RHI

RHI

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

Isnin, 29 Mac 2010

Kuliah Pengajian Islam 4 Apr Rembau

KULIAH PENGAJIAN ISLAM
Tarikh : 4 April 2010 / Ahad
Masa : Selepas solat Maghrib
Penceramah : Ustaz Mohamad Mohsein
Tajuk : Hadis Imam Nawawi
Tempat : Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Kg Selemak, Jalan Kg Batu-Inas, Rembau

Semua dijemput hadir

Maklumat lanjut hubungi Ustaz Nazri 019-3457690
atau di http://madrasahselemak.blogspot.com

HIDUP DI DUNIA HANYA SEKELIP MATA
HIDUP DI AKHIRAT KEKAL SAMPAI BILA-BILA

Jumaat, 26 Mac 2010

Khalid Samad, cheGuBard 31 Mac Rembau

CERAMAH UMUM
Tarikh : 31 Mac 2010 / Rabu
Masa : 9 malam
Tempat : Simpang Tiga, Kg Batu, Rembau

Penceramah :
YB Ir Khalid Samad
cheGuBard
Zakaria Khalim , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Pertanyaan 0123696474

Khamis, 25 Mac 2010

Ceramah Non Muslim 26 Mac Seremban

CERAMAH UMUM 1MALAYSIA
Tajuk : "Kewajiban Dakwah Kepada Masyarakat Majmuk"
Oleh : Sdr Shah Kirit Kakulal Govindji

Tempat : Masjid Negeri , Seremban
Hari : Jumaat, 26 Mac 2010
Masa : Selepas Maghrib

Semua Dijemput Hadir

Pengenalan penceramah:
Sdr Shah Kirit memeluk Islam pada 1996, selepas itu memecut laju , berdakwah dan memberi faham utk muslim supaya berdakwah. Pernah mendapat latihan di Nigeria dan India di bawah pendakwah tersohor Dr Zakir Naik. Sekarang bergiat melatih pendakwah-pendakwah dalam program Friendly Comparative Religion melalui Islamic Information Services, KL. dan Interfaith dialogues.

Maklumat lanjut hubungi Wahiduddin 0123725283

Rabu, 24 Mac 2010

Rumah Chegubard dibaling bom di Seremban

Rumah Chegubard di Seremban telah di baling bom molotov cocktail pada 24 Mac 2010. Cerita sepenuhnya di http://chegubard.blogspot.com/2010/03/rumah-chegubard-dibaling-bom-minyak.html

Khamis, 18 Mac 2010

PACE DUKACITA COCA COLA LABUR MALAYSIA


PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia.

Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (TABUNG HAJI) Properties di Nilai, Negeri Sembilan.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid.

Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

*****************************************
Wednesday, March 17, 2010
SIARAN AKHBAR PACE: PELABURAN SYARIKAT COCA-COLA DI MALAYSIA

Assalamualaikum wrt bth

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Kenyataan dan Pendirian Rasmi PACE: Pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca Cola di Malaysia.

PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Namun Malaysia telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB. Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab. Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha'aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.

Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.

PACE dengan ini mengambil pendirian berikut:

1. PACE memohon agar Kerajaan Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia.

2. PACE juga memohon agar TH (Tabung Haji) properties tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. PACE mengajak semua pihak supaya prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.

3. PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama supaya menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. PACE menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions - Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang diterajui oleh VPM (Viva Palestina Malaysia - sebuah koalisi NGO yang menganjurkan kempen boikot ke atas empat produk utama yang menyokong Israel iaitu Coca-cola, McDonald, L'oreal dan Nestle). PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengutamakan produk tempatan dan hanya membeli produk luar khususnya produk Amerika Syarikat apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan yang terakhir.

4. PACE akan terus menyokong Kerajaan Malaysia yang secara konsisten mempertahankan dasar tidak mengiktiraf Israel dan sentiasa peka dengan penderitaan rakyat Palestin dengan membangkitkan hak mereka di pelbagai forum antarabangsa terutama di Persidangan Agung PBB dan OIC.

5. PACE berdoa dan mengharapkan negara Malaysia akan terus dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan penuh keberkatan dari Allah SWT.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
(Pusat Kecemerlangan Palestin)
http://lambaian-islah.blogspot.com/2010/03/siaran-akhbar-pace-pelaburan-syarikat.html

Rabu, 17 Mac 2010

Ustaz Ramli Al Haifz 21 Mac 2010 di Rembau

KULIAH PENGAJIAN ISLAM
Tarikh : 21 Mac 2010 / Ahad
Masa : Selepas solat Maghrib
Penceramah : Ustaz Ramli Abu Bakar Al Hafiz ,
Tajuk : Tafsir Al Jalalain
Tempat : Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Kg Selemak, Jalan Kg Batu-Inas, Rembau

Semua dijemput hadir

Maklumat lanjut hubungi Ustaz Nazri 019-3457690
atau di http://madrasahselemak.blogspot.com

Jubli Perak PAS Jempol 26 ke 28 Mac 2010

SAMBUTAN JUBLI PERAK
25 TAHUN PAS KAWASAN JEMPL

Tarikh : 26 ke 28 Mac 2010 (Jumaat – Ahad)
Tempat : Muassasah Darul Syariff, Batu Kikir, N.Sembilan

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Maklumat lanjut hubungi 013-3395538

EXPO PERDAGANGAN ISLAM
Dari siang hingga ke malam 26 ke 28 Mac 2010

CERAMAH UMUM & PERASMIAN
Jumaat 26 Mac 2010
9 malam
Penceramah :
YB Salahuddin Ayub , Naib Presiden PAS
YB Dr Mariah Mahmud , MP Kota Raja
YB Teo Kok Seong , ADUN Bahau
Y Bhg Abd Rahman Ramli , YDP PAS Jempol

PIDATO PERDANA
Sabtu 27 Mac 2010
9 malam
Pemidato :
Ust Idris Ahmad , Ketua Penerangan PAS Pusat
Chegubard , AMT PKR
Ust Hasan Alian , Ketua Dewan Ulama PAS N.Sembilan
Ust Khairil Anwar Md Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

MAKAN MALAM PERDANA
Bersama Tuan Guru Presiden PAS
Ahad 28Mac 2010
8 malam
Sumbangan RM 10 sahaja
Juga Persembahan istimewa Radzi Melissa

CERAMAH PERDANA
Ahad 28Mac 2010
9 malam
YB Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang , Presiden PAS
YB Dr Hatta Ramli , MP Kuala Krai
YB Anthony Loke , Ketua Pemuda DAP
YB M Ravi , ADUN Telok Kemang
Y Bhg Zulkefly Mohd Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Jalan gelap ancam keselamatan

Sinar Harian 17 Mac 2010

REMBAU - Ketiadaan lampu jalan menyebabkan penduduk di Kampung Selemak Ulu, di sini, berdepan risiko terutama pada waktu malam.

Penduduk ditemui, Parisah Abdul Ghani, 55, berkata, lampu jalan di situ diperlukan kerana simpang masuk ke Kampung Selemak Ulu gelap menyebabkan penduduk melalui jalan berkenaan berasa bimbang.

Menurutnya, keadaan jalan gelap mendatangkan masalah kepada penduduk menggunakan jalan itu sebagai penghubung untuk keluar masuk ke tempat lain.

“Keadaan ini menyumbang kepada kes kecurian lembu di kampung ini sedikit masa dahulu. Sebagai penduduk kami tidak mahu masalah ini berpanjangan tanpa perhatian sewajarnya,” katanya.

Menurutnya, persimpangan masuk ke kampung itu jauh daripada kediaman penduduk dan dipenuhi semak samun menjadi tempat binatang berbisa membiak dan mengundang haiwan liar seperti khinzir berkeliaran di kawasan terbabit.

“Jika melalui kawasan itu terutama pada waktu malam membahayakan pengguna. Kita tidak mengharapkan perkara buruk berlaku, tetapi sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku, lebih baik cegah daripada awal,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan beberapa kemalangan kecil berlaku melibatkan warga emas kerana terlanggar binatang ternakan seperti lembu, kerbau dan sebagainya.

“Keselamatan penduduk terancam kerana ketiadaan lampu jalan. Selain itu, penduduk bimbang perkara tidak dingini seperti kes pecah rumah dan jenayah lain berlaku,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Selemak, Aziz Simek berkata, masalah ketiadaan lampu jalan sudah dimaklumkan kepada pihak berkaitan.

Namun, sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan untuk memasang lampu di kawasan itu.

“Bagaimanapun, pihak JKKK akan berusaha supaya masalah dihadapi dapat ditangani dengan segera untuk mengelakkan sebarang kejadian buruk.

“Diharap penduduk lebih berhati-hati menggunakan jalan itu terutama pada waktu malam, sementara menunggu permohonan memohon lampu jalan diluluskan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6961158.asp

Selasa, 16 Mac 2010

Penduduk bimbang jalan retak

Sinar Harian 16 Mac 2010

KOTA - Penduduk di sini melahirkan rasa bimbang apabila jalan menutupi longkang bawah tanah mengalami keretakan dan menyebabkan lubang besar yang berpotensi mengancam nyawa orang ramai yang melalui kawasan itu.

Penduduk, Awaludin Talib, berkata, masalah longkang bawah tanah pecah bukan pertama kali berlaku kerana sebelum ini kejadian sama pernah terjadi walaupun kerja menurap jalan bagi menutup saluran longkang bawah tanah telah dilakukan.

Menurutnya, walaupun kerja pembaikan telah dijalankan, namun masalah sama sering berlaku.

Tidak tahu mana silapnya dan enggan menuding jari kepada sesiapa, dia berharap masalah ini tidak berulang.

“Saya tidak menolak kemungkinan kejadian ini kerap berlaku berikutan lori membawa muatan berat sering kali menggunakan bahu jalan besar untuk meletakkan kenderaan ketika berhenti rehat.

“Mujurlah ketika kejadian tiada siapa melalui kawasan tersebut. Jika tidak, mungkin perkara tidak diingini boleh berlaku,” katanya ketika ditemui di Pekan Kota.

Awaludin berkata, walaupun kawasan itu diletak pengadang bagi mengelakkan orang ramai melaluinya, namun tidak mustahil berlaku masalah jika tidak diatasi segera.

“Lihatlah keadaan longkang ini yang dipenuhi sampah sarap, daun-daun kering dan kayu. Apabila hujan lebat, air dari kawasan perumahan berhampiran mengalir ke pekan menyebabkan berlaku banjir,” katanya.

Malah katanya, masalah longkang tersumbat di kawasan pekan ini belum menampakkan perubahan ditambah pula keretakan jalan menyebabkan banjir semakin buruk.

“Ketika ini, hampir setiap malam hujan. Sudah tentu peniaga dan penduduk berhampiran bimbang jika banjir berlaku. Sebelum ini, kami kerap mengalami situasi rumah dinaiki air tetapi sampai bila perlu berdepan masalah seperti ini,” katanya.

Selan itu, katanya, dia bimbang jika anak kecil bermain di kawasan tersebut kerana kanak-kanak tidak mengenal erti bahaya.

“Apatah lagi pada sebelah pagi mereka menunggu bas di kawasan ini untuk ke sekolah.

“Saya tidak mahu perkara buruk berlaku, justeru, saya berharap pihak berkaitan mengambil tindakan segera memastikan masalah ini tidak berlaku lagi dan paling utama keselamatan penduduk di sini terjamin,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6957295.asp

Isnin, 15 Mac 2010

Sumbangan Tabung PAS Kawasan Rembau

Assalamulaikum ,

Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung PAS Kawasan Rembau boleh disalurkan melalui akaun berikut :

Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

atau hubungi Bendahari PAS Kawasan Rembau 012-2832458

Khamis, 11 Mac 2010

Ustaz Abdul Ghani 14 Mac 2010 di Rembau

KULIAH PENGAJIAN ISLAM

Tarikh : 14 Mac 2010 / Ahad

Masa : Selepas solat Maghrib

Penceramah : Ustaz Abd Ghani Ahmad Zaigu

Tajuk : Aqidah Islamiah (Dr Mustafa Said Al Khin & Sheikh Muhyiddin Dib Misto)

Tempat : Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Kg Selemak, Jalan Kg Batu-Inas, Rembau


Semua dijemput hadir


Maklumat lanjut hubungi Ustaz Nazri 019-3457690

atau di http://madrasahselemak.blogspot.com

Isnin, 8 Mac 2010

Promosi Upah Umrah DUN Paroi, N.Sembilan

Perkhidmatan Upah Umrah sambil beramal dengan sumbangan RM 250

Maklumat lanjut hubungi En Hassan 019-2171942 (Pembantu Khas ADUN Paroi)

Jumaat, 5 Mac 2010

Ceramah DSAI, Mustafa Ali 9 Mac 2010 Seremban

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 9 Mac 2010/Selasa
Masa : 8.30 malam.
Tempat : Oakland Commerce Square, Seremban 2 (belakang Hospital Columbia)

Penceramah utama:
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
Y Bhg. Datuk Mustafa Ali

Hotline:
019-261 2519 (Sabaruddin Mohd Yassim)
012-666 4557 (YB Cha)
http://pkrn9.blogspot.com

Rabu, 3 Mac 2010

Us Mohsein 7 Mac 2010 Selemak, Rembau

KULIAH PENGAJIAN ISLAM
Tarikh : 7 Mac 2010 / Ahad
Masa : Selepas solat Maghrib
Penceramah : Ustaz Mohamad Mohsein
Tajuk : Hadis Imam Nawawi
Tempat : Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Kg Selemak, Jalan Kg Batu-Inas, Rembau

Semua dijemput hadir

Maklumat lanjut hubungi Ustaz Nazri 019-3457690
atau di http://madrasahselemak.blogspot.com

Isnin, 1 Mac 2010

CERAMAH PERDANA

Tarikh : 10 Mac 2010 - RABU
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Selemak , Rembau (tepi jalan utama Kg Batu – Inas)

Penceramah :
Us Nasrudin Hassan Tantawi , Ketua Pemuda PAS Pusat
Sdr Shamsul Iskandar Mat Akin , Ketua AMK Pusat
Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Taufek , ADUN Paroi / YDP PAS Rembau
Us Khairil Anuar Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Anjuran PAS Kawasan Rembau
Maklumat lanjut hubungi Tuan Hj Shukri 019-6210677

Majlis Minum Petang 10 Mac 2010 Rembau

MAJLIS MINUM PETANG
Tarikh : 10 Mac 2010 - RABU
Masa : 5 PETANG
Tempat : Markas PAS Tg Sena , Rembau ( rumah Hj Idris , tepi jalan utama Seremban – Rembau )

Tetamu :
YB Hj Taufek , ADUN Paroi / YDP PAS Rembau
Us Khairil Anuar Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Anjuran PAS DUN Chembong
Untuk maklumat lanjut dan sumbangan hubungi Tuan Syed Johari 019-2628051