RHI

RHI

Isnin, 28 Mac 2011

Kenduri kahwin kelam-kabut


Kenduri kahwin kelam-kabut

Sinar Harian 28 Mac 2011


REMBAU - Majlis kenduri perkahwinan anak saudara seorang penduduk di Kampung Gaing Baru, Pedas, dekat sini terpaksa dilangsungkan dalam kesulitan gara-gara bekalan air terputus, semalam.


Penduduk, Kamarulzaman Yahya, 44, berkata, situasi itu menyukarkan keluarganya memastikan kenduri berjalan dengan lancar kerana mereka memerlukan air yang banyak untuk memasak, mencuci pinggan mangkuk dan peralatan dapur.


“Memang kelam-kabut hari ini (semalam). Tekanan air semalam (kelmarin) agak rendah mengakibatkan kami tidak dapat menadah air dalam kuantiti yang banyak. “Lori Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) datang menghantar air tetapi saya masih risau ia tidak mencukupi untuk kerja kenduri,” katanya ketika ditemui, semalam.


Menurutnya, masalah gangguan bekalan air kerap berlaku di Kampung Gaing Baru sejak 15 tahun lalu. “Penduduk yang menghuni 45 kediaman di kawasan di sini berdepan kesulitan melakukan urusan seharian setiap kali masalah ini berlaku.


“Kami telah memaklumkan kepada pihak berkenaan mengenai isu ini tetapi sehingga kini belum pasti tindakan yang diambil,” katanya.


Kamarulzaman berkata, paip air di kawasan berkenaan selalu pecah dan penduduk kampung berharap, pihak terbabit segera menggantikannya dengan yang baru.


Selasa, 22 Mac 2011

Santai Bob Lokman dan Radzi Melissa 5 Apr 2011 Senawang


JOM SANTAI DAN RAMAH MESRA
Bersama Bob Lokman dan Radzi Melissa
Tarikh : 5 April 2011 (SELASA)
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Senawang, Senawang, N.Sembilan
Turut serta YB Taufek dan Khairil Anuar Wafa

Semua Dijemput Hadir

Anjuran Pejabat ADUN Paroi

Ahad, 13 Mac 2011

Disamun enam jahanam


Sinar Harian 12 Mac 2011

REMBAU - Tiga Orang Asli di sebuah kebun pisang dekat Kampung Legung Jaya, Kota, di sini menghadapi detik mencemaskan apabila didatangi enam lelaki bersenjatakan parang ketika sedang tidur nyenyak, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, ketiga-tiga mangsa cedera di kepala dan muka, manakala seorang daripadanya hampir putus jari kanannya akibat dilibas dengan parang.

Lebih menyedihkan, ketiga-tiga mereka terpaksa menapak dengan keadaan berlumuran darah sejauh kira-kira dua kilometer untuk pergi ke jalan besar bagi mendapatkan bantuan.

Mangsa, Wira a/l Cantik, 23, berkata, semasa kejadian, mereka bertiga terkejut apabila melihat sekumpulan penjenayah yang menutup muka dengan kain sudah masuk ke dalam rumah mereka, sambil mengacukan parang ke leher.

Menurutnya, dalam ketakutan, ketiga-tiga mereka bagaimanapun tidak berani melawan, sebaliknya merayu agar tidak dicederakan.

Namun, katanya, tangisan dan jeritan mereka tidak diendahkan, sebaliknya kumpulan penjenayah itu bertindak mencederakan semua mangsa.

“Mereka bukan sahaja merampas telefon bimbit dan duit RM800 simpanan kami. Tapi lebih kejam mereka mencederakan kami bertiga sebelum melarikan diri.

“Dalam keadaan sakit dan berlumuran darah, kami bertiga berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer untuk ke jalan besar bagi mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Wira berkata, sebaik saja sampai di jalan besar, dia terus mendapatkan pondok telefon dan menghubungi majikannya, sebelum majikan bergegas ke tempat kejadian untuk menghantar mangsa ke Hospital Tampin.

Berikutan kejadian itu, katanya, dia dan seorang mangsa yang merupakan sepupunya dikenali sebagai Is, 16, menerima enam jahitan di kepala selain cedera di bahagian tepi mata.

Manakala, katanya, seorang lagi mangsa yang merupakan saudaranya berusia 24 tahun pula terpaksa dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban kerana jari kanannya hampir putus.

“Sehingga kini saya masih trauma dan takut untuk bekerja semula di sana. Sebab itu kami bertiga bercadang untuk pulang ke kampung halaman di Kuantan, Pahang sebaik sahaja saudaranya keluar dari hospital,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Mizan Md Dom ketika ditemui mengesahkan kejadian.

Menurutnya, setakat ini, pihaknya sedang menyiasat dan belum ada sebarang tangkapan.

“Kami masih lagi melakukan siasatan termasuk menjalankan gerakan mencari keenam suspek seperti yang didakwa mangsa. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 394 iaitu samun bersenjata,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8858663.asp

Mual kolam penuh sisa sampah


Sinar Harian 13 Mac 2011

AMPANGAN – Entah dimana silapnya, sejak beberapa bulan lalu kolam takungan hujan di Taman Matahari Height, dekat sini dibiarkan tidak terurus begitu saja sehingga dipenuhi dengan sisa sampah sarap.

Kesannya, bau sisa sampah merebak sehingga menyebabkan penduduk di taman perumahan itu mual.

Penduduk, Razali Saidi berkata, sebelum ini kolam berkenaan sentiasa dibersihkan secara berkala oleh pihak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, katanya, sejak empat bulan lalu, ia dibiarkan kotor dengan dipenuhi pelbagai sisa sampah sarap meloyakan sehingga mengundang bau busuk meruncing, terutama waktu malam.

“Dulu memang ada orang yang bersihkan. Kalau tak silap saya, dua bulan sekali. Tapi sejak beberapa bulan ini, saya tengok kolam takungan ini dibiarkan kotor.

“Malah, keadaannya bertambah teruk apabila sampah sarap mula memenuhi kolam dan keadaannya memang menyakitkan mata. Kami juga sudah tidak tahan lagi apabila terpaksa hidu bau busuk, apatah lagi jika ia ditiup angin,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di lokasi berkenaan.

Razali berkata, disebabkan keadaan itu, ia turut mengundang masalah lain seperti pembiakan nyamuk Aedes menyebabkan penduduk mula bimbang dengan keselamatan mereka.

Malah, katanya, baru-baru ini, seorang ahli keluarganya dijangkiti demam denggi.

“Sebab itu, tindakan segera perlu diambil dengan membersih kolam ini,” katanya.

Selain itu, katanya, terdapat sebuah tong besar menutup terowong saluran di situ, punca ia tersumbat.

“Kalau dibiarkan lama, saya percaya keadaannya memang kita nak tengok pun takut. Harap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan,” katanya.

Razali berkata, keadaan pemandangan taman perumahan itu juga turut terjejas disebabkan keadaan kolam takungan itu.

“Ini kawasan perumahan. Bila keadaan macam ini, memang memalukan terutamanya jika orang luar datang ke sini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8861212.asp

Jumaat, 11 Mac 2011

Jamuan bersama Tn Guru Hj Abd Hadi Awang 29 Mac 2011 Seremban

MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM
Tarikh : 29 Mac 2011 (SELASA)
Masa : 8 Malam
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban

Bersama :
YB Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang
Dato Mustafa Ali
Zulkefly Mohamad Hj Omar

Kupon RM30/seorang , RM300/meja

Untuk tempahan kupon dan pertanyaan sila hubungi :
Shamsul 019-6532973
Tn Hj Mohamad Noor 019-2556206

Anjuran : Badan Perhubungan PAS N.Sembilan


Khamis, 10 Mac 2011

Ceramah DUN Paroi 12 Mac 2011

CERAMAH UMUM
Tarikh : 12 Mac 2011, SABTU
Masa : 9 malam
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang
Penceramah
Ustaz Rozali Muhammad, bekas ADUN Permaisuri, Terengganu
Ustaz Khairil Anwar Mohd Wafa, Ketua Pemuda PAS N9
Cikgu Mala

Borang Dana Pilihanraya PAS Rembau


Tabung Dana Pilihanraya PAS Rembau telah dilancarkan semasa Majlis Makan Malam PAS Rembau yang telah diadakan pada 9 Mac 2011 di Seremban. Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah Dato Dr Haron Din, YB Dr Mujahid Yusof Rawa, Zulkefly Mohamad Omar, Yau Con Seng, Chegubard serta YB Hj Taufek yang merupakan Yang Dipertua PAS Rembau.

Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk Dana Pilihanraya PAS Rembau bolehlah dimasukkan ke akaun berikut :

Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban) No akaun : 05-012-01-007334-7
atau BSN, No Akaun 0511229878928137
SMS atau hubungi Bendahari PAS Rembau Sdr Hamizi 012-2832458 hamizi_ahmad@yahoo.com selepas transaksi.

Kepada mereka yang ingin memberi komitmen untuk menyumbang pada masa yang terdekat atau akan datang sila isi Borang Sumbangan di atas atau sila isi butiran di bawah dan e-melkan ke hamizi_ahmad@yahoo.com atau poskan ke :

Hamizi bin Ahmad
Pusat Khidmat Masyarakat Paroi
No 22 , Jalan Bunga Raya 27
Taman Tasik Jaya
70400 Seremban , N.Sembilan

Nama :
Alamat :
Tel :
E-mel :
Komitmen sumbangan : RM
Tarikh dijangka akan memberi sumbangan :

Warga emas rugi diperdaya


Sinar Harian 10 Mac 2011

SUNGAI LAYANG - Seorang warga emas kerugian RM3,200 dan seutas rantai tangan akibat diperdaya oleh seorang wanita yang baru dikenali datang ke rumahnya di Kampung Perigi Gaung, di sini, kira-kira jam 11 pagi, kelmarin.

Wanita itu dipercayai berketurunan Melayu, berkulit cerah, berbadan besar, memakai pakaian serba hitam daripada tudung, baju dan seluar.

:Mangsa, Limah Sulaiman, 75, berkata, dia didatangi seorang wanita yang bertujuan mengambil butiran peribadi dirinya untuk menerima sumbangan makanan warga emas.

“Dia meminta kad pengenalan dan menyuruh menukar pakaian dengan memakai baju kurung kerana mahu mengambil gambar. Wan terus menukar pakaian dan mengeluarkan kad pengenalan daripada beg tangan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketika itu juga Limah berkata, wanita itu meminta segelas air untuk minum, lalu dia ke dapur dan meninggalkan beg tangannya yang berisi wang tunai, barang kemas dan buku bank.

Menurutnya, selepas minum air, wanita terbabit meminta izin untuk pulang sambil berpesan kepadanya supaya menunggu di depan rumah pada jam 11 pagi, semalam, kerana ada sebuah van akan datang menjemputnya ke majlis penyerahan sumbangan makanan itu.

“Bagaimanapun ketika masuk waktu Maghrib, wan mula teringat beg tangan Wan. Wan mula mencari dan menemui semula beg tangan, namun wang tunai dan seutas rantai hilang. Cuma yang tinggal buku bank dan gelang emas,” katanya.

Disyaki wanita terbabit yang mengambil wang tunai dan rantai itu.

Limah membuat laporan polis kira-kira jam 11 malam kelmarin, di balai polis berhampiran.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8850018.asp

Hj Md Sabu lancar jentera Rembau 20 Mac 2011


CERAMAH PERDANA
Serta Pelancaran Jentera Pilihanraya Rembau

Bersama :
Tuan Hj Mohd Sabu
Dato Fauzi Abd Rahman
YB Taufek
che'GuBard
Cikgu Mala

TARIKH : 20 Mac 2011 (AHAD)
MASA : 9 malam
TEMPAT : Kg Selemak, REMBAU

RM60,000 samun di Rantau, RM8,000 ragut di Paroi, selamatkah rakyat?


Harian Metro 10 Mac 2011
RM60,000 KENA SAMUN

SEREMBAN: Seorang suri rumah menempuh detik mencemaskan apabila disamun penjenayah bermotosikal yang memecahkan cermin keretanya lalu melarikan wang tunai RM60,000 di pekan Rantau di sini, kelmarin.

Lebih malang apabila wanita berusia 39 tahun itu baru mengeluarkan wang berkenaan yang mahu digunakannya untuk memulakan perniagaan.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa bersama seorang ahli keluarganya selesai membuat pengeluaran wang di sebuah bank di bandar ini.

“Mangsa hanya menunggu di dalam kereta yang berkunci itu sambil memegang beg berisi RM60,000. “Tidak lama kemudian mangsa terkejut apabila seorang lelaki bermotosikal berusia 20-an memecahkan cermin kereta dengan tangannya tanpa menggunakan peralatan lain.

“Penjenayah nekad itu kemudian merampas beg berkenaan dan melarikan diri,” katanya di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RM60_000kenasamun/Article/index_html

RAGUT RANTAI RM8,000

SEREMBAN: “Belum sempat menjawab pertanyaannya, lelaki bermotosikal itu terus mengacu parang ke leher saya dan meragut barang kemas lalu melarikan diri.”

Begitu kata, warga emas, Rosnah Emby, 66, yang rugi kira-kira RM8,000 apabila disamun penjenayah berparang berpura-pura bertanyakan arah jalan di Rumah Rakyat Panchor, Paroi, di sini, semalam.

Menurut Rosmah, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, dia baru selesai membeli barangan keperluan dapur di kawasan situ.

“Saya dan dua rakan duduk berehat sambil bersembang di sebuah pondok di situ sebelum didatangi seorang lelaki bermotosikal berusia 20-an.

“Kami bertiga pada awalnya langsung tidak mengesyaki apa-apa apabila dia kemudian hanya bertanyakan alamat atau arah sebuah kawasan.

“Namun, apabila mahu menjawab pertanyaannya itu, lelaki itu tiba-tiba bertindak mengeluarkan parang panjang lalu mengacukannya ke leher saya sambil meragut rantai dan gelang tangan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RagutrantaiRM8_000/Article/index_html

Rabu, 9 Mac 2011

Umno Taman Rasa Sayang Seremban didakwa sebar fitnah




Ingkar perintah Agong: KEADILAN Rembau lapor polis
9 Mac 2011

SEREMBAN: KEADILAN Rembau dan PAS Paroi hari ini membuat laporan polis
menggesa siasatan berkenaan kertas mesyuarat tahunan Umno Cawangan Taman Rasa Sayang, Bahagian Rembau kerana didakwa mengandungi isu perkauman dan fitnah.

Ini juga berikutan ahli Umno di cawangan berkenaan tidak menghormati dan
mengingkari titah Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yangmahu rakyat negara ini tidak membangkitkan isu sensitif menyentuh
perkauman.

“Antara yang jelas ditimbulkan mereka adalah isu agama dan perkauman.
Ini cukup membuktikan mereka ingkar dengan titah Tuanku Mizan supaya
menjauhi amalan ini,” kata Setiausaha Cabang KEADILAN Rembau, Nor Azizi
A Aziz sambil menunjukkan bukti beberapa gambar di dalam kertas
mesyuarat itu yang didakwa boleh mencetuskan perbalahan kaum.

Kertas mesyuarat tahunan 2011 tersebut mengandungi lapan halaman yang
keseluruhannya menerbitkan perihal sentiviti kaum.

Antara tulisan pada salah satu gambar yang terpampang wajah Penasihat
DAP, Lim Kit Siang berbunyi, “Kita hapuskan hak Melayu, kita tolak
Islam, mari bersama kami, PAS, PKR dan DAP!!”.

Nor Azizi yang mewakili ketuanya, Badrul Hisham Shaharin berkata,
perkara itu dipandang serius kerana melibatkan penyuburan budaya politik
kotor di kalangan penyokong parti.

“Oleh itu, kami menuntut polis menyiasat supaya tindakan membudayakan
fitnah dan adu domba seperti ini dielakkan untuk kepentingan politik
pihak tertentu bertujuan melihat perpecahan antara kaum di negara kita,”
katanya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada sidang media
selepas laporan itu dibuat.

“Apa yang kita mahukan adalah politik matang kerana kerajaan Pakatan
Rakyat (PR) menganjurkan pengetahuan politik dengan penghujahan untuk
membawa rakyat kepada pemilihan parti yang layak disokong.

“Tapi (apa) yang dilakukan Umno itu tidak menggambarkan sikap
profesional mereka menghadapi parti pembangkang, sebaliknya menghentam
perkara yang mengingkari titah Agong,” kata Nor Azizi.

Sementara itu, PAS yang diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi,
Mohamad Taufek Ab Ghani turut menyelar tindakan Umno dan menggesa supaya penyiasatan segera dilakukan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Umno Taman Rasa Sayang itu.

“Jika usaha-usaha jahat ini tidak dihentikan, ia akan membawa kepada
permusuhan dan kebencian antara kaum yang akhirnya menggugat kestabilan
dan keamanan negara.

“Pelbagai tuduhan palsu dan fitnah dilemparkan kepada pemimpin PR untuk
menimbulkan kebencian rakyat,” kata Taufek.

http://www.keadilandaily.com/ingkar-perintah-agong-keadilan-rembau-lapor-polis-2/

PAKATAN LEADERS MALIGNED IN UMNO DOCUMENT
Zefry Dahalan March 9, 2011

PKR lodges police report against Taman Rasa Sayang Umno branch in Senawang for seditious statements and pictures fanning racial tensions

SEREMBAN: The Taman Rasa Sayang Umno branch in Senawang under the Rembau division earned the ire of Pakatan Rakyat for instigating tensions between the Malays and Chinese.

Rembau PKR secretary, Norazizi Abdul Aziz, said an eight-page document appended to the minutes the Umno’s division annual meeting contains seditious statements and pictures maligning Pakatan leaders.

“The contents of the document, dated March 5, is seditious and designed to instigate racial tensions among the Malays and the Chinese in Pakatan,” said Norazizi after lodging a police report at the

district police headquarters here.

Titled “Pendedahan Untuk Kesedaran” it has a picture of DAP advisor Lim Kit Siang under a sub-heading heading which reads: “DAP Anti Islam” and the words “Ketuanan Rakyat” (proposed by Pakatan Rakyat) was changed to “Ketuanan Cina”.

Another picture shows Kit Siang delivering a speech and the caption reads: “Kita hapuskan hak Melayu, kita tolak Islam! Mari bersama kami, PAS, PKR dan DAP”

PKR’s de facto leader Anwar Ibrahim is portrayed as a No 1 liar and branded as a traitor of the Malays, Muslims and the nation.

Disrespecting the King

Kelantan Menteri Besar and PAS spiritual leader Nik Aziz was not spared either.

A caricature depicts Taiping MP and former Perak exco member Nga Kor Ming as an imam leading a prayer session with Nik Aziz and Anwar behind Kor Ming.

The prayer rug used by Muslims called “sejadah” has the DAP logo on it. Nik Aziz and Anwar are caricatured on prayer rugs with their respective party logos.

Rembau PAS chief, Mohd Taufek Abdul Ghani, slammed Umno for showing disrespect to King’s speech at the opening of the new parliament session Monday, where he said narrow racial sentiments must be nipped in the bud before they festered in the community.

Mohd Taufek urged Umno not to resort to cheap and dangerous tactics to divide the races.

The Umno meeting was officiated by Negeri Sembilan Menteri Besar who is also the Rembau Umno chief.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/03/09/pakatan-leaders-maligned-in-umno-document/

Majlis MaulidurRasul Madrasah Bongek Rembau 12 Mac 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL

Tarikh : 12 Mac 2011 (SABTU)
Tempat : Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Kg Bongek, Rembau
Penceramah : Ustaz Zulkifli bin Ahmad - Mudir Tahfiz Laman Mukmin, Kuala Lumpur

Semua Dijemput Hadir

Laman web Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim di http://madrasahbongek.blogspot.com

ATURCARA
4.33 ptg : Solat Fardhu Asar Berjemaah
5.00 ptg : Bacaan Tahlil untuk al-Marhum Tuan Guru Haji Ibrahim
5.30 ptg : Bacaan Barzanji
7.26 mlm : Solat Fardhu Maghrib berjemaah
7.45 mlm : Solawat Beramai-ramai
8.00 mlm : Ceramah Maulidurrasul oleh Sohib al-Fadhilah Ustaz Zulkifli bin Ahmad
10.00 mlm : Solat Fardhu Isyak berjemaah
6.00 ptg hingga 10.30 mlm : Jamuan makan dan minum

****************************

BIODATA PENCERAMAH
Nama : Zulkifli Bin Ahmad
Asal : Sg Petani Kedah
Pendidikan : Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Universiti al-Azhar Mesir (Jurusan Syariah Islamiah)
Pekerjaan : Mudir Tahfiz Laman Mukmin , Penceramah
Status : Berkahwin (4 cahaya mata)
Menetap : Taman Kencana, Kuala Lumpur
Pengalaman : 10 Tahun berceramah (Termasuk rakaman di Klasik FM dan Selangor FM), Mengendalikan Ceramah Motivasi
Kuliah : Kuliah Tetap Maybank H.Q, EON Bank H.Q, Celcom, Felda, JKR H.Q., Affin Bank H.Q, Bank Islam, LHDN,Surau dan Masjid sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan

Selasa, 8 Mac 2011

Pas Rembau kutip RM37,500 menerusi jualan amal


Sinar Harian 8 Mac 2011

SEREMBAN – Pas kawasan Rembau berjaya mengumpul dana sebanyak RM37,500 hasil daripada jualan amal makan malam yang akan berlangsung esok di City Kingdom Ballroom, di sini pada pukul 8 malam.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata, jamuan makan malam yang akan dihadiri kira-kira 750 orang itu bertujuan untuk mengumpul dana Pas bagi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurutnya, penganjuran majlis makan malam tahun ini merupakan satu kejayaan memandangkan sebanyak 75 meja ditawarkan, kesemuanya sudah dijual dengan harga RM500 setiap satu.

“Pelbagai acara dan pengisian dirancang; antaranya, Anugerah Tokoh Veteran dan juga Anugerah Tokoh Masyarakat Pas, serta Anugerah Pelajar Cemerlang DUN Paroi,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8842976.asp

Isnin, 7 Mac 2011

Saman Ekor tak Wajib bayar, artikel Utusan Malaysia


Utusan Malaysia 7 Mac 2011

ISU SAMAN EKOR

MAHKAMAH, melalui kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak tahun 2009 telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di mahkamah.

Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan.

JPJ juga telah diarahkan membayar ganti rugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, adakah seseorang itu benar-benar melakukan kesalahan yang didakwa sehingga mereka wajib membayar denda?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak.

Jika ada yang tertunggak maka ia bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk menjawab saman itu.

Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap supaya OKS hadir mahkamah.

Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mengakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesailah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi had laju.

Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan.

Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi had laju.

ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0307&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

Sabtu, 5 Mac 2011

Rimas lihat sampah bertimbun


Sinar Harian 5 Mac 2011

CHENGKAU - Penduduk di sini, memohon agar pihak yang berkaitan dapat mengutip sampah dengan lebih kerap lagi kerana mereka tidak tahan dengan bau busuk dan longgokan sampah yang dibuang hingga mencacatkan pemandangan.

Penduduk, Chong Kan Wah, 62, berkata, peniaga di sini, akan membuang sampah pada setiap hari dan jika keadaan ini dibiarkan dalam tempoh lama, sudah tentu sampah semakin bertambah.

Menurutnya, pihak berkaitan seharusnya mengutip sampah dengan lebih kerap bagi mengelakkan sampah bertimbun selain menambahkan tong sampah sedia ada bagi menampung jumlah sampah yang banyak.

“Saya menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemimpin setempat untuk mengambil serius masalah penduduk kerana keadaan di sini begitu kotor,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Malah, Kan Wah berkata, selain diselongkar haiwan sama ada kucing atau anjing liar, sampah yang lewat diangkat akan berulat dan menjadi punca bau busuk yang mengganggu penduduk ketika melalui kawasan ini.

“Timbunan sampah ini juga mengundang banyak kucing dan anjing liar datang ke kawasan ini untuk mencari makanan, di samping kehadiran lalat yang banyak di sini,” katanya.

Menurutnya, masalah sampah bukanlah isu baru kerana banyak tempat mengalami masalah seperti ini, namun itu tidak bermakna pihak berkaitan perlu memandang ringan masalah berkenaan.

“Mereka perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini, supaya tidak berulang lagi. Langkah proaktif perlu difikirkan bukannya bertindak setiap kali menerima laporan tetapi selepas itu perkara sama tetap berlaku,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8832228.asp

Selasa, 1 Mac 2011

Banner Makan Malam Rembau kena CURI, Jom Bantu


Urusetia Majlis Makan Malam Rembau melaporkan banner/kain rentang untuk program ini yang diletakkan di persimpangan lampu isyarat di Taman Matahari Height, Senawang yang digantung awal minggu ini telah didapati hilang dalam tempoh 24 jam selepas digantung. Pihak urusetia tidak akan membuat laporan polis.

Pihak urusetia menyeru kepada semua ahli dan mereka yang prihatin agar mendoakan sesiapa yang mecuri banner tersebut diberi petunjuk dan hidayah ALLAH swt, dan sekiranya banner tersebut dalam keadaan baik , hendaklah digantung semula dengan baik ditempatnya kembali. (Kepada mereka yang terasa makan cili, sila sampaikan peringatan ini kepada mereka yang berkenaan).

Sekali lagi pihak urusetia mengharapkan semua ahli dan penyokong sentiasa mendoakan agar segala program Pakatan Rakyat di kawasan Rembau ini akan berjaya dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Ini adalah kerana setiap apa yang dirancang di Rembau ini sentiasa mendapat rintangan, tentangan, sabotaj dan sebagainya berbanding dengan kedai judi berlesen, kedai judi internet tidak berlesen dan sebagainya.

Semoga Allah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat di Rembau ini khususnya dan Negeri Sembilan amnya. Bangkitlah semua dari lena dan tidur kepada semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

MAJLIS MAKAN MALAM REMBAU
Serta Pelancaran Dana Pilihanraya PAS Rembau

Tarikh : 9 Mac 2011 , RABU
Masa : 8 malam
Tempat: City Kingdom Ballroom, Taman AST, Seremban

TETAMU JEMPUTAN :
Tuan Guru Dato Dr Haron Din - Timbalan Mursyidul Am PAS
YB Dr Mujahid Yusof Rawa - Ahli Parlimen Parit Buntar
Zulkefly Mohamad Hj Omar - Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Mohamad Taufek - ADUN Paroi , YDP PAS Rembau
CheguBard - Ketua Cabang PKR Rembau
Yau Con Seng - Kelab Penyokong PAS

Kupon : RM50/org

Anjuran : PAS Kawasan Rembau

Untuk tempahan kupon hubungi :
Sdr Sahrizal 017-4680125 jaibokam@yahoo.com
Ustaz Yusri 013-2116237 syahid87_kias@yahoo.com
Laman blog Makan Malam Rembau di http://danarembau.blogspot.com/

Untuk sumbangan Majlis Makan Malam dan Dana Pilihanraya PAS Rembau sila hubungi Bendahari PAS Rembau Sdr Hamizi 012-2832458 hamizi_ahmad@yahoo.com

HULURKAN SUMBANGAN KE :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban) No akaun : 05-012-01-007334-7
atau BSN, No Akaun 0511229878928137

PETA KE CITY KINGDOM pada pautan berikut http://danarembau.blogspot.com/2011/02/majlis-makan-malam-rembau_28.html