pembelajaran
8.30 pagi – 12.00 tgh (Isnin - Khamis)
8.30 pagi - 11.30 pagi (Jumaat)

Matapelajaran
Komunikasi Asas : Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa
Inggeris
Matematik
Akhlak, Sirah,dan Asas Ibadah
Kesihatan dan Pendidikan Jasmani
Al Quran dan Tulisan Jawi

Objektif PASTI
Melahirkan generasi muslim yang beriman dan bertakwa
Mendidik anak-anak budaya pembelajaran secara Islam
Pendidikan Pra-Sekolah yang berteraskan Falsafah Pendidikan Islam

Masa depan anak-anak kita bergantung kepada pendidikan usia muda mereka. Ketinggian mutu kreativiti daya intelek, keluhuran akhlak, kemantapan iman dan ketakwaan mereka mencerminkan sejauh mana kejayaan generasi hari ini yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk mereka menjadi generasi soleh yang cemerlang.




Jumaat, 11 November 2011

KKTM Rembau berdepan risiko tanah runtuh



11 Nov 2011

REMBAU: Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), di sini, berdepan ancaman tanah runtuh yang mungkin boleh membawa kemusnahan besar, apabila tanah cerun berhampiran kolej itu kini sudah menunjukkan tanda-tanda untuk runtuh.

Pegawai Jurutera Mara negeri, Mohd Haizullah Ibrahim, berkata tanah cerun tersebut yang terletak kurang lima meter dari bangunan kediaman kakitangan kolej sudah bergerak sehingga menyebabkan tembok penahan retak dan longkang pecah.

"Kita memang sentiasa melakukan pemantauan ke kawasan ini dan hujan yang agak lebat kebelakangan ini, kita mengesan ada pergerakan tanah pada 3 November lalu.

"Keadaan ini bukan hanya menyebabkan tembok penahan retak, malah bangunan kediaman kakitangan juga retak selain jalan berhampiran menjadi tidak rata," katanya kepada pemberita semasa lawatan Anggota Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek ke kawasan itu, hari ini.

Mohd Haizullah berkata, pihaknya sudah melakukan kajian ke atas tanah cerun tersebut di mana ia mempunyai keluasan lebih 7.5 hektar dan ketinggian antara 50 hingga 60 meter.

"Kecerunan tanah pula adalah antara 32 hingga 42 darjah dan tanah cerun ini adalah jenis tanah kaolin atau tanah liat putih di mana ia menyerap air dan disimpan di dalamnya," katanya.

Katanya, walaupun pada masa ini pihak kolej sedang melakukan kerja pencegahan termasuk membaik pulih tembok penahan, namun hujan lebat yang membawa kepada pergerakan tanah boleh menyebabkan ia runtuh tanpa diduga.

Katanya, Institut Kerja Raya Malaysia juga akan melakukan kajian ke atas kawasan itu hari ini dan KKTM juga akan mendapatkan pandangan Jabatan Kerja Raya mengenai situasi itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Hasan berkata selepas mengetahui ancaman tersebut, pihak kolej mengambil langkah dengan mengarahkan semua kakitangan untuk mengosongkan kediaman mereka pada 4 November lalu.

"Saya difahamkan bangunan ini didiami oleh 11 keluarga kakitangan kolej dan mereka sudah mengosongkan kediaman, kerana kita tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas mereka," katanya.

KKTM Rembau mula beroperasi pada 2008 yang menempatkan 89 kakitangan dan 360 pelajar yang mengikuti lima program diploma. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KKTMRembauberdepanrisikotanahruntuh/Article