Isnin, 31 Mei 2010
Solat Hajat bersama ADUN Paroi 1 Jun
SOLAT HAJAT SELAMATKAN SUKARELAWAN GAZA
Tarikh : 1 Jun 2010 / Selasa
Masa : 7.15 malam
Tempat : Surau Taman Alamanda , Senawang
Bersama YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi
Tazkirah selepas Maghrib oleh ADUN Paroi
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Hakisan tebing ancam nyawa

Sinar Harian 31 Mei 2010
PEDAS - Keadaan tanah tebing di belakang rumah seorang penduduk di Kampung Pedas Tengah, di sini, berhampiran Sungai Pedas yang semakin terhakis dan sudah berlarutan sejak empat tahun lalu amat membimbangkan pemiliknya.
Hamzan Shariff, 55, ketika ditemui Sinar Harian berkata, tanah yang terhakis semakin menghampiri pagar di belakang rumahnya.
"Hakisan berlaku kerana keadaan sungai bengkok menyebabkan air tertumpu di bahagian belakang rumah. Keadaan semakin bertambah buruk apabila hujan lebat sehingga meruntuhkan tebing.
“Saya khuatir, jika masalah ini tidak ditangani segera, keselamatan diri tidak terjamin, apatah lagi jarak antara sungai dan rumah hanya kira-kira 100 meter sahaja," katanya.
Menurutnya, pihak berkenaan harus berusaha mengambil langkah mengatasi keadaan hakisan itu kerana ia membabitkan soal nyawa dan kepentingan penduduk.
"Sebelum berlaku kejadian tidak diingini, pihak berkenaan perlulah bertindak dengan proaktif bagi mengurangkan kebimbangan penduduk, selain memberi jaminan keadaan di kawasan terbabit selamat dan tidak membahayakan nyawa mereka.
"Jangan biarkan masalah ini bertambah rumit. Langkah yang boleh diambil adalah dengan memasang batu sangkar bagi mengelakkan tanah tebing runtuh dan terhakis akibat arus.
“Masalah ini bukanlah perkara baru kerana sudah dimaklumkan pada pihak berkenaan namun sehingga kini, aduan yang dibuat tiada jalan penyelesaian," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7753898.asp

Lawan zionis israel dengan senjata DOA

Kita hanya mampu melawan zionis israel dengan Senjata DOA.
Usaha kemanusian membantu penduduk Gaza mesti diteruskan !
Bantahan terhadap keganasan israel tiada noktahnya !
*****************
DOA MERUPAKAN SENJATA BAGI ORANG MUKMIN
BANDAR SERI BEGAWAN, Doa itu sifatnya luhur, nilainya tinggi dan harganya tidak ternilai kerana ia berupa munajat semata-mata kepada Allah dan urusan langsung dengan Allah.
Manfaat doa kepada orang yang beriman amat besar dan ini bukan cakap semata-mata dan bukan juga teori para sarjana, tetapi adalah perkhabaran daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Antara perkhabaran Nabi mengenai doa itu sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud : “ Adalah doa itu otak ibadat.” (Hadis diriwayatkan oleh At-Termidzi daripada Anas).
Katanya lagi doa itu senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya tujuh petala langit dan bumi. (Hadis riwayat At-Termidzi).
Doa bukan sahaja terbatas bagi manusia, bahkan makhluk lain juga berzikir dan berdoa dan hasil daripada doa mereka itu, kadang-kadang turut dinikmati juga oleh kita manusia.
http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/5apr/berita03.htm
Jumaat, 28 Mei 2010
Hasrat tinggal rumah baru terbantut

Sinar Harian 28 Mei 2010
REMBAU - Harapan menduduki kediaman sendiri lebih selesa terbantut sehingga kini kerana Rumah Mesra Rakyat tidak siap sepenuhnya walaupun sudah menunggu hampir setahun lalu.
Normah Bidin, 53, berkata, Rumah Mesra Rakyat itu sepatutnya diduduki tahun lalu, namun ketiadaan bekalan air dan elektrik menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa menangguhkan hasrat tinggal di rumah baru.
Menurutnya, rumah itu sudah dilengkapi paip dan wayar, tetapi ketiadaan wayar bumi dan meter paip menyebabkan bekalan air dan elektrik tidak dapat disambungkan ke rumah.
“Bukan itu sahaja, banyak kerosakan wujud kerana dibiarkan terlalu lama kerja baik pulih rumah ini. Disebabkan itu, kami tidak boleh menetap di rumah ini. Saya dan suami sudah memaklumkan masalah ini kepada kontraktor terlibat, namun sehingga kini tiada kerja pembaikan dijalankan,” katanya.
Dia melahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak berkaitan kerana tidak memandang serius masalah dihadapi sedangkan perkara itu sudah berada di bawah pengetahuan mereka. Tindakan segera diharapkan supaya impian tinggal di rumah ini menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat ini.
“Kini, kami sekeluarga terpaksa menyewa rumah sebelum berpindah ke rumah baru, namun penantian itu dirasakan terlalu lama kerana sehingga detik ini kami tidak boleh tinggal di rumah itu,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7742502.asp

Khamis, 20 Mei 2010
Kerap terima aduan lampu jalan bermasalah
Sinar Harian 20 Mei 2010
PEDAS – Ketiadaan lampu jalan yang mengundang risiko bahaya kepada penduduk sekitar merupakan salah satu aduan sering diterima Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Taman Pedas Perdana, dekat sini.

Pengerusi KRT Taman Pedas Perdana, Jaafar Yahya berkata, beliau tidak menafikan menerima aduan penduduk setempat mengenai jalan di taman perumahan ini gelap dan bahaya.
“Masalah ini dipanjangkan kepada pihak berkaitan, tetapi sehingga kini kerja membaiki lampu yang rosak belum dijalankan. Kebanyakan lampu di taman ini tidak lagi berfungsi menyebabkan jalan di sini gelap gelita,” katanya.
Menurutnya, pihak berkaitan perlu memandang serius masalah ini kerana penduduk berdepan dengan bahaya apabila melalui jalan gelap dan dikhuatiri perkara yang tidak diingini akan berlaku.
“Jika setiap lampu dapat berfungsi dengan baik sekurang-kurangnya penduduk berasa lebih selamat. Malah ia memudahkan kerja rondaan dan kawalan anggota yang perlu memantau keadaan sekeliling taman,” katanya ketika ditemui bertugas menerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS).
Sementara itu, seorang penduduk, Ruzila Rupiyee, 28, berkata, dia bimbang terutama ketika pulang lewat bekerja kerana jalan di sekeliling taman itu gelap dan boleh mendatangkan bahaya kepada sesiapa yang melaluinya.
Menurutnya, dia yang bekerja di kilang tidak berani berjalan seorang diri kerana bimbangkan keselamatan diri.
“Van kilang pula hanya menghantar dan mengambil pekerja di depan pintu masuk kawasan taman.
“Disebabkan itu, saya akan meminta ahli keluarga untuk mengambil dan menghantar saya di pintu masuk taman ini. Lagipun waktu tengah malam dan awal pagi memang tidak ramai orang. Saya kena lebih berhati-hati,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.
Dalam pada itu, Jaafar yang juga Pengerusi SRS berkata, kewujudan skim diharapkan mampu meningkatkan tahap keselamatan penduduk di taman ini.
"Ini kerana sebelum ini pelbagai kes termasuk kecurian, samun, pukau dan masalah sosial berlaku di kawasan ini.
“Namun, masalah itu dapat dikekang dari masa ke masa dengan kerjasama pihak polis dan Rela, ditambah pula dengan kesungguhan dan komitmen tinggi anggota SRS seramai 110 orang yang berdaftar di taman ini,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7706795.asp
Selasa, 18 Mei 2010
Rayuan Rumah Perlindungan Saudara Baru
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS) adalah merupakan NGO yang ditubuhkan pada tahun 2003 dalam usaha membantu saudara baru dan juga golongan yang memerlukan. Untuk tujuan itu YKSNS telah membeli sebuah rumah di Taman Cemerlang, Kuala Pilah yang telah dijadikan rumah perlindungan dan juga tempat menjalankan aktiviti-aktiviti YKSNS.
Sumbangan untuk 1 kaki persegi ialah RM 143.85
Sumbangan boleh dibuat melalui akaun YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN Akaun Bank Islam 05030010135487
Untuk pertanyaan hubungi
Ustaz Bukhari Safian 019-2373541
E-mel : maayks@gmail.com , dynamic_bukhari@yahoo.com
Laman web : http://yksn9.blogspot.com/
Alamat :
Pengarah Tabung Aset YKSNS
KOMPLEKS TOK MUAR (Rumah Perlindungan)
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan
22A, Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-4810092
Maklumat lanjut di http://yksn9.blogspot.com/2010/04/blog-post.html#links
YKSNS juga akan menganjurkan MALAM NUR INSPIRASI YKS 2010 di Kompleks Tok Muar YKSNS pada 24 Julai 2010 pada jam 8 malam hingga 11 malam.
VISI YKSNS : Membina masyarakat yang berkasih saying dan hubungan kemanusiaan yang tinggi
MISI YKSNS : Menjadi pertubuhan yang membangunkan aqidah, pendidikan, ekonomi serta memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat
AKTIVITI & PERKHIDMATAN :
1. Program Modal Insan
2. Urusan Penjagaan Saudara Baru Dalam Tempoh Perlindungan
3. Urusan Penjagaan Anak-Anak Terabai
4. Masalah Sosial Remaja
5. Kelas Pengajian Agama
6. Menyalurkan Bantuan
7. Program Jalinan Ukhuwwah Saudara Kita
GOLONGAN YANG DILINDUNGI :
1. Saudara baru
2. Golongan yang layak menerima zakat
3. Ibu tunggal

Kejohanan Bolasepak PASTI 22 Mei Seremban
KEJOHANAN SUKAN BOLASEPAK & BOLA JARING
PELAJAR PASTI NEGERI SEMBILAN 2010
Tarikh : 22 Mei 2010 / Sabtu
Masa : 8.00 pagi – 11.45 tengahari
Tempat : Padang, Rahang Kecil, Seremban
Mari Bersama Berikan Sokongan Kepada Pasukan Yang Bertanding

Selasa, 11 Mei 2010
Penduduk dibelenggu masalah longkang
Sinar Harian 11 Mei 2010
REMBAU - Longkang di Taman Rembau Utama terutama di persiaran Rembau Utama Keretapi Tanah Melayu (KTM) tidak dapat berfungsi sepenuhnya apabila longkang sedia ada ditumbuhi lalang dan semak.
Penduduk ditemui, Nor Azman Tahir, 43, berkata, keadaan itu mencacatkan pemandangan terutama di lorong rumah berhampiran Menurutnya, perkara membelenggu penduduk ketika hujan lebat di kawasan berdekatan terpaksa merasai kesannya apabila rumah mereka dimasuki air. Keadaan itu nyata memberi ketidakselesaan sejak kebelakangan ini kerana hujan kerap turun tidak mengira masa.
“Masalah ini berlaku apabila air hujan tidak dapat mengalir masuk ke dalam longkang kerana longkang dipenuhi semak sekali gus menyebabkan longkang tersumbat dan tidak mampu menampung aliran air yang banyak,” katanya.
Selain itu, menurutnya, perkara paling membimbangkan ialah keselamatan penduduk terutama kanak-kanak yang sering bermain di kawasan ini. Keadaan kawasan yang semak mengundang kehadiran binatang berbisa seperti ular dan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
“Walaupun tiada kejadian buruk berlaku, tetapi langkah pencegahan itu lebih baik sebelum perkara tidak diingini berlaku. Jangan sampai berlaku sesuatu yang buruk baru mahu bertindak,” katanya.
Menurutnya, kehadiran lori keluar masuk untuk ke kawasan projek pembinaan itu turut membahayakan nyawa penduduk apabila memandu laju dan tidak menghiraukan orang sekeliling yang turut melalui jalan berkenaan.
“Cara mereka memandu merbahaya ditambah pula membawa muatan batu. Jalan di kawasan ini banyak sudah retak dan pecah. Hal ini berlaku kerana jalan ini menjadi laluan lori keluar masuk. Bagaimanapun, soal keselamatan penduduk perlu diberi perhatian kerana kami berasa bimbang keselamatan terutama kanak-kanak,” katanya.
Menurutnya, masalah dihadapi penduduk bukan perkara baru, tetapi sudah lama disebabkan itu keprihatinan pihak berkaitan diperlukan supaya penduduk tidak berdepan dengan pelbagai risiko membahayakan.
“Saya harap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin daripada terus menghantui penduduk sekeliling,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7675252.asp

Jumaat, 7 Mei 2010
Berteduh 'syurga' daif
Sinar Harian 7 Mei 2010
REMBAU - Kehidupan enam beranak serba daif di rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang semakin usang sungguh menyedihkan.
Sinar Harian yang berkunjung ke rumah Rokiah Ibrahim tersentuh melihat ruang rumah yang tidak terurus dengan bilik air menjadi tempat mandi, membasuh dan mencuci pinggan mangkuk.
Rokiah, 54, berkata, keadaan fizikalnya yang tidak sihat menyebabkannya tidak mampu melakukan sebarang kerja rumah termasuklah memasak.
Menurut pesakit darah tinggi itu, dia mengalami masalah mata dan lebih banyak menghabiskan masa duduk di rumah.
Paling memeritkan menurutnya, pendapatan suami yang menoreh getah dan tiga anaknya yang bekerja belum cukup untuk menampung perbelanjaan rumah.
“Saya mengharapkan anak untuk memasak dan melakukan kerja rumah, tetapi disebabkan kesibukan dan kepenatan bekerja, kadangkala mereka tidak berdaya membersihkan rumah,” katanya di Kampung Relong di sini.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7653128.asp

Program Wanita 22 Mei 2010 Senawang

PROGRAM UNTUKMU WANITA
SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU & HARI GURU
Tarikh : 22 Mei 2010 (SABTU)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi
Acara:
- Tayangan Multimedia Untukmu Ibu
- Nyayian lagu-lagu 'Ibu' oleh anak-anak PASTI
- Persembahan Sajak / puisi Nisa’ UNTUKMU IBU
- Sumbangan kepada ibu tunggal
- Anugerah Selendang Kasih
- Anugerah Ibu Pendidik
- Pertandingan slogan ”Ucapan Untukmu Ibu” kategori kanak-kanak dan dewasa
- Perasmian Pusat Khidmat Kaunseling Wanita oleh Cik Kumutha
- Cabutan Bertuah
- Jamuan petang
- Jualan Amal dari ibu untuk ibu
Sumbangan dalam bentuk hadiah atau hamper amat dialu-alukan terutamanya untuk meraikan dan membantu ibu tunggal yang kesusahan dan memerlukan pertolongan.
Untuk penyertaan pertandingan dan pertanyaan program, sila hubungi;
Pn Fauziah 013-7779328
Pn Norwani 013-3851202 halwan9@yahoo.com
Pn Masitah 019-2655059 masita9339@yahoo.com
Anjuran:
Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama Muslimat MTD Paroi

Khamis, 6 Mei 2010
Abg Mat Sabu di Rembau 15 Mei 2010

CERAMAH PERDANA
bersama
Haji Mohamad Sabu , AJK PAS Pusat http://mohamadsabu.com/
YB Taufek , ADUN Paroi
YB Ravi , ADUN Port Dickson
che'GuBard , AMT PKR
Ginie Lim , Exco AMK Pusat
Tarikh : 25 Mei 2010 / Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Nyatoh, Kuala Sawah, Rantau (Parlimen Rembau)
Pertanyaan lokasi hubungi 0123696474

Ustaz Tuan Ibrahim 12 Mei 2010 Seremban
CERAMAH UMUM
Tarikh : 12 Mei 2010 / Rabu
Tempat : Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban
Masa : 9 mlm
Bersama :
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS
Zulkefly Mohamad Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK Pusat
Semua Dijemput Hadir

Bonchah Hangek masih 'dara'

Sinar Harian 5 Mei 2010
BONGEK - Kewujudan Kolam Air Panas Bonchah Hangek mempunyai tarikan tersendiri dan menjadi tarikan pengunjung tempatan serta pelancong menghabiskan masa bersama keluarga pada cuti umum dan hujung minggu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bongek, Abu Hashim Omar berkata, lokasi Bonchah Hangek tidak jauh dari jalan utama Seremban-Tampin dan mengambil masa 10 minit untuk sampai ke sini.
Menurutnya, orang ramai boleh menggunakan dua laluan untuk ke kolam air panas itu iaitu dengan melalui ladang kelapa sawit atau Lorong Fajar Harapan 3.
Menariknya, kawasan itu masih terpelihara kehijauannya dan bebas daripada sebarang pembangunan yang boleh merosakkan alam sekitar.
Abu Hashim berkata, nama kampung itu sinonim dengan kolam air panas terbabit kerana dipercayai wujudnya nama Kampung Bongek.
Kolam itu dikenali sebagai Bonchah Hangek, yang mana menerusi loghat Negeri Sembilan bonchah membawa maksud paya dan tidak mengandungi air banyak, manakala hangek adalah air panas.
“Akibat namanya panjang akhirnya orang lama yang tinggal di sini memanggil nama tempat ini sebagai Bongek singkatan kepada Bonchah Hangek,” katanya.
Menurutnya, kebanyakan penduduk menyedari kewujudan kolam itu sering menjadikannya sebagai lokasi percutian untuk mengisi masa lapang bersama keluarga dan sahabat handai.
“Umum mengetahui kolam air panas mempunyai kebaikan tersendiri dan disebabkan itu orang ramai tidak kira kaum menggunakan air panas untuk menghilangkan sakit seperti kebas kaki dan lemah tulang,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7649945.asp

Rabu, 5 Mei 2010
Jamuan Makan Malam DUN Paroi 4 Jun 2010
MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM
Tarikh : 4 Jun 2010 / Jumaat
Tempat : Restoran Senawang
Masa : 8 mlm
Kupon : RM20 seorang
Bersama :
YB Dr Syed Azman Syed Nawawi , AJK PAS Pusat , ADUN Terengganu
Zulkefly Mohamad Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Taufek , ADUN Paroi
YB Loke Siew Fook , Ahli Parlimen Rasah
Chegubard , AMT PKR
Untuk sumbangan, tempahan dan pertanyaan hubungi :
Suhairi 019-2998345 , Hj Mohd Nor 019-3413614 , Asyiq 016-9029786

Isnin, 3 Mei 2010
Tiada lampu jalan undang bahaya
Sinar Harian 3 Mei 2010
PEDAS - Ketiadaan lampu di persimpangan Ladang Ulu Pedas mengundang keresahan kepada ramai pengguna jalan raya terutama penghuni estet di kawasan itu.
Mereka mendakwa, ma-salah itu menyebabkan keselamatan pengguna jalan raya terancam terutama pada sebelah malam.
Penduduk, Sugudobo, 52, berkata, ketiadaan lampu jalan menyebabkan sering kali berlaku kemalangan di kawasan itu akibat gelap dan berselekoh.
“Lebih-lebih lagi ramai pengguna jalan raya bertindak memandu laju menyebabkan mereka gagal mengawal kenderaan,” ka-tanya.
Menurutnya, ketiadaan lampu membahayakan murid yang menunggu van dan bas sekolah berhampiran jalan itu.
"Mereka menunggu bas seawal pagi dan berdepan risiko bahaya.
“Sebagai ibu bapa, kami bimbang mengenai keselamatan mereka ketika menunggu bas. Ketiadaan lampu sememangnya menyukarkan kerana penduduk terpaksa berdepan pelbagai risiko,” katanya.
:Sugudobo berkata, masalah itu sudah dimaklumkan kepada majikan mereka untuk dibawa kepada pihak berkaitan.
"Sehingga kini penduduk masih menunggu pemasangan lampu di kawasan ini.
“Saya berharap perkara ini diambil tindakan segera. Pihak berkaitan juga diharap dapat meletakkan papan tanda atau bonggol di kawasan ini supaya pemandu memperlahankan kelajuan apabila melaluinya," katanya.
Dia juga memohon majikan menurap jalan di dalam kawasan perumahan penghuni estet kerana keadaannya rosak teruk dan perlu penambahbaikan segera.
“Kami berdepan masalah jalan berlopak dan keadaan ini bertambah buruk apabila hujan lebat.
"Jadi, sebagai penghuni estet saya harap majikan dapat memandang serius masalah ini,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7642005.asp

Langgan:
Catatan (Atom)