RHI

RHI

Isnin, 31 Ogos 2009

Pejuang merdeka kesal elaun dihenti

Sinar Harian 30 Ogos 2009

REMBAU – Seorang bekas Mata-mata Khas yang pernah dikurniakan ‘George Medal’ melahirkan rasa kesal kerana tidak menerima elaun yang sepatutnya diperoleh apabila menerima anugerah Jasa Kebaktian.

Pilus Silong, 80, kini menetap di Kampung Seberang Batu Hampar berkata, pingat keberanian itu diterima kerana berjaya membunuh pengganas komunis yang bermaharajalela ketika itu.

Katanya, ketika itu pasukannya berjuang menentang pengganas komunis sebelum merdeka di Renggam, Johor Darul Takzim. Daripada 12 anggota akhirnya cuma tinggal dia dan seorang anggota berbangsa Cina.

“Ketika itu atuk dapat menembak mati enam orang komunis. Disebabkan itu, atuk dianugerahkan pingat tersebut,” katanya.

Pilus berkata, tanpa sebab dan alasan pada tahun 1954 Kompeninya dimansuhkan menyebabkan dia dan anggota lain hilang pekerjaan. Tetapi selepas itu, dia menyertai ‘Workshop’ tentera di Sungai Udang, Melaka.

“Atuk kini bergantung sepenuhnya dengan pencen ‘Workshop’ sebanyak RM540 untuk membeli ubat dan menyara kehidupannya bersama isteri. Anak-anak pula sudah besar dan memiliki keluarga sendiri,” katanya.

Menurutnya, elaun yang sepatutnya diterima telah dihentikan dan perkara ini mendatangkan kekeliruan baginya kerana tidak mengetahui sebab dan punca sebenar elaun itu disekat.

“Kali terakhir atuk menerima elaun itu pada 30 Disember 1985. Atuk sudah hantar surat kepada pihak yang berkenaan, namun sehingga kini masih tidak mendapat jawapan. Situasi ini amat mendukacitakan atuk seolah-olah bekas pejuang kemerdekaan tidak terbela dan dipinggirkan,” katanya.

Dengan usia yang sudah tua, dia juga tidak terkecuali mengalami sakit iaitu bengkak di kaki yang menyukarkan pergerakannya untuk berjalan jauh. Dia pernah menerima nasihat daripada doktor untuk melakukan pembedahan di kaki tetapi dia enggan berbuat demikian.

“Kaki ini mula bengkak sejak 1988 lagi sehingga kini. Doktor beritahu atuk ini adalah sakit tua. Atuk memang tak nak bedah kaki ini takut kalau atuk tidak boleh bergerak lagi. Jadi atuk rela dengan keadaan ini daripada cacat dan tidak boleh melakukan sebarang kerja,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon pihak yang berkaitan supaya menjernihkan semula keadaan dan menjelaskan perkara sebenar mengenai status elaun yang seharusnya diperoleh berdasarkan anugerah yang diterimanya.

“Sempena bulan Ramadan ini, semoga ada perubahan yang lebih baik untuk diri atuk dan diharapkan penantian selama bertahun ini berakhir dengan segera,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story3668405.asp

Sambutan menggalakkan Kuliah Dhuha di Senawang




Alhamdulillah sambutan Kuliah Dhuha oleh Ustaz Mohd Nazri Yusof selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Rembau di Surau Taman Alamanda , Senawang pada 31 Ogos 2009 mendapat sambutan yang menggalakkan.

Kuliah tersebut mempunyai banyak pengisian ayat Al Quran, Hadith, Sirah, Kisah Nabi, Kisah Sahabat yang berkisakan kepada taqwa. Dimana bulan Ramadhan ini adalah bulan untuk mendidik umat Islam menjadi orang yang bertaqwa.

Sabtu, 29 Ogos 2009

Kuarters terbiar menyemak mata

Berita Harian 28 Ogos 2009
Premis usang di sekitar Rembau dikhuatiri jadi sarang binatang liar

REMBAU: Keadaan kuarters kerajaan di Jalan Tambang Kuda dan Jalan Batu Hampar, di sini, yang terbiar sejak lebih lapan tahun lalu menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai.

Mahu tidak mahu, orang ramai yang mempunyai urusan di Pejabat Veterinar daerah dan klinik kesihatan daerah terpaksa melihat pemandangan kurang menyenangkan itu.

Antara kebimbangan utama orang ramai ialah keadaan kuarters yang terbiar itu boleh membahayakan pejalan kaki dan penduduk berhampiran, terutama jika ada haiwan berbisa seperti ular.

Tinjauan Berita Harian mendapati sekurang-kurangnya sembilan buah kuarters di sepanjang Jalan Tambang Kuda dan lapan buah di Jalan Batu Hampar, berkeadaan usang dan terbiar. Ada antaranya dibina sebelum merdeka lagi.

Pesara, Kamaruddin Said, 61, yang pernah tinggal di kuarters itu sekitar 1970-an kesal kerana bangunan kuarters tidak dirobohkan menyebabkan kawasan itu menjadi seperti belukar.

Katanya, kuarters itu memang tidak lagi sesuai didiami kerana hanya mempunyai satu atau dua bilik tidur.

"Kerajaan perlu melakukan sesuatu dengan merobohkan kuarters dan kawasan itu dimajukan dengan projek pembangunan yang memberi manfaat kepada daerah ini," katanya.

Abu Yazid Ahmad, 65, juga hairan kerana kawasan kuarters itu terbiar begitu saja sedangkan kawasan itu adalah kawasan strategik.

"Bangunan kayu kuarters itu sepatutnya sudah lama dirobohkan. Saya hairan kenapa kuarters di sebelah kiri Jalan Tambang Kuda dirobohkan, tetapi di sebelah kanannya dibiarkan," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Rembau (MDR), Mohd Rawi Baharom, ketika diminta mengulas keadaan itu memberitahu, pihaknya sudah memohon peruntukan kerajaan negeri untuk merobohkan kuarters terbabit.

Katanya, kuarters itu akan dirobohkan secepat mungkin selepas mendapat peruntukan itu dan MDR merancang menjadikan kawasan itu sebagai kawasan rekreasi seperti taman permainan yang dapat digunakan penduduk daerah ini.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Wilayah/20090828084237/Article/index_html

Ahad, 23 Ogos 2009

Bantuan Ramadhan disalurkan terus di Rembau








Program Jejak Ukhuwwah Ramadhan 1430 H pada hari Ahad 23 Ogos 2009 untuk membantu golongan yang memerlukan telah diketuai oleh Tn Hj Roni selaku Ketua Lajnah Kebajikan Kawasan Rembau dan Sdr Sufian Ibrahim , Ketua Pemuda PAS Rembau.

Konvoi 6 kenderaan telah berkumpul di Masjid Qariah Kota pada waktu zuhur. Turut hadir bersama rombongan menghulurkan bantuan ini ialah Sdr Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau , Sdr Hamizi Bendahari Kawasan Rembau dan Sdr Zamri dari Unit Amal Rembau dan beberapa ahli dari kawasan Rembau dan DUN Chembong.

Agihan sumbangan pada hari ini tertumpu di kawasan Kg Sawah Raja, Kota. Sebanyak 20 keluarga telah menerima sumbangan pada kali ini.

Program Jejak Ukhuwwah Ramadhan 1430 H ini akan diteruskan sepanjang bulan Ramadhan ini. Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi mereka di bawah ini :

Pn Norwani ( Penyelaras Program ) – 013-3851202
Tn. Hj Roni ( Pengerusi Lajnah Kebajikan Rembau) – 012-2268230
Sdr. Rozmal ( Timb. YDP Rembau) – 012-2267406
Sdr Sufian (DUN Paroi ) – 013-3589328
Sdr Zamri (DUN Kota ) – 012-3513434
Sdr Syed Ahmad Johari ( DUN Chembong ) – 019-2628051
Tn Hj Shukri (DUN Rantau ) – 019-6210677

Sabtu, 22 Ogos 2009

Jualan Amal Nasi Beriani PASTI Amal N.Sembilan

PROGRAM JUALAN AMAL NASI BERIANI

Adalah dimaklumkan pihak pengurusan PASTI al Amal , Taman Marida dengan kerjasama PAS Cawangan Senawang akan menganjurkan Program Jualan Amal Nasi Beriani sempena menyambut bulan Ramadhan 1430 H.

Program ini merupakan jualan kupon dengan harga RM10 bagi setiap bungkus Nasi Beriani.

Mereka yang berminat untuk menderma, membeli untuk diri sendiri atau membeli dan menyumbang untuk keluarga miskin / anak-anak yatim boleh membeli kupon ini mulai sekarang dengan menghubungi :
Sdr Sufian 013-3589328
Sdr Nazri Zainal 019-9103431
Tn Hj. Faisol 019-3440826

Mereka yang membeli kupon ini boleh mendapatkan Nasi Beriani di PASTI Amal , Taman Marida , Senawang pada hari Isnin, 14 September 2009 bermula jam 5.00 petang hingga 7.00 malam.

Tarikh akhir pembelian kupon ini ialah pada 9 September 2009.

Jejak Ukhuwah Ramadhan 1430 H Rembau

PROGRAM JEJAK UKHUWAH RAMADHAN

Adalah dimaklumkan Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau akan melaksanakan program Jejak Ukhuwwah Ramadhan 1430 H untuk memberi sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin di seluruh Kawasan Rembau.

Pihak penganjur program amat mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk barangan dan wang ringgit bagi membantu meringankan penderitaan anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin agar mereka dapat bersama merasai kegembiraan menyambut Ramadhan dan Hari Lebaran.

Sumbangan akan mula dikumpulkan bermula 20 Ogos 2009 sehingga akhir Ramadhan 1430H. Sumbangan barang keperluan akan mula diedarkan ke rumah-rumah penerima sumbangan bermula 23 Ogos sehingga 13 September 2009.

Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi wakil-wakil yang dilantik iaitu;
Pn Norwani ( Penyelaras Program ) – 013-3851202
Tn. Hj Roni ( Pengerusi Lajnah Kebajikan Rembau) – 012-2268230
Sdr. Rozmal ( Timb. YDP Rembau) – 012-2267406
Sdr Sufian (DUN Paroi ) – 013-3589328
Sdr Zamri (DUN Kota ) – 012-3513434
Sdr Syed Ahmad Johari ( DUN Chembong ) – 019-2628051
Tn Hj Shukri (DUN Rantau ) – 019-6210677

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :
DEWAN MUSLIMAT KAWASAN REMBAU No. Akaun : 5012010061653
DEWAN PEMUDA KAWASAN REMBAU , No Akaun : 05012010065457 Bank Islam Malaysia Berhad
Ustaz Mohd Nazri Yusof 0193457690 , Akaun CIMB 05060082146527
Tn Hj Abd Roni Rahim 0122268230 , Akaun Maybank 155127000141
Sdr Hamizi Ahmad 0122832458 , Akaun BSN 0511229878928137

Sumbangan Barangan Keperluan adalah seperti berikut :

1. Garam ( 1peket – RM0.50)
2. Gula (1 kilo – RM1.50)
3. Tepung (1 kilo – RM 2.80)
4. Biskut lemak (1 peket – RM2.50)
5. Susu tin (1 tin – RM2.20)
6. Teh (1 peket – RM3.50)
7. Kopi (1 peket – RM3.50)
8. Kicap ( 1 botol – RM2.50)
9. Minyak masak /kelapa (1 peket – RM2.50)
10. Minyak masak/kelapa (3 kilo – RM7.00)
11. Beras (5 kilo – RM 15.00)
12. Beras (10 kilo) – RM 28.00

Rabu, 19 Ogos 2009

Sumbangan Fakir Miskin Ramadhan 09 Rembau

Kepada mereka yang ingin memberi sumbangan kepada golongan fakir miskin , anak-anak yatim serta mereka yang memerlukan di kawasan Rembau bolehlah disalurkan melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Rembau dengan menghubungi nombor yang berikut :

Tn Hj Abd Roni Rahim 0122268230 , Akaun Maybank 155127000141
Sdr Hamizi Ahmad 0122832458 , Akaun BSN 0511229878928137
Ustaz Mohd Nazri Yusof 0193457690 , Akaun CIMB 05060082146527

Ahad, 16 Ogos 2009

Bolasepak Jalanan meriah di Negeri Sembilan





Sambutan pertandingan bolasepak jalanan yang diadakan pada 15 Ogos 2009 di Dataran Senawang adalah diluar jangkaan sempena Expo Ramadhan 1430 H. Walaupun penyertaan telah ditutup , beberapa pasukan telah menunggu dengan harapan ada pasukan yang telah mendaftar tidak datang pada saat akhir.

Juara dimenangi oleh Gedong Lalang FC , Naib Juara Negeri Sembilan FC, tempat ketiga Legasy United dan tempat keempat pasukan Soccer Boy. Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh YB Tn Hj Mohamad Taufek Abd Ghani , ADUN Paroi.

Turut diadakan ialah pertandingan roket air.

Pada 16 Ogos 2009 pula telah diadakan pertandingan motosikal perlahan di mana juara ialah Sdr Jamari, naib juara Sdr Jabar dan ketiga Sdr Amin. Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh En Mohamad Hassan Tamby , Pembantu Khas ADUN Paroi.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Lalat ganggu kehidupan penduduk

Sinar Harian 15 Ogos 2009

KOTA - Penduduk Kampung Seri Melenggang di sini mengadu mengenai kehadiran lalat yang banyak mengganggu kehidupan seharian mereka dan melahirkan kebimbangan jika tidak diatasi segera masalah ini dikhuatiri memudaratkan kesihatan penduduk sekitar.

Penduduk yang ditemui, Azhari Mahat, 43 berkata, masalah lalat ini bukan perkara baru dan sehingga kini tiada penyelesaian walaupun sebelum ini aduan berkenaan isu lalat ini sudah dipanjangkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Menurutnya, kemungkinan masalah lalat ini berpunca daripada kebun sayur berdekatan yang menggunakan bahan kimia asli organik hingga menggalakkan pembiakan lalat.

“Cuba tengok sendiri lalat memenuhi ruang udara di kawasan ini seolah-olah mengadakan pesta. Keadaan ini benar-benar mengganggu penduduk terutamanya apabila mengadakan kenduri atau majlis-majlis tertentu.

“Kehadiran lalat ini pastinya menyusahkan penduduk kerana setiap sudut dikerumuni lalat dan ini mencacatkan pemandangan apatah lagi jika orang luar melihat situasi seperti ini sudah tentu membuat persepsi kawasan ini kotor,” katanya.

Azhari berkata, penduduk kini semakin buntu untuk menyelesaikan masalah ini dan memohon mana-mana pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan segera supaya penduduk dapat hidup dengan tenang tanpa gangguan lalat.

“Kami sangat berharap agar masalah ini tidak dipandang ringan kerana sebelum berlaku perkara yang lebih buruk eloklah sekiranya pihak yang berkuasa turun padang dan mengenal pasti punca masalah ini,” katanya.

Menurutnya, persekitaran yang bebas tanpa lalat menjadi harapan penduduk sekitar kerana mereka sendiri sudah lali dengan keadaan sekarang dan tidak tahu cara terbaik untuk menangani masalah ini.

“Walaupun belum ada kematian yang dicatatkan akibat masalah ini tetapi terdapat penduduk yang mengalami cirit birit akibat makanan tercemar. Kami tidak mampu untuk menghalang kehadiran lalat,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story3046290.asp

Isnin, 3 Ogos 2009

AKTIVITI EXPLORASI MINDA 16 Ogos 09 Senawang


AKTIVITI EXPLORASI MINDA Sempena EXPO Ramadhan di Dataran Senawang
Ahad 16 Ogos 09
Terbuka kepada SEMUA remaja berumur 13-20 tahun
Acara berkumpulan (2 orang satu kumpulan)
Penyertaan TERHAD sehingga 50 kumpulan pertama yang didaftarkan

Untuk perdaftaran SEGERA, sila hubungi Cik Atriza (013-6485597) atau Cik Najihah (013-9474951)

Hadiah yang ditawarkan
PERTAMA: RM 70 + hamper + set buku motivasi
KEDUA : RM50 + hamper + set buku motivasi
KETIGA : RM 30 + hamper + set buku motivasi
KEEMPAT – KEENAM : Hamper + set buku motivasi

ANJURAN NISA' REMBAU

Berikut merupakan senarai barangan jualan Muslimat Rembau Sempena EXPO Ramadhan di Dataran Senawang

Char Kuey Teow goreng panas (Gerai bermula maghrib 15 & 16 Ogos 2009).
Hanya yang mempunyai kupon sahaja boleh mendapatkan Char Kuey Teow ini. Kupon RM5 di kaunter muslimat
Air minuman
Satay goreng
Buah-buahan potong
Pakaian bundle serendah RM2-RM20
Buku-buku
CD
Poster dan stiker
T-shirt Muslimah