RHI

RHI

TABUNG KEBAJIKAN

TABUNG KEBAJIKAN

Khamis, 29 September 2011

'Kami tidak diajak berunding'



'Kami tidak diajak berunding'
Sinar Harian 29 Sep 2011

SEMERBOK – Penduduk di Kampung Semerbok Masjid, dekat sini, kesal apabila tanah yang dipajak bagi tujuan tanaman padi sudah berubah menjadi jalan atau laluan yang bakal diturap.

Wakil penduduk, Abdul Rahim Mohamad, 53, berkata, dia selaku waris pemilik tanah berkenaan berasa terkejut dan kecewa dengan tindakan agensi terlibat kerana tidak berunding terlebih dahulu dengan pemilik tanah.

Menurutnya, kebanyakan pemilik tanah adalah terdiri daripada warga emas dan ibu tunggal, bagaimanapun, ia tidak seharusnya membolehkan pihak berkaitan sesuka hati menceroboh tanah pajakan bagi tujuan lain.

“Pada awalnya, saya menjangkakan kerja yang dilaksanakan adalah bagi membina sistem air dan saliran bagi tanaman padi yang mana tanahnya telah dipajakkan sejak dari tahun 2009 lagi.

“Bagaimanapun, pada kira-kira 5 petang, Ahad lalu, saya terperanjat apabila mendapati ia adalah kerja membina jalan. Setakat ini terdapat lapan orang pemilik tanah yang terlibat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi berkenaan.

Abdul Rahim berkata, dia tidak menolak kerja berkenaan bakal membabitkan tiga lagi pemilik tanah.

Berikutan itu, dia dan pemilik tanah terlibat membuat laporan di Balai Polis Chembong, Isnin lalu dan menggesa pihak serta agensi terlibat untuk bermesyuarat dengan mereka bagi mencari jalan penyelesaian.

“Kami mahu menuntut ganti rugi kepada pihak bertanggungjawab kerana telah sesuka hati membina jalan, sedangkan projek tanaman padi masih juga belum membuahkan hasil.

“Pemilik tanah hanya menerima RM200 setahun bagi pajakan sewa tanah selama 10 tahun bagi tujuan tanaman padi,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9575160.asp

Rabu, 28 September 2011

Rumah terbiar bahayakan penduduk di Rembau



Rumah terbiar bahayakan penduduk di Rembau
Harakahdaily

REMBAU, 28 Sept 2011 : Memalukan dan menyakitkan mata bila di pandang, tulisan dan lakaran yang berunsur lucah, kata-kata yang bersifat penghinaan terang-terang di tulis di dinding sebuah rumah penduduk yang di tinggalkan di sebabkan kerja-kerja pembinaan semula rumah berkenaan belum selesai lagi.

Rumah yang terletak di Taman Rembau Utama tersebut seperti di biarkan sekian lama sehingga berlaku kerosakan struktur di bahagian dalam rumah.

Menurut kata penduduk keadaan rumah tersebut sejak dahulu semasa menduduki taman tersebut lebih 6 tahun dulu hingga sekarang masih tidak berubah langsung, tiada usaha pemulihan di buat oleh pemilik rumah berkenaan.

Keadaan dalam rumah berselerakan dengan sampah sarap juga di jadikan tempat permainan kanak-kanak di sekitar taman yang sepatutnya tidak di jadikan tempat permainan didalam rumah terbiar tersebut.

Ini kerana bahaya akan dihadapi sekiranya ada individu yang berniat jahat bersembunyi di situ, akan melakukan serangan kepada kanak-kanak yang memasuki rumah berkenaan.

Keselamatan penduduk setempat terganggu sekiranya tiada usaha membersihkan sekitar di rumah berkenaan di lakukan.

Dari tinjuan yang di buat di lokasi di dapati terdapat juga berapa rumah yang gagal di siapkan oleh pihak pemaju yang membina taman berkenaan sekitar tahun 80an.

Rumah yang gagal di siapkan di biarkan tanpa di jaga sehingga ditumbuhi semak samun juga telah menjadi tempat persembunyiaan haiwan berbisa yang menunggu masa menyerang mangsa sekitar kawasan berkenaaan.

Keadaan rumah yang tidak siap hanya di biarkan tanpa ada usaha membersihkan atau memperbaiki keadaan rumah amat mengecewakan jiran-jiran yang menduduki taman berkenaan.

Kelihatan strukturnya amat teruk sekali telah berkulat, berkarat juga struktur kayu di dalam rumah ada yang telah di makan anai-anai menunggu untuk runtuh.

Saya mengharapkan pihak yang berkuasa melihat keadaan di sini, yang perlu di bersihkan dan di ambil tindakan segala masalah rumah conteng, kata seorang penduduk yang mahu di kenali makcik Habibah, 65, ketika di temui.

Keluhan yang sama turut dirasai oleh seorang lagi penduduk taman itu.

Fauzi, 28, ketika di hubungi, mengharapkan sesuatu dibuat pada tuan rumah yang membiarkan rumah mereka terbiar seperti memberi amaran keras agar kembali membina rumah yang mereka beli atau menyarankan jual kepada mereka yang berminat untuk mendiami rumah berkenaan.

Oleh Sapar Sutir saparsutir@yahoo.com
Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/79-negeri-sembilan/5642-rumah-terbiar-bahayakan-penduduk

Rugi RM50,000

Rugi RM50,000
Sinar Harian 28 Sep 2011

REMBAU – Seorang pengurus sebuah pasar raya, dekat sini, terpaksa mencampakkan beg berisi wang RM50,000 ke arah dua lelaki selepas diacukan parang berikutan bimbang dengan keselamatan dirinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi pada 26 September lalu, pengurus terbabit didatangi dua penjenayah yang menaiki motosikal dengan salah seorangnya bertindak berani mengacukan parang mengugut untuk menetaknya.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, ketika kejadian, mangsa iaitu lelaki berusia lingkungan 40-an menuju ke arah keretanya yang diletakkan kira-kira 50 meter di kawasan perumahan berhampiran dengan pasar raya.

Menurutnya, difahamkan, ketika mangsa mahu masuk ke dalam kereta, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Suzuki Cup warna kuning berhenti dan salah seorang daripadanya mengacukan parang ke arah mangsa.

“Mangsa yang tergamam ketakutan selepas diacukan dengan objek tajam dan bimbang cedera terus membaling beg berisi wang RM50,000 ke arah suspek.

“Sebaik sahaja mendapat apa yang dihajati, kedua-dua penjenayah terbabit terus melarikan diri,” katanya.

Mizan berkata, sejurus selepas kejadian, mangsa membuat laporan polis dan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata.

Katanya, sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta tampil ke hadapan dan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau di talian 06-6852222 atau balai polis berhampiran.

“Bagaimanapun, diharap orang awam terutamanya membawa sejumlah wang yang besar nilainya supaya lebih berhati-hati dan tidak leka sehingga memberi ruang kepada individu tidak bertanggungjawab melakukan jenayah,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9571302.asp

Jumaat, 16 September 2011

Cemas diterkam penyamun

Cemas diterkam penyamun
Sinar Harian 16 Sep 2011

REMBAU – Seorang warga emas tidak dapat melupakan detik cemas diterkam penyamun ketika nyenyak tidur dan bergelut selama beberapa minit dalam kejadian pecah rumah kira-kira jam 5 pagi, semalam.

Warga emas berkenaan, Kamariah Arifin, 80, dari Kampung Air Hitam, Chembong berkata, kejadian pecah masuk rumah itu merupakan kejadian kali ketiga berlaku sejak 2004 di mana majoritinya berlaku pada awal pagi.

Menurutnya, ketika kejadian, dia yang tinggal dan tidur sendirian terperanjat apabila diterkam penyamun.

“Saya sempat menjerit dan menendang-nendang penyamun sebelum mata dan mulut ditutup menggunakan tangan penyamun. Saya juga diarahkan untuk mendiamkan diri.

“Saya tidak tahu berapa orang penyamun yang ada di dalam rumah ketika itu tetapi percaya jumlahnya lebih daripada seorang,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Kamariah berkata, susulan pergelutan itu, bajunya turut terkoyak di bahu lengan kiri dan kanan serta di pipi kanan terdapat kesan calar dipercayai terkena kuku salah seorang penyamun.

“Ketika pergelutan, penyamun berjaya membawa lari seutas rantai emas yang telah terputus dua dan gelang emas yang keseluruhannya bernilai hampir RM10,000 serta satu telefon bimbit.

“Saya percaya penyamun berkenaan masuk ke kediamannya melalui tingkap di bahagian dapur dan terdapat kesan roboh di pagar rumahnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes berkenaan dan setakat ini masih belum ada sebarang tangkapan dibuat.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9532840.asp

Selasa, 13 September 2011

Ceramah PR Rembau 28 Sep 2011



CERAMAH PAKATAN RAKYAT REMBAU
Tarikh : 28 Sep 2011, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Bt 3, Pedas Hilir, Rembau, N.Sembilan (berhampiran Tol Pedas)
Penceramah :
Mazlan Aliman
YB Hj Taufek
Chegubard
Dr Rosli Yaakop
Ustaz Norazman Mohamad

Khamis, 8 September 2011

Pasangan buta terus menanti



Pasangan buta terus menanti
Sinar Harian 8 Sep 2011

REMBAU – Sepasang suami isteri warga emas yang juga mengalami masalah penglihatan iaitu buta sejak kecil kini bagaikan menanti ‘bulan jatuh ke riba’ apabila status permohonan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) masih belum diketahui sejak setahun lalu.

Pasangan berkenaan, Md Zin Ismail, 71, dan Sabidah Nasir, 72, dari Kampung Senama/Tanjung Kling tidak pernah berhenti berharap agar maklum balas status permohonan itu akan berakhir dengan perkhabaran gembira.

Md Zin berkata, walaupun tinggal di kediaman berkenaan sejak berpuluh tahun dahulu, mereka suami isteri yang kini sudah semakin tua menginginkan kediaman yang lebih selamat dan tidak bertangga.

“Dalam usia yang sudah mencapai lebih 70 tahun ini, kami memerlukan rumah yang tidak bertangga kerana kami mengalami masalah penglihatan sejak kecil

“Malah, kediaman yang diduduki ini juga semakin uzur dan kami sedar bahaya berada di mana-mana, walaupun tidak mampu melihatnya dengan mata kami sendiri,” katanya kepada Sinar Harian di kediamannya.

Sementara itu, Md Zin berkata, bagaimanapun dia berasa amat lega apabila kehidupannya dan isteri kini terbela dan rasa tidak terpinggir dari menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan.

Katanya, jika dahulu dia bertungkus-lumus menyara kehidupan keluarga termasuk empat anak bermula dengan kemahiran menganyam bakul rotan dan kemudiannya selama 12 tahun menjadi penjaga pasir.

“Jika diikutkan, segalanya mencukupi bagi saya untuk menyara kehidupan kami berdua. Tambahan, anak-anak juga tidak lupa menghulurkan bantuan. Bagaimanapun, kami tidak mempunyai modal untuk mendirikan rumah sendiri yang lebih selesa dan lebih mesra untuk orang kelainan upaya (OKU).” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9505342.asp

Kemasukan Pelajar PASTI 2012 dan Kelas Mengaji



Pendaftaran Pelajar PASTI Al Ain untuk Tahun 2012 kini dibuka
Lokasi: No:377, Jalan Miel 5/S1, Taman Pedas Perdana , Rembau
Maklumat lanjut hubungi Wani 013-3851202 , Hakki 013-3840022

KELAS MENGAJI AL-QURAN

Untuk anak-anak pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah turut ditawarkan.

Masa : 4 ptg - 5 ptg (sesi 1) , 5.30 petang - 6.30petang (sesi 2)
Hari : Isnin - Jumaat

Tempat: Pasti Al Ain, Taman Pedas Perdana
Yuran bulanan: RM20

Sila hubungi 017-2903386 , 017-6270234 , 013-9798108

Info lanjut di http://pasti-al-ain.blogspot.com/2011/02/kelas-pengajian-al-quran.html