RHI

RHI

JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

Isnin, 28 Februari 2011

Siapa Yang Menjanjikan Hospital Kepada Orang Rembau ?

7 MAC 2008 - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meletakkan Batu Asas untuk pembinaan Hospital Rembau yang berharga RM 100 Juta

11 JAN 2011 – Setelah hampir 3 tahun, Chegubard, Ketua Cabang PKR Rembau melawat Batu Asas Hospital Rembau dimana projek RM 100 Juta Hospital Rembau masih belum berjalan

Kenapa ? Tak Percaya ?

Lihat sendiri kedua-dua gambar pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Jumaat, 25 Februari 2011

Tawaran Istimewa untuk Anak Rembau di Perantauan


Tawaran istimewa khusus untuk Anak Rembau di Perantauan juga kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk Dana Pilihanraya PAS Kawasan Rembau.

Sila poskan borang yang telah diisi ke :

Hamizi bin Ahmad
Pusat Khidmat DUN Paroi
No 22 , Jalan Bunga Raya 27
Taman Tasik Jaya
70400 Seremban , N.Sembilan

atau e-melkan borang ke hamizi_ahmad@yahoo.com
Sila klik dan cetak borang diatas

Khamis, 24 Februari 2011

Sembang Petang Muslimat Rembau 12 Mac 2011

MAJLIS MINUM PETANG
Hi Tea & Ramah Mesra bersama Cikgu Mala bekas calon PRK Tenang
Tarikh : 12 Mac 2011 (SABTU)
Masa : 3 ptg
Tempat : Pasti Al-Hikmah, Taman Tunku Jaafar, Senawang

Agenda:
- Citra pengerusi
- Dialog bersama Cikgu Mala & Ketua DMPNS
- Pelancaran dana PRU 13 bagi Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau
- Jualan Amal Muslimat Rembau

Terbuka untuk semua golongan wanita

Sumber : http://nurmutiara.blogspot.com/2011/02/hi-tea-dialog-ramah-mesra-bersama-bekas.html

Rabu, 23 Februari 2011

Beberapa Gerai Peniaga Melayu Rembau akan diroboh?


Peniaga bimbang gerai diroboh
Sinar Harian 23 Feb 2011

Sungai Layang, Rembau - Peniaga gerai Majlis Daerah Rembau (MDR) di sepanjang jalan Kampung Sungai Layang berasa bimbang apabila dimaklumkan bangunan yang ditambah tanpa kebenaran akan dirobohkan.

Peniaga lemang, Johari Ishak berkata, dia menambah atap di bahagian belakang kerana ruang gerai yang sedia ada sempit dan tidak selesa, terutama pada waktu hujan.

Menurutnya, gerainya sering terkena tempias air hujan dan keadaan itu menjejaskan perniagaannya.

“Oleh sebab itu, peniaga di bangunan ini terpaksa membina beberapa bahagian seperti dapur dan tempat menyimpan barang kerana ruang yang ada begitu terhad. Walaupun menyedari tindakan kami salah tetapi kami tiada pilihan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Johari berkata, beberapa hari lalu, Bahagian Penguatkuasaan MDR datang dan memaklumkan bahawa tindakan mereka adalah salah kerana membina bangunan tambahan tanpa kebenaran.

“Saya sebagai wakil kepada peniaga di sini, memohon supaya pihak MDR dapat mempertimbangkan semula supaya tidak merobohkan bangunan yang dibina dan memberi kami peluang untuk berniaga seperti biasa,” katanya.

“Tinjauan yang dilakukan ke beberapa gerai di sini menunjukkan ada peniaga terpaksa membina bahagian dapur dan tempat menyimpan barang kerana keadaan gerai yang kecil,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8793886.asp

Selasa, 22 Februari 2011

Ceramah Maulid Nabi 26 Feb 2011 Senawang


CERAMAH MAULID NABI
Tarikh : 26 Februari 2011 , Sabtu
Masa : 7.45 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Matahari Height, Senawang
Penceramah : Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa

Semua Dijemput Hadir

Rabu, 16 Februari 2011

Anjing liar ganggu penduduk


Sinar Harian 16 Feb 2011

REMBAU - Penduduk Taman Sri Rembau, di sini menggesa pihak berkuasa mengatasi segera masalah anjing liar yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Penduduk mendakwa kehadiran sekumpulan anjing liar yang sering berkeliaran di kawasan perumahan itu mengganggu kehidupan mereka.

Yusri Md Isa, 35, berkata, anjing liar itu bukan sahaja berkeliaran di sekeliling kawasan taman perumahan dan rumah lot banglo, malah masuk ke laman rumah untuk mencari makanan.

Menurutnya, malah kasut yang diletakkan di atas rak juga rosak kerana digigit dan digonggong anjing liar itu.

“Anjing ini tidak dapat mencari makanan di kawasan rumah sehinggakan kasut pun menjadi mangsa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Yusri berkata, bilangan yang banyak menyebabkan anjing itu tidak takut kepada penduduk di sini.

“Mungkin jika satu atau dua ekor, kita boleh menghalau anjing ini tetapi dengan jumlah yang banyak, ia tidak berkesan,” katanya.

Dia berkata, kehadiran anjing itu juga mengundang bahaya kepada kanak-kanak.

“Anjing liar ini sangat aktif pada sebelah pagi dan malam tetapi sepanjang pengetahuan saya belum ada penduduk yang digigit haiwan berkenaan,” ujarnya.

Katanya, diharap pihak berkenaan dapat menangkap anjing liar itu sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8760209.asp

Jumaat, 11 Februari 2011

Tawaran pengiklanan dalam BISNES N.Sembilan

Lajnah Ekonomi PAS Kawasan Rembau akan mengedarkan Direktori BISNES sebagai lampiran dalam Buku Cenderamata Majlis Makan Malam PAS Kawasan Rembau yang akan dihadiri oleh Dato Dr Haron Din pada 9 Mac 2011 ini.

Dijangkakan 1000 orang akan menghadiri majlis ini.

BISNES adalah merupakan singkatan untuk Buku Iklan uSahawan NEgeri Sembilan.

Kadar pengiklanan dalam BISNES ialah RM400 untuk saiz 12cm x 20cm (satu mukasurat A5) dan RM200 untuk saiz 12cm x 10 cm (setengah mukasurat A5)

Mana-mana pihak yang membuat pengiklanan dalam Direktori BISNES ini akan mendapat tawaran pengiklanan dalam Blog http://bisnes9.blogspot.com selama satu tahun secara PERCUMA.

Untuk maklumat lanjut tawaran pengiklanan dalam BISNES sila hubungi Sdr Hakki 013-3840022 alhaqqy@yahoo.com

Maklumat lanjut mengenai Majlis Makan Malam PAS Kawasan Rembau di http://danarembau.blogspot.com

Khamis, 10 Februari 2011

Longkang perlu segera dibaiki

Sinar Harian 10 Feb 2011

CHEMBONG - Penduduk Taman KSNS Chembong, di sini, mendesak pihak berkuasa menaik taraf sistem perparitan di kawasan berkenaan yang tersumbat sehingga menimbulkan bau busuk sejak beberapa tahun lalu.

Mereka mendakwa, air kotor yang bertakung di dalam parit sekitar taman perumahan itu tidak dapat mengalir akibat sistem perparitan tidak terurus.

Keadaan itu menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk apabila mereka terpaksa menghidu bau kurang menyenangkan setiap hari terutama pada musim hujan.

Penduduk, Abdul Razak Samsudin, 65, berkata, longkang di rumahnya mengalami kerosakan dan pecah menyebabkan pengaliran air menjadi lebih sempit, sekali gus mengakibatkan air longkang melimpah keluar setiap kali hujan lebat.

“Jika hujan lebat, longkang di kawasan rumah saya tidak mampu menampung jumlah air yang banyak dan melimpah keluar, selain baunya sangat busuk,” katanya.

Seorang lagi penduduk, S Ravichandran, 42, berkata, sisa buangan makanan disalirkan terus dari rumah penduduk memburukkan lagi keadaan.

“Timbunan sampah-sarap juga menjadi antara punca parit berkenaan tersumbat.

“Masalah ini menyebabkan air longkang bertukar menjadi hitam sehingga mengeluarkan bau meloyakan,” katanya.

Menurutnya, penduduk sudah memaklumkan masalah itu kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Bagaimanapun, sehingga kini tiada tindakan diambil dan penduduk masih dihantui masalah longkang tersumbat yang mengganggu kehidupan seharian.

“Pada masa sama, saya harap semua penduduk bekerjasama berusaha menangani masalah ini bagi memastikan longkang tersumbat dapat diatasi kerana bukan sahaja menjadi punca bau busuk, malah turut menjadi lokasi pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8740414.asp

Selasa, 8 Februari 2011

Pidato Pemuda 13 Feb 2011 Seremban

PIDATO PEMUDA PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 13 Feb 2011, AHAD
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Senawang
Pemidato :
Ust Nasaruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat
Ust Azman Sapawi, Timb Ketua Pemuda PAS Pusat
Sdr Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor
Ust Khairul Anuar Wafa, Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Sdr Nazree Yunus, Ketua AMK N.Sembilan

PEMUDA PEJUANG RAKYAT !

Semua Dijemput Hadir

Ahad, 6 Februari 2011

Dato Dr Haron Din di Majlis Makan Malam PAS Rembau


PAS Kawasan Rembau kini berusaha mengumpul dana bagi menghadapi pilihanraya umum.

Sehubungan dengan itu, satu majlis makan malam akan diadakan pada 9 Mac 2011 di Seremban dengan penglibatan ahli serta pimpinan Pakatan Rakyat.

Antara yang bakal hadir ialah Timbalan Mursyidul Am PAS Dato Dr Haron Din, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa, ADUN Paroi yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau dan Ketua Cabang PKR Rembau Chegubard.

Antara acara yang diadakan dalam majlis tersebut ialah Anugerah Khas untuk Tokoh Veteran PAS Kawasan Rembau sebagai menghargai jasa-jasa pejuang PAS terdahulu yang telah banyak berjasa sehingga PAS di Negeri Sembilan buat pertama kalinya berjaya menghantar wakil rakyat ke Dewan Undangan Negeri Sembilan selepas memenangi kerusi DUN Paroi dalam Parlimen Rembau semasa Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 yang lalu.

Menurut Pengarah Program Saudara Sufian Ibrahim yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Rembau, harga kupon untuk majlis tersebut ialah RM50 seorang dan tempat yang disediakan terhad kepada 1000 orang peserta sahaja.

Katanya, mereka yang berminat untuk menghadiri majlis, memberikan sumbangan atau membuat pengiklanan dalam buku program diminta menghubungi pihak urusetia majlis iaitu Saudara Sahrizal 017-4680125 atau Ustaz Yusri 013-2116237.

Khamis, 3 Februari 2011

Jamuan bersama Dato Dr Haron Din 9 Mac 2011 Seremban


MAJLIS MAKAN MALAM
Serta Pelancaran Dana Pilihanraya PAS Rembau
Bersama Dato Dr Haron Din
Tarikh : 9 Mac 2011 , RABU
Masa : 8 malam
Tempat : Seremban
Turut serta : YB Dr Mujahid Yusof Rawa, YB Hj Mohamad Taufek & CheguBard
Kupon : RM50/org

Untuk tempahan kupon hubungi :
Sdr Sahrizal 017-4680125 jaibokam@yahoo.com
Ustaz Yusri 013-2116237 syahid87_kias@yahoo.com

Untuk sumbangan Majlis Makan Malam dan Dana Pilihanraya PAS Rembau sila hubungi Bendahari PAS Rembau Sdr Hamizi 012-2832458 hamizi_ahmad@yahoo.com
Hulurkan sumbangan ke :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban) No akaun : 05-012-01-007334-7
atau BSN, No Akaun 0511229878928137

Untuk Iklan dalam Buku Cenderamata sila hubungi Sdr Hakki 013-3840022 alhaqqy@yahoo.com

Selasa, 1 Februari 2011

Bersama Dr Badrul Amin 5 Feb 2011 Senawang


CERAMAH PERDANA
Tarikh : 5 Feb 2011 SABTU
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Pasti Taman Tuanku Jaafar, Senawang
Penceramah :
Ustaz Dr Badrul Amin Bahron
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi
Chegubard

Semua dijemput hadir