RHI

RHI

Khamis, 20 Oktober 2011

Sertai Rakan Facebook PAS Negeri Sembilan

Serta Rakan Facebook PAS Negeri Sembilan di http://www.facebook.com/PASN9

Dapatkan maklumat semasa di Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com

Ahad, 16 Oktober 2011

Tragedi Gunung Datuk , Rembau

Ajal gadis sunti
Harian Metro 16 Okt 2011







PARAH... mangsa dibantu pasukan penyelamat.

REMBAU: Hasrat seorang remaja menghabiskan cuti hujung minggu bersama rakan dipercayai teman lelakinya meragut nyawanya selepas dia terbunuh dihempap dahan pokok pulai seberat lapan tan di Hutan Lipur Gunung Datuk, di sini, semalam.

Nor Syahira Mat Edde, 14, dari Kem Terendak, Melaka dikejarkan ke Hospital Tampin kerana cedera parah di badan, tangan dan kaki, namun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di bilik kecemasan.

Rakannya, Mohammad Zul Afiq Abdullah, 22, turut dihempap pokok berkenaan namun hanya cedera di kepala.

Difahamkan, dalam kejadian jam 11.40 pagi, kedua-dua mangsa baru meletakkan motosikal yang ditunggangi berhampiran pokok berkenaan.

Menurut saksi yang juga penyelia hutan lipur itu, Abdul Rahman Idrus, 40, ketika kejadian, dianggarkan lebih 200 pengunjung dan pendaki berada di kawasan tapak kaki gunung itu.

“Difahamkan dua remaja dari Kampung Melekai, Johol, itu baru meletakkan motosikal berhampiran pokok berkenaan.

“Kami kemudian terdengar jeritan kuat dan terkejut melihat seorang lelaki dan perempuan cedera di kepala dan kaki selepas dihempap pokok. Selain itu beberapa kenderaan dan motosikal turut dihempap dahan pokok,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu pertama kali berlaku di hutan lipur berkenaan sepanjang menyelia kawasan itu sejak November tahun lalu.

Sementara itu, seorang lagi saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad, 45, berkata ketika kejadian dia mencari tempat letak kenderaan selepas menurunkan empat anaknya untuk mandi di kawasan jeram itu.

Menurutnya, sebaik meletakkan kereta, dia dikejutkan dengan bunyi kuat seperti benda jatuh.

“Saya terperanjat mendapati dahan pokok jatuh dan terkena bahagian depan kereta, mujur ketika itu hanya saya di dalamnya,” katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Zamrus Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.58 pagi dan enam anggota serta sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

“Pasukan bomba mengambil masa 30 minit untuk membersihkan laluan yang terhalang dengan dahan pokok.

“Siasatan mendapati pokok pulai dipercayai berusia 200 tahun seberat lapan tan itu sudah reput, menyebabkan ia tumbang,” katanya.

Kejadian itu menyebabkan kecederaan dan kerosakan pada kenderaan lain membabitkan dua kereta, dua motosikal dan satu basikal.

http://www.hmetro.com.my/articles/2011101523240920111015232409/Article/artikelMA

Jumaat, 14 Oktober 2011

Tawaran Sertai Ibadah Korban DUN Paroi 1432 H



PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1432 H
Anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi , Negeri Sembilan

Objektif Program
- Mengagihkan bahagian korban kepada golongan yang layak serta memerlukan
- Memberi peluang kepada mereka yang mampu untuk menyertai ibadah korban
- Korban akan dilakukan di 5 lokasi dalam DUN Paroi

1 Bahagian RM 350 (Lembu)
1 Ekor Kambing RM550

Maklumat lanjut sila hubungi
Sdr Hassan 019-2171942
Sdr Sufian 013-3589328

Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)

Isnin, 10 Oktober 2011

Majlis Minum Petang Parlimen Rembau 16 Okt 2011

MAJLIS HI-TEA
Bersama Pemimpin sempena MATC Rembau
Tarikh : 16 Okt 2011, Ahad
Masa : 5 ptg
Tempat : Pejabat PKR DUN Rantau, No. 2531, Taman Delima, Pekan Rantau, N.Sembilan (depan Petronas Rantau)
Penceramah :
- Datuk Chua Jui Meng ( Ahli MPP )
- YB Fuziah Saleh ( MP Kuantan )
- YB Taufek Abd. Ghani (ADUN Paroi & PJ PAS N. Sembilan)
- YB Ravi ( ADUN Port Dickson )
- YB Anthony Loke ( ADUN Lobak )
- Chegubard ( Ketua Cabang PKR Rembau )
Hubungi 0123696474 / 017 6664084 (Azizi )

Jumaat, 7 Oktober 2011

Saham Mat Sabu melonjak naik di Rembau





Program Ceramah di Rembau Lancar - Puak Pengacau GAGAL!!
Oleh EDYES @ edyesdotcom.blogspot.com

6 Oktober 2011

Alhamdulillah, Abg Mat Sabu tetap hadir ke Rembau dengan selamat walaupun diancam oleh puak-puak yang serba-serbi tidak bertamadun. Di atas kawalan keselamatan yang baik dari SAMM dan Unit Amal, semua program berjalan lancar di pentas walaupun terdapat kekecohan diluar pagar tempat ceramah.

Kedatangan lalat sememangnya tidak diundang. Cubaan untuk membuat kacau menjadi sebaliknya apabila puak PERKAKAS yang datang berarak hanya seramai lebih kurang 20-30 orang bertempiaran lari hampir 2kilometer.

Ini berikutan kerjasama utuh di antara SAMM dan Unit Amal bersama penduduk tempatan mula bergerak ke arah puak pengacau. Habis semua banner-banner berkos tinggi yang dibawa berarak oleh puak pengacau ditinggalkan di atas jalan. Lintang pukang mereka lari seolah-olah tak cukup tanah, walaupun sebelumnya menggelarkan diri mereka pahlawan. Ini pahlawan tahi kucing! Mungkin mereka akan gunakan efek ubat batuk sebagai alasan mengapa mereka cabut lari.

Pertembungan kali ini tidak seperti apa yang berlaku di Seremban tempohari.

Puak pengacau tidak sesekali berani mengambil risiko membaling batu kerana jumlah mereka jauh lebih kecil berbanding anak muda dan penduduk tempatan yang bangkit pertahankan Md Sabu yang ketika itu duduk di pentas ceramah.

Syabas kepada penduduk tempatan kerana bermatian pertahan Md Sabu, yang dialu-alukan sebagai tetamu kehormat.

Merujuk dari akhbar Sinar 6 Oktober 2011, puak 'geng jahat' mengeluarkan kenyataan mahu mengumpul sejumlah seribu bekas perajurit bersama mereka. Nyata 'geng jahat' tidak diberi sambutan oleh golongan bekas perajurit malah ramai juga bekas perajurit yang hadir terus mendengar ceramah Md Sabu.

Perajurit juga bersama Mat Sabu kerana jika ruyung sejarah tidak dipecah oleh beliau, maka bekas-bekas perajurit ini pastinya kurang diberi perhatian sepertimana yang dilaporkan - 70% dari mereka hidup menderita.

Perkasa dah lari meninggalkan panji berupa banner-banner yang mahal. Itulah lemahnya jika datang dengan niat dan tujuan yang jahat, itulah natijahnya ketika hadir hanya berikhlaskan wang ringgit.

Banner-banner tersebut kemudiannya dirampas selepas ditinggalkan berterabur di atas jalan. Ada di antara mereka yang keciciran handphone jenis nokia edisi paling cokia buat penyendal pintu, aduhai rata-rata pencacai yang hadir itu juga orang yang susah serba ketinggalan. Kalau sokong Umno BN menjadikan pencacai ini kaya-raya, itu tidaklah mengapa.

Kekecohan berterusan di kawasan yang agak jauh dari tapak ceramah yang juga dipenuhi wanita dan kanak-kanak. Ini merupakan satu kejayaan buat SAMM, Unit Amal dan penduduk tempatan kerana dari sudut ini walau pembaling batu bertaraf olimpik sekalipun tidak mampu sampai batunya di tapak ceramah.

PERKASA berkumpul tidak mahu pulang dan kembali berterabur lari apabila kami menghampiri. Begitulah keadaan berulang kali berlaku.

Akhirnya che'GuBard meninggalkan pentas dan tampil ke zon kekecohan untuk selesai masalah. Sebagai perunding berkaliber dan dihormati, puak pencacai diberi peluang menghantar wakil bagi menyerahkan memorandum kepada Abg Mat.

Sifirnya mudah, kita cukup bertamadun untuk berbincang dan penyerahan memorandum adalah suatu yang tidak perlu dihalang. Namun di atas ancaman awal dan kejadian baling batu di Seremban, keadaan itu memaksa SAMM dan Unit Amal memastikan kedudukkan Perkasa jauh dari pimpinan dan orang awam di tapak ceramah. Difahamkan ketika itu Abg Mat telah sedia untuk menerima memorandum.

Selaku pemimpin yang cukup berpengalaman menghadapi pelbagai krisis serta konfrontasi, che'GuBard berjaya mengawal keadaan lalu membenarkan 2 orang wakil dari Perkasa bagi menghantar memorandum. Che'GuBard juga meletakkan tanggungjawab penuh supaya kedua-dua wakil tersebut tidak diapa-apakan.

Hasilnya kedua-dua wakil Perkasa itu berjaya dibawa masuk bertemu Abg Mat dan turut menyerahkan memorandum. Namun mereka 'dibasuh' kaw-kaw oleh Abg Mat dalam pertemuan itu.

Abg Mat tidak bagi peluang selain memberi tarbiyah tentang apa yang sebenarnya berlaku dan menyindir keras salah seorang wakil berusia muda kerana tidak berusaha mencari kebenaran selain hanya tertumpu kepada Utusan dan TV3.

Tertekan dengan pidato Abg Mat hingga apa jua yang mereka celah dijawab kemas oleh Abg Mat, kedua-dua wakil akhirnya meminta maaf kepada Abg Mat sebelum mereka beredar. Dengan muka yang pucat wakil-wakil pencacai meninggalkan tapak ceramah juga diiringi oleh che'GuBard dan SAMM bagi memastikan 'tetamu' tidak diundang ini berjaya keluar.

Selesai semua masalah, program ceramah diteruskan. Kelantangan che'GuBard dan Abg Mat berpidato sedikit pun tidak terjejas dengan kejadian sebentar tadi. Dari aspek ini dapat kita lihat bahawa kehadiran puak pengacau untuk mengganggu majlis adalah satu usaha yang GAGAL dan memalukan melayu Umno.

Difahamkan juga beberapa laporan polis telah dibuat kerana kononnya ada di antara pencacai-pencacai barua British ini tercedera. Itu mereka punya pasal sebab masuk kawasan orang mencari pasal. Ketika lari lintang pukang, ada antara mereka yang terjatuh dan ada juga yang tersembam ke dalam longkang. Nasib kau lah labu.

Ada juga seorang aktivis blogger yang dipukul dari belakang menggunakan haler (pembesar suara). Tetapi sebab itu blogger aktivis fisabiLillah, maka Allah pun turut melindungi pejuang jalanNya dan ia sedikit pun tidak terkesan. Cuma sedikit hairan Perkasa yang kononnya berani, rupanya hanya berani memukul dari belakang dan menggunakan haler sebagai senjata.

Justeru itu, sebagai sebuah negara yang punya undang-undang, Abg Mat akan tetap menyampaikan pidatonya di bumi mana sekalipun. Sesungguhnya rakyat terbanyak bersama Pakatan Rakyat, ia termasuklah bekas-bekas perajurit yang menunjukkan signal jelas tiada ruang buat pencacai menghasut mereka. Allah juga bersama pejuang yang menegakkan jalanNya!!

Kepada para pembaca yang budiman, tidakkah anda tertanya-tanya di manakah gerangannya pak polisi?? Barangkali tertelan ubat batuk gamaknya...

Sumber : SINI

Ahad, 2 Oktober 2011

Risiko terjatuh dalam saliran



Risiko terjatuh dalam saliran
Sinar Harian 2 Okt 2011

REMBAU – Rata-rata penduduk kampung yang sering melalui laluan di Kampung Chembong Halt menuju ke beberapa laluan keluar ke Chembong, Pedas dan Rembau, dekat sini gusar apabila tidak terdapat sebarang pengadang diletakkan bagi laluan pembetung.

Tinjauan Sinar Harian mendapati laluan itu sememangnya sering digunakan penduduk dan ia sudah terhakis sedikit selain tidak mempunyai pengadang bagi mengelakkan pengguna jalan raya terjatuh ke saliran air.

Salah seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Zairi, 41, berkata, sekiranya tiada tindakan diambil, pengguna jalan raya yang tidak menyedari bahaya di laluan berkenaan akan terjatuh ke dalam saliran air.

Menurutnya, keadaan itu lebih membimbangkan sekiranya waktu malam kerana lokasi berkenaan agak gelap dan boleh mengundang risiko pengguna jalan raya terjatuh ke dalam saliran air terutamanya bagi yang tidak biasa dengan laluan tersebut.

“Oleh itu, saya harap agar pihak atau agensi berkaitan dapat memantau lokasi ini sekali gus mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Chik Tak Datuk Setia Amat, 67, berkata, sebelum ini, terdapat pengadang di lokasi berkenaan, bagaimanapun ianya sudah tiada setelah kerja-kerja membina pembetung dilakukan.

Katanya, keadaan itu amat berbahaya terutamanya ukuran kedalaman saliran air itu dari jalan adalah sekitar tiga meter sahaja.

“Tebing jalan di kawasan ini juga semakin terhakis terutama di bahagian bawahnya,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9591977.asp