RHI

RHI

JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

Rabu, 21 Januari 2009

Poster Sheikh Ahmad Yassin


Mereka yang ingin mendapat poster besar pemimpin Hamas yang gugur syahid Sheikh Ahmad Yasin boleh mendapatkannya di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi dengar harga RM 5.
Hasil sumbangan adalah untuk perjuangan Islam dan rakyat.

Salahudin Ayub bakar bendera Israel di Rembau


YB Salahuddin Ayub Ketua Pemuda PAS Pusat semasa majlis ceramah perdana di Markas PAS Rembau pada 20 Januari 2009 telah diberi penghormatan oleh Pemuda PAS Cawangan Tanjung Sena untuk membakar bendera Israel dan Amerika Syarikat sebagai tanda membantah keganasan yang dilakukan oleh tentera pengganas Yahudi yang disokong oleh Amerika Syarikat yang melakukan keganasan dan pembunuhan kejam ke atas rakyat Palestin khususnya di Gaza.
Dalam ceramah beliau , Salahuddin menegaskan PAS amat serius dan komited untuk membantu rakyat Palestin dalam menghadapi cabaran yang amat getir pada ketika ini , sebagaimana PAS komited membantu mangsa-mangsa perang sebelum ini di Bosnia dan Lubnan.
Justeru itu beliau menyeru kepada semua umat Islam agar mendermakan sebahagian harta mereka untuk membantu saudara mereka sendiri yang sedang dizalimi.
Turut hadir dalam upacara membakar bendera Israel dan Amerika Syarikat ialah Sdr Zulkefly Mohamed OmarPesuruhjaya PAS N.Sembilan dan YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

Selasa, 20 Januari 2009

Makan Malam Anak Rembau 14 Feb KL

MAKAN MALAM ANAK REMBAU BERSAMA 2 MB
Sabtu 14 Febuari 2009
Kuala Lumpur

Himpunan Rakyat Bantah ISA
Sabtu 21 Febuari 2009
Rembau

Maklumat lanjut sila hubungi 012-3696474 (NorAzizi) atau di Blog http://chegubard.blogspot.com

Jumaat, 16 Januari 2009

Longgokan sampah di belakang rumah

Sinar Harian 16 Jan 09
SENAWANG – Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak membuang sampah di kawasan belakang rumah menyebabkan penduduk Taman Jasmin, Lorong 16, bersuara kerana ia mengganggu keselesaan.

Menurut mereka, ia bukan sahaja menimbulkan bau busuk dan serangan lalat malah sampah yang kebanyakannya masih baru di situ termasuk barangan terbuang berbentuk sisa bahan binaan seperti serpihan konkrit, kayu dan perabot lama.

Seorang penduduk, Mohd Arfian Ahmad, 35, berkata, keadaan itu sudah berlarutan lama dan hingga kini masih belum dapat dikenal pasti siapa pelakunya.

“Apa yang saya tahu, sampah- sarap dibuang di sini sudah bertahun-tahun lamanya hingga menyebabkan penduduk di kawasan berhampiran merasa kecewa.

“Kami memang tidak tahu siapa punya angkara kerana kegiatan membuang sampah di kawasan belakang rumah sukar untuk dilihat,” katanya.

Menurutnya, dia pernah melihat sebuah lori melalui lorong terbabit namun sukar untuk memastikan sama ada perbuatan itu angkara pihak tersebut.

“Saya tidak mahu menuduh sesiapa kerana bimbang tersalah membuat andaian. Lagipun, saya bukannya nampak dengan jelas apa yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Arfian berkata, kemungkinan ada pihak mengambil kesempatan membuang sampah di situ memandangkan keadaannya agak sunyi dan tersorok daripada pandangan orang ramai.

“Mereka mengambil jalan pintas dan kerja mudah dengan membuang sampah di sini.

“Ini memang tidak patut dilakukan kerana ia boleh mencemarkan alam sekitar dan memberi imej buruk kepada kawasan taman,” katanya.

Oleh itu, dia berharap mana-mana pihak yang melakukan kegiatan itu dapat bertimbang rasa dan memikirkan perasaan penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2347805.asp

Khamis, 15 Januari 2009

Cuci Kereta, Bekam Sambil Menderma 1 Feb Rembau

KEMPEN BASUH KERETA SAMBIL MENDERMA
TARIKH : 1 Februari 2009
HARI : Ahad
MASA : 9.30 pagi - 6.00 petang
TEMPAT : Markas PAS Kawasan Rembau , Jalan Rembau-Tampin
BAYARAN : RM 5 motosikal , RM10 kereta , RM15 MPV/4WD

SERVIS YANG AKAN DIBERIKAN : Membasuh bahagian luar dan mengelap, mengelap bahagian dalam dan vakum serta kilat tayar

Hubungi Abdul Roni 012-2268230, Zamri 012-3513434


TURUT DIADAKAN KLINIK RAWATAN BEKAM
Tawaran Bekam RM 30 seorang (Harga istimewa setelah diskaun 50% hanya pada 1 Feb 2009)
Untuk Rawatan Bekam hubungi Sdr Husaini 013-3598318 , Sdr Sharizal 017-2218189

ANTARA LAIN YANG MENARIK !
- KUTIPAN TABUNG SELAMATKAN GAZA
- JUALAN AMAL
- JUALAN HERBA EMAS COTEK

Anjuran Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau untuk Tabung Lajnah Kebajikan

Rabu, 14 Januari 2009

Air bertakung hakis jalan

Sinar Harian 14 Jan 2009
CHENGKAU - Penduduk di Kampung Lada Solok Durian Tunggal di sini mahu pihak bertanggungjawab membaik pulih jalan yang rosak dan membahayakan pemandu kenderaan.

Jalan selorong di kampung tersebut mengalami hakisan sehingga menyebabkan air bertakung dan menghakis permukaan tepi jalan sehingga menjadikannya bertambah sempit.

Keadaan itu menyebabkan beberapa penunggang motosikal dan pengguna kenderaan terjatuh ke dalam takungan air berkenaan apabila berselisih dengan kenderaan lain yang keluar masuk di kampung tersebut.

Seorang penduduk, Mahat Ahmad 48, berkata takungan air tersebut berpunca daripada kerja-kerja baik pulih paip pecah oleh Jabatan Bekalan Air beberapa bulan lalu.

“Selepas paip tersebut dibaik pulih, air hujan bertakung dan menyebabkan hakisan di tepi jalan ini semakin membimbangkan.

“Keadaan ini sudah berlanjutan hampir lapan bulan dan sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pihak bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, beberapa kejadian kenderaan terjatuh pernah dilaporkan berlaku melibatkan orang luar yang tidak mengetahui keadaan jalan tersebut.

“Jalan ini jalan pintas dari Chengkau ke Astana Raja dan disebabkan berselisih kenderaan antara satu sama lain, ada kenderaan yang terjatuh ke dalam takungan tersebut,” katanya.

Mahat berkata, beberapa halangan kayu sementara diletakkan oleh penduduk kampung sebagai amaran kepada pengguna jalan raya, namun halangan kayu juga terjatuh ke dalam takungan air yang dalamnya boleh mencecah kira-kira 0.6 meter.

“Sudah tentu ia membahayakan pengguna terutama pada waktu malam.

“Seandainya mereka tidak menyedari laluan ini, mereka boleh terjatuh ke dalam takungan itu dan kenderaan akan rosak teruk,” katanya.

Menurutnya, penduduk berharap takungan ini dapat ditimbus kembali dan kawasan bahu jalan ini dilebarkan sedikit.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2340565.asp

Jumaat, 9 Januari 2009

Surau HARAM Ayah Pin di Rembau ?

Pada 18 Disember 2008 yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian mengenai kisah pembinaan dewan dan surau Taman Chembong Utama di Rembau yang terbengkalai sejak lebih setahun lalu.

Yang menjadi kemusykilan penduduk di situ ialah sebelum ini ada papan tanda pembinaan surau dan dewan. Tapi kini telah tiada papan tanda tersebut. Jadi tak tahulah status pembinaan surau dan dewan tersebut, projek milik siapa, bila mula, bila patut siap, ada kelulusan arkitek ke tak.

Yang lebih memelikkan lagi ialah mengikut keterangan seorang penduduk di sana mengatakan pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan mengatakan mereka tidak ada rekod pun mengenai pembinaan surau di sana. Kalau nak buat surau atau masjid mesti ada kelulusan Jabatan Agama , sebab antara faktor penting ialah untuk menentukan kiblat.

Pernah berlaku masjid di Negeri Sembilan ini salah kiblat , menyebabkan saf di masjid tersebut senget.

Lagi lagi pelik pula tak pernah atau jarang sekali kita jumpa surau bersambung dengan dewan orang ramai.

Memang pelik ? Surau Halal atau Surau Haram ? Atau Surau Ha…… ? Ke surau Ayah Pin ?

Harap-harap JAKIM, MAINS, Jabatan Mufti, Polis, Badan Pencegah Rasuah turun menyiasat.

( Berita yang lalu http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/12/siap-segera-surau-dewan-terbengkalai.html )

Ceramah Salahudin Ayub 20 Jan Rembau

CERAMAH KEBANGKITAN UMMAH
Bersama :
YB Salahudin Ayub , Ketua Pemuda PAS Pusat
Sdr Zulkefly Mohamed Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Mohamad Taufek , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
SELASA 20 Januari 2009
Jam 9 malam
Di Markas PAS Rembau , Kg Senama , Jalan Utama Rembau-Tampin

Semua Dijemput Hadir

Mohon PBT tangani masalah penduduk Luok China, Rembau

Sinar Harian 9 Jan 09
LUBOK CHINA – Penduduk di sekitar Rumah Rakyat Lubok China mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) bertindak proaktif dengan mengambil kira sebarang aduan dan laporan yang dibuat penduduk berhubung masalah persekitaran yang didakwa terabai.

Penduduk mendakwa, aduan demi aduan dibuat tetapi tiada tindakan diambil menyebabkan mereka berasa kecewa terhadap pihak berkuasa tempatan.

Raja Hashim Raja Ismail, 52, berkata, persekitaran taman ini terutama masalah padang permainan yang tidak diselenggarakan dengan baik begitu mengecewakannya.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan tidak memotong rumput mengikut jadual sehingga memaksa penduduk sendiri mengambil inisiatif mengupah orang lain bagi memotong rumput di kawasan taman permainan kanak-kanak.

“Saya sendiri sudah berkali-kali mengupah orang lain memesin rumput untuk keselesaan anak-anak penduduk perumahan ini di samping anak saya sendiri turut sama menggunakan kemudahan taman ini.

“Seharusnya tanggungjawab tersebut tidak patut dipikul penduduk di sini sebaliknya pihak berkuasa yang perlu menjalankan tugas mereka,” katanya.

Raja Hashim berkata, sebagai ibu bapa, keselamatan anak-anak adalah lebih utama dan inisiatif tersebut terpaksa diambil memandangkan rumput tidak dimesin sehingga melebih lima ke enam bulan.

Seorang suri rumah, Nor Sherina Hussin, 29, berkata, sebagai ibu dia turut melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan anak-anak yang bermain di kawasan sekitar taman permainan tersebut.

“Penduduk di kawasan ini yang terpaksa menggalas tanggungjawab memesin rumput dan meracun rumput-rumput di kawasan sekitar.

“Jika tidak, rumput cepat panjang, dan sudah tentu anak-anak bermain dalam keadaan yang tidak selesa apatah lagi dengan ‘kemuncut’ yang banyak di pakaian mereka,” katanya.

Katanya lagi, sampah sarap yang berlonggok di longkang menyebabkan air tidak mengalir dan bertakung boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti denggi dan sebagainya.

“Longkang juga tidak diselenggarakan mengikut jadual, malah enam bulan sekali pun susah untuk dibersihkan.

“Masalah ini sudah berkali-kali diadukan dan kami penduduk di sini berharap pihak berkuasa tempatan prihatin akan masalah ini dengan melakukan pembersihan kawasan dengan teratur untuk kebaikan penduduk sekitar,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2322356.asp

Rabu, 7 Januari 2009

Kursus Refleksiologi dan Urutan 18 Jan Senawang

Kursus Refleksiologi dan Urutan
Tarikh: 18 Jan 2009 (Ahad)
Masa: 9 pg – 5 ptg
Tempat: Hi-Tech Hygiene, Taman Bandar Senawang, N.Sembilan
Tenaga pengajar: Mej (B) Ahmad Fauzi Abdul Rahman
Yuran penyertaan: RM 30 termasuk makan, minum, sijil dan bahan rujukan.

Hubungi Pn. Wani 013-3851202 atau halwan9@yahoo.com
Anjuran MTD Paroi.

--------------
Apa kebaikan refleksologi?
Pertama, boleh meredakan tekanan (stress).
Kedua, mengembalikan fungsi organ ke tahap normal.
Ketiga, kaedah penjagaan kesihatan yang tidak menggunakan ubat.

Persekolahan empat beradik di Rembau terbantut

Sinar Harian 7 Jan 09
REMBAU – Sesi persekolahan yang bermula Isnin lalu terpaksa dilupakan sementara oleh empat beradik, kerana kemiskinan hidup keluarga mereka. Siti Nur Asmah, seharusnya mendaftarkan diri sebagai murid Tahun Satu Sek Keb Kayu Ara namun disebabkan ketidakmampuan bapanya menyediakan keperluan sekolah, hasrat anak kecil yang bersemangat ke sekolah ini terpaksa ditangguhkan.

Tiga adik beradik lain yang berusia antara 9 hingga 15 tahun juga terpaksa melupakan hasrat ke sekolah buat sementara waktu sehingga bapa mereka mempunyai wang membeli kelengkapan persekolahan dan menjelaskan yuran sekolah.

Shahrin Kasim, 45, hanya bekerja sebagai pembantu jualan di pasar dengan pendapatan bulanan RM800 sebulan, menyara 10 anak dan isterinya, Julia Buruk yang sarat mengandung 7 bulan.

Menurutnya, pendapatan bulanan setelah ditolak sewa rumah yang didiaminya kini di Taman Rembau Utama dan menjelaskan hutang-piutang yang lain, bakinya hanya tinggal sedikit untuk membeli keperluan makanan.

“Setakat ini, sudah banyak kali kami sekeluarga terputus bekalan makanan dan hanya mengalas perut dengan lempeng atau cucur yang disediakan isteri, namun saya bersyukur anak-anak dapat menikmati makanan,” ujarnya.

Katanya, lima daripada 10 anak-anaknya yang berumur antara 3 hingga 20 tahun tidak menamatkan sekolah menengah.

“Hendak makan pun susah, apatah lagi untuk membeli dan menyediakan keperluan yang sempurna buat anak-anak saya ini biarpun di dalam hati kecil, mahu melihat anak-anak berjaya sepertimana anak-anak orang lain,” katanya lagi.

Shahrin berkata, jika tidak kerana kesempitan wang, sudah tentu empat daripada lima anaknya iaitu Mohd Syukri 15, Siti Zubaidah 13, Mohd Shahrizan 9, dan Siti Nur Asmah 7, dapat bersekolah seperti biasa.

Seorang lagi anaknya, Mohd Samsudin, 16, bertekad untuk terus bersekolah biarpun serba kekurangan.

“Saya juga runsing ke mana mahu mengadu masalah yang dihadapi dan setakat ini saya tidak pernah memohon bantuan daripada mana-mana pihak.

“Saya kasihan kepada anak-anak, kesusahan hidup yang dialami menyebabkan mereka malu dan disisihkan rakan-rakan di sekolah, tetapi apakan daya,” katanya.

Menurut Shahrin lagi, persekolahan anak-anaknya akan diteruskan jua dan dia akan berusaha mencari sumber lain untuk membeli keperluan persekolahan, buku dan membayar yuran.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2316239.asp

Sabtu, 3 Januari 2009

Solat Hajat Perdana 7 Jan Rembau

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA
Rabu 7 Januari 2009
Di Markas PAS Kawasan Rembau , Kg Senama
ATURCARA :
Solat Isya
Solat Hajat untuk kemenangan Islam di Palestin dan Kuala Terengganu
Tazkirah
Bersurai
Muslimin dan Muslimat semua dijemput hadir

Jumaat, 2 Januari 2009

Benteng runtuh ancam keselamatan penduduk

Sinar Harian 2 Jan 09
LUBOK CHINA - Taman rekreasi Syahbandar di sini yang menjadi salah satu daya tarikan baru sejak siap dibina hampir setahun lalu kini berhadapan dengan masalah tebing sungai yang runtuh.

Seorang penduduk yang ditemui, Mohd Ali Omar, 56, berkata, kedudukan taman berkenaan sebagai tempat rekreasi terbaru di Lubok China terjejas akibat tebing sungai yang kini hanya menunggu masa untuk runtuh disebabkan hakisan sungai.

“Di sekitar tebing sungai ini, beberapa hakisan berlaku menyebabkan benteng batu yang mengelilingi taman ini mulai senget dan sekiranya langkah awal tidak diambil, dikhuatiri kerosakan lebih teruk akan berlaku.

“Saya juga bimbang akan keselamatan orang ramai yang berekreasi di taman berkenaan dan diharap tindakan segera dapat diambil untuk mengatasi masalah berkenaan sebelum berlaku perkara yang tidak diingini di sini,” katanya.

Menurut Mohd Ali, benteng berkenaan mula runtuh sejak beberapa bulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila banjir berlaku menyebabkan hakisan ini menjadi lebih teruk.

Seorang lagi penduduk, Mohd Ali Ibrahim, 42, berkata, selain masalah itu, taman tersebut juga mempunyai masalah lain termasuk daripada segi kemudahan tempat letak kereta yang disediakan sangat terhad.

“Setakat ini, hanya terdapat 15 tempat letak kereta dan ini menyukarkan pengunjung luar meletakkan kenderaan apabila singgah di sini.

“Mereka terpaksa meletak kenderaan di sebelah jalan dan perlu melintas jalan raya tersebut. Ini menyukarkan dan membahayakan keselamatan mereka,” katanya.

Selain itu katanya, kemudahan gerai yang disediakan juga tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh peniaga.

“Di sini terdapat empat gerai yang disediakan oleh pihak Majlis Daerah Rembau (MDR) untuk mereka berniaga, namun sehingga kini hanya sebuah kedai makan yang beroperasi.

“Saya berharap, peniaga yang diberi peluang berniaga di sini dapat memulakan perniagaan secepat mungkin bagi menarik lebih ramai pengunjung dan sekiranya mereka tidak berminat, berilah peluang kepada orang lain,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2301835.asp