RHI

RHI

JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

Rabu, 27 April 2011

Lembu lembu bebas berkeliaran di DUN Chembong, Rembau



Ni salah siapa ni sampai Bandaraya Rembau jadi pekan koboi ni? Nak salahkan siapa, Majlis Daerah Rembau, Jabatan Veterinar, pemilik lembu atau lembu-lembu? Eloknya lembu-lembu ni ditempatkan di projek Hospital Rembau dan Landasan Kapalterbang Rembau yang tak siap-siap tu.

Dari Blog Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong. Lagi gambar-gambar betapa bebasnya lembu ini berkeliaran macam pekan koboi di http://parchembong.blogspot.com/2011/04/binatang-ternakan-berkeliaran-salah.html

BINATANG TERNAKAN BERKELIARAN: SALAH SIAPA?

Menurut laporan en idris bin Saleh 26 April 2011 berhubung binatang ternakan seperti di bawah;

saya ingin buat aduan tentang binatang ternakan (lembu) yang selalu datang meragut rumput dan berkeliaran di depan lot kedai Taman rembau Permata.

Kemalangan pernah berlaku pada tahun lepas, membabitkan dua ekor lembu dan sebuah kancil remuk dan pemandunya cedera parah (berlaku di jalan utama , rembau-seremban (depan fresco).

Nyawa manusia boleh terkorban akibat kelalaian penternak (pemilik) kerana membiarkan ternakan mereka berkeliaran (10-20 ekor). Setiap bulan dua atau tiga kali lembu-lembu datang meragut rumput di sini. harap pihak berwajib ambil tindakan.

Unit aduan membuat siasatan dan telah menjumpai bukti yang kukuh antaranya gambar-gambar yang sempat di rakamkan di Taman Rembau Permata, Lorong 2 sekitar jam 2.30 petang

FOTO 1 - menganggu lalu lintas orang ramai

FOTO 2 - sekawan lembu dalam jumlah 10-20 ekor di kesan pada 26 April 2011
berkeliaran di Taman Rembau Permata

FOTO 3 - ibu lembu ini membawa anak..

FOTO 4 - ... meragut rumpu bersebelahan tangki air Taman Rembau Permata

FOTO 5 - Boleh mengundang padah (kemalangan)

PEMILIK BINATANG TERNAKAN INI DI MINTA TAMPIL UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH YANG SUDAH BERLARUTAN DAN MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN PEMANDU JALAN RAYA.

LAPORAN E-ADUAN DALAM PORTAL MDR (MAJLIS DAERAH REMBAU) TELAH DIBUAT. NAMUN TIADA SEBARANG RESPON SETAKA HARI INI.PIHAK BERKUASA PERLU MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA SEBELUM MERAGUT NYAWA PENDUDUK DI SINI.

PAS Memartabatkan DUN Chembong 8 Mei 2011



CERAMAH PERDANA
8 Mei 2011 AHAD 9 malam
Di Markas PAS Cawangan Kg Rendah, Lot 923, Lrg Sekolah 1, REMBAU

Bersama :
YB Dato' Ir Amiruddin, EXCO Kedah
YB Ng Sue Lim, ADUN Sekinchan
YB Hj Taufek, ADUN Paroi (Rembau)
Chegubard, Pengerusi SAMM

Semua Dijemput Hadir

Blog ADUAN RAKYAT DUN Chembong di http://parchembong.blogspot.com/

ADUN Paroi gesa hentikan amalan P-Politik(Video Lucah), isu Altantuya hangatkan Sidang DUN Negeri Sembilan



Seremban 25 April 2011

Ketika membahaskan usul terima kasih kepada DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan atas Titah Ucapan Baginda merasmikan Persidangan Pertama Penggal Ke Empat Dewan Undangan Negeri Yang Ke-12 , ADUN Paroi , Hj Mohamad Taufek Abd Ghani telah menegur pihak yang tidak bertanggungjawab atas penyebaran VCD , gambar dan buku yang mengandungi bahan lucah yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

”Sudah sampai masanya untuk hentikan semua ini , rakyat sudah muak dengan P-Politik . UMNO mengajak rakyat kepada P-Politik iaitu politik porno tetapi kami , Pakatan Rakyat ingin membawa rakyat kepada budaya K-Politik iaitu ”Knowledge Politik” yakni politik yang berdasarkan ilmu dan hujah”.

”Walaupun kami diberi maklumat tentang skandal pihak tertentu di Negeri Sembilan, ada kes ditangkap khalwat, kes dengan isteri orang, kes dengan artis di hotel Port Dickson dan pelbagai kes maksiat yang lain tetapi pimpinan Pakatan Rakyat tidak berminat untuk mensensasikan isu-isu peribadi kerana ia melibatkan maruah pemimpin dan ianya tanpa bukti yang sahih mahupun saksi yang adil”.

Beliau turut menjelaskan pandangan Islam berhubung isu tuduhan zina ini dengan membacakan ayat Al-Quran dari Surah An-Nuur ayat 4 yang bermaksud ”Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan/lelaki yang terpelihara kehormatannya kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan jangan kamu terima persaksian mereka selama-selamanya dan mereka itulah orang-orang yang fasik”.

Persoalan tuduhan zina tanpa 4 orang saksi yang adil ini bukan persoalan kecil kerana apabila isu ini diperbesarkan sebegitu rupa dengan penglibatan media massa secara terancang seolah-olah UMNO mengajak rakyat bersama-sama terlibat dalam soal yang melibatkan hukum-hakam Islam dan amaran tergolong sebagai fasiq seperti yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam ayat Al-Quran tersebut.

Penjelasan yang dikemukakan itu menyebabkan ramai wakil rakyat UMNO bangkit kerana cuba menganggu ucapan beliau tersebut.

Beliau turut menyentuh isu pembunuhan wanita Mongolia di mana dalam isu ini , Pakatan Rakyat tidak menuduh pemimpin tertinggi UMNO terlibat dalam pembunuhan tersebut tetapi PR mahu Perdana Menteri (PM) membersihkan nama beliau apabila banyak media antarabangsa mengaitkan pemimpin tertinggi negara itu dengan pembunuhan tersebut.

Untuk menjaga imej dan maruah negara Malaysia, sewajarnya PM mengambil tindakan undang-undang terhadap media tersebut.

Sebagai bukti bahawa PR mengamalkan budaya politik ilmu dan hujah, beliau mengambil contoh dalam isu tawaran 100 hari Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga , kita khususnya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengajak PM berdebat dan berhujah apabila PM mempersoalkan kewajaran tawaran PR tersebut.

Cabaran debat yang dikemukakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu tidak pernah disambut oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak sehingga ke hari ini.

Isnin, 25 April 2011

Kena samun depan rumah



Sinar Harian 25 April 2011

REMBAU - Sepasang suami isteri kerugian kira-kira RM5,800 apabila disamun sekumpulan lelaki bermotosikal menggunakan parang, kira-kira jam 7.30 malam kelmarin, di Taman Datuk Lela Maharaja, Chembong.

Mangsa, Abdul Latip Alias, 53, berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri dan anaknya duduk berehat di pangkin rumah jiran, didatangi dua motosikal dinaiki empat lelaki dipercayai Melayu menghampiri mereka bertanyakan jalan ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, ketika dia dan isteri memberikan penerangan kepada lelaki terbabit, secara tiba-tiba pembonceng motosikal bertindak berani mengacukan parang ke arah mereka dan mengarahkan untuk memberi semua barang berharga.

“Saya terkejut apabila diacukan parang dan mereka mengugut akan mencederakan kami jika tidak mengikut arahan.

“Isteri saya cuba melawan tetapi dengan pantas mereka dapat meragut gelang emas yang dipakainya,” katanya.

Abdul Latip berkata, mereka turut merampas jam tangan dan telefon bimbit miliknya sebelum melarikan diri.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kami sekeluarga tidak mengalami kecederaan.

“Kami trauma dengan kejadian ini dan telah membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu diharap dapat memberi pengajaran kepada masyarakat supaya berhati-hati dengan orang tidak dikenali terutama yang datang secara berkumpulan.

“Niat kami ikhlas untuk membantu tetapi disalah guna oleh mereka yang berniat jahat untuk mendapatkan duit cara salah.

“Mereka juga bertindak berani apabila menggunakan senjata menakut-nakutkan orang ramai dan sanggup mencederakan mangsa,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9013920.asp

Warga Rembau rayu sumbangan pembedahan mata



Dari Blog Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong.
Rayuan Derma dan Sumbangan Pembedahan Mata
Puan Sadiah bt Idris memohon bantuan kewangan untuk kos pembedahan matanya. Beliau memerlukan RM 6705 untuk kos rawatan tersebut.

Beliau tinggal sebatang kara di Kg Batu 17 Chembong dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Beliau boleh dihubungi di talian 06-6851681. Beliau tinggal di Rumah Rakyat Rembau (depan tanah perkuburan)


Kepada sesiapa yang simpati dan murah hati bolehlah mendermakan wang ke akaun beliau : SADIAH BTE IDRIS : 0502-0689614-52-8 (CIMB BANK)

Maklumat lanjut di Blog Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong http://parchembong.blogspot.com/2011/04/rayuan-derma-dan-sumbangan.html

Khamis, 21 April 2011

PAS menyantuni anak anak yatim, miskin di Rembau



PAS beri sumbangan anak yatim, miskin merupakan tajuk akhbar Sinar Harian pada 20 April 2011. Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, YB Hj Taufek yang juga merupakan ADUN Paroi telah mengadakan lawatan serta menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim di Taman Desa Permai, Kundur, N.Sembilan.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke pihak pengurusan Rumah Anak Yatim tersebut iaitu ke akaun CIMB , PEYAKIN NS : 0501-0000019-10-8

Sumber berita dari http://parchembong.blogspot.com/2011/04/peyakin-dapat-sumbangan.html

Selasa, 19 April 2011

Kuliah Tuan Guru Nik Razi 30 Apr 2011 Seremban



KULIAH MAGHRIB
Oleh Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
30 April 2011 (Sabtu)
Jam 7.30 mlm
Di Surau Taman Cengal Utama, Paroi, Seremban

Semua dijemput hadir

Rayuan sumbangan 1 kerusi roda untuk orang Rembau



Encik Abdullah bin Hj Mohd Nor dari No 89, Rumah Rakyat Chembong, Rembau, Negeri Sembilan amat memerlukan sebuah kerusi roda, samada yang manual atau berkuasa bateri untuk kemudahan beliau bergerak. Setakat ini permohonan beliau untuk mendapatkan sebuah kerusi roda dari agensi berkaitan belum lagi membuahkan hasil.

Kepada sesiapa yang sudi untuk menghulurkan sumbangan kepada Encik Abdullah sila salurkan derma ke akaun CIMB: 0501-000394-10-0

Sumber berita dari Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong di http://parchembong.blogspot.com/2011/04/rayuan-derma-untuk-membeli-kerusi-roda.html

PRN Sarawak, Najib harus panik, tapi PAS?


Dari Blog bekas calon PAS Parlimen Rembau, YB Dr Dzulkefly Ahmad


Sesungguhnya, matlamat Pakatan Rakyat untuk menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional gagal pada malam 16 April 2011. Namun demikian, seandainya ditelitikan keputusan PRN Sarawak, Pengerusi BN Najib Razak seharusnya berasa lebih tertekan dan panik, lebih-lebih lagi apabila statistik menunjukkan bahawa BN hanya memperolehi 55% undi popular. Demikianlah komentar daripada AJK Pusat PAS, Dzulkefly Ahmad (gambar kiri)ketika dihubungi MerdekaReview untuk mengulas keputusan PRN Sarawak. Secara lebih terperinci, dua etnik besar, iaitu kaum Cina dan Iban memberi isyarat kepada BN bahawa mereka berpotensi untuk mencetuskan perubahan yang lebih besar dalam PRU yang akan datang, kata Dzulkefly Ahmad.


Ahli parlimen Kuala Selangor ini juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada rakan partinya, DAP yang memenangi 12 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan. Sungguhpun sesetengah menganggap DAP bertanding di kawasan bandar, yang sudah menunjukkan kecenderungan untuk menyokong PR, namun Dzulkefly Ahmad menganggap jentera penerangan DAP cukup hebat - dengan banner, billboard, poster, aktiviti lawatan dan sebagainya yang cukup menarik. Bagaimana pula "sentuhan PAS"? Persoalan menyusul kemudian, diajukan kepada Dzulkefly Ahmad - mengapa PAS gagal "memanfaatkan" sentimen "Undur Taib" untuk memenangkan kerusi bagi partinya?


Beliau terpaksa menjawab dengan cukup berwaspada. Malah sebelum ini apabila beliau menyatakan kekaguman diri terhadap komitmen pimpinan DAP, beliau juga berdepan dengan soalan sebaliknya, iaitu "sejauh mana pula komitmen pimpinan PAS"? PAS gagal tampil sebagai sebahagian daripada PR Dzulkefly terpaksa berdepan dengan kekalahan partinya. "PAS dalam penampilan ketiga dalam PRN Sarawak mencari-cari sentuhannya. Pada saya, ...gagal digarap dengan baik, sedikit sebanyak oleh PAS, atau dengan kata lain gagal menampilkan partinya sebagai sebahagian daripada Pakatan Rakyat dan agenda perubahan Pakatan Rakyat." Ia berdasarkan pengalaman dirinya.


Seorang kawan adik iparnya yang bekerja di Sarawak, pro-pembangkang dalam pendirian politiknya berkata, beliau gagal mencari logo DAP atau PKR dalam kertas undi di kawasan PAS bertanding, maka beliau akhirnya memangkah dacing (Barisan Nasional). Mesej di sebaliknya, "PAS gagal menampilkan dirinya sebagai parti yang sinonim dengan DAP dan PKR. Itu bermaksud, PAS gagal memberi mesej yang jelas kepada pengundi bahawa sokongan terhadap PAS adalah bersamaan sokongan terhadap DAP mahupun PKR."


MerdekaReview dimaklumkan bahawa pemimpin DAP tidak diundang untuk berceramah di kawasan Muara Tuang dan Tanjung Datu. Dzulkefly Ahmad kelihatan sukar untuk mempertahankan keadaan sebegitu, cuba membela partinya dengan berkata "tempoh kempen yang terlalu singkat". Strategi berperang sering disesuaikan dengan keadaan yang sebenar. Maka persoalannya, dengan tempoh kempen selama 10 hari, apakah mesej yang dibawa oleh PAS di Sarawak untuk mengolah sokongan rakyat?


Apakah pendekatan "berdakwah" sebagaimana yang dilakukan di Semenajung itu strategi yang tepat untuk menghadapi pertarungan 10 hari? Dzulkefly terpaksa mengakui, "Mesejnya kurang jelas untuk menonjolkan PAS bersepakat dengan PKR dan DAP." Jelas, beliau enggan secara terbuka mengkritik partinya dalam media, hanya memberi jawapan "mungkin lebih baik jika kami tumpu dengan agenda perubahan bersama Pakatan Rakyat, isu tumbangkan Taib Mahmud...yang lebih mudah untuk diterima masyarakat tempatan dalam masa yang singkat." http://blog.drdzul.com/2011/04/19/prn-sarawak-najib-harus-panik-tapi-pas/

Khamis, 14 April 2011

Bersama Juara Nasyid 16 Apr 2011 di Senawang


SEMPENA KEPUTUSAN PILIHANRAYA SARAWAK


Bersama : Saudara Ashan Atan, Juara Akademi Nasyid TV9, YB Hj Mohamad Taufek, ADUN Paroi, Ustaz Khairul Anuar Wafa, Ketua Pemuda PAS N9


Pada : SABTU 16 April 2011, Jam 8 mlm - 12 mlm


Lokasi :


1. Pasti Al Mustaqim, Taman Pinggiran Senawang. 2. Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar. 3. Pasti Amal, Taman Marida 4. Pusat Khidmat Dun Paroi, Taman Tasik Jaya


Antara yang menarik : Siaran Langsung Keputusan Pilihanraya Sarawak, Analisa, Tazkirah, Hiburan Alternatif, Motivasi, Jamuan


Semua dijemput Hadir

Rabu, 13 April 2011

Laluan gelap menyeramkan

Sinar Harian 13 April 2011 REMBAU - Penduduk Jalan Tiga Nenek 1, Kota, merayu pihak berkuasa berkaitan dapat memasang lampu jalan di simpang masuk kampung berkenaan kerana membahayakan keselamatan penduduk terutama pada waktu malam . Wakil penduduk, Ali Mohd Yunus, 57, berkata, penduduk di sini saban tahun menanti berita gembira mengenai usaha penambahbaikan kemudahan infrastruktur di kampung ini, namun semuanya ibarat satu penantian yang tiada kesudahannya. Menurutnya, ketiadaan lampu di simpang masuk kampung menyebabkan kawasan sekeliling gelap dan ramai penduduk takut melalui jalan ini kerana beberapa tahun sebelum ini pernah terdapat kes samun serta ragut. “Kami harapkan ada sedikit berita yang menggembirakan dan berharap tahun ini kami tidak lagi berdepan masalah kegelapan yang membatasi pergerakan pada waktu malam,” katanya. Malah katanya, keresahan penduduk semakin ketara selepas berlaku beberapa kemalangan terutamanya penunggang motosikal membabitkan penduduk kampung dan orang luar yang datang ke kampung itu. “Keadaan jalan yang gelap dan berlubang mendatangkan bahaya dan penduduk di sini memohon agar lampu dapat dipasang dari simpang masuk hingga ke surau dan simpang jalan ke empat rumah penduduk yang tinggal berhampiran dengan surau,” katanya. Menurutnya lagi, ibu bapa di sini juga turut bimbang akan keselamatan anak mereka yang ke sekolah pada awal pagi terpaksa melalui jalan yang gelap. “Penduduk berharap pihak terbabit dapat memasang lampu jalan selain menaik taraf permukaan jalan yang berlopak dan berlubang bagi membaiki kemudahan infrastruktur penduduk di sini,” katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8969411.asp

Info Terkini Krisis Mesir 17 Apr 2011 di Masjid Paroi


CERAMAH PERDANA


Tajuk : "REGIM MUBARAK TUMBANG, ISRAEL TERGUGAT"


Tarikh : Ahad - 17 April 2011


Masa : 7.30 malam (selepas solat Maghrib)


Tempat : Masjid At-Taqwa Kg Paroi, Seremban


Penceramah : Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor


Semua Dijemput Hadir


Turut diadakan : - Jualan Amal - Kutipan Derma - Tayangan Multimedia - Pameran


Anjuran bersama : AQSA Syarif N.Sembilan dan Masjid At Taqwa - MEMPERKASA UMMAH, MEMBEBASKAN AQSA


Selasa, 12 April 2011

Anwar Ibrahim 24 Apr, Bob Lokman 22 Apr di N.Sembilan



MAJLIS HI TEA
Bersama che'GuBard & Cikgu Mala
KHAMIS 21 April 2011, 5 ptg, Markas PAS Tampin Bandar

CERAMAH UMUM
KHAMIS 21 April 2011, 9.00 mlm, Gemencheh

PELANCARAN TABUNG DANA 'REMBAU BARU'
Bersama YB Nurul Izzah, Datuk Chua Jui Meng, Bob Lokman, Cikgu Mala, Man Kadir (pak Jabit)
JUMAAT 22 April 2011 (dua tempat serentak)
1. Bandar Seri Sendayan
2. Kg. Pedas, Rembau (berhampiran Tol Pedas)

CERAMAH PERDANA
Anwar Ibrahim, Ust. Azizan, cheGuBard dll
AHAD 24 April 2011, 9.00 malam
Ampangan, Seremban (pertanyaan 0123696474)

CERAMAH UMUM
che'GuBard, Dato Tuan Man Tuan Ibrahim
JUMAAT 29 April 2011, 9.00 mlm
Jalan Pantai, Seremban

Sumber http://chegubard.blogspot.com/

Isnin, 11 April 2011

Pusat Aduan Rakyat Online DUN Chembong, Tahniah orang Rembau


Tahniah diucapkan kepada PAS di DUN Chembong yang telah mengadakan Pusat Aduan Rakyat secara fizikal dan maya di http://parchembong.blogspot.com/ .


Semoga warga di DUN Chembong dalam parlimen Rembau akan mendapat lebih perhatian oleh semua pihak yang berkaitan.


Kalau nak cantik lagi Pilihanraya Umum yang akan datang , warga Chembong perlu memilih wakil rakyat dari Pakatan Rakyat ( PAS / PKR ). Barulah Umno di peringkat pusat akan lebih memberi perhatian kepada warga Chembong dengan adanya wakil rakyat di DUN Chembong seperti apa yang berlaku di DUN Paroi, Ampangan dan Sikamat.


Mari kita bersama berusaha dan bergerak ke arah kemenangan Pakatan Rakyat untuk rakyat di DUN Chembong.

Sabtu, 9 April 2011

Tapak Rumah Terbengkalai Jadi Tempat Buang Sampah, Sisa Toksik

Utusan Malaysia 9 April 2011

SEREMBAN 8 April - Pekerja kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Senawang dekat sini mendakwa lokasi tapak rumah terbengkalai berhampiran kilang berkenaan kini menjadi tumpuan segelintir pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah serta sisa toksik.

Tindakan itu menjadi punca dan masalah bau busuk kepada pekerja kilang berkenaan termasuk penduduk di sekitar kawasan tersebut berikutan bau sisa berkenaan boleh dihidu dari jarak satu kilometer.

Pengurus Hal Ehwal Alam Sekitar kilang terbabit, Ismail Mohd. Yunus berkata, pihak syarikat telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pengawal keselamatan bertugas.

"Sampah berupa sisa toksik ini dipercayai dibuang di kawasan ini sejak tiga hari lalu, selain bau busuk kita bimbang sisa toksik ini boleh memudaratkan kesihatan pekerja.

"Saya dimaklumkan bahawa pada Isnin lalu terdapat dua buah lori persendirian membuang sampah tersebut di kawasan ini kira-kira pukul 10.50 malam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ismail berkata, sampah itu mendatangkan bau yang tidak menyenangkan sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pekerja kilang.

"Bau busuk sampah ini sangat kuat sehingga menyebabkan ramai pekerja berasa mual dan pening kepala setiap hari.

"Orang ramai yang melalui kawasan ini dan penduduk di Taman Senawang Jaya dekat sini juga diyakini berhadapan dengan masalah yang sama," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Khamis, 7 April 2011

PR anjur solat Hajat

Sinar Harian 7 April 2011 SEREMBAN – Pakatan Rakyat (PR) Rembau menganjurkan Solat Hajat Perdana ‘Selamatkan Umat’ hari ini selepas solat Isyak di Pusat Asuhan Tunas Islam, Taman Marida, Senawang, di sini. Setiausaha PKR Rembau, Norazizi A Aziz berkata, solat Hajat itu bagi memohon kepada tuhan menjauhkan Negeri Sembilan daripada sebarang bala. “Sejak kebelakangan ini, berlaku pelbagai musibah di negeri ini, antaranya penyebaran wabak Adenovirus dalam kalangan pelatih konstabel di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson. “Begitu juga dengan masalah 109 tahanan di Depot Imigresen di Lenggeng yang merusuh dan membakar bangunan sebelum melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8946434.asp

Rabu, 6 April 2011

Syeikh Nuruddin Al Banjari 9 Apr Masjid Senawang


KULIAH PERDANA oleh Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki


Tarikh : 9 April 2011 Sabtu, Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, Masa : Selepas Solat Maghrib. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.


SELAMATKAN UMAT INI


Selasa, 5 April 2011

Solat Hajat Perdana 7 dan 14 Apr 2011 REMBAU


MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA

Hari : Khamis

Masa : Solat Isya berjemaah

Tarikh : 7 dan 14 Apr 2011

Tempat : PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang (Parlimen Rembau)

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

SELAMATKAN UMAT INI

Tiada air jejas perniagaan


Sinar Harian 5 Apr 2011


LEGUNG ULU - Penduduk di sini, terutamanya yang tinggal di Projek Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) sementara, mengeluh apabila sering berdepan dengan masalah ketiadaan air sehingga mengganggu kehidupan harian. Penduduk, Taini Harun, 46, berkata, masalah itu kerap kali dimaklumkan kepada pihak berkenaan, namun sehingga kini tiada tindakan susulan diambil.


Menurutnya, keadaan itu nyata menjejaskan perniagaan makanan dan minumannya apabila dia terpaksa menutup gerai kerana masalah bekalan air tidak mencukupi. “Dalam seminggu hanya tiga kali saja saya berniaga. Malah, kerja membasuh pakaian, mandi atau memasak turut terbantut.


“Pernah juga anak saya terpaksa menggunakan bilik mandi dan tandas surau serta masjid berhampiran,” katanya ketika ditemui Sinar Harian. Lebih merisaukan, Taini yang mempunyai empat anak dan masih bersekolah berkata, suaminya baru sahaja kemalangan menyebabkan mereka sekeluarga hilang mata pencarian utama.


Menurutnya, kini semuanya bergantung kepada perniagaannya. Taini berharap pihak bertanggungjawab dapat menangani segera masalah ketiadaan bekalan air itu dan meminta lori yang membekalkan air dapat dihantar segera jika penduduk berhadapan dengan masalah sama. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8938408.asp

Isnin, 4 April 2011

Bob Lokman pindah Pej ADUN Paroi 5 Apr 2011



Makluman. Program Bob Lokman (ex Raja Lawak) bertemu peminat pada Selasa 5 April 2011 jam 9 malam terpaksa dipindahkan ke Pejabat ADUN Paroi di Taman Tasik Jaya, Senawang. Program yang pada asalnya dijadualkan di Dataran Senawang telah TIDAK MENDAPAT KELULUSAN POLIS.


Marilah kita mendengar keluhan Bob Lokman, SELASA 5 April 2011 jam 9 malam di Pejabat ADUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.


Datanglah beramai-ramai.


Oh Malaysia, Negara Ku yang paling Demokrasi dan Kebebasan Bersuara di seluruh dunia dan alam semesta

PKR Rembau sumbang papantanda Surau Taman Bandar Senawang


SEREMBAN - Parti Keadilan Cabang Rembau telah menyumbang papantanda Surau Al-Insaniyah diTaman Bandar Senawang baru-baru ini.


Antara yang hadir semasa majlis tersebut ialah Chegubard selaku Ketua Cabang PKR Rembau dan saudara Norazizi Setiausaha Cabang PKR Rembau serta beberapa wakil dari Surau Al-Insaniyah.