RHI

RHI

TABUNG KEBAJIKAN

TABUNG KEBAJIKAN

Selasa, 29 Disember 2009

Jualan Amal Roti Bakar RM2 Bantu Pelajar Kembali Sekolah

PAS Kawasan Rembau telah mengenalpasti lebih kurang 70 ke 80 orang pelajar yang benar-benar memerlukan bantuan seperti anak yatim, pelajar miskin dan ibu-ibu tunggal yang hilang tempat bergantung dan mempunyai tanggungan yang ramai.

Sehubungan dengan itu Muslimat PAS Kawasan Rembau akan melaksanakan jualan ROTI BAKAR PANAS dengan kupon bernilai CUMA RM2 pada malam tahun baru sempena PROGRAM D’ AMBANG TAHUN BARU 2010 & 1431H yang bakal diadakan di Dataran Senawang pada hari Khamis 31 Disember 2009 bermula jam 8 malam.

Orang ramai yang ingin membeli kupon sambil beramal dialu-alukan hadir ke program malam tersebut atau menghubungi Pn Norwani 013-3851202 atau Pn Fauziah 013-7779328 untuk mendapatkan kupon berkenaan. Maklumat lanjut di http://nurmutiara.blogspot.com/2009/12/lagi-program-amal-pas-rembau.html

Marilah kita sama-sama membantu mereka yang memerlukan terutama pelajar yang akan memasuki sesi persekolahan 2010 agar tahun baru yang menjelang memberi azam baru kepada pelajar-pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai cita-cita di medan ilmu. Maklumat lanjut program SEKOLAHKAN MEREKA di http://pasns.blogspot.com/2009/11/pas-rembau-lancar-sekolahkan-mereka.html

Isnin, 28 Disember 2009

Sekitar Program Jualan Amal, Khidmat Kesihatan dan Cuci Kereta







Program Jualan Amal, Khidmat Kesihatan Percuma dan Cuci Kereta telah berjalan dengan jayanya pada 26 Disember 2009 di PASTI Hasanah Bandar Seremban Selatan.

Seramai lebihkurang orang telah mendapatkan Khidmat Kesihatan Percuma.

Lebih daripada 25 buah kereta menyertai Program Cuci Kereta untuk mengisi Tabung Bantuan Pelajar Kembali Ke Sekolah DUN Paroi.

Program Mari Mengaji PASTI Amal









Program Mari Mengaji Al-Quran anjuran PASTI Amal & PAS Cawangan Senawang dari 2 Dis 09 hingga 24 Dis 09 telah disertai oleh 40 orang pelajar dan dibimbing oleh tiga org ustazah , pengajar, motivator dan beberapa pembantu

InsyaAllah, program ini akan diteruskan pada tahun 2010 nanti dan diperluaskan di PASTI yang lain.

Khamis, 24 Disember 2009

Pemuda PAS Rembau baiki rumah penduduk kampung


Pada 18 Disember 2009 telah berlaku kejadian ribut kecil di Kg. Bintongan , Rembau yang mengakibatkan atap bahagian dapur sebuah rumah di kampung tersebut telah rosak dan diterbangkan angin.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau yang diketuai oleh Sdr Mohd Sufian Ibrahim dan Pengarah Unit Amal Rembau Sdr Izamri bin Med serta beberapa ahli pemuda PAS Rembau telah turun padang dan melakukan kerja pembaikan segera pada 20 Disember 2009.

Selasa, 22 Disember 2009

Ceramah Dato Fauzi dan YB Taufek 26 Dis 09 REMBAU

Program Dato' Fauzi Abd. Rahman ( Mantan Timb Menteri Penerangan ) ke Rembau pada 26.12.2009 (Sabtu)

1) Perasmian Ranting Sendayan (DUN Rantau)
No. 381, Jalan Utama, Bandar Sri Sendayan (Rumah Tanggam)
Jam 6.00 Petang
019-6428525 (Tapoi)

2) Perasmian Ranting Kampung Batu (DUN Kota)
Kampung Bintongan, Kota, Rembau (Rumah Yusof Tapa)
Jam 8.00 Malam
019-6602784 (Yusof Tapa)

3) Ceramah Umum Pakatan Rakyat
Dato' Fauzi Abd Rahman, YB Taufek Abd. Ghani (ADUN (PAS) Paroi N9), Aisah Lamsah & Che'GUBard
Kampung Semerbok, Kota, Rembau (Rumah Harun Manaf)
Jam 9.00 Malam
013-2101797 (Rasli), 017-2468258 (Harun)

Sebarkan. Sebarang pertanyaan : Norazizi 012-3696474

KKP, JUALAN dan CUCI KERETA AMAL 26 DIS 09


Sebahagian dari Projek SEKOLAHKAN MEREKA untuk membantu pelajar yang memerlukan.

Tarikh : 26 Disember 2009
Masa : 8:30 pagi – 1:00 ptg
Tempat : PASTI Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut

Turut diadakan Program Khidmat Kesihatan PERCUMA (KKP)

Hubungi Hassan 019-2171942

Anjuran : Pusat Khidmat DUN Paroi, Muslimat Rembau, Unit Amal Rembau, PASTI Rembau

Sukarelawan untuk program ini dialu-alukan.

Sambutan D Ambang Tahun Baru 31 Dis 09 Senawang

Ceramah Perdana Sempena Maal Hijrah & Tahun Baru Masihi

Penceramah :
1. Lim Jooi Soon ( PERKIM)
2. Ustaz Rozali Muhammad ( Pendakwah & Qari )

Tarikh : 31 Disember 2009 (Khamis)
Tempat : Dataran Senawang
Masa : 8.30 mlm

Semua Dijemput Hadir

Turut diadakan Gerai Jualan Amal , Pameran , Kuiz Remaja

Maklumat lanjut hubungi Sdr Hassan 019-2171942

*******************
Lim Jooi Soon selesa guna nama asal

Pegawai Dakwah Persatuan Cina Islam Malaysia (MACMA) Cawangan Selangor, Lim Jooi Soon berkata, ramai masyarakat di Malaysia beranggapan bahawa nama Islam adalah nama dalam bahasa Arab.

Pada masa yang sama, kata Jooi Soon, tiada nas untuk membenarkan penukaran nama bapa kandung kepada Abdullah atau nama-nama lain.

Kata Jooi Soon, sebagai Muslim berbangsa Cina, mengekalkan nama penuh dalam bahasa ibunda adalah perkara yang penting bagi sebahagian masyarakat Cina. Ini kerana setiap perkataan pada nama tersebut membawa maksud dan pengertian tertentu.

Sumber : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0412&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_01.htm&arc=hive&arc=hive

Tingkatkan Mutu Bacaan Al Quran 1 Jan 2010 Senawang

PROGRAM PENINGKATAN BACAAN AL QURAN
Mari Mengaji Bersama Ustaz Rozali Muhammad ( Pendakwah & Qari )

Tarikh : 1 Januari 2010 (Jumaat)
Masa : 9.00 pg – 12.30 tgh
Tempat : Bilik Kuliah , Masjid Bandar Baru Senawang

Terbuka kepada para imam, bilal, guru agama, ajk masjid/surau dan individu yang berminat

Maklumat lanjut hubungi Sdr Hassan 019-2171942

Ahad, 20 Disember 2009

Pelanggan tidak selesa bau busuk

Sinar Harian 20 Dis 09

REMBAU - Masalah bau busuk sering menghantui peniaga sehingga menyebabkan mereka bimbang jika masalah ini tidak diatasi segera akan mengganggu kelancaran perniagaan.

Peniaga kedai makan, Fatimah Sham, 43, berkata, masalah bau busuk ini berpunca daripada longkang berhampiran yang didakwa sudah sekian lama tidak dibersihkan.

Menurutnya, ini kerana sisa dalam longkang telah menjadi seperti ‘batu’ dan sukar untuk dibersihkan.

Fatimah berkata, setiap kali hujan bau busuk menyelubungi kedai sehingga menyebabkan rasa malu kepada pelanggan.

Apatah lagi katanya, sesetengah daripada mereka mengadu bau busuk sehingga mendatangkan ketidakselesaan pada mereka.

“Jika pelanggan yang sudah maklum mengenai hal ini sudah tentu mereka memahami kesulitan yang dialami peniaga seperti kami tetapi bagaimana dengan orang lain pasti memberi persepsi buruk terhadap kedai kami,” katanya ketika ditemui di Kampung Batu.

Fatimah mendakwa, sepanjang berniaga di sini tiada kerja pembersihan longkang dilakukan dan kerana itu longkang sentiasa ditakungi air akibat sampah-sarap yang memenuhinya.

“Ada sesetengah longkang ditumbuhi rumput dan pokok sehingga menyukarkan laluan air ke tempat sepatutnya.

“Apabila hal ini berlaku, kami terpaksa menanggung bau busuk dan menyebabkan banyak lalat,” katanya. Seorang pekerja gerai, Suraitihaslina Mohd Shah, 33, berkata, masalah ini sudah bertahun lamanya namun sehingga kini tiada penyelesaian terbaik yang dibuat untuk mengatasi masalah ini.

“Apabila hujan lebat air longkang akan naik masuk melimpah ke kawasan gerai.

“Setiap kali keadaan ini berlaku kami terpaksa membersihkan lantai dan mengangkat barang bagi mengelakkan rosak dan berbau,” katanya.

Malah katanya, sampah sarap menjadi punca longkang tersumbat sehingga menghalang pengaliran air dan menimbulkan bau busuk.

“Saya sering kali menerima rungutan pelanggan kerana bau busuk ini tetapi setiap kali itulah saya cuba jelaskan bau busuk ini berpunca daripada air longkang,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6230939.asp

Bekas hakim dinobat Tokoh Maal Hijrah NS


Sinar Harian 19 Dis 09

SEREMBAN – Bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan yang pertama, Datuk Baharum Hasbullah, dinobatkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan bagi 1431H/2009M.

Beliau yang kini Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Fatwa negeri berpendapat anugerah diterima sebagai batu loncatan kepada dirinya dalam usaha menjalankan dakwa secara berterusan.

Menurutnya, selain menjalankan urusan keagamaan, beliau masih aktif menyalurkan sumbangan buah fikiran dalam hal-hal perundangan agama Islam.

Menurutnya, walaupun sudah bersara, beliau tetap mahu pelaksanaan perundangan syariah di negeri ini dijalankan dengan teratur.

“Saya mempunyai pengalaman lebih lima tahun dalam soal perundangan syariah, dan tahu impak yang akan diterima masyarakat jika ia tidak dijalankan dengan sempurna.

“Oleh itu, saya berhasrat kerajaan kita terus mempertingkatkan martabat undang-undang syariah demi kesejahteraan masyarakat Islam, kerana itu adalah tunjang utama dalam menuntut keadilan dan kesaksamaan,” katanya ketika ditemui selepas menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah, pada sambutan Maal Hijrah, di Dewan Majlis Perbandaran Seremban, semalam.

Baharum dilahirkan pada 14 Jun 1941, di Kampung Astana, Rembau, dan berkahwin dengan Datin Siti Sawiah Sail.

Hasil perkahwinan itu, beliau dikurniakan enam anak dan 12 cucu.

Beliau mendapat Pendidikan di Sekolah An-Nuriah ad-Diniah, Sungai Udang dan Sekolah Agama Menengah Tinggi Seremban.

Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah dan kemudian membuat Diploma Lanjutan di Universiti Islam Antarabangsa.

Beliau pernah bekerja sebagai kadi daerah Port Dickson selama lima tahun dan sebagai Kadi Besar Negeri selama tiga tahun sebelum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Ketua Hakim Syarie yang pertama di negeri ini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6194871.asp

Perkhemahan dan Motivasi di Rembau meriah

Program Perkhemahan dan Motivasi anjuran Unit Amal Kawasan Rembau dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Negeri Sembilan pada 18 hingga 20 Disember 2009 yang lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta setempat dari Rembau dan Seremban.

Program yang dijalankan di Rimba Rekreasi Sg. Talan, Kg. Bintongan, Rembau tersebut telah disertai oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada para remaja dan belia.

Menurut Pengarah Unit Amal Kawasan Rembau Izamri bin Med yang juga merupakan Pengarah Program tujuan utama program tersebut ialah untuk menggalakkan para remaja mengisi masa lapang terutama pada musim cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanafaat.

Antara kelainan dalam program kali ini menurut Izamri ialah memasukkan unsur keusahawanan dan inovatf di kalangan para peserta antaraya bengkel membuat roti canai, bengkel membuat apam balik dan bengkel membuat roket air.

Rata-rata para peserta yang ditemui berpuas hati dengan penganjuran program tersebut dengan latarbelakang suasana alam semulajadi yang aman dan tenang.

Sementara itu upacara Perasmian Penutup Program Perkhemahan dan Motivasi siri 2009 pada kali telah disempurnakan oleh Mohd Sufian bin Ibrahim selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau.

Untuk melihat foto sekitar program tersebut sila ke pautan berikut http://unitamaln9.blogspot.com/2009/12/sekitar-perkhemahan-motivasi-2009.html

MOTIVASI Pelajar 25 27 Dis 09 Gunung Datuk Rembau


MOTIVASI ANAK KEMBALI KE SEKOLAH (MAKES) SIRI 3/2009
Tarikh : 25-27 Disember 2009 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Tapak Perkhemahan Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.
Peserta : Remaja Lelaki & Perempuan berumur antara 13 hingga 16 tahun.
Yuran : RM 80
Penyertaan : 13-16 tahun. Terhad 100 peserta

ANTARA AKTIVITI MENARIK
- XPDC Mendaki Gunung Datuk
- Menjejak Tapak Hang Tuah
- Visi Intelligent
- Smart Solat
- Cabaran Survivor
- Banyak lagi

Hubungi :
En Hazwan Mohd Nor - 013-2987115 amierwan@gmail.com
Rahimi 014-8573695

Info lanjut di http://altis-academy.blogspot.com/2009/11/kem-motivasi-anak-kembali-ke-sekolah.html

Jumaat, 18 Disember 2009

Pakatan Rakyat N.Sembilan lembek ?

Satu tamparan hebat dan kritikan untuk Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan ?

Baca kritikan sepenuhnya pada pautan berikut http://chegubard.blogspot.com/2009/12/umno-ns-kuat-atau-pr-ns-lembek.html

Selasa, 15 Disember 2009

Tanah Runtuh di Senawang perlu tindakan segera


Laluan pintas diancam tanah runtuh
Sinar Harian 15 Dis 09

SENAWANG – Penduduk kawasan perumahan Taman Alamanda dekat sini melahirkan rasa bimbang berhubung kejadian tanah runtuh di laluan pintas yang sering digunakan anak mereka ke sekolah.

Mereka mendakwa kejadian itu mula berlaku sejak November lalu apabila sedikit demi sedikit bukit di kawasan berhampiran runtuh hingga mewujudkan lubang besar dipercayai berpunca daripada tanah mendap.

Difahamkan, penduduk menggunakan laluan itu kerana ia lebih dekat berbanding jalan besar bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan.

Dengan menggunakan jalan pintas itu, penduduk hanya mengambil masa 10 minit untuk ke lokasi yang laluannya menembusi Taman Kemuning.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6174729.asp

Isnin, 14 Disember 2009

Umrah Tarbawwi bersama ADUN Paroi Mac 2010

Program Umrah Tarbawwi bersama ADUN Paroi, N.Sembilan
16 Mac 2010 hingga 4 April 2010 (16 hari)

Anjuran : Unit Amal Rembau dan Pusat Khidmat DUN Paroi

Tempat terhad. Hubungi Hassan 019-2171942

Cuci Kereta Bantu Pelajar 26 Dis 09 Senawang

JUALAN AMAL dan CUCI KERETA AMAL
Sebahagian dari Projek Jom Kembali ke Sekolah untuk membantu pelajar yang memerlukan.

Tarikh : 26 Disember 2009
Masa : 8:30 pagi – 1:00 ptg
Tempat : PASTI Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut

Turut diadakan Program Khidmat Kesihatan PERCUMA

Hubungi Hassan 019-2171942

Anjuran : Pusat Khidmat DUN Paroi, Muslimat Rembau, Unit Amal Rembau, PASTI Rembau

Sukarelawan untuk program ini dialu-alukan.

Bengkel Buat Roket Air 19 Dis 09 Rembau

BENGKEL MEMBUAT ROKET AIR
Tarikh : 19 Disember 2009 (Sabtu)
Masa : 10 pagi
Tempat : Kg Batu, Rembau

Sebahagian daripada Program Perkhemahan dan Motivasi
Maklumat lanjut di http://unitamaln9.blogspot.com

Sabtu, 12 Disember 2009

Lawatan Dato Chua Jui Meng 16 Dis 09 Rembau

Program Bersama Dato Chua Jui Meng
Tarikh : 16 Disember 2009
Hari : Selasa

ATURCARA
6.00 ptg : Rasmi Ranting di Rantau
7.30 mlm : Ceramah Umum di Paroi
9.30 mlm : Ceramah Umum di Tampin

Maklumat lanjut di http://chegubard.blogspot.com

Gerai tiada penghadang cahaya matahari

Berita Harian 11 Dis 09

Peniaga medan selera Chembong dakwa siling kedai turut retak

CHEMBONG: Peniaga di medan selera berhampiran kawasan perindustrian Chembong, di sini, mengalami kerugian, terutama pada waktu tengah hari dan petang apabila pelanggan enggan ke kedai mereka berikutan tiada penghadang cahaya matahari menyebabkan keadaan di situ panas.

Selain itu, tandas di medan selera yang baru siap dinaik taraf sebulan lalu itu juga gagal berfungsi menyebabkan ia tidak dapat digunakan. Malah, hampir semua 10 lot kedai makan di situ mengalami masalah retak pada bahagian siling.



Peniaga, Ponggodi Doraisamy, 50, berkata, beliau sudah berniaga di situ sejak 1983 dan sudah lima kali membuat aduan kepada Majlis Daerah Rembau (MDR) tetapi masih tiada tindakan diambil bagi menangani masalah itu.

"Saya bimbang air yang bocor sejak tiga bulan lalu di bahagian bumbung akan terkena fius elektrik dan menyebabkan litar pintas seterusnya kebakaran," katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, keadaan itu menyusahkannya, terutama jika hujan kerana air akan bertakung di dalam premis dan ia mengambil masa untuk dibersihkan.

Sementara itu, pengusaha salun kecantikan berdekatan, Rozila Mahabub, 35, berkata, beliau pelik mengapa tandas yang sudah dinaik taraf baru-baru ini masih dikunci dan tidak boleh digunakan orang awam.

"Selain itu, medan selera juga tidak mempunyai kemudahan surau bagi membolehkan peniaga dan orang ramai solat. Jadi, saya minta supaya pihak berkuasa membina surau secepat mungkin di sini," katanya.

Beliau berharap pihak berkuasa juga dapat menyediakan kanopi atau penghadang cahaya matahari di premis itu kerana keadaan panas terik menyebabkan orang ramai tidak mahu berkunjung ke situ pada waktu tengah hari dan petang.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Wilayah/20091211075433/Article/index_html

Penduduk dibelenggu masalah bekalan air


Sinar Harian 11 Dis 09

REMBAU - Penduduk di sini mengadu apabila sering menghadapi masalah ketiadaan air terutama menjelang musim perayaan.

Penduduk, Zulkifli Sabi, 75, berkata, masalah ini bukan kali pertama berlaku, tetapi sudah bertahun penduduk terpaksa melalui masalah gangguan air selama beberapa hari.

Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada pihak berkaitan tetapi masih belum mendapat penyelesaian kecuali penghantaran akan dilakukan jika penduduk kehabisan bekalan di rumah.

Difahamkan, rata-rata penduduk yang tinggal di kawasan bukit akan melalui situasi seperti ini kerana tekanan air rendah.

“Saya tidak nafikan pihak Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) akan menghantar air jika penduduk menghubungi tetapi sampai bila penduduk harus berdepan masalah seperti ini yang menimbulkan banyak kesulitan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Durian Daun.

Menurutnya, disebabkan gang-guan bekalan air sering berlaku dia mengambil keputusan untuk membina kolah dalam rumahnya bagi mengelakkan ketiadaan air di saat memerlukan.

“Setakat ini saya sudah bina empat kolah air untuk kegunaan harian, selain menampung keperluan di saat masalah gangguan berlaku,” katanya.

Malah kata Zulkifli, jika musim perayaan dan kenduri, masalah ketiadaan air sering kali menghantui penduduk, apatah lagi anak menantu dan saudara-mara datang berkunjung merungut mengenainya.

“Kalau buat kenduri memang payah dengan air tidak ada dan bekalan tidak mencukupi. Memang timbul rasa bimbang apabila buat majlis seperti ini,” katanya.

Katanya, sakit jantung tahap serius dihidapinya menyebabkannya membuang air selama 14 kali, selain pening dan muntah.

“Sakit yang dialami menyebabkan saya memerlukan air yang banyak setiap hari.

“Jika masalah ini tidak diatasi segera, pastinya mendatangkan kerumitan buat pengguna seperti saya,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6146478.asp

‘Lubang maut’ ancam pengguna


Sinar Harian 11 Dis 09

PAROI – Perasaan bimbang menghantui kebanyakan pengguna jalan pintas dari Paroi ke Seremban-Pantai di sini apabila keadaan sebahagian jalan mula diancam tanah runtuh sejak sebulan lalu berikutan cuaca yang tidak menentu selain berpunca daripada sistem perparitan tidak sempurna.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati keadaan sebelah jalan berhampiran dengan simpang masuk ke kawasan perumahan PJ Perdana di sini berlubang dan berisiko berlaku tanah mendap.

Seorang pengguna jalan raya, Ahmad Tarmizi Idris, 44, berkata, keadaan itu sememangnya menimbulkan rasa bimbang kerana bila-bila masa sahaja kenderaan yang menggunakan laluan itu boleh terjatuh ke dalam lubang terbabit kerana kadang-kala tong yang diletakkan sebagai tanda amaran terjatuh ke dalam lubang.

Menurutnya, jalan itu akan menjadi sesak terutamanya waktu puncak antara jam 5 hingga 7 petang.

“Ini adalah laluan pilihan kebanyakan penduduk di taman-taman berhampiran seperti Taman Panchor Jaya, Taman Paroi Jaya, Taman Ampangan, Taman Margosa dan Taman PJ Perdana untuk ke tempat kerja kerana ia lebih dekat berbanding menggunakan jalan besar.

“Saya bimbang suatu hari nanti jalan ini mendap kerana di bawahnya sudah kosong apabila segala laluan air dari atas bukit dan projek pembinaan lebuh raya LEKAS dari Seremban-Kajang yang sedang dalam pembinaan sekarang mengalir ke arah lombong tinggal berhampiran menyebabkan kejadian tanah runtuh berlaku,” katanya.

Tarmizi berkata, tindakan segera perlu diambil sebelum berlaku kejadian tidak dingini selain mengancam keselamatan banyak pengguna laluan berkenaan.

Penduduk Taman Panchor Jaya Fasa 7 dan 8, Shari Isa, 42, berkata, jalan itu rosak disebabkan longkang bawah tanah pecah dan rosak teruk kerana tidak mampu lagi menampung jumlah air yang datang daripada projek pembinaan lebuh raya dan beberapa taman berhampiran.

“Sebelum ini selalu berlaku hujan lebat jadi air terlalu kuat mengalir menyebabkan longkang bawah tanah runtuh dan ia memberi kesan kepada struktur jalan.

“Saya juga percaya longkang sedia ada sudah tersumbat dengan tanah dan lumpur yang dibawa dari projek pembinaan lebuh raya terbabit menyebabkan masalah ini berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tindakan segera perlu dilakukan sebelum keadaan tanah runtuh ini menjadi bertambah teruk kerana ia nyata mendatangkan bahaya kepada banyak kenderaan.

“Mereka yang menyedari situasi ini tidak ada masalah, tetapi amat membahayakan bagi mereka yang tidak tahu kerana tong diletakkan sebagai tanda amaran sudah beberapa kali jatuh disebabkan hujan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6151223.asp

Ahad, 6 Disember 2009

Peniaga merintih kedai bakal diroboh

Sinar Harian 6 Dis 09

KOTA - Peniaga kecil di sini, mengeluh mengenang nasib kedai yang bakal dirobohkan tidak lama lagi atas tujuan pembangunan untuk projek menaik taraf jalan.

Difahamkan, sebanyak lapan unit kedai terlibat dan peniaga kedai bukan setahun dua berniaga di kawasan itu tetapi kebanyakan sudah mencecah puluhan tahun kerana menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan paling utama untuk mencari rezeki.

Suhaimi Mustafa, 49, berkata, perniagaan kedai makan dan minum ini diwarisi daripada bapanya yang sedang uzur.

Menurutnya, sudah lebih 30 tahun keluarganya mengusahakan kedai ini dengan menggunakan modal sendiri untuk membina nya.

Mereka dimaklumkan mengenai projek menaik taraf jalan ini dua tahun lalu, namun, dia memohon supaya pihak berkaitan mengubah keputusan tidak merobohkan kedainya kerana mendakwa pelan itu tidak mengenai kedainya tetapi hanya longkang di depan kedainya sahaja terlibat.

“Saya harap kedai saya dikecualikan daripada projek itu kerana saya tidak memiliki pendapatan lain selain berniaga di sini apatah lagi saya perlu membesarkan empat anak. Salah seorang daripadanya orang kelainan upaya (OKU) dan dua pula meneruskan pelajaran di kolej. Selain itu, saya turut menjaga ayah yang sudah uzur,” katanya ketika ditemui di kedainya berhampiran Simpat Empat di Kampung Astana Raja.

Menurutnya, masalah ini menyebabkan dia hilang punca mata pencarian ditambah pula dia tidak memiliki tapak dan modal untuk membina kedai lain.

“Sepatutnya pihak berkaitan prihatin dengan nasib peniaga kecil seperti kami kerana kami tidak memiliki modal dan hanya bergantung harap pada perniagaan sedia ada,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6133572.asp

Khamis, 3 Disember 2009

Semak samun bahayakan penduduk

Sinar Harian 3 Dis 09

REMBAU - Penduduk di sini mengadu mengenai semak samun dan longkang tersumbat berhampiran kawasan perumahan mereka.

Penduduk, Harun Yahya, 60, berkata, keadaan semak samun ini mengundang bahaya kepada penduduk kerana dikhuatiri terdapat haiwan berbisa seperti ular dan jika dibiarkan tanpa tindakan lanjut tidak mustahil tempat ini akan menjadi tempat pembiakan haiwan tersebut.

Menurutnya, semak hampir menutup papan tanda jalan kerana lalang dan rumput menjalar sekeliling papan tanda sehingga boleh mengelirukan orang ramai yang melalui jalan ini sekali gus mencacatkan pemandangan terutama di Persiaran Jalan Keretapi yang terletak di Taman Rembau Utama berhampiran Jalan RU13.

“Lihatlah lalang dan rumput tumbuh sama panjang dengan papan tanda. Kami sebagai penduduk terpaksa berdepan masalah ini selagi tiada jalan penyelesaian dibuat,” katanya.

Malah katanya, hujan lebat kebelakangan ini menyebabkan air naik sampai ke rumah kerana longkang sedia ada tersumbat. Apabila aliran air tersumbat, air longkang melimpah keluar memasuki rumah penduduk berdekatan.

“Situasi ini tentunya menyusahkan penduduk kerana apabila hujan lebat mereka perlu berjaga-jaga dan membersihkan segala kotoran yang memasuki rumah,” katanya.

Selain itu, penduduk di sini juga melahirkan rasa bimbang dengan lori keluar masuk di setiap lorong taman berdekatan projek landasan kereta api berkembar. Difahamkan, lori tersebut hanya dibenarkan memasuki Jalan RU7 bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku.

“Lori ini bukan sahaja memasuki lorong tersebut tetapi hampir semua lorong dimasuki. Ini menyebabkan jalan rosak dan berlubang kerana keengganan mereka mematuhi arahan,” katanya.

Tambahnya, terdapat segelintir pemandu lori tidak mementingkan aspek keselamatan kerana memandu laju di kawasan perumahan selain membawa muatan seperti batu yang tidak bertutup.

“Jika batu ini jatuh dan terdapat kanak-kanak atau penduduk yang melalui kawasan terbabit, sudah tentu ia membawa risiko buruk,” katanya.

Harun berkata, penduduk di sini tidak pernah menolak segala bentuk pembangunan tetapi keprihatinan pihak berkaitan amat diharapkan bagi memastikan penduduk dapat hidup selesa dan tenang di kediaman sendiri.

“Gangguan dan masalah seperti ini sudah dimaklumkan namun sehingga hari ini penduduk perlu melalui situasi sama. Jangan abai soal keselamatan penduduk setempat tanpa memikirkan masalah dihadapi penduduk,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6124038.asp

Selasa, 1 Disember 2009

Penduduk mohon surau dibaiki segera

Sinar Harian 1 Dis 09

KOTA - Penduduk di sini bimbang dengan keadaan surau yang semakin usang dan perlu dibaik pulih segera bagi membolehkan aktiviti keagamaan dapat dijalankan lebih selesa.

Pengerusi Surau Kuala Merbok, Rosli Yasin, 54, berkata, surau itu sudah menjangkau 30 tahun dan mengalami banyak kerosakan memandangkan ia diperbuat daripada papan.

Katanya, beliau juga tidak mampu memusnahkan sarang anai-anai di setiap sudut surau meskipun kerap membersihkannya.

“Malah keadaan bertambah teruk kerana terdapat bahagian surau telah reput kerana dimakan anai-anai.

“Jika dibiarkan berterusan tanpa perhatian sewajarnya daripada pihak berkaitan, ahli kariah surau ini pastinya berdepan dengan masalah. Mungkin surau ini tidak boleh digunakan lagi sedangkan setiap hari ia menempatkan tidak lebih daripada 30 jemaah,” katanya ketika ditemui di surau berkenaan yang terletak di Kampung Semerbok.

Rosli berkata, kebanyakan jemaah melibatkan penduduk berdekatan dan warga emas memilih surau berkenaan untuk beribadah memandangkan masjid terletak kira-kira tiga kilometer dari kawasan itu.

“Jika surau ini tidak dibaiki segera, sukarlah bagi warga tua untuk berjalan kaki ke masjid,” kata Rosli.

Menurutnya, masalah itu dipanjangkan kepada pihak berkenaan, namun sehingga kini tiada tindakan memuaskan hati jemaah kerana saban hari, mereka menantikan perubahan positif terhadap surau ini.

“Saya sudah usulkan masalah ini beberapa bulan lalu dengan harapan surau ini dapat dibaik pulih segera. Ini kerana surau tidak sunyi daripada pelbagai aktiviti keagamaan, contohnya kelas mengaji turut diadakan di sini,” katanya.

Sebelum ini katanya, surau itu pernah dibaik pulih semula melalui derma dan sumbangan orang ramai, namun kutipan diterima belum cukup menyelesaikan masalah.

Difahamkan, pihaknya menggunakan wang tersebut untuk membaiki bahagian yang kritikal sahaja ketika itu.

“Sekarang ini atap surau pun sudah rosak. Keadaan surau ini boleh diibaratkan menunggu masa untuk roboh sahaja jika masalah ini dibiarkan tanpa penyelesaian,” katanya.

Malah katanya, melihat keadaan surau ini sememangnya tidak mampu menampung jumlah jemaah yang ramai dalam satu-satu masa kerana dikhuatiri akan mengundang bahaya disebabkan strukturnya tidak kukuh.

“Justeru, saya berharap pihak berwajib mengambil perhatian dan meneliti mengenai masalah ini sebaik mungkin,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6117668.asp