RHI

RHI

TABUNG KEBAJIKAN

TABUNG KEBAJIKAN

Isnin, 28 Jun 2010

Mohd Sabu 11 Julai 2010 Johol N.Sembilan


CERAMAH PERDANA
Bersama Tn Hj Mohammad Sabu dan cheGuBard
Tarikh : 11 Julai 2010 / Ahad
Masa : 9 malam
Tempat : Johol , Negeri Sembilan

Pertanyaan 019-4647018

Sumber : http://chegubard.blogspot.com/

Khamis, 24 Jun 2010

YB Ir Nizar Jamaludin di Seremban 29 Jun 2010




CERAMAH MOBILISASI MEMBANTAH JUDI
Tarikh : 29 Jun 2010 / Selasa
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Muhibbah , Kg Ismail , Ampangan , Seremban

Penceramah :
YB Ir Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
Chegubard
Suhaizan Kayat , EXCO Pemuda PAS Pusat
Aiman Athirah Al Jundi , EXCO Muslimat PAS Pusat

Semua dijemput hadir

Isnin, 21 Jun 2010

Guru tiada masa untuk keluarga



Pada ketika penjawat awam lain sedang kelam-kabut menuju ke tempat mesin perakam waktu, guru-guru kita sudah sampai ke sekolah seawal jam 7 pagi lagi. Jika lewat, alamat sesi pembelajaran turut bermula lewat. Apabila setiap Sabtu pun perlu bekerja, apa pula nasib anak-anak dan suami atau isteri yang tidak sempat bersama untuk menghabiskan masa senggang.

Jangan lupa 26 Jun 2010 ini , 15,000 guru seluruh Negeri Sembilan akan diraikan pada hari SABTU JAM 8 MALAM. Kisahnya di Hari Guru, Rekod Bubur Lambuk MB N.Sembilan http://amkns.blogspot.com/2010/06/hari-guru-rekod-bubur-lambuk-mb.html

*************************
Harian Metro 21 Jun 2010

GOLONGAN guru ibarat dian yang membakar diri. Tanpa guru sudah pasti surat atau e-mel ini pun tidak dapat ditulis oleh saya. Ada pandangan sinis mengatakan guru sudah ada cuti sekolah yang panjang sebagaimana murid mereka setiap tahun sedangkan guru perlu bertugas sepanjang tahun bagi meningkatkan pencapaian sekolah dari semasa ke semasa menurut arahan pengetua atau guru besar.

Peranan guru bukan setakat memikirkan masalah murid yang puluhan orang di sekolah, malah ada yang termimpi-mimpi akan prestasi keputusan peperiksaan utama yang bakal keluar kelak.

Jika prestasi merudum, alamat kelas tambahan akan bertambah-tambah dan masa guru terutama guru wanita dengan anak-anak dan suami akan semakin berkurang pada tahun depan. Pengetua juga perlu memikirkan bagaimana mahu meningkatkan prestasi pelajar pada waktu belajar dari jam 7.40 pagi hingga 2 petang.

Pada ketika penjawat awam lain sedang kelam-kabut menuju ke tempat mesin perakam waktu, guru-guru kita sudah sampai ke sekolah seawal jam 7 pagi lagi. Jika lewat, alamat sesi pembelajaran turut bermula lewat. Apabila setiap Sabtu pun perlu bekerja, apa pula nasib anak-anak dan suami atau isteri yang tidak sempat bersama untuk menghabiskan masa senggang.

Perlu diingat, guru juga seorang ibu dan bapa, juga anak kepada ibu bapanya yang sudah tentu mempunyai tanggungjawab moral dan agama untuk dipenuhi. Namun, jika masa mereka habis di sekolah kelak akan jadi seperti pepatah, ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.’

Maka perlu ada ruang untuk semua guru mendapat cuti setiap Sabtu dua kali sebulan dan setiap pengetua perlu memperkasakan pengajaran di waktu pejabat supaya kelas tambahan dan aktiviti kokurikulum tidak selalu diadakan setiap Sabtu.

Sewajarnya gelaran sekolah berprestasi tinggi (SBT) tidak menjadi faktor pendesak kepada pengetua dan guru besar untuk memperhebatkan usaha mencapai tahap itu. Ini akan menjadikan guru subjek teras untuk peperiksaan akan lebih tertekan untuk memperbanyakkan kelas dan latih tubi yang akhirnya menjadikan mereka sibuk 24 jam membuat kertas soalan dan modul lebih mesra pelajar. Jika sekolah mencapai tahap terbaik, apa faedahnya kepada guru yang hilang banyak masa dengan keluarga mereka.

Guru juga adalah manusia yang mempunyai had kesihatan tertentu. Jika keringat mereka diperah, takut mereka hilang minat untuk mengajar akibat keletihan fizikal dan minda. Kita sedia maklum ada sekolah aliran lain menetapkan masa bekerja guru mereka dari jam 7 pagi hingga 4 petang.

Jika Sabtu pun mereka terpaksa bekerja, bayangkan bila mereka dapat mendidik anak sendiri dengan lebih berkesan. Takut nanti kera di hutan kenyang disusukan, anak di rumah merintih merayu untuk mendapatkan perhatian.

Justeru, masanya sudah tiba untuk kita lebih empati dengan masalah guru yang bekerja demi kecemerlangan anak-anak murid mereka. Cabaran SBT perlu disahut oleh pengetua dan guru besar dengan lebih rasional. Memang wujud sekolah yang lemah dalam pencapaian, maka perlu sekolah itu dibantu secara menyeluruh oleh setiap Jabatan Pelajaran daerah dan jangan membiarkan rencana setiap pengetua dan guru besar memberi kesan domino negatif kepada guru-guru yang mempunyai keterbatasan minda dan fizikal.

Cuti memang penting sebagai masa guru melapangkan dada dan fikiran daripada memikirkan masalah di sekolah.

Inilah masa ibu bapa mengambil alih sekejap tugas seorang guru dengan mengajar anak-anak mana yang perlu. Jangan jadikan guru sebagai pengajar sepenuh masa hingga masa rehat mereka turut menjadi mangsa kita.

ABDUL RAZAK IDRIS
Banting

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/e-melanda_Gurutiadamasauntukkeluarga/Article

Jumaat, 18 Jun 2010

Taman permainan terbiar, bahaya



Sinar Harian 18 Jun 2010

KOTA - Taman Permainan Kanak-kanak Rumah Rakyat Kota terbiar tanpa kerja pembersihan dan penyelenggaraan baik mengundang pelbagai risiko bahaya jika tidak ditangani segera.

Penduduk ditemui, Saadiah Hasan, 48, berkata, taman permainan kanak-kanak itu tidak dapat berfungsi dengan baik kerana keadaan sekeliling kawasan taman itu dipenuhi lalang dan semak.

Menurutnya, keadaan itu memberi petanda taman berkenaan tidak selamat digunakan kerana persekitaran taman tidak dijaga dan dibiarkan tanpa sebarang kerja pembersihan dan penyelenggaraan.

“Semak ini bukan sahaja mencacatkan pemandangan, tetapi membahayakan terutama kehadiran binatang berbisa seperti ular. Kanak-kanak tidak mengenal erti bahaya menyebabkan nyawa mereka terancam,” katanya.

Menurutnya, alat permainan seperti buaian dan jongkang jongket sepatutnya ditukar baru kerana sudah terlalu lama dan rosak.

“Alat permainan itu tidak sesuai digunakan. Kita tidak mahu sebarang kejadian buruk berlaku disebabkan itu tindakan proaktif pihak berkaitan diharap dapat menangani segera masalah ini,” katanya.

Selain itu, menurutnya, dia mencadangkan pihak berkenaan dapat menyediakan tempat riadah untuk golongan warga emas di sini. Kemudahan itu dapat memberi peluang kepada warga emas menjalani senaman ringan.

“Saya harap pihak berkaitan dapat memberi perhatian dan meneliti cadangan ini supaya mewujudkan kemudahan untuk golongan warga emas menjalani kehidupan lebih sihat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kampung Kota Pekan, Jahaya Awang berkata, masalah itu dipanjangkan kepada pihak Majlis Daerah Rembau atau pada majlis dialog dan sesi mendengar, namun sehingga kini tiada tindakan dilakukan.

“Saya berharap tindakan segera dapat diambil untuk membersihkan dan menyelenggarakan taman permainan kanak-kanak di sini supaya masalah ini tidak dibangkitkan penduduk pada masa akan datang sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7829771.asp

Khamis, 17 Jun 2010

Sewa tapak membebankan

Sinar Harian 17 Jun 2010

REMBAU - Rungutan peniaga pasar malam mengenai bayaran sewa dan beberapa masalah berkaitan pasar malam di daerah itu menarik perhatian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau.

Ketuanya, Badrul Hisham Shaharin berkata, pihaknya menerima aduan dan maklumat mengenai bayaran sewa tapak dan beberapa isu pengurusan pasar malam yang didakwa menyusahkan peniaga kecil.

Menurutnya, pihaknya menyokong peniaga diwajibkan mengambil lesen supaya lebih mudah diselia namun jumlah sebanyak RM130 adalah amaun terlalu besar kepada peniaga kecil yang memiliki pendapatan tidak menentu.

“Keadaan ini tentunya merunsingkan peniaga, tambahan ekonomi negara sekarang tidak menentu menyebabkan mereka berasa tertekan apabila memikirkan masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghantar memorandum di Pejabat Daerah Rembau (MDR), dekat sini.

Badrul Hisham berkata, masalah bertambah rumit apabila peniaga terpaksa membayar kutipan sampah tiga bulan sekali.

“Keadaan ini pastinya mendatangkan kesulitan terutama apabila berdepan situasi hari hujan, kenderaan rosak dan mengalami masalah kesihatan.

“Sudah tentu mereka tidak boleh berniaga tetapi terpaksa membayar wang kutipan sampah tapak walaupun tidak berniaga. Wang ini dikutip lebih daripada satu tapak. Bayangkan berapa jumlah peniaga terpaksa bayar kalau meniaga lebih daripada satu pasar malam,” katanya.

Menurutnya, peniaga bukan sahaja dibebani pelbagai bayaran dan peraturan tetapi kewujudan gerai haram turut menjejaskan periuk nasi mereka di sini.

“Pihak penguat kuasa perlu bertindak proaktif bagi mengesan gerai haram ini.

“Ini kerana tanpa penguatkuasaan yang rapi masalah ini sukar dibendung dan peniaga kecil terpaksa pula bersaing dengan peniaga haram ini. Keadaan ini memberi tekanan kepada peniaga kecil,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mencadangkan supaya MDR membuat pertimbangan semula mengenai bayaran lesen dan menghapuskan atau mengurangkan bayaran wang cagaran menjadi RM50.

“Jumlah yang tinggi menyebabkan peniaga tertekan dan dihantui masalah kewangan dengan pendapatan tidak menentu,” katanya.

Menurutnya, cara kutipan baru iaitu tiga bulan sekali yang diperkenalkan mungkin kerana kekurangan kakitangan.

“Oleh itu, pihak kami mencadangkan tapak pasar malam diberikan kepada organisasi masyarakat atau persatuan peniaga kecil pasar malam itu sendiri.

“Kutipan juga dapat dikembalikan kepada bentuk asal dan MDR boleh mengutip lesen serta bayaran daripada pengendali tapak pasar malam sahaja untuk mengatasi masalah peniaga haram,” katanya.

Badrul Hisham berkata, pihaknya tidak berniat untuk mempolitikkan isu itu tetapi ingin melihat pembelaan sewajarnya kepada peniaga kecil supaya suara hati mereka dapat disampaikan kepada pihak berkenaan.

“Kami bersedia bekerjasama mencari formula terbaik dalam memastikan daerah ini terurus dan mampu membela nasib peniaga kecil,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua MDR, Mohd Rawi Baharom ketika dihubungi berkata, pihaknya sedia maklum berkaitan masalah yang dihadapi peniaga kecil.

Menurutnya, masalah itu sudah pun dipanjangkan kepada Kerajaan Negeri setelah meneliti dan mengkaji masalah yang dikemukakan peniaga beberapa minggu lalu untuk perhatian dan tindakan lanjut.

“Buat masa ini pihak kami menunggu jawapan melalui usul dibawa ke peringkat atasan. Saya harap peniaga pasar malam dapat bersabar.

“Pihak kami tidak pernah mengabaikan setiap masalah diberikan apatah lagi menindas peniaga kecil untuk mencari rezeki,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7823799.asp

Rabu, 16 Jun 2010

Pasar malam cemar keadaan sekitar



Sinar Harian 16 Jun 2010

KOTA - Sikap sesetengah peniaga pasar malam yang tidak bertanggungjawab membiarkan sampah sarap bertaburan selepas waktu berniaga tidak seharusnya dipandang ringan.

Tindakan peniaga terbabit yang tidak menghiraukan aspek kebersihan mencemarkan permandangan pekan Kota dan mengundang rungutan ramai.

Pekerja pembersihan daripada SWM Environment yang hanya mahu dikenali sebagai Chellum, 51, berkata, masalah sampah bertaburan berlaku setiap pagi Selasa.

Menurutnya, bukan tapak pasar itu, malah ada antara peniaga membuang sampah ke dalam longkang sehingga menimbulkan suasana menjijikkan.

Chellum berkata, dia bersama rakan sekerjanya terpaksa menyapu dan mengaut sampah jam 6 pagi untuk membersihkan sekeliling.

“Kebanyakan sampah tidak dimasukkan dalam plastik sampah dan dibiarkan bertaburan. Sebagai pekerja, memang tanggungjawab kami untuk membersihkan kawasan ini tetapi kerjasama peniaga pasar malam diperlukan kerana tindakan mereka menyulitkan kerja pembersihan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi berkenaan.

Chellum berkata, dia juga kecewa kerana longkang berhampiran tapak pasar malam turut menjadi tempat peniaga ingkar membuang sampah sehingga menyebabkan longkang tersumbat dan dipenuhi sampah sarap.

“Sepatutnya peniaga membuang sampah dengan cara yang betul, bukannya bertindak sesuka hati dan mementingkan diri, ini menimbulkan masalah apabila longkang tidak dapat berfungsi,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan persekitaran busuk dan bertambah parah apabila hujan lebat apabila longkang akan dipenuhi air busuk yang mengalir keluar turut membawa himpunan sampah.

“Penduduk yang menunggu bas di pondok bos terpaksa menutup hidung kerana bau busuk. Lihatlah keadaan longkang ini sangat kotor dan boleh menjadi punca penyakit,” katanya.

Masalah itu turut dipanjangkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kota Pekan, Jahaya Awang yang berkata, pihaknya sedia maklum mengenai masalah itu.

Menurut Jahaya, ia dibawa ke mesyuarat peringkat JKKK dan daerah dan pihaknya mencadangkan peniaga pasar malam dibekalkan plastik sampah bagi memudahkan kerja.

“Ini bagi memastikan peniaga pasar malam tidak berterusan membuang sampah begitu sahaja sehingga menyukarkan SWM Environment,” katanya.

Beliau berkata, pihak penguatkuasa juga perlu bertindak lebih tegas dengan peniaga pasar malam yang tidak mematuhi peraturan dan memantau keadaan sekeliling sehingga tamat waktu berniaga.

“Langkah ini penting bagi memastikan peniaga pasar malam membuang sampah mengikut cara yang betul iaitu membuang sampah dalam plastik dengan mengikatnya dan meletakkan sampah di tempat lebih teratur.

“Jika mereka degil penguatkuasa boleh mengeluarkan notis dan amaran kepada peniaga. Secara tidak langsung, peniaga akan akur dengan arahan dan tidak lagi membuang sampah merata-rata,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7816121.asp

Selasa, 15 Jun 2010

Jalan rosak jadi perangkap maut


Sinar Harian 15 Jun 2010

REMBAU - Orang ramai yang melalui Jalan Lubok China-Astana Raja pasti mengeluh kerana keadaan jalan berlubang teruk walaupun sudah dibaiki dan diturap

Keadaan itu mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya apabila melalui jalan itu terutama penunggang motosikal apatah lagi tiada papan tanda menunjukkan jalan rosak.

Penduduk, Saedon Mohd Ali, 54, berkata, dia menggunakan jalan itu pada setiap hari untuk ke kebun dan tidak menafikan keadaan jalan banyak berlubang sehingga mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Menurutnya, jika pengguna jalan raya tidak berhati-hati berkemungkinan mereka ditimpa bahaya sememangnya tinggi terutama penunggang motosikal kerana lubangnya begitu dalam dan menjadi perangkap maut’

“Keadaan lebih bahaya apabila waktu malam kerana suasana bertambah gelap. Disebabkan itu pengguna perlu lebih berhati-hati apabila melalui jalan ini bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Saedon berkata, sebelum ini, jalan berlubang sudah diturap semula namun masalah masih berulang menyebabkan keadaan jalan bertambah parah.

“Situasi ini jelas menunjukkan bahan digunakan tidak cukup untuk menahan keretakan daripada berlaku.

“Jalan raya ini sering digunakan tidak kira motosikal mahu pun lori besar yang mungkin menjadi punca utama kerosakan jalan,” katanya.

Menurutnya, pihak berkaitan perlu memandang serius mengenai masalah itu dan membaiki segera kerosakan jalan supaya tidak berulang seterusnya mengurangkan risiko kemalangan.

“Saya harap pihak berkenaan mengenal pasti punca kerosakan bagi memastikan masalah ini ditangani segera dan pengguna jalan raya dapat menggunakan jalan ini dengan lebih selamat,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7810619.asp

Rabu, 9 Jun 2010

Temui Wira GAZA 12 Jun di Senawang



CERAMAH SELAMATKAN RAKYAT PALESTIN
Tarikh : 12 Jun 2010 / Sabtu
Masa : 7.30 malam
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang , N.Sembilan
Penceramah : Ust Hasanuddin Mohd Yunus , Pengerusi Aqsa Syarif http://aqsasyarif.com/ ( sukarelawan ke Gaza , bekas tahanan rejim Israel )

Semua dijemput hadir tanpa mengira agama, kaum, bangsa dan fahaman politik

Maklumat lanjut hubungi Sdr Hasri 012-3364065

Laman web Masjid Bandar Baru Senawang di

Sila sebarkan maklumat ini http://masjidsenawang.blogspot.com/

Jumaat, 4 Jun 2010

Ceramah Palestin 5 Jun Senawang

Ceramah Isu Semasa di Palestin
Tarikh : 5 Jun 2010 / Sabtu
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Matahari Height , Senawang
Penceramah : Tuan Haji Shamsuri Abdullah , Pengerusi Aqsa Syarif NS

Semua dijemput hadir

Khamis, 3 Jun 2010

Berita Baik, Pusat Kaunseling Wanita Percuma


Pusat Khidmat Kaunseling Wanita (PELITA) DUN Paroi telah mula beroperasi

Mula operasi pada 29 Mei 2010
Dibuka setiap hari Sabtu dari jam 3 petang hingga jam 5 petang
Di atas Pusat Khidmat DUN Paroi , Taman Tasik Jaya, Senawang

Perkhidmatan adalah Percuma

Mudah-mudahan dengan adanya Pusat Khidmat Kaunseling Wanita ini akan dapat dikongsi bersama bebanan masalah wanita yang ditanggung terutamanya dikalangan ibu tunggal , ibu tinggal , remaja perempuan , remaja terlanjur dan sebagainya.

Maklumat lanjut di http://nurmutiara.blogspot.com/2010/06/pusat-khidmat-kaunseling-wanita-mula.html

Rabu, 2 Jun 2010

Solat Hajat Perdana GAZA 3 Jun Seremban

SOLAT HAJAT PERDANA
Bebaskan Tawanan NGO dan Selamatkan GAZA
Tarikh : 3 Jun 2010 / Khamis
Masa : 7.15 malam
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya, Senawang, Seremban

Turutkan diadakan taklimat oleh wakil NGO Palestin

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Anjuran :
PAS Cawangan Taman Tasik Jaya dan Urusan Ulamak PAS Kawasan Rembau

Hutan Simpan N.Sembilan Diceroboh

Hutan Simpan Johol diceroboh
Kosmo 2 Jun 2010


KEADAAN lereng bukit yang ditarah oleh peneroka haram di Hutan Simpan Johol, Negeri Sembilan semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

REMBAU - Kira-kira lima hektar kawasan Hutan Simpan Johol, dekat sini musnah dipercayai akibat diteroka secara haram sejak beberapa bulan lalu.

Tinjauan Kosmo! ke lokasi yang terletak di Bukit Miku, di antara sempadan Rembau dan Kuala Pilah itu semalam mendapati hutan itu kini gondol apabila pokok-pokok balak termasuk yang berusia ratusan tahun telah ditebang.

Terdapat juga tiga buah pondok yang dibina di lokasi itu dan kesan penerokaan haram tersebut jelas kelihatan ketika melalui jalan Inas-Johol.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, aktiviti berkenaan sudah berlarutan sejak hujung tahun lalu.

"Saya difahamkan hutan itu ditebang untuk aktiviti pertanian dan dijadikan lokasi penempatan Orang Asli.

"Saya tidak pasti sama ada aktiviti itu mendapat kebenaran pihak berkuasa atau tidak tetapi saya sedih kerana kawasan hutan ditebang serta dibakar begitu sahaja," katanya ketika ditemui semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0602&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

Selasa, 1 Jun 2010

Ceramah Bebas Tawanan 4 Jun Senawang




CERAMAH PERDANA
Bebaskan Tawanan NGO , Selamatkan GAZA
Tarikh : 4 Jun 2010 / Jumaat
Masa : 9.30 malam
Tempat : Pejabat DUN Paroi , Taman Tasik Jaya , Senawang

Penceramah :
YB Dr Syed Azman Syed Nawawi , Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat
Zulkefly Mohamad Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani , ADUN Paroi
Ustaz Khairil Anuar Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Wakil-wakil NGO

Semua Dijemput Hadir