RHI

RHI

Khamis, 30 April 2009

Doa Keselamatan Daripada Wabak Selsema Babi

Pautan berikut mengandungi Doa Untuk Keselamatan Dan Kesentosaan Daripada Segala Penyakit yang dipanjangkan oleh Dato Hj Mohd Murtadza bin Hj Ahmad semasa beliau menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/04/doa-keselamatan-daripada-wabak.html

Rabu, 22 April 2009

Khidmat Kesihatan Percuma 26 Apr Senawang

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA

Ahad 26 April 2009
9:30 pg – 1 tgh
Di No 66 & 68 , Jalan Ros Merah 5, Taman Kobena, Senawang

Semua Dijemput Hadir

Anjuran : Pusat Khidmat DUN Paroi dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan dan Unit Amal Paroi

Maklumat lanjut hubungi Sdr Mohd Zain 013-6235011

Perkhidmatan Percuma :
Tekanan Darah
Kandungan Gula Dalam Darah
BMI

Selasa, 21 April 2009

Dialog Bicara Hak Pekerja 1 Mei 09 Senawang

DIALOG BICARA HAK PEKERJA

Sempena Hari Pekerja

Tarikh : 1 Mei 2009 (Jumaat)

Masa : 9 malam

Tempat : Markas PAS Taman Tuanku Jaafar, Senawang, N.Sembilan

Ahli Panel :
1. Tn Hj Syed Shahir (MTUC)
2. YB Char Kee Chin (Peguam),
3. YB Hj Taufek (bekas warga Industri Senawang)

Pengerusi : cheGuBard

Semua Dijemput Hadir

Apa dah jadi dengan Polis di Seremban ni ?

Sila baca pautan berikut :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm dan http://amkns.blogspot.com/2009/04/warga-polis-seremban-prihatin-yang.html

Tindakan mereka membahayakan anggota wanita dan menjurus kepada menggalakkan maksiat.

Suami polis tidak setuju isteri meronda malam
Utusan Malaysia 21 April 2009

MERUJUK kepada surat bertajuk Polis wanita risau tergoda dalam kereta peronda bertarikh 17 April 2009, saya merasa terpanggil untuk memberi pandangan berhubung perkara itu.

Ini kerana isteri saya juga seorang anggota polis yang melakukan kerja-kerja rondaan bit dan kereta peronda. Saya berpendapat tugas itu lebih sesuai dilakukan oleh anggota lelaki berbanding wanita.

Saya berikan contoh, isteri saya meronda dengan anggota lelaki mulai pukul 1 pagi hingga 7 pagi atau pukul 7 malam hingga 1 pagi. Pada saya adalah amat tidak wajar seorang anggota wanita bekerja dengan anggota lelaki. Apatah lagi sekiranya anggota polis wanita itu baru sahaja melahirkan anak?

Pada pendapat saya, kereta peronda adalah barisan hadapan PDRM dan merekalah yang akan sampai dahulu di tempat berlakunya kejadian jenayah berisiko tinggi.

Jadi adalah tidak wajar meletakkan anggota polis wanita di barisan itu, yang diketahui mereka mempunyai kelemahan tertentu.

Saya merayu pihak PDRM khususnya di daerah Seremban dapat memberikan tugas lain yang difikirkan lebih sesuai kepada anggota wanita.

SUAMI TAK RELA
Seremban

Sejarah tercipta di N.Sembilan , YDP Kawasan adalah ADUN

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Rembau kali ke 6 yang diadakan pada 19 April 2009 di Markas PAS Kawasan Rembau telah mencipta sejarah di mana ini adalah kali pertama seorang Yang Dipertua PAS Kawasan di Negeri Sembilan ini adalah merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri iaitu YB Tuan Haji Mohamad Taufek bin Abd Ghani.

YB Hj Taufek telah menang tanpa bertanding. Turut terpilih menerajui PAS Kawasan Rembau sessi 2009 - 2011 ialah Sdr Rozmal bin Malakan sebagai Timbalan Yang Dipertua , Sdr Mohamad Hassan bin Tamby sebagai Naib Yang Dipertua dan Al Fadhil Ustaz Mohd Nazri bin Yusof selaku Ketua Urusan Ulamak.

Majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh Sdr Zulkefly Mohamad bin Hj Omar selaku Pesuruhjaya PAS N.Sembilan dan Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan pula oleh YB Dr Dzulkelfy bin Ahmad selaku AJK PAS Pusat.

PAS Kawasan Rembau juga telah mencalonkan YB Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS dan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa selaku Timbalan Presiden PAS.

Isnin, 20 April 2009

DIALOG BICARA PEKERJA

Sempena Hari Pekerja
Jumaat 1 Mei 2009
Jam 9 malam
Di Markas PAS Taman Tuanku Jaafar, Senawang

Semua Dijemput Hadir

Ahad, 19 April 2009

Jom Boikot 7 Eleven

Semasa Mesyuarat Agung PAS Kawasan Rembau kali ke 6 pada Ahad 19 April 2009 di Markas PAS Kawasan Rembau di Kg Senama beberapa perwakilan telah membangkitkan kerisauan yang amat sangat akan gejala minum arak yang semakin kronik di kalangan orang Melayu khususnya di kawasan Rembau.

Ramai perwakilan yang setuju satu langkah yang drastik perlu diambil oleh umat Islam yang prihatin agar tindakan 7 Eleven yang menggaji pekerja Melayu menjual arak kepada orang Melayu. Walaupun ada terdapat kenyataan bahawa arak tidak boleh dijual pada orang Islam namun penguatkuasaannya adalah amat lemah memandangkan rangkaian 7 Eleven ini beroperasi 24 jam.

Justeru itu marilah semua umat Islam yang prihatin agar kita semua memboikot rangkaian kedai 7 Eleven demi menyelamatkan generasi umat Islam dan bangsa Melayu.

Jumaat, 17 April 2009

Zakaria kongsi ilmu terbit buku dakwah


Sinar Harian 17 Apr 09

KOTA – Manusia yang berilmu sentiasa dipandang mulia, dan yang lebih memuliakan, ilmu yang ada itu dapat dikongsi bersama orang lain untuk kebaikan bersama.

Bertitik tolak daripada itu, Zakaria Talib, 39 mahu berkongsi ilmu yang diperolehnya terutama dalam bidang keagamaan dan kerohanian dengan menghasilkan karya berunsur dakwah.

Pengalaman sebagai penulis di Majalah Lanun satu ketika dahulu, menimbulkan idea untuknya menghasilkan karya berunsur dakwah yang menyasarkan golongan remaja sebagai pembaca.

Menurutnya, idea menghasilkan karya berunsur dakwah hadir berdasarkan pengalamannya sebagai salah seorang pakar motivasi yang sering mengadakan ceramah-ceramah di sekolah.

“Melihatkan permasalahan remaja pada hari ini, saya merasa terpanggil untuk menyampaikan mesej tersebut melalui pendekatan yang lebih mudah difahami oleh golongan ini, ” katanya.

Zakaria berkata, remaja memerlukan kefahaman yang lengkap mengenai sesuatu perkara dan melalui hasil karya ini, segalanya diterjemahkan dengan begitu tersusun serta lengkap dengan ilustrasi.

“Pendekatan ilustrasi yang digunakan lebih berkesan untuk mereka memahami sekali gus memberikan impak jangka panjang kepada pembaca.

“Sehingga kini, sebanyak 30 buah jilid buku berjaya di pasarkan serta mendapat reaksi positif terutama dijadikan rujukan di sekolah-sekolah,” katanya.

Antara hasil karyanya adalah Muallim, Wuduk, Reformasi Minda dan banyak lagi yang dikeluarkan mengikut jilid.

Katanya lagi, pasarannya kini bukan sahaja di sekolah-sekolah, namun akan terus memperluaskannya agar masyarakat dapat menerima mesej yang ingin disampaikan.

“Biarpun hasil karyanya dijual secara kecil-kecilan, apa yang lebih penting adalah penyampaian yang berkesan terutama dalam membentuk golongan remaja yang berakhlak tinggi,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2666557.asp

Isnin, 13 April 2009

KEJOHANAN FUTSAL DUN PAROI 2009



KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP DUN PAROI 2009
PIALA Y.B. TUAN HAJI MOHAMAD TAUFEK ABD GHANI

TARIKH : 9hb MEI 2009 (SABTU)
TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL, Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

JOHAN : RM 800.00 + Medal + Piala Pusingan Y.B. Tuan Haji Mohamad Taufek Abd Ghani (Perlu dikembalikan)
NAIB JOHAN : RM 500.00 + Medal
KETIGA : RM 300.00 + Medal
KEEMPAT : RM 200.00

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
URUSETIA KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP DUN PAROI 2009
PIALA Y.B. TUAN HAJI MOHAMAD TAUFEK ABD GHANI

Sdr Rozmal - 012 2267406
Sdr Hakki - 013 3840022
Sdr Azizul - 012 9740363

BAYARAN PENYERTAAN BOLEH DIBUAT MULAI:
Tarikh : 13 Mac 2009 ( Jumaat ).
Masa : 8.30 malam.
Tempat : Pejabat Pusat Khidmat DUN Paroi, No. 22, Jalan Bunga Raya 27, Taman Tasik Jaya, 70400 Seremban

Bayaran Melalui Cek boleh dibuat kepada :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902 Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)


UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP DUN PAROI 2009
PIALA Y.B. TUAN HAJI MOHAMAD TAUFEK ABD GHANI

UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini.

1.0 PERATURAN KEJOHANAN

1.1 PENGENALAN

1.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP DUN PAROI, PIALA Y.B. TUAN HAJI MOHAMAD TAUFEK ABD GHANI dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Paroi dengan kerjasama UPU Paroi.

1.1.2 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil yang dilantik oleh pihak penganjur dan diketuai oleh seorang ketua pengadil.

1.2 TARIKH DAN TEMPAT

1.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 9HB MEI 2009 bertempat di Gelanggang Futsal, Seremban, Negeri Sembilan.

1.2.2 Pertandingan akan dijalankan di gelanggang terbuka (Luar Dewan)

1.2.3 Taklimat dan undian akan dijalankan pada 03hb Mei 2009 (AHAD) di Pejabat, Pusat Khidmat DUN Paroi, No. 22, Jalan Bunga Raya 27, Taman Tasik Jaya, pada pukul 9.00 malam. Bayaran boleh di buat pada malam tersebut.

1.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada wakil hadir pada tarikh dan masa tersebut di atas.

1.3 FORMAT KEJOHANAN

1.3.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga di pusingan awal dan kalah mati di pusingan seterusnya.

1.3.2 Masa perlawanan adalah selama 15 minit iaitu 7 minit pada separuh masa pertama dan 7 minit pada separuh masa kedua termasuk 1 minit waktu rehat.

1.3.3 Sekiranya berlaku keputusan seri pada peringkat pusingan kalah-mati, kemenangan akan ditentukan melalui sepakan penalti (3 pemain).

1.4 KATEGORI PERTANDINGAN

1.4.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI sahaja dan TERBUKA kepada semua pasukan futsal di sekitar DUN Paroi yang terdiri daripada remaja dan belia-belia sahaja.

1.4.2 Syarat umur bagi penyertaan pemain adalah daripada 15 tahun ke atas.

1.5 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.5.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain dan 3 pemain simpanan serta seorang pengurus pasukan.

1.5.2 Hanya SEORANG sahaja pemain yang pernah mewakili Negara dan negeri bagi pertandingann peringkat KEBANGSAAN, MAKSAK dan SUKMA tahun yang boleh didaftarkan dalam pasukan.

1.5.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.

1.5.4 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM100.00

1.5.5 PENYERTAAN ADALAH TERHAD 30 PASUKAN SAHAJA.

1.5.6 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini.

1.5.7 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-satu perkara adalah muktamad.

2.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.

2.2 Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

2.3 Tempoh masa menunggu adalah 5 minit daripada masa yang dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dikira kalah seperti berikut:-

3.3.1 Pasukan lawan mendapat kemenangan 2-0.

2.4 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.

2.5 Semua pemain digalakkan berpakaian sukan yang menutup aurat dan bersesuaian serta tidak dibenarkan merokok dan berkelakuan tidak bermoral di kawasan pertandingan.

2.6 Setiap pasukan diwajibkan memakai jersi yang seragam dan bernombor.

2.7 Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengadil 15 minit sebelum pertandingan.

2.8 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.

2.9 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 300.00, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.

2.10 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Penganjur. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.

2.11 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa , maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.

2.12 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.

2.13 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding.

2.14 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.


3.0 HADIAH PERTANDINGAN

3.1 Hadiah-hadiah akan diberi kepada pasukan yang berjaya menyandang gelaran Johan, Naib Johan, tempat ke-tiga dan tempat ke-empat.

3.2 Hadiah pertandingan akan disediakan seperti berikut:

HADIAH PERTANDINGAN
KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP DUN PAROI 2009
KEDUDUKAN
JOHAN : RM800.00 + Medal + Piala Pusingan Y.B. Tuan Haji Mohamad Taufek Abd Ghani (Perlu dikembalikan)
NAIB JOHAN : RM500.00+ Medal
KETIGA : RM 300.00 + Medal
KEEMPAT : RM 200.00

“MEMPERKASA BELIA SIHAT & CERGAS ”

PERTANDINGAN KEJOHANAN LIGA TERTUTUP FUTSAL PUTRAJAYA 2009
PIALA Y.B DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR.

Di anjurkan oleh : Kelab Futsal Putrajaya.
Dengan kerjasama : Ahli Parlimen Putrajaya.

URUSETIA FUTSAL
DUN PAROI 2009


PENGAKUAN DIRI

Saya selaku pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini bersetuju mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Pasukan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur dan agennya di atas sebarang musibah, kemalangan dan kejadian yang tidak diingini ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini;

Tandatangan :___________________________

Nama :__________________________________ Tarikh : ____________________
( PENGURUS PASUKAN)

Khamis, 9 April 2009

Gotong Royong Baik Pulih Rumah 12 Apr 09 Senawang

Program Gotong Royong Baik Pulih Rumah

Ahad 12 April 2009
Jam 8:30 pagi
Tempat : Taman Perumahan Senawang

Mereka yang ingin turut serta hubungi Ketua Unit Amal Paroi Sdr Mohd Zain (Penghulu) 013-6235011.

Berikut ialah rumah yang dimaksudkan :

Adalah dimaklumkan Unit Amal Paroi akan membantu membaik pulih rumah satu keluarga Hindu di Senawang yang rosak teruk akibat tanah mendap. Anggaran perbelanjaan untuk kerja-kerja membaik pulih tersebut adalah seperti berikut :

1. Pasir Kasar 2 lori
2. Simen 7 beg
3. Jaring VRC 2 keping
4. Batu Kasar 2 lori

Anggaran Perbelanjaan adalah RM700

Kepada mereka yang ingin menyumbang bahan binaan tersebut bolehlah menghubungi Ahli Unit Amal Paroi iaitu Sdr Nazri Esa 012-6775537 atau Sdr Rozmal Malakan 012-2267406 e-mel rozmal@yahoo.com

Rabu, 1 April 2009

Bantuan baik pulih rumah warga India di Senawang

Adalah dimaklumkan Unit Amal Paroi akan membantu membaik pulih rumah satu keluarga Hindu di Senawang yang rosak teruk akibat tanah mendap. Anggaran perbelanjaan untuk kerja-kerja membaik pulih tersebut adalah seperti berikut :

1. Pasir Kasar 2 lori
2. Simen 7 beg
3. Jaring VRC 2 keping
4. Batu Kasar 2 lori

Anggaran Perbelanjaan adalah RM700

Kepada mereka yang ingin menyumbang bahan binaan tersebut bolehlah menghubungi Ahli Unit Amal Paroi iaitu Sdr Nazri Esa 012-6775537 atau Sdr Rozmal Malakan 012-2267406 e-mel rozmal@yahoo.com

Kerja-kerja membaik pulih dijangka akan dimulakan pada minggu kedua bulan April 2009.

Warga emas mohon baik pulih segera tanah runtuh

Sinar Harian 1 Apr 09

PEDAS – Hujan lebat pada November lalu membawa mimpi ngeri bagi Md Sani Yaacob, 72 dan keluarganya apabila tanah di bahagian belakang rumah mereka di Taman Desa Permai, runtuh sedalam 20 meter.

Tanah runtuh itu menyebabkan kawasan belakang rumah milik Md Sani mengalami hakisan sedikit demi sedikit dan sehingga kini mencapai tiga meter lebar.

Melihatkan situasi tersebut yang makin hari makin membimbangkan, Md Sani mengemukakan aduan kepada pihak bertanggungjawab namun sehingga kini, tiada tindakan yang diambil.

Menurutnya, aduan secara bertulis juga pernah dihantar dan pihak terbabit juga telah menyatakan aduan telah diterima dan sedang diproses.

“Aduan tersebut saya kemukakan sejak November lalu dan apabila saya menghubungi pihak terbabit, bertanyakan masalah yang saya hadapi, pelbagai alasan diberikan,” katanya.

Menurutnya, keleewatan membaik pulih tanah runtuh itu menyebabkan hakisan menjadi lebih teruk dan semakin lebar.

“Apabila hujan lebat, saya semakin bimbang, takut jika hakisan berlaku lebih lebar manakala jarak di antara rumah dengan kawasan tersebut hanyalah lima meter sahaja,” katanya.

Menurutnya, pendapatan sebagai pengawal keselamatan selepas bersara tidak membolehkannya membaik pulih sendiri tanah runtuh itu memandangkan kosnya terlalu tinggi.

Katanya, kejadian tanah runtuh ini pernah berlaku ketika dia mula-mula menduduki rumah terbabit iaitu pada 1987dan telah dibaik pulih.

“Akibat runtuhan tersebut, tanah di bahagian belakang ini menjadi mendap menyebabkan pagar di belakang banyak yang mulai runtuh,” katanya.

Md Sani berharap, pihak terbabit dapat menyegerakan proses-proses membaik pulih itu memandangkan jarak antara kawasan rumah dengan tanah runtuh semakin hampir.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2610098.asp