RHI

RHI

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

Selasa, 31 Mac 2009

Masalah bekalan air Desa Permai kronik

Sinar Harian 31 Mac 2009

KUNDUR – Bekalan air yang kerap terputus mengundang kebimbangan penduduk di Taman Desa Permai, di sini apabila terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah ekoran ketiadaan air.

Kerja-kerja seharian mengurus rumahtangga tergendala, manakala bagi para peniaga, masalah ketiadaan air hampir menutup pintu rezeki mereka.

Suri rumah, Normala Ali, 37 , berkata, masalah air yang kerap terputus, bukan perkara asing kepada penduduk di sini malah dalam seminggu, tiga atau empat kali gangguan air berlaku.

Menurutnya, sejak mendiami kawasan perumahan ini beberapa tahun lalu, gangguan bekalan air menjadi perkara biasa termasuk pada hujung minggu.

“Gangguan selalunya terputus pada awal pagi, ketika banyak urusan perlu dilakukan dan biasanya disambung semula di waktu malam. Apabila masalah ini diadukan kepada pihak terbabit, alasan yang diberikan masih sama, iaitu paip pecah yang membuatkan penduduk jelak dengan alasan sama yang diulang-ulang,” katanya.

Siti Mariam Anuar, 30, turut merasa terkilan akan masalah yang berlaku apatah lagi, mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai, ketiadaan air pastinya memberi masalah besar.

Menurutnya, tangki air di rumahnya memang tidak mampu menampung dan tong-tong air yang disediakan juga tidak mampu bertahan lama sekiranya gangguan berlaku seharian.

Katanya, tangki air bagi penduduk di taman perumahan ini telah lama mengalami kerosakan dan gagal berfungsi untuk kemudahan penduduk.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Harun Baba ketika ditemui Sinar Harian turut melontarkan masalah yang sama dan melahirkan kekecewaan gangguan bekalan air yang kerap berlaku.

Harun berkata, selain masalah kerap kali terputus bekalan, tekanan air yang kuat menyebabkan beberapa penduduk terpaksa membayar bil dalam jumlah yang tinggi sedangkan penggunaan tidak sebanyak itu.

Katanya lagi, masalah tangki air utama yang gagal berfungsi, hanya sebagai projek ‘gajah putih’ yang tidak memberi manfaat kepada penduduk.

“Apa yang diharapkan penduduk disini, masalah terputus bekalan dapat ditangani segera, memandangkan air merupakan keperluan utama manusia dalam menjalankan kerja-kerja seharian,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2607486.asp

Isnin, 30 Mac 2009

Lima banjir kilat dalam tiga bulan

Sinar Harian 30 Mac 2009

SENAWANG - Lima kejadian banjir kilat yang berlaku dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini di Kawasan Perindustrian Ringan, Senawang, dekat sini nyata membimbangkan peniaga dan penduduk setempat.

Difahamkan kejadian yang merosakkan harta benda telah berlarutan sejak hampir 10 tahun, tetapi setakat ini pelbagai aduan yang dikemukakan kepada pihak berwajib tidak mendapat maklum balas yang sewajarnya.

Keadaan berkenaan nyata mengundang rasa kecewa di kalangan penduduk dan peniaga di kawasan berkenaan terhadap peranan pihak berkaitan dalam menyelesaikan masalah penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, Ng Chin Tsai, berkata, hujan lebat pada 24 Mac lalu mengakibatkan banjir kilat kali kelima dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, dan telah menyebabkan banyak pihak terpaksa menanggung kerugian.

“Tiga bulan pertama tahun ini, lima banjir kilat berlaku dan terbaru pada 24 Mac mengakibatkan beberapa pengusaha dan penduduk setempat terpaksa menanggung kerugian berikutan kerosakan harta benda.

“Kejadian banjir kilat yang berlaku telah menjejaskan mata pencarian penduduk dan pekerja dalam, apatah lagi dalam keadaan ekonomi sekarang.

“Masalah ini sudah berlarutan hampir 10 tahun, namun tiada langkah jelas yang dilakukan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) mahupun Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri bagi mengatasi masalah berkenaan,” katanya.

Sementara itu, ADUN Senawang, P Gunasekaran yang turut melawat kawasan kejadian berpendapat, kerajaan negeri dan pihak berwajib perlu memberi pampasan sewajarnya kepada penduduk dan pengusaha yang ditimpa masalah berkenaan.

“Pelbagai harta benda seperti mesin kilang, alat pembaikan kereta dan barangan terpakai musnah disebabkan banjir kilat yang berlaku.

“Pampasan sewajarnya diberi bagi membantu mangsa,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2603216.asp

Ahad, 29 Mac 2009

Sekitar Sukaneka PASTI Kawasan Rembau 2009

Sila ke laman web PASTI Negeri Sembilan untuk laporan bergambar Sukaneka PASTI Kawasan Rembau 2009 pada pautan berikut PASTI-N9

JOM BOIKOT AKHBAR HARIAN

Rakyat di negara ini disaran tidak membeli akhbar harian yang didukungi Umno dalam tempoh tiga bulan. Berita lanjut di SINI

Isnin, 23 Mac 2009

Sukaneka PASTI Kawasan Rembau 29 Mac Seremban

Majlis Sukaneka PASTI Kawasan Rembau
Ahad 29 Mac 2009
8:15 pg – 1 tgh
Tempat : Paroi , Seremban

Maklumat lanjut hubungi Zainal bin Othman 013-3692019

Khamis, 19 Mac 2009

Program Khidmat Kesihatan Percuma 22 Mac Paroi

Program Khidmat Kesihatan Percuma (KKP)
Tarikh : 22 Mac 2009 ( Ahad )
Masa : 9 pg – 1 tgh
Tempat : Kg. Baru Paroi , Seremban

Anjuran :
Pusat Khidmat DUN Paroi dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan

Mereka yang ingin menjadi petugas sukarelawan atau menghulurkan sumbangan untuk program ini adalah amat dialukan. Sila hubungi Sdr Hakki 012-3660646 atau Sdr Rozmal 012-2267406

Sabtu, 14 Mac 2009

Penduduk kesal tanah ditimbun tepi rumah

Sinar Harian 13 Mac 2009
CHEMBONG - Seorang penduduk di Desa Chembong di sini, merungut kerana tidak selesa dengan timbunan tanah yang diletakkan di tepi rumahnya sejak lebih 10 hari lalu.

Arshad Hassan, 60, berkata timbunan tanah itu adalah tanah yang dikorek dari longkang di sepanjang belakang lorong rumahnya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kerja-kerja pengorekan itu dilakukan bagi mengelakkan kawasan perumahan berkenaan tenggelam sekiranya tiada kawasan untuk pengaliran air terutama longkang utama.

Namun, tanah yang dikorek itu bagaimanapun dilonggokkan di bahagian tepi rumah penduduk.

Ini menimbulkan ketidakselesaan kepada Arshad apatah lagi ia diletakkan bersebelahan rumahnya.

“Sewaktu mereka melakukan kerja-kerja mengorek dan melonggokkan semua tanah di tepi rumah saya, saya ada bertanya bila tanah-tanah ini akan dibersihkan.

“Jawapan yang mereka beri ialah dalam masa dua hingga tiga hari,” katanya.

Namun, setelah lebih 10 hari kerja-kerja itu siap, tiada sebarang tindakan pembersihan dilakukan seperti yang dijanjikan.

Ini menyukarkan keluarga Arshad lebih-lebih lagi apabila mereka mengadakan majlis kenduri kerana kawasan lapang yang ada kini ditimbuni tanah kotor.

“Sebenarnya sudah banyak kali saya menelefon pihak PBT memanggil mereka untuk membersihkan semula tanah yang dikorek, tetapi masih tiada tindakan.

“Hingga ada pokok ubi hidup sendiri di atas tanah yang ditimbun, tidak termasuk bau busuk najis haiwan,” katanya.

Arshad berharap PBT daerah ini menyegerakan pembersihan tanah yang dikorek itu sebelum ia jatuh kembali ke dalam longkang apabila hujan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2544431.asp

Selasa, 10 Mac 2009

Ceramah Ustaz Mujahid 11 Mac Rembau

CERAMAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Rabu 11 Mac 2009
Jam 7:30 mlm
Di Surau Kg Bintongan , Kg Batu, Rembau
Bersama Ustaz Mujahid

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

KE ARAH PEMERINTAHAN KERAJAAN CARA RASULULLAH
ALLAHU AKBAR !

Ceramah Hj Md Sabu 16 Mac 09 Seremban

CERAMAH UMUM : Isu Semasa – Keganasan Polis Himpunan Mansuh PPSMI dll
Bersama :
Tn Hj Mohamad Sabu , Naib Presiden PAS
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN ParoiSdr Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Chegubard , Ketua PKR Bahagian Rembau

Tarikh : 16 Mac 2009 (ISNIN)
Masa : 9 malam
Tempat : Markas PAS Cawangan Taman Tuanku Jaafar, Sg Gadut, Seremban

Semua Dijemput Hadir

Panduan ke tempat ceramah :
Dari Seremban ke jalan Tampin, masuk ke Taman Tuanku Jaafar, Senawang. Selepas Masjid Taman Tuanku Jaafar ada lampu isyarat simpang empat. Ambil kanan pada simpang ini , terus lebih kurang 100 – 200 meter, ambil simpang kiri. Rumah lot tepi , bangunan PASTI.

Ahad, 8 Mac 2009

Sekitar Hari Jualan Amal DUN Paroi 8 Mac 2009






Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan Hari Jualan Amal DUN Paroi pada 8 Mac 2009 terutamanya Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau serta semua AJK serta para penyumbang dan dermawan. Semoga matlamat membantu mereka yang memerlukan di DUN Paroi tercapai.

Jumaat, 6 Mac 2009

Jerih payah warga emas hidup tanpa bantuan

Sinar Harian 6 Mac 2009

KAMPUNG TANJUNG SENA , REMBAU - Seorang warga emas yang menghidap penyakit kronik hanya bergantung bantuan orang ramai untuk meneruskan kehidupannya yang serba daif dan kekurangan, dekat sini.

Warga emas terbabit, Siti Hawa Hamid, 76, tinggal bersendirian hampir empat tahun dalam usia yang semakin meningkat dan hanya mengharapkan sumbangan barangan keperluan dari penduduk tempatan.

Beliau yang mempunyai lima anak yang semuanya telah berkeluarga hanya menerima bantuan kewangan RM100 sebulan dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).

Lebih mengejutkan beliau tidak memiliki kad pengenalan baru dan tidak menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat walaupun pernah mengisi borang permohonan.

Dalam kehidupan yang serba kekurangan ini, bil air yang tertunggak sehingga RM200 tidak mampu dijelaskannya dam dia bertambah runsing apabila pemilik rumah sewanya meminta membayar sewa bulanan dan sekiranya tidak dijelaskan sehingga April dia perlu berpindah.

Kehidupannya hanya dibantu anak perempuannya yang menyewa di sebelah rumahnya.

Kunjungan Sinar Harian ke rumahnya bersama pensyarah dan pelajar Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam, Fakulti Pengajian Islam Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka mendapati, keadaan rumahnya serba kekurangan dan tidak selesa bagi warga emas.

Menurutnya, permohonan sudahpun dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab termasuklah mengisi borang namun tiada maklum balas diterima.

“Letih dan muak apabila permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak dilayan sepenuhnya, malah ada wakil rakyat datang sekadar menjenguk muka namun sehingga kini masih belum ada sebarang bantuan.

“Wan tak tahu apa nak buat sekarang dengan bil air dan sewa rumah tertunggak yang tak mampu dijelaskan dan mungkin terpaksa berpindah dalam keadaan kesihatan yang tidak menentu,” katanya.

Menurutnya, dia juga pernah memohon untuk memperbaharui kad pengenalannya namun tidak diendahkan oleh pihak berwajib serta terpaksa berulang-alik dari rumah ke hospital untuk mendapatkan bekalan ubat.

“Sedih apabila permohonan mendapatkan kad pengenalan baru ditolak tanpa alasan dan Wan juga terpaksa mengeluarkan belanja untuk mendapatkan ubat.

“Bantuan dari Mains adalah tidak mencukupi untuk keperluan harian dan perubatan namun Wan tetap bersyukur dan berterima kasih,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Rahisam Ramli berkata, kajian yang dilaksanakan pelajarnya bertujuan meninjau keberkesanan program membasmi kemiskinan.

“Pelajar ditugaskan membuat kajian keberkesanan program membasmi kemiskinan terhadap golongan fakir miskin dan kita rasa sedih apabila mengetahui masalah yang menimpa Wan.

“Tujuan kita bukanlah untuk memperlekeh tanggungjawab pihak berkenaan tetapi sekadar dijadikan bahan ilmiah dan membantu mengetengahkan masalah yang dihadapi oleh golongan miskin,” katanya.

Beliau berkata, tidak timbul niat mengatasi peranan pihak berwajib, tapi yang ingin dilaksanakan ialah supaya golongan fakir miskin mendapat hak mereka yang sewajarnya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2518686.asp

Rabu, 4 Mac 2009

55 pekerja tempatan ditamat perkhidmatan

Sinar Harian 4 Mac 2009

SENAWANG – “Kembalikan hak kami, mengapa kami diberhentikan dan mengapa warga asing terus bekerja, bantulah kami dengan tindakan majikan yang prejudis terhadap pekerja tempatan.” Demikian luahan hati kira-kira 55 pekerja kilang perabot yang diberhentikan kerja tanpa alasan munasabah.

Kilang perabot yang terletak di kawasan perindustrian dekat sini yang sudah beroperasi sejak 1972 bertindak memberhentikan pekerja tempatan atas alasan untuk mengurangkan kos operasi kilang dalam keadaan ekonomi sekarang.

Difahamkan pemilik kilang terbabit yang juga mempunyai kilang lain di Melaka telah mengeluarkan surat tawaran untuk 55 pekerja tempatan terbabit untuk bekerja di Melaka atau diberhentikan.

Sekiranya pekerja terbabit memilih untuk berhenti kerja, gaji bulan Februari tidak akan dibayar kerana mereka perlu mengemukakan notis berhenti kerja sebulan lebih awal.

Walaupun pekerja kilang telah mengemukakan jawapan tidak bersetuju dengan cadangan pihak pengurusan kilang secara lisan dan bertulis, namun pihak pengurusan tetap dengan perancangan mereka untuk memberhentikan pekerja tempatan.

Alasan yang beri sekadar ingin menyedapkan hati pekerja tempatan, tetapi pada masa sama hampir 110 warga asing terdiri dari Bangladesh, Myanmar dan Nepal tidak diberhentikan.

Rata-rata pekerja yang diberhentikan telah berkhidmat hampir 30 tahun dan mempunyai pendapatan antara RM500 hingga RM1,200 sebulan serta tinggal di kawasan berhampiran terpaksa mencari kerja lain untuk meneruskan kehidupan sekeluarga.

Bagi Asmah Wahab, 48, tindakan pemilik kilang mengambil pekerja asing untuk meneruskan operasi dan memberhentikan pekerja tempatan adalah tidak wajar dan amat mengecewakannya.

“Hampir kesemua pekerja tempatan yang diberhentikan telah berkhidmat hampir 30 tahun dan berkeluarga serta mempunyai tanggungan.

“Tindakan pemilik kilang amat menyedihkan kerana lebih mengutamakan warga asing berbanding penduduk tempatan yang telah lama berkhidmat.

“Adakah disebabkan ingin mengurangkan kos, mereka bertindak memberhentikan pekerja tempatan dan pada masa sama mengambil pekerja warga asing untuk meneruskan operasi,” katanya ketika ditemui hadapan kilang terbabit.

Mak Fook Man, 55, yang telah bekerja hampir 30 tahun menganggap tindakan diambil pengusaha kilang amat tidak wajar dan mempunyai kepentingan serta memberi tekanan kepada pekerja tempatan yang diberhentikan.

Sementara itu, Nadzarudin Ibrahim, 43, pula mendakwa pekerja tempatan telah dianaktirikan oleh pemilik kilang yang lebih mementingkan pekerja warga asing.

“Majikan beri alasan untuk kurangkan kos, tapi pekerja asing tidak dihentikan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2509136.asp

Ahad, 1 Mac 2009

Program Motivasi Keluarga Bahagia



Ahad 1 Mac 2009 – Seramai lebih kurang 80 orang telah hadir dalam Program Motivasi Keluarga Bahagia di perkarangan Surau Taman Senawang Indah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh ADUN Paroi YB Tn Hj Mohamad Taufek bin Abd Ghani. Turut diadakan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak