RHI

RHI

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

Ahad, 17 Mei 2009

Gotong Royong Markas PAS Rembau 24 Mei 09

PROGRAM GOTONG ROYONG
Tarikh : 24 Mei 2009 (Ahad)
Masa : 8:30 pagi – 1 tgh
Tempat : Markas PAS Rembau , Kg Senama , Rembau

Semua ahli dijemput hadir

Aktiviti :
- Pindah barang dari Markas PAS Rembau di Kg Senama ke PASTI Al Amin , Kg Pulau , Chengkau
- Bersih bahagian dalam Markas PAS Rembau , Kg Senama

Maklumat lanjut hubungi Setiausaha PAS Kawasan Rembau , Tn Hj Shukri 017-2446215 atau e-mel shukri_habeb@yahoo.com

Ahad, 10 Mei 2009

PAS N.Sembilan bimbing belia melalui sukan








Prihatin dengan pelbagai dilema yang melanda belia dan remaja di negara ini khususnya di Negeri Sembilan , Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan YB Tn Hj Mohd Taufek Abd Ghani yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Kawasan Rembau telah menganjurkan Perlawanan Futsal Tertutup DUN Paroi pada 9 Mei 2009 di Gelanggang Futsal Paroi.

Sebanyak 32 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini. Menurut pihak penganjur Sdr Mohd Sufian Ibrahim yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Rembau mereka terpaksa menolak beberapa penyertaan kerana awal-awal lagi penyertaan pasukan telah penuh memandangkan sambutan yang begitu menggalakkan daripada para belia sekitar Seremban.

Turut hadir menyaksikan perlawanan ini ialah Sdr Zulkefly Mohamad Haji Omar.

Sdr Mohd Hakki Bawadi selaku Pengarah Program yang juga merupakan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program sukan ini antaranya Pejabat ADUN Paroi, Unit Amal Paroi, pasukan-pasukan yang bertanding, penaja-penaja serta barisan para pengadil.

Pihak penganjur yakin lebih banyak lagi program untuk mendekati dan membimbing para remaja dan belia akan dapat diadakan dengan lebih banyak sokongan daripada semua pihak.






Selasa, 5 Mei 2009

Miliki Bidadari Dari Timur


Hayatilah sebuah novel memoir Bidadari Dari Timur hasil karya Tuan Sabariah Tuan Ishak isteri Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk perjuangan Muslimat

Novel ini adalah sebuah catatan isteri seorang pejuang yang meluangkan masa berpuluh tahun hidup bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Akhirnya beliau tampil membongkar rahsia hidupnya sejak bergelar ratu di hati ulama tersohor ini. Segala pahit getir dihirup bersama, saling mempercayai sehingga tiada ruang untuk meletakkan curiga di antara mereka.

Novel ini tampil dengan nada yang tulus dan harmoni. Ia berkisah tentang hidup, kesetian, pengorbanan dan perjuangan. Pengalaman isteri Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan dirakam dalam langgam bahasa yang puitis sehingga membuatkan pembaca turut sama meranduk tohor dalamnya sungai kehidupan yang punya saat kering dan bahnya.

Bidadari Dari Timur…
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi…

Untuk tempahan hubungi Puan Norwani : halwan9@yahoo.com / 0133851202

Hasil keuntungan akan disalurkan ke DUN Paroi & Muslimat Kawasan Rembau

Milikilah Buku ini dengan harga RM12.90 , 128 halaman

Maklumat lanjut di http://atriza.blogspot.com/2009/05/bidadri-dari-timur-memang-best.html

Ahad, 3 Mei 2009

Usrah Umum 13 Mei 09 Kota , N.Sembilan

USRAH UMUM DUN KOTA
Tarikh : 13 Mei 09 (Rabu)
Masa : 8:30 malam (Solat Isya berjemaah)
Tempat : PASTI Al Amin , Kg Pulau , Chengkau , N.Sembilan
Naqib : Al Fadhil Ustaz Zulkifli Ismai (Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka)

Semua Ahli Dijemput Hadir

Anjuran : Dewan Ulamak PAS DUN Kota