RHI

RHI

TABUNG KEBAJIKAN

TABUNG KEBAJIKAN

Khamis, 28 Januari 2010

Dr Badrulamin di Tampin 5 Feb 2010

CERAMAH UMUM
Bersama :
Dr Badrulamin Baharon
Gunasegaran
YB Verappan , ADUN Repah
Ustaz Kharil Anwar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Ustaz Zakaria Khalim, YDP PAS Tampin

Jumaat 5 Feb 2010
Jam 9 mlm
Di Markas PAS Cawangan Tampin Bandar (Rumah Abu Sufian)

Semua Dijemput Hadir

Rabu, 27 Januari 2010

Enam bulan bergelumang debu

Sinar Harian 27 Jan 2010

KOTA – Kerja pengambilan tanah yang giat dijalankan di Jalan Kota – Astana Raja menyebabkan seorang peniaga ayam di sini terpaksa berniaga dalam keadaan berdebu dan berhabuk.

Mohd Ghazali Akup, 39, berkata masalah yang berlaku sejak enam bulan lalu bukan saja menjejaskan kesihatannya, malah perniagaannya saban hari semakin merosot apabila pelanggan mula lari kerana tidak tahan dengan debu berkenaan.

Beliau berkata, pelanggan yang datang sudah pasti tidak selesa kerana debu berkenaan masuk ke dalam mata, sekali gus memberi kesan kepada perniagaan ayamnya itu.

“Setiap kali mereka singgah membeli ayam mesti ada yang merungut. Saya bimbang mereka tidak mahu lagi membeli ayam di sini sebab tidak tahan dengan debu dan habuk,” katanya ketika ditemui di gerainya.

Menurutnya, masalah berkenaan sudah pun dimaklumkan kepada pihak kontraktor yang berkaitan tetapi sehingga kini tiada sebarang usaha yang dilakukan bagi memastikan masalah ini dapat diatasi sepenuhnya.

“Apabila saya mengadu masalah ini, mereka menggunakan perangkap air untuk mengatasi debu dan habuk, tetapi sekejap saja. Mereka seolah-olah lepas tangan mengenai masalah ini sedangkan ia memberi kesan kepada saya,” katanya.

Mohd Ghazali berkata, pihak kontraktor sepatutnya prihatin dengan nasib penduduk kerana tidak pernah menolak sebarang pembangunan tetapi dalam pada itu, aspek keselamatan dan kesihatan penduduk perlu dijaga.

“Hanya saya sahaja yang berniaga di tepi jalan ini tetapi janganlah sebab saya seorang mereka tidak menghiraukan rintihan saya. Tengoklah orang yang menunggang motosikal semuanya tutup hidung sebab tak nak makan habuk,” katanya.

Menurut Mohd Ghazali, semburan air dapat mengelakkan masalah ini daripada terus membelenggu dirinya.

“Saya sangat berharap kepada pihak berkaitan supaya memandang serius masalah ini kerana sampai bila saya harus menanggung kesulitan ini tambahan pula inilah punca rezeki saya,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6451694.asp

Ahad, 24 Januari 2010

Makan Malam Amal DUN Paroi 18 Jan 2010

JAMUAL MAKAN MALAM AMAL DUN PAROI
Bersama Tetamu :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS
Dato Fauzi Abd Rahman , Mantan Timbalan Menteri
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi

Tarikh : 18 Februari 2010 / Khamis
Masa : 8.00 malam
Tempat : Restoran Tom Yam , Senawang

Kupon RM 30 seorang

Untuk tempahan kupon atau sumbangan sila hubungi :
Hassan 019-2171942
Sufian 013-3589328

Rabu, 20 Januari 2010

Untung orang Paroi ada 4 Pusat Khidmat, DUN Kota ?

Untung betul orang kat DUN Paroi, N.Sembilan ni. Walaupun wakil rakyatnya dari PAS iaitu YB Hj Mohamad Taufek namun orang Paroi ada 4 Pusat Khidmat.

1 Pusat Khidmat di Taman Tasik Jaya yang diuruskan oleh YB Taufek.

1 Pusat Khidmat di Jalan Tampin, 1 lagi di Taman Seri Pagi dan 1 lagi yang akan dibuka di Kg Paroi yang diuruskan oleh UMNO.

Orang di DUN Kota, dan lain-lain DUN seluruh N.Sembilan dan seluruh Malaysia dapat tak keistimewaan macam ni ? Terutama di DUN Rantau , dapek tak 4 Pusat Khidmat ?

Sedangkan di DUN Kota kawasannya lagi luas dari Paroi, dari sempadan Melaka di Kendong dan Lubuk China sampailah nak ke Pekan Rembau di Kg Senama. Lepas tu di DUN Kota ada 15 tempat mengundi , sedangkan di Paroi rasanya tak sampai 10 tempat mengundi.

Kalau orang Kota, orang Rantau dan lain-lain DUN nak lebih banyak Pusat Khidmat di tempat mereka , pilihanraya akan datang pilihlah wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

*********************************
Pusat khidmat di DUN Paroi – Utusan Malaysia 20 Jan 2010

Kerajaan BN akan membuka satu lagi pusat khidmat dalam DUN Paroi.

Pusat Khidmat Masyarakat BN ini akan dibuka pada bulan Februari ini di Dewan Masyarakat Kampung Paroi iaitu bersebelahan Masjid Kampung Paroi Lama.

Dengan wujudnya satu lagi Pusat Khidmat Masyarakat BN dalam DUN Paroi ini, ia akan memberi kemudahan kepada penduduk di sekitar kawasan Taman Ampangan, Taman Paroi Jaya, Taman Tasik Jaya, Paroi dan sekitar.

Ketika ini Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi telah dibuka di Taman Seri Pagi di sini dan di pejabat UMNO Bahagian Rembau di Senawang, manakala di Kampung Paroi ini merupakan yang ketiga untuk membantu keperluan rakyat.

Di pusat itu nanti kita akan sediakan pelbagai jenis borang dan maklumat agar ia juga menjadi pusat setempat yang boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat

Berita sepenuhnya di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

Majlis Jamuan Teh PAS N.Sembilan 7 Feb 2010

MAJLIS JAMUAN MINUM PETANG
Tarikh : 7 Februari 2010 , Ahad
Masa : 5 ptg – 7 mlm
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Kupon : RM 10/org

Kupon boleh didapatai dari wakil kawasan atau dewan mulai 24 Januari 2010

Untuk maklumat lanjut, tempahan kupon serta sumbangan sila hubungi :

Tn Hj Ir Md Noh 019-2556206 , Bendahari PAS N.Sembilan
Suhari Sulaiman 019-2998345 , SUK PAS N.Sembilan

Ahad, 17 Januari 2010

Pembetung tersumbat, busuk

Sinar Harian 17 Jan 2010

CHEMBONG - Peniaga Medan Selera Chembong melahirkan rasa bimbang mengenai sistem saluran pembetung yang didakwa tersumbat mengakibatkan air melimpah keluar sehingga mengundang bau busuk dan persekitaran kotor.

Peniaga, Ponggodi Doraisamy, 50, berkata, keadaan itu sudah berlarutan sejak dua minggu lalu.

Walaupun kerja pembaikan dijalankan namun keadaan masih tidak berubah kerana setiap hari air kotor akan mengalir keluar.

Menurutnya, air kotor itu bukan keluar sedikit tetapi melimpah hingga ke depan kedai peniaga.

“Situasi ini mendatangkan rungutan daripada pelanggan kerana bau busuk yang menusuk hidung terutama pada waktu pagi dan hujan.

“Pelanggan ada merungut tetapi hendak buat macam mana sebab hal ini berpunca daripada sistem saluran pembetung yang mengalami masalah,” katanya ketika ditemui di Medan Selera Chembong berhampiran sebuah kilang, di sini.

Ponggodi berkata, masalah bau busuk itu turut mengundang kehadiran lalat. Walaupun dapur dan meja makan bersih tetapi tidak mampu menepis keadaan itu kerana bau busuk air dari pembetung mengalir setiap masa.

“Apabila banyak lalat pelanggan hendak makan pun tidak selesa. Takut nanti mereka tidak mahu makan di sini lagi sebab masalah lalat dan bau busuk.

“Hal ini pasti memberi kesan buruk kepada perniagaan sedangkan inilah punca rezeki kami,” katanya.

Menurutnya, sebelum keadaan bertambah teruk peniaga di sini mengharapkan tindakan segera daripada pihak berkaitan untuk membaiki kerosakan yang ada.

“Saya sangat berharap rintihan kami tidak dipandang ringan kerana kebersihan amat penting bagi mengelakkan pelanggan hilang rasa percaya dan memiliki persepsi negatif terhadap gerai di sini,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6378444.asp

Jumaat, 15 Januari 2010

Orang Rembau terpegun dengar ceramah Ustaz Idris Ahmad

Pada 14 Januari 2010 telah diadakan Ceramah dan Majlis Pelancaran Buku Umno Khianati Agama dan Bangsa di Kg Pulau, Chengkau, Rembau.

Sambutan penduduk setempat yang hadir diluar jangkaan dan dimeriahkan lagi dengan para peniaga.

Mereka yang berceramah pada malam tersebut ialah Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar Pesuruhjaya PAS N.Sembilan, YB Hj Mohamad Taufek YDP PAS Rembau dan Chegubard Ketua PKR Rembau.

Hujjah yang dibentangkan oleh Ustaz Idris Ahmad mengenai kesusahan rakyat pada tahun 2010 ini dengan kenaikan pelbagai harga barangan, kenaikan yuran sekolah, kenaikan harga minyak pada bulan Mei nanti telah menyedarkan orang ramai akan isu sebenar yang menjadi masalah rakyat yang cuba dialihkan oleh Umno.

Ustaz Idris juga menerangkan akan begitu banyak pengurangan peruntukan tahun 2010 ini untuk IKM, Politeknik, MARA dan lain-lain institusi yang sepatutnya menolong orang Melayu dan rakyat.

Pendengar yang hadir , kaku hingga ke akhir ceramah mendengar hujah para penceramah pada malam tersebut.
Zulkefly menyerahkan buku Umno Khianat kepada Syed Johari

Ustaz Idris menyerahkan buku Umno Khianat kepada PJ N.Sembilan




Antara penduduk tempatan yang hadir



Kaunter Unit Amal Rembau


Para peniaga


Buku Umno Khianat Agama & Bangsa dijual pada harga kos RM 1

Khamis, 14 Januari 2010

Usrah Umum 17 Jan 2010 Senawang

USRAH UMUM
Ahad 17 Jan 2010
Jam 7:15 mlm
Di PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang

Maklumat lanjut hubungi Hj Fisol 019-3440826

Ceramah Salahudin Ayub Chegubard 19 Jan Seremban

CERAMAH UMUM
Bersama :
YB Salahuddin Ayub , Naib Presiden PAS
YB Amiruddin Shari , ADUN Batu Caves
YB Taufek , ADUN Paroi, AJK PAS Pusat
che'GuBard

Tarikh : 19 Jan 2010 (Selasa)
Masa : 9 malam
Tempat : Kg. Tok Dagang, Paroi, Seremban

Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut hubungi Hassan 019-2171942

Rabu, 13 Januari 2010

Kuliah Ustaz Rosli Jabar 16 Jan 2010 Seremban

KULIAH MAGHRIB
Oleh : Ustaz Rosli Jabar , Pengerusi Ma'had Tahfiz Darul Fikri, Kuantan
Tarikh : 16 Jan 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 mlm
Tempat : Surau An-Najah, Flat Taman Cengal Utama, Paroi, Seremban

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Sabtu, 9 Januari 2010

JOM Program VIVA Palestina 15 Jan 2010 Senawang

Program Ceramah Kesengsaraan Gaza dan Rayuan Sumbangan VIVA PALESTINA

Tarikh: 15 Jan 2010 , Jumaat
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang , N.Sembilan http://masjidsenawang.blogspot.com

Penceramah dari PACE (Palestine Centre for Excellence) http://www.pacemalaysia.net

SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Palestine Centre for Excellence (PACE) is a non-political and non-profit making body which conducts strategic and futuristic studies on the Arab and Muslim worlds. It emphasizes on the Palestine issue, and the conflict with the Zionist Project and Israel as well as related Palestinian, Arab, Islamic and international developments.

Pengarah dan Kakitangan PACE :
Assoc. Prof. Dr. Hafidzi Mohd Noor , Pengarah http://lambaian-islah.blogspot.com
Br. Mohd Naser Tampol
Br. Mujahid Hasanuddin
Br. Wan Muhammad Wan Ibrahim

Ahli Penyelidik PACE :
Assoc. Prof. Dr. Hafidzi Mohd Nor
Ir. Selamat Aliman
Assoc. Prof. Dr. Abd. Rahim M. Yusoff
Dr. Roslan Ahmad
Ir. Megat Sharifuddin Ibrahim
Br. Ridzuan Harun
Br. Mohd Safwan Saparudin
Br. Abdullah Mujahid Hasanudin
Sr. Maryam Jailani
Sr. Nihlah Johari

PALESTINE CENTRE OF EXCELLENCE, MALAYSIA
Lot 300.1, Lorong Selangor,
Bandar Melawati, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
Ph: +6 03 4324 3442
Fax: +6 03 4324 3443
Website: www.pacemalaysia.net
E-mail: mypacemalaysia@gmail.com

Khamis, 7 Januari 2010

GAZA, Demo bantah Mesir di KL 8 Jan 2010

Demo Bantah tindakan Mesir halang bantuan ke Gaza, Palestin

JUMAAT 8 Januari 2010

Selepas Solat Jumaat

Di Kedutaan Mesir, Kuala Lumpur (berkumpul di Bangunan Tabung Haji)


Semua dijemput hadir tanpa mengira kaum, agama, warganegara dan fahaman politik.

Tolong sebarkan.


VIVA PALESTINE !

VIVA PALESTINE !

VIVA PALESTINE !


************************

PAS seru ahli sertai bantah Mesir esok


PAS mengesa kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk berkumpul di Bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak sebelum berarak ke Kedutaan Mesir selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan.

PAS telah membuat keputusan untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan zalim kerajaan Mesir yang telah menghalang kemasukan pasukan konvoi Viva Palestina ke Gaza.

Sehubungan itu, semua ahli PAS diminta turun ke perhimpunan aman tersebut di hadapan bangunan Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat esok.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24078:pas-seru-ahli-sertai-bantah-mesir-esok-bukan-demo-lain&catid=1:utama&Itemid=50

Isnin, 4 Januari 2010

Salahuddin Ayub et Chegubard 19 Jan Seremban

CERAMAH UMUM
Bersama :
YB Salahuddin Ayub , Naib Presiden PAS
YB Amiruddin Shari , ADUN Batu Caves
YB Taufek , ADUN Paroi, AJK PAS Pusat
che'GuBard

Tarikh : 19 Jan 2010 (Selasa)
Masa : 9 malam
Tempat : Kg. Tok Dagang, Paroi, Seremban

Semua Dijemput Hadir

Kuliah Us Nik Abduh Nik Aziz 9 Jan Senawang

KULIAH MAGHRIB
Bersama Ustaz Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz
Sabtu 9 Jan 2010
Jam 7:30 mlm
Di Surau Taman Pinggiran Senawang , Sg Gadut, Seremban

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Gempur YB Taufek Chegubard 9 Jan 10 Seremban

PIDATO PERDANA
Bersama :
Ustaz Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz
YB Hj Taufek , ADUN Paroi , AJK PAS Pusat
Chegubard , Ketua PKR Rembau

Tarikh : 9 Jan 2010 (Sabtu)
Masa : 9 malam
Tempat : Pejabat PAS Taman Tuanku Jaafar , Sg Gadut, Senawang

Semua Dijemput Hadir

Kesusahan warga kampung Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ialah Ahli Parlimen Rembau.


************************
Jalan rosak bimbangkan penduduk Kampung Baru Batang Nyamor
Utusan Malaysia 4 Jan 2010


JALAN berlubang dan rosak akibat sering dilalui kenderaan berat menyulitkan penduduk di Kampung Baru Batang Nyamor, Rembau.
--------------------------------------------------------------------------------

REMBAU 3 Jan. - "Lakukan tindakan yang meyakinkan penduduk kampung sebelum perkara yang tidak diingini berlaku". Itu antara luahan beberapa penduduk Kampung Baru Batang Nyamor yang melahirkan rasa tidak puas hati berikutan jalan rosak dan berlubang di kawasan berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Menurut seorang penduduk, Adnan Ahmad, 51, kejadian jalan berlubang bukanlah suatu perkara baru malah sudah hampir setahun penduduk terpaksa berhadapan dengan masalah berkenaan.

"Perkara ini sudah berlaku hampir setahun akibat kemasukan beberapa lori di kawasan ini untuk melakukan Projek Landasan Keretapi Berkembar.

"Sebelum ini ada juga usaha untuk menurap kembali jalan berkenaan dan telah pun dijalankan, bagaimanapun beberapa hari kemudian jalan itu kembali berlubang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Adnan, keadaan itu juga membimbangkan orang ramai untuk menggunakan jalan berkenaan terutamanya pada waktu malam.

"Jika waktu siang bolehlah mereka berhati-hati ketika melalui kawasan ini. Tetapi pada waktu malam agak sukar untuk mereka memandu lebih-lebih lagi mereka yang menggunakan motosikal," katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan berkenaan mendapati kerosakan jalan dialami menyebabkan orang ramai serta penduduk setempat terpaksa berhati-hati untuk melalui kawasan berkenaan.

Sementara itu, Norzali Shamsudin, 41, meminta pihak yang bertanggungjawab supaya segera bertindak kerana bimbang ia bukan saja membahayakan pengguna jalan raya malah kanak-kanak di kawasan setempat.

"Sebagai penduduk kita bimbang terutamanya kanak-kanak terlibat dengan kemalangan memandangkan lori keluar masuk hampir setiap hari. Tambahan pula esok adalah hari pertama persekolahan sudah pasti membahayakan.

"Kita berharap perkara ini dapat diselesaikan. Apa yang penting kemasukan lori ke kawasan ini diharap dapat dihentikan kerana ia bakal mengundang masalah kepada orang ramai," jelas beliau.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

***************************
300 penduduk hadapi masalah air
Utusan Malaysia 4 Jan 2010


Siti Farhana Buyung menunjukkan antara lokasi di mana tempat paip air yang sering dibaiki tetapi pecah kembali di Kampung Sungai Batu, Rembau, Negeri Sembilan, kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------

REMBAU 3 Jan. - Hampir 300 penduduk di Kampung Sungai Batu, Pedas melahirkan rasa tidak puas hati berikutan terpaksa menghadapi masalah bekalan air terputus sejak beberapa tahun lalu.

Ini berikutan paip utama yang membekalkan air ke lebih 80 rumah penduduk di kawasan terbabit sering pecah walaupun sudah beberapa kali kerja membaiki dijalankan.

Lebih menyukarkan, perkara ini terpaksa dihadapi mereka hampir tiga kali seminggu.

Menurut Siti Farhana Buyong, 22, kegiatan harian mereka seperti memasak dan mencuci pakaian sering terganggu kerana bekalan air sering terputus.

"Kebanyakan penduduk di sini adalah warga tua dan apabila masalah ini sering berlaku ia sudah tentu menyusahkan. Ada kalangan penduduk terpaksa menyimpan air sekiranya bekalan air terputus.

"Keadaan lebih meruncing apabila tibanya musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha, kejadian paip pecah lagi kerap berlaku sekali gus mengganggu persiapan kami semua," katanya.

Seorang lagi penduduk, Siti Fadilah Buyong, 22, memberitahu, masalah itu berpunca daripada paip utama yang sudah lebih 30 tahun tidak diganti.

"Paip ini sudah usang dan saya fikir sudah masanya untuk diganti baru. Walaupun dibaiki dengan cara penurapan masalah paip tetap pecah akan berulang.

"Saya harap pihak berkuasa dan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dapat menggantikan paip ini dengan segera," katanya.

Siti Fadilah turut memberitahu, masalah yang lain pula timbul apabila kerja-kerja membaiki paip selalu dijalankan.

"Kadangkala apabila kerja-kerja membaiki paip siap, pihak kontraktor yang dilantik tidak menurap jalan dengan sempurna.

"Akibatnya, jalan di kampung kami yang sudah sedia berlubang-lubang kerana lebih 20 tahun tidak diturap ini semakin rosak," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Ahad, 3 Januari 2010

Pelancaran Pengkhianat Melayu 14 Jan 2010 di Rembau

CERAMAH PERDANA dan Majlis Pelancaran Buku UMNO Khianat Melayu peringkat Rembau

Tarikh : 14 Januari 2010 (Khamis)
Masa : 9 malam
Tempat : Markas PAS Rembau (PASTI Al Amin) , Kg Pulau Bukit, Chengkau

Bersama :
Ustaz Idris Ahmad - AJK PAS Pusat
Zulkefly Mohamad Omar – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Mohamad Taufek - ADUN Paroi , Yang Dipertua PAS Rembau
Chegubard – Ketua PKR Rembau
Azhar Ibrahim – Bekas calon PAS DUN Kota

Semua Dijemput Hadir

Peta ke Markas PAS Rembau di pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/01/ceramah-yb-taufek-chegubard-10-jan.html

(Nota : Ceramah Ustaz Idris Ahmad pada 10 Jan di tempat sama telah ditunda pada 14 Jan)

Kisah Nasib orang Melayu di N.Sembilan
http://pasns.blogspot.com/2009/09/pengambilan-tanah-orang-melayu-di.html

Nasib Masjid di N.Sembilan
http://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.html

Nasib Guru Agama KAFA di N.Sembilan
http://pasns.blogspot.com/2009/10/siapa-betul-mb-nsembilan-atau-jabatan.html

Jumaat, 1 Januari 2010

Ceramah YB Taufek , Chegubard 10 Jan Rembau


CERAMAH PERDANA


Bersama :

Ustaz Idris Ahmad - AJK PAS Pusat

YB Mohamad Taufek - ADUN Paroi , Yang Dipertua PAS Rembau

Chegubard – Ketua PKR Rembau


AHAD 10 Januari 2010

9 malam


Di Markas PAS Rembau (PASTI Al Amin) , Kg Pulau Bukit, Chengkau


Semua Dijemput Hadir