RHI

RHI

Selasa, 30 Jun 2009

Usrah Umum 8 Julai 09 Kota , N.Sembilan

USRAH UMUM
Tarikh : 8 Julai 2009 (Rabu)
Masa : 8:30 malam (Solat Isya berjemaah)
Tempat : PASTI Al Amin , Kg Pulau , Chengkau , N.Sembilan
Naqib : Al Fadhil Ustaz Zulkifli Ismai (Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka)

Semua Ahli Dijemput Hadir

Anjuran : Dewan Ulamak PAS Kawasan Rembau

Peta ke PASTI Al Amin http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/06/markas-pas-rembau-kini-di-chengkau.html

Isnin, 29 Jun 2009

Penduduk rayu turap jalan tanah merah

Sinar Harian 29 Jun 2009

LUBOK CHINA – Penduduk Kampung Nerambai, di sini, memohon jalan masuk ke rumah mereka diturap seperti jalan lain di kawasan itu.

Jalan tanah merah berkenaan yang digunakan kira-kira enam keluarga di situ didakwa masih kekal seperti sejak sebelum merdeka dan tidak pernah diturap.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, hanya sebatang jalan ini sahaja yang tidak diturap berbanding jalan lain di kampung terbabit.

“Saya pun tidak pasti, mengapa perkara ini boleh terjadi, sedangkan negara sudah merdeka 52 tahun, namun keadaan jalan ini masih lagi seperti sebelum merdeka,” katanya dengan nada kesal.

Menurutnya, penduduk terpaksa juga menggunakan jalan tersebut, kerana ia satu-satunya jalan yang menjadi nadi penghubung mereka menjalankan kegiatan seharian.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, dari persimpangan masuk ke kediaman penduduk, jalan tersebut berlekuk dan tidak rata serta boleh mengundang bahaya kepada pengguna motosikal.

Menurutnya lagi, apabila musim hujan, jalan tersebut begitu licin dan menyebabkan lopak-lopak air bertakung selain membahayakan penghuni di situ yang kebanyakannya warga emas.

“Apa yang penduduk inginkan hanyalah kemudahan jalan raya yang sempurna, diturap dan tidak lagi seperti zaman sebelum kemerdekaan,” katanya.

Katanya, di sini juga terletaknya Meriam Datuk Shahbandar yang seharusnya dipelihara sebagai warisan sejarah, namun jalan tanah merah menyukarkan sesiapa sahaja untuk mengunjunginya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2906967.asp

Khamis, 25 Jun 2009

Ceramah Umum 29 Jun 09 Seremban Selatan

CERAMAH UMUM
Isnin 29 Jun 2009
Jam 9 malam
Di PASTI Bandar Seremban Selatan

Penceramah
1. YB Nasir Zakaria – Ahli Parlimen Padang Terap , Kedah
2. En. Balasubramaniam – Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat
3. YB Hj Taufek – ADUN Paroi , AJK PAS Pusat

Semua Dijemput Hadir

Selasa, 16 Jun 2009

Ceramah Nasib Rakyat 25 Jun 09 Seremban

CERAMAH PERDANA : Bersama pejuang bahasa , pejuang rakyat dan pejuang anak-anak peneroka Felda

Penceramah :
1. Sdr Mazlan Aliman - AJK PAS Pusat / Pengerusi Anak-Anak Peneroka Felda / Penulis Buku “Felda , Dulu Tolong , Sekarang Along” http://pasbakri.blogspot.com/2009/03/buku-minggu-ini-felda-dulu-tolong.html

2. Chegubard - Ketua Bahagian PKR Rembau / Pejuang Rakyat / Pejuang Tanah Adat Rembau http://chegubard.blogspot.com

3. YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani – ADUN Paroi / Yang DiPertua PAS Rembau / AJK PAS Pusat / Pejuang Bahasa Melayu http://mohdtaufek.blogspot.com

TARIKH : 25 JUN 2009 , KHAMIS
MASA : 9 MALAM
TEMPAT : PUSAT KHIDMAT DUN PAROI , TAMAN TASIK JAYA , SEREMBAN

Semua Dijemput Hadir

Isnin, 15 Jun 2009

Pemilik tanah adat enggan pindah

Sinar Harian 15 Jun 2009

REMBAU – Seramai 40 pemilik tanah adat yang terbabit dengan pembinaan landasan kereta api berkembar menyatakan pendirian tidak akan berpindah sekiranya tuntutan mereka mendapat ganti rugi setimpal serta tanah gantian, tidak dipenuhi.

Kesemua mereka membabitkan tiga kampung di sini sepakat supaya kerajaan mengambil kira tuntutan mereka terlebih dahulu sebelum pengambilan tanah itu boleh dilakukan oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Tiga kampung terbabit , Kampung Chembong Halt, Waris Tebat dan dan Chuai Hilir, di sini.

Mereka menuntut nilai ganti rugi haruslah setimpal dengan harga semasa tanah dan rumah ataupun setidak-tidaknya memindahkan mereka ke satu kawasan tanah yang lebih baik sebagai perpindahan baru.

Wakil penduduk, Che Tak Amat berkata, pendirian yang diambil adalah untuk menuntut hak mereka sebagai tuan tanah yang selama ini merasakan diri diperkotak-katikkan pihak tertentu.

Menurutnya, nilai ganti rugi yang akan dibayar ternyata tidak setimpal sehingga menyebabkan mereka tidak berpuas hati dan menganggap pihak terbabit mempergunakan mereka untuk mendapatkan keuntungan.

“Nilai yang ditafsirkan terlalu rendah berbanding nilai pihak swasta yang dilantik. Kami penduduk kampung tidak akan berganjak sekiranya ganti rugi yang dibayar ini tidak setimpal,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semasa pertemuan dengan penduduk kampung Waris Tebat, di sini semalam.

Pada pertemuan itu, lebih 10 wakil penduduk kampung hadir bersama Ketua Keadilan Bahagian Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Menurut Che Tak, sekiranya mereka menerima tawaran yang diberikan pihak KTMB itu, ia bukan saja merupakan kerugian besar buat pemilik tanah terbabit, tetapi mereka mungkin menghadapi masalah untuk membeli tanah atau rumah lain kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi.

“Seandainya penduduk bersetuju dengan ganti rugi yang mereka mahu berikan itu, ia sememangnya tidak mencukupi untuk mereka membeli tanah dan membina rumah kembali memandangkan harga yang diberikan terlalu rendah,” katanya.

Bagaimanapun katanya, bantahan penduduk itu bukan bererti mereka mahu menolak pembangunan, tetapi mereka juga perlu memikirkan diri mereka sendiri supaya pembangunan itu nanti tidak menindas serta mengetepikan hak mereka.

Sementara itu, beliau berkata, status pengambilan tanah itu juga menjadi tanda tanya berikutan belum ada sebarang notis perpindahan dan pembayaran yang bakal mereka terima.

“Apa yang saya harapkan pihak kerajaan campur tangan dengan memberikan kerjasama dan bantuan kepada penduduk dalam menuntut keadilan agar kami tidak teraniaya,” katanya.

Beliau turut menyatakan kekesalan kerana nasib mereka itu didakwa tidak mendapat perhatian pemimpin setempat menyebabkan mereka berasa seolah-olah dianiaya.

Dalam pada itu, Badrul Hisham berkata, pihaknya akan membantu penduduk di situ menuntut hak mereka menerusi memorandum akan dihantar ke Parlimen menggesa kerajaan mengambil tindakan menyelesaikan masalah pemilik tanah itu segera.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2865123.asp

Ahad, 14 Jun 2009

Program Khidmat Kesihatan DUN Paroi







Pada 14 Jun 2009 telah diadakan Program Khidmat Kesihatan percuma di PASTI Al Amal , Taman Marida , Senawang anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan.
Turut diadakan Pertandingan Mewarna dan penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang yang disampaikan oleh YB Hj Mohamad Taufek Abdul Ghani , ADUN Paroi.

Sambutan orang ramai yang hadir adalah amat menggalakkan.

YB Ir Nizar nak selamatkan Bahasa Melayu

Semasa Muktamar PAS Pusat pada 7 Jun 2009 , PAS Kawasan Rembau telah membentangkan Usul Memansuhkan PPSMI yang telah diterima sebulat suara oleh semua perwakilan. Usul tersebut telah dibentangkan oleh YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani , Yang Di Pertua PAS Kawasan Rembau merupakan ADUN Paroi dan telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat.

YB Ir Nizar Jamaluddin telah membahaskan usul tersebut dan menyatakan pada Khamis 25 Jun 2009 ini kes beliau menyaman Kementerian Pendidikan , Menteri Pendidikan , Ketua Pengarah Pendidikan akan disebut di Mahkamah Tinggi , Kuala Lumpur.

Mari kita bersama menyokong usaha mempertahankan Bahasa Melayu 25 Jun 2009 ini.

Saksikan pertikan ucapan YB Ir Nizar semasa membahaskan Usul PPSMI



Khamis, 11 Jun 2009

Warga emas hilang upaya harap bantuan

Sinar Harian 11 Jun 2009
KOTA – Seorang warga emas yang kini hilang keupayaan berjalan akibat sakit lutut, memohon bantuan bagi meringankan beban yang dihadapinya.

Ijah Ahmad, 80, yang kini tinggal sendirian di Kampung Baru, Titian Akar tidak lagi dapat berjalan seperti biasa, hanya mengesot untuk bergerak di dalam rumahnya.

Menurutnya, sudah hampir dua tahun dia tidak lagi dapat berjalan dan menyukarkannya bergerak.

“Apabila hendak ke mana-mana, makcik terpaksa mengesot perlahan-lahan dan ada kalanya terjatuh akibat hilang keseimbangan badan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Ijah berkata, dia dahulu pernah mendapat bantuan bulanan namun disebabkan perkara yang tidak jelas, bantuan bulanan tersebut tidak lagi diterimanya sejak kematian suaminya.

“Makcik pernah menerima bantuan bulanan dahulu, namun tidak tahu mengapa ianya dipotong begitu sahaja,” katanya lagi.

Katanya lagi, dia tidak mahu menyusahkan anak-anak yang mempunyai kehidupan mereka sendiri dan mereka hanya bekerja kampung bagi menampung kehidupan.

“Apa yang makcik harapkan, dapatlah kiranya bantuan tersebut diteruskan bagi meringankan beban yang ditanggung,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2850846.asp

YB Taufek dilantik AJK PAS Pusat

Presiden PAS umum saf kepimpinan baru

Irwan Muhamad Zain
Thu Jun 11, 09 2:47:07 pm MYT
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi mengumumkan perlantikan Dato' Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung yang baru menggantikan Dato' Kamaruddin Jaffar. Iklan

Pengumuman dibuat pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS sejurus selesai Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang bermula jam 10 pagi tadi.

Pada sidang itu, Ustaz Hadi mengumumkan Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dan mengekalkan Dr. Mohd Hatta Ramli sebagai Bendahari.

Tinbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik menggantikan tempat Mustafa sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Bekas-bekas Naib Presiden, Dato Husam Musa dan Mohamad Sabu yang tewas dalam pertandingan kerusi Timbalan Presiden dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa tambahan.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Wan Ubaidah Wan Omar ialah dua muka baru yang dilantik.

Dr Mariah Mahmod dan Anuar Tahir turut dilantik semula. - tmj/tajdid _

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021249&Itemid=85

Rabu, 10 Jun 2009

Usul Mansuh PPSMI PAS Rembau

PAS Kawasan Rembau telah membentangkan Usul Memansuhkan PPSMI pada Muktamar PAS Pusat ke 55 pada 7 Jun 2009 yang lalu yang telah diterima sebulat suara oleh perwakilan. Usul tersebut telah disokong dengan perbahasan mantap oleh YB Ir Nizar Jamaluddin. YB Mohamad Taufek Abd Ghani selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau telah membentang usul tersebut. Ini adalah kali pertama satu usul telah dibahaskan di peringkat muktamar pusat oleh perwakilan dari Negeri Sembilan





Isnin, 8 Jun 2009

Lulus usul mansuh PPSMI

Berita Harian 8 Jun 2009

MUKTAMAR Tahunan Pas ke-55 yang berakhir semalam sebulat suara meluluskan usul memansuhkan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Perwakilan bersetuju dengan tiga usul berhubung pelaksanaan PPSMI iaitu membantah tindakan kerajaan melalui Kementerian Pelajaran kerana melengahkan tuntutan rakyat yang mahu dasar itu dimansuhkan.

Perwakilan turut mengutuk tindakan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mengarahkan kajian kedua dilakukan terhadap PPSMI, yang dianggap membazir wang rakyat.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20090608081926/Article/index_html

PAS: Stop teaching Science and Maths in English

Monday June 8, 2009 The Star

SHAH ALAM: The 55th PAS muktamar that ended yesterday passed a motion urging the Government to immediately abolish the Teaching and Learning of Science and Mathematics in English (PPSMI).

Rembau delegate Taufik Abdul Ghani, who tabled the motion, said the party objected to the Education Ministry’s move to delay scrapping the PPSMI.

The motion was seconded by former Perak Mentri Besar and PAS central working committee member Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

The motion also disapproved of the ministry’s move to reject the first study on PPSMI’s effectiveness when Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein was the Education Minister and stressed that the second study by Tan Sri Muhyiddin Yassin as the new minister was pointless.

“We also call for PPSMI to be abolished immediately and for the return of the old policy, thus uplifting the national language,” said Taufik.

The assembly also passed a motion regarding the judiciary.

Women’s wing delegate Hawa Yaakob, who tabled the motion, said strange decisions in some high profile cases had led to bad perceptions towards the judiciary and turned Malaysia into a laughing stock of the world.

The women’s wing called for the denunciation of the judiciary, which she said did not appreciate the principle of separation of powers between the executive and legislative and did not take drastic actions to restore its image.

She said the judiciary also was not transparent, insincere towards knowledge and did not respect the supremacy of the Constitution when dealing with high profile cases.

The motion was seconded by Wangsa Maju delegate Dr Azmi Ali. — Bernama

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2009%2F6%2F8%2Fnation%2F4071076

1,000 sebulat suara lulus usul mansuhkan PPSMI

Jimadie Shah Othman Jun 7, 09 6:01pm – Malaysiakini

Bekas menteri pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein dicabar meletakkan jawatan kabinet selepas kajian berhubung dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matemarik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dibuat pada era kepemimpinannya dipertikai oleh penggantinya.

"Tanya (menteri pelajaran) Muhyiddin Yassin, kenapa buat kajian lagi? Apa jadi dengan kajian Hishammuddin? Apakah wang rakyat akan dibazirkan lagi untuk kajian ini?

"Apakah beliau tidak layak jadi menteri (pelajaran)? Saya cabar Hishammuddin letak jawatan daripada kabinet kerana tidak layak apabila kajiannya ditolak menteri lain," kata perwakilan PAS Rembau, Taufik Abdul Ghani.

Beliau membentangkan usul menggesa kerajaan memansuhkan PPSMI di semua peringkat pada hari terakhir muktamar tahunan PAS ke-55 hari ini.

Hishammudin, kini menteri dalam negeri, sewaktu di kementerian lamanya menganjurkan beberapa siri persidangan meja bulat bagi mendapatkan reaksi pelbagai pihak berhubung dasar yang dipertikaikan itu.

Bagaimanapun, selepas Muhyiddin mengambilalih portfolio tersebut, beliau dilaporkan tidak berpuas hati dengan kajian yang sedia ada.

Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut mengambil bahagian dalam perbahasan isu tersebut.

Beliau mengingatkan kembali peristiwa pada 2004, setahun selepas PPSMI diperkenalkan, apabila anak beliau serta tiga lagi murid sekolah menyaman kerajaan kerana pelaksanaan tersebut.

Katanya, kes ini akan didengar buat pertama kali pada 25 Jun ini.

Dalam saman itu, kerajaan persekutuan, menteri pelajaran dan ketua pengarah pendidikan Malaysia dinamakan sebagai responden.

Usul membantah PPSMI diterima sebulat suara oleh kira-kira 1,000 perwakilan PAS.

Muktamar PAS turut meluluskan usul memperkasakan institusi kehakiman negara ini supaya tidak tunduk pada tekanan badan eksekutif.

Dewan Muslimat mencadangkan supaya institusi itu benar-benar bebas terutamanya dalam mengendalikan kes berprofil tinggi seperti pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Membahaskan usul yang dibentangkan oleh Hawa Yaakub itu, seorang perwakilan Kuala Lumpur menyindir kes berprofil tinggi itu dan siasatan klip video rakaman perbualan peguam kanan VK Lingam.

Perwakilan PAS Wangsa Maju, Azmin Ali secara lucu mendakwa perkataan Altantuya kini sudah dimasukkan dalam kamus antarabangsa yang bermaksud "kalau berkuasa, kita boleh lepas daripada apa (hukuman) sekali pun".

"Kalau boleh, tambah dalam kamus perkataan 'Lingam'. (Yang bermaksud) 'kalau tertangkap, kita masih boleh melepaskan diri'.

"(Contohnya ayatnya:) Jangan bimbang, awak 'lingamkan' saja kes ini. Kalau susah sangat, awak 'altantuyakan' saja," katanya.

Sementara perwakilan Kuala Kedah, Haris Awang yang membahas usul sama mencadangkan perkataan "menggesa" dalam usul kehakiman itu ditukar kepada "mengutuk".

"Kalau guna perkataan 'menggesa' belum menunjukkan (istilah) Altantuya boleh masuk dalam kamus, kalau (guna perkataan) 'menggesa', Lingam belum boleh masuk kamus," katanya.

http://malaysiakini.com/news/106001

Ahad, 7 Jun 2009

Nizar sokong usul Rembau mansuhkan PPSMI

Wan Nordin Wan Yaacob
Sun Jun 07, 09 11:51:48 am MYT

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin menyokong penuh usul memansuhkan PPSMI yang dibawa PAS Kawasan Rembau sempena Muktamar PAS ke-55 hari ini. Iklan

"Saya selaku wakil PAS Kawasan Kampar bersetuju sangat dengan usul ini. Pada tahun 2004 saya bersama-sama dengan peguam Hanipa Maiden, dan sebagainya telah membawa isu PPSMI ini ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Pada masa itu anak saya yang darjah empat, anak Muhaimin Sulam dan anak Mejar Yahya yang juga pimpinan Kuala Kangsar bersama-sama memulakan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2004," katanya.

Saman itu dibuat atas keputusan kerajaan sebaik meluluskan PPSMI, mereka mengeluarkan pekelilin bagi 11/2004 kepada Pengetua Sekolah Kebangsaan dan SK Jenis Kebangsaan Tamil memaksa pengajaran Sains dan Matematik dijalankan dalam bahasa Inggeris, katanya.

Namun dalam satu lagi sekular 12/2004 yang dihantar kepada SK Jenis Kebangsaan Cina pula, memutuskan mereka boleh mengajar PPSMI dalam bahasa Inggeris atau bahasa Mandarin, kata Nizar.

Pelaksaan ini jelas 'double standard' dan Umno/BN telah melanggar beberapa peratutan antaranya perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Pendidikan, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, dan mereka melanggar Akta Bahasa Kebangsaan, kata Nizar.

Justeru pada tahun 2004, beliau dan beberapa pimpinan PAS Perak mengambil tindakan mahkamah ke atas kerajaan Malaysia, Menteri Pelajaran ketika itu Musa Mohamad dan Ketua Pengarah Pendidikan.

Ujar beliau pada 25 Jun ini kes saman tersebut yang tertunggak sejak 2008 akan disebut di mahkamah yang sama.

Justeru beliau menyokong usul tersebut yang akan jika berjaya dimansuhkan PPSMI ia memberikan ransangan pendidikan kepada anak-anak masa akan datang.

Sementara perwakilan PAS Kawasan Cheras, Ustza Muhamad Ali Jamil turut menyokong penuh usul PPSMI yang perlu serta merta dimansuhkan.

Beliau sendiri menyatakan keputusan kerajaan Umno itu adalah satu keputusan yang 'bengong' dan 'pelik'.

Justeru PPSMI perlu dimansukan segera, ujarnya._

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21185&Itemid=1

PPSMI survival dan tindakan jahat memuas nafsu pemimpin Umno/BN

Wan Nordin Wan Yaacob
Sun Jun 07, 09 11:02:57 am MYT

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - PAS Kawasan Rembau dalam usulnya mendesak kerajaan segera memansuhkan Pengarajan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Iklan

Usul PPSMI yang dibawa PAS Rembau ke Muktamar PAS ke-55 menyebut, Umno/BN telah menggadai dan mempertaruhkan nasib anak-anak bangsa sejak tahun 2003 demi memuaskan kehendak dan nafsu jahat pemimpin-pemimpin Umno.

Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani yang membacakan usul tersebut dihadapan perwakilan Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati dekat ini hari ini.

Taufek berkata, usul yang dibawa PAS Rembau bertepatan dengan roh Ucapan Dasar Presiden PAS yang turut menyentuh persoalan PPSMI maka amat tepatlah usul pendidikan ini dibentangkan.

Sebagai mukadimahnya kata beliau keputusan dasar kerajaan Malaysia berhubung PPSMI hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi, katanya.

PAS Kawasan Rembau ingin menegaskan bahawa PPSMI menjadi bukti kelangsungan kebiadapan kerajaan BN melakukan pencabulan terhadap hak dan masa depan rakyat Malaysia, katanya

"Kita masih ingat zaman Pak Lah, Islam Hadhari menyebabkan aqidah rakyat tercalar, kerajaan Umno dan BN tanpa rasa malu terus memperkosa hak demokrasi rakyat dan kehakiman negara dalam isu rampasan kerajaan Perak," katanya.

Kini dalam isu PPSMI, Umno terus menggadai masa depan dan nasib generasi murid sekolah rendah sejak tahun 2003 sehingga kini.

Jika setahun 500,000 orang murid mendaftar darjah satu bermakna sehingga 2009, 3.5 juta pelajar sekolah rendah (tidak termasuk pelajar sekolah menengah) telah digadai dan dipertaruhkan nasib mereka demi memuaskan kehendak dan nafsu jahat pemimpin-pemimpin Umno, katanya.

Mendapat pendidikan dalam bahasa kebangsaan adalah merupakan hak rakyat yang termaktub dalam dasar pendidikan Kebangsaan yang pernah diperjuangkan oleh Allahyarham bapa kepada PM sekarang iaitu Tun Abd Razak.

Tetapi kini ianya dikhianati oleh anak beliau, Dato' Seri Najib Tun Razak dan anak saudara beliau, Dato� Seri Hishammudin Tun Hussien, ujarnya.

Penyata Razak 1956 yang disusuli oleh Penyata Rahman Talib 1960 telah dijadikan asas bagi Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan kaum serta bahasa pengantar utama dan bahasa ilmu, katanya.

Akta Pendidikan 1996 memperakui bahawa kemajuan Negara perlu dicapai melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai pengantar utama serta menggunakan satu bentuk kurikulum dan system peperiksaan yang sama, ujarnya.

Semua hak rakyat melalui dasar dan akta pendidikan ini telah dicabuli oleh Umno dan Barisan Nasional tanpa rasa malu dan rasa bersalah, katanya.

Berdasarkan Baget 2003, kerajaan menyediakan peruntukan hampir RM5 bilion dalam tempoh tujuh tahun (2002-2008).

Taufek juga menyebut beberapa kajian yang dibuat oleh pakar-pakar bahasa yang akhirnya menjurus kepada keputusan menolak pelaksanaan PPSMI.

Jelasnya, keputusan kajian menunjukkan 73.7 peratus pelajar Tahun 5 (generasi yang telah terlibat dengan PPSMI sejak darjah 1) dari semua kaum menyatakan sukar mempelajari bahasa Inggeris dan di kalangan pelajar Tahun 5 dari kaum Melayu, 81.4 peratus menyatakan sukar mempelajari bahasa Inggeris.

Sementara di kalangan guru hanya 10 peratus yang mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, katanya.

Menteri Pelajaran yang baru, Tan Sri Muhyidin Yassin maklum perlukan enam bulan lagi untuk buat kajian sebelum buat keputusan terus atau mansuhkan PPSMI, katanya.

"Kajian oleh Menteri Pelajaran yang lama Dato Seri Hishammudin layak dibakul sampahkan, maka mantan menteri Pelajaran dan Naib Presiden Umno tersebut terbukti tidak layak dan tidak mencapai KPI untuk terus menjadi menteri kabinet. Siapa kata? Kenyataan Timb PM menjadi bukti," ujarnya.

Justeru, PAS Kawansan Rembau mendesak agar PPSMI segera dimansukan, kata Taufek mengakhiri usul tersebut. - mns _

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21182&Itemid=1

Isnin, 1 Jun 2009

Markas PAS Rembau kini di Chengkau

Markas PAS Kawasan Rembau kini beroperasi di bangunan sendiri di Kg Pulau Besar , Chengkau , N.Sembilan bermula pada 1 Jun 2009.

Peta ke Markas PAS Kawasan Rembau di Kg Pulau Besar ini pada pautan berikut http://maps.google.com/maps?f=d&source=s_d&saddr=&daddr=2.551075,102.114487&geocode=&hl=en&mra=mi&mrsp=0&sz=13&sll=2.549874,102.115345&sspn=0.116614,0.153809&ie=UTF8&ll=2.552275,102.116203&spn=0.116614,0.153809&z=13