RHI

RHI

JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

Selasa, 30 Disember 2008

Gotong Royong PASTI Amal Senawang 1 Jan

Majlis Gotong Royong
Hari : Khamis 1 Januari 2009
Masa : 8 pg – 10 pg dan 5 ptg – 7 ptg
Tempat : PASTI Al Amal , Taman Marida , Senawang

Sila bawa peralatan gotong royong yang sesuai. Sebarang sumbangan amat dialu-alukan.

Maklumat lanjut hubungi Haji Faisol 019-3440826

Sabtu, 27 Disember 2008

Usrah Umum dan Solat Hajat PRK KT 7 Jan Rembau

Usrah Umum dan Solat Hajat sempena PRK Kuala Terengganu
Rabu 7 Januari 2009
Jam 8 malam
Di Markas PAS Kawasan Rembau
Semua Dijemput Hadir

Jumaat, 19 Disember 2008

Warga emas rayu pasang lampu jalan elak nahas

Sinar Harian 19 Dis 08
CHENGKAU - Ketiadaan lampu jalan di simpang masuk ke Kampung Selemak Tanah Datar dan sekitarnya, meresahkan penduduk yang sudah acap kali memohon kemudahan itu kepada pihak berkuasa sejak setahun lalu.

Keadaan jalan yang gelap pada waktu malam membimbangkan penduduk yang kebanyakannya warga emas dan hanya ada 10 rumah sahaja didiami di kampung itu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, persimpangan masuk ke kampung agak jauh dari kediaman penduduk dan di kiri kanan dipenuhi semak-samun membuat suasana petang menjadi agak gelap dan merbahaya terutama apabila haiwan liar seperti babi hutan turut berkeliaran di situ.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Selemak, Mustapha Mat Zain, 75, berkata, beliau sendiri telah memohon peruntukan memasang 10 tiang lampu bagi menerangi persimpangan masuk dan sekitar kampung, namun sehingga kini sepi tanpa khabar berita.

Menurutnya, hampir setahun permohonan tersebut dikemukakan dan sehingga kini mereka masih mengharap.

Katanya, keadaan gelap-gelita menyebabkan beberapa kemalangan kecil pernah berlaku di mana ada antaranya melibatkan warga emas terlanggar binatang ternakan seperti lembu, kerbau dan babi hutan.

“Selain itu juga, penduduk juga bimbang perkara yang tidak dingini seperti kes pecah rumah dan jenayah lain yang mungkin akan berlaku.

“Malah penduduk pernah melihat individu yang mencurigakan meletakkan kenderaan mereka di simpang jalan kampung ini,” katanya.

Menurut Mustapha, diharap pihak bertanggungjawab dapat meneliti permohonan tersebut dan memikirkan kepentingan penduduk.

http//www.sinarharian.com.my/mns/content/story2263621.asp

Siap segera surau, dewan terbengkalai

Sinar Harian 18 Dis 08
CHEMBONG - Penduduk di sini menggesa pihak bertanggungjawab dapat menyegerakan pembinaan dewan dan surau Taman Chembong Utama yang terbengkalai sejak lebih setahun lalu.

Pihak pemaju terdahulu sudah menyiapkan hampir 80 peratus, namun atas faktor-faktor yang tidak diketahui, pembinaan itu dihentikan dan sehingga kini tiada tanda-tanda projek ini akan diteruskan dan disiapkan.

Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Chembong Utama, Mokhtar Abd Samad, 46, berkata, penduduk sekitar mahu pihak terbabit dapat menyiapkan kembali dewan dan surau itu secepat mungkin untuk kemudahan penduduk setempat.

Menurutnya, masyarakat Islam di taman ini memerlukan surau untuk pelbagai aktiviti termasuk solat berjemaah, kelas mengaji al-Quran dan surau ini jika dapat disiapkan kelak, mampu menampung hampir 200 jemaah pada satu-satu masa.

“Buat masa ini, penduduk di sini menumpang kemudahan surau di taman bersebelahan dan Masjid Pekan Pedas untuk solat Jumaat.

“Selain itu, penduduk berharap agar pihak bertanggungjawab dapat menyegerakan pembinaan dewan untuk digunakan dalam pelbagai aktiviti termasuk mesyuarat KRT, yang kini terpaksa dilakukan di rumah pengerusi,” katanya.

Mokhtar berkata, pihaknya mengharapkan dewan dan surau ini dapat disiapkan segera kerana KRT taman ini sedang giat merencana pelbagai aktiviti dan memerlukan kemudahan tempat agar masyarakat sekitar turut serta terlibat dan sekali gus merapatkan hubungan perpaduan dalam kalangan penduduk yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

“Akibat terbengkalai dalam tempoh yang lama, pihak KRT mengadakan gotong royong perdana melibatkan penglibatan bersama masyarakat dan jabatan-jabatan kerajaan bagi membersihkan kawasan sekitar tapak pembinaan dewan dan surau yang dipenuhi semak samun,” katanya.

Beliau berkata, wakil penduduk akan menghantar surat kepada wakil rakyat meminta supaya beliau dapat meliliti masalah ini dan cuba membantu agar ada tindakan daripada pihak atasan untuk menyegerakan pembinaan surau dan dewan ini secepat mungkin bagi memudahkan penduduk di sini menjalankan aktiviti.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2260477.asp

Rabu, 17 Disember 2008

N.Sembilan ada 2 Wakil Rakyat setiap DUN

Untung betul rakyat Negeri Sembilan ini di kawasan yang wakil rakyatnya dari Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana di DUN yang wakil rakyat dari Pakatan Rakyat ada dua Pusat Khidmat Masyarakat , satu yang dikendalikan oleh Pakatan Rakyat dan satu lagi dikendalikan oleh Barisan Nasional.

Rakyat yang memerlukan bantuan boleh pergi di kedua-dua Pusat Khidmat Masyarakat ini. Mula-mula pergi ke Pusat Khidmat Masyarakat Pakatan Rakyat , petugas di sini akan memberi bantuan khidmat nasihat , kaunseling dan bantuan kewangan sekiranya mengizinkan. Lepas tu mereka pergi pula ke Pusat Khidmat Masyarakat Barisan Nasional , juga boleh dapat bantuan khidmat nasihat , kaunseling dan kewangan sekiranya ada bajet.

Kemudian petugas Pusat Khidmat Pakatan Rakyat dan BN akan sama-sama periksa dengan cara mereka yang tersendiri samada bantuan yang dipohon oleh mereka yang memerlukan bantuan sudah dimajukan dan diproses oleh agensi kerajaan yang berkaitan.

Untungkan kalau tempat kita wakil rakyatnya dari Pakatan Rakyat.

Kalau di DUN Paroi Pusat Khidmat Pakatan Rakyat ialah di Taman Tasik Jaya sementara Pusat Khidmat Barisan Nasional ialah di deret kedai bangunan baru antara Taman Chempaka dan Taman Seri Pagi bertentangan dengan RHB Bank Dataran Senawang.

Kalau macam ni , pilihanraya yang akan datang pastikan semua DUN dan Parlimen di Negeri Sembilan ini diwakili oleh Pakatan Rakyat.

Laman Web Wakil Rakyat DUN Paroi di http://mohdtaufek.blogspot.com/

Isnin, 15 Disember 2008

Tanah mendap di Taman Pinggiran Senawang

Harian Metro 15 Dis 08
SEREMBAN: Penduduk di Taman Pinggiran Senawang, di sini, hidup dalam ketakutan selepas berlaku kejadian tanah mendap berhampiran kediaman mereka yang semakin serius saban hari.

Kejadian tanah mendap itu berlaku di jalan raya bersebelahan tasik terbiar dan semakin menghampiri kediaman penduduk.

Tinjauan Harian Metro mendapati jalan raya yang mendap di kawasan itu boleh mendatangkan bahaya terutama kepada kanak-kanak bermain di situ.

Seorang penduduk, Mohd Yusof Salleh, 46, berkata, jalan raya di antara Jalan PS 4/7 dan Jalan PS 4/8 itu mula mendap kira-kira tiga tahun lalu.

“Pada mulanya ia tidak berapa teruk tetapi kekerapan hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan jalan ini bertambah teruk dan mendapannya bertambah dalam.

“Sudah banyak aduan dilakukan sejak ia mulai mendap kira-kira tiga tahun lalu kepada Majlis Perbandaran Nilai (MPN) malah ketika dialog bersama wakil rakyat masalah ini turut diadukan tapi tiada sebarang tindakan dilakukan mana-mana pihak,” katanya.

Mohd Yusof berkata, sebelum ini terdapat pagar menjadi penghadang kepada tebing tasik tapi ia runtuh akibat kemendapan yang berlaku serta dicuri orang yang tidak bertanggungjawab.

“Saya berharap pihak terbabit mengambil tindakan sewajarnya sebelum kejadian tidak diingini serta membabitkan nyawa berlaku,” katanya.

Penduduk, Abdul Rahim Abdul Karim, 48, berkata masalah itu perlu diatasi segera kerana ia membahayakan keselamatan penduduk.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081215085812/Article/index_html

Halau kakitangan pemaju

Harian Metro 15 Dis 08
SEREMBAN: Pembeli rumah fasa tiga Taman Tuanku Jaafar (TTJ) Senawang dekat sini, yang sebelum ini kecewa kerana tindakan pemaju gagal menyiapkan projek seperti dijanjikan, terpaksa bertindak menghalau tiga kakitangan pemaju projek itu, D2B Management Sdn Bhd (D2B) kerana sikap mereka berdolak-dalik ketika majlis perundingan antara kedua-dua pihak semalam.

Malah, anggota polis terpaksa campur tangan dan bertindak mententeramkan keadaan apabila 85 pembeli yang hadir pada majlis kira-kira dua jam di Dewan Orang Ramai TTJ, hilang sabar sehingga mencetuskan pertengkaran.

Jurucakap pembeli rumah merangkap penyelaras jawatankuasa bertindak, P Rajasegar, berkata sikap keras kepala pegawai dan kakitangan D2B amat dikesali.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa meneruskan rundingan itu dengan pemaju utama projek itu, Naga Sakti Sdn Bhd (Naga Sakti) dan wakil syarikat itu, Abd Jalil Abdullah menyatakan jaminannya menyiapkan projek berkenaan dalam tempoh antara 18 hingga 24 bulan.
“Pihak yang berkenaan juga turut berjanji untuk membayar pampasan kelewatan kepada pembeli dengan jumlah yang belum ditetapkan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081215085653/Article/index_html

Usrah Umum Senawang 21 Dis 2008

Assalamualaikum ,

Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Majlis Usrah Umum
Ahad 21 Dis 2008
Jam 7 malam
Di PASTI Al Amal , Taman Marida , Senawang

Jumaat, 12 Disember 2008

Masalah Paip Pecah di Kota


Sinar Harian 11 Dis 08. Sila klik pada keratan akhbar

Masalah Sampah Tak Dikutip Di Chengkau


Sinar Harian 11 Dis 08 . Sila klik pada keratan akhbar

Rabu, 10 Disember 2008

Kursus Kraf Dari Kertas Kitar Semula 21 Dis Seremban

Dijemput kaum wanita dan muslimat yang berminat ke kursus intensif menganyam mengunakan majalah/kertas terpakai/kitar semula sebagai bahan asas.

Berikut merupakan maklumat lanjut program ;

Tarikh : 21 Dis 2008 (Ahad)
Masa : 9 pagi - 5 petang
Tempat : Pasti Amal, Taman Marida Senawang
Yuran kursus : RM50

Tenaga pengajar ialah Pn Ila yang merupakan tenaga pengajar di Koperasi Pembangunan Wanita.

Anjuran: Pusat Khidmat Dun Paroi dengan kerjasama Muslimat Paroi.

Berminat sila hubungi Pn Wani 013-3851202.

Selasa, 9 Disember 2008

Remaja lumpuh mohon kerusi roda

Sinar Harian 9 Dis 2008
PULAU SEBANG - Anak peneroka Felda, Abd Salam Mohd Noor, 27, yang lumpuh akibat dilanggar kereta ketiga berusia tiga tahun, memohon bantuan kerusi roda bagi memudahkannya bergerak bebas.

Abd Salam lumpuh dari bahagian pinggang hingga ke bawah akibat kemalangan di hadapan rumahnya ketika bermain.

Ayahnya, Mohd Noor Daud, 61, berkata, kemalangan tersebut menyebabkan tulang pinggangnya patah dan sejak kejadian itu, Abd Salam Lumpuh hingga sekarang.

“Saya memohon simpati orang ramai mahupun pihak yang berkenaan supaya dapat menghulurkan bantuan kerusi roda buat anak saya supaya dia dapat bergerak bebas di dalam rumah,” katanya.

Mohd Noor yang berpendapatan antara RM300 hingga RM400 sebulan terpaksa mendukung anaknya setiap kali ke tandas untuk dimandikan dan setiap kali mahu dibawa keluar.

“Saya sudah tua dan anak saya pun sudah besar. Kalau masih kecil dulu memanglah tiada masalah jika hendak mendukungnya, tetapi kini dia sudah dewasa, saya pun sudah tidak mempunyai keupayaan untuk mendukungnya lagi,” katanya. Berikutan itu, dia terpaksa mengupah orang untuk menguruskan ladangnya kerana perlu menjaga anaknya dan isterinya yang juga lumpuh akibat terjatuh ketika hendak menuruni tangga rumah.

“Berapalah sangat pendapatan saya. Saya cuma berharap jika dapat didermakan kerusi roda jika bukan untuk isteri saya, untuk anak saya pun jadilah kerana saya kasihan apabila melihat keadaannya,” katanya.

Akibat kecederaan itu, Abd Salam hanya diberi minum menggunakan susu botol bayi dan makan dengan disuapkan ibu atau ayahnya.

“Selagi terdaya, saya akan menjaganya kerana dialah satu-satunya anak yang saya ada. Saya mohon dan berharap agar ada masyarakat sedia membantu saya,” katanya lagi.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2232311.asp

Ahad, 7 Disember 2008

ADUN Paroi dedahkan kadar pengangguran N.Sembilan

Mengikut sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia , Bilangan & Kadar Pengangguran Mengikut Negeri bagi Suku Pertama Tahun 2008 menyatakan bahawa Kadar(Peratusan) Pengangguran :-
a. Malaysia : 3.6% (398,000 orang)
b. N.Sembilan : 3.5% (13,900 0rang) – Tempat ke 8 terbawah

Mengikut rekod , dari bulan Januari – Jun 2008 , kategori pencari kerja yang telah berdaftar di bawah System Electronic Labour Exchange (JCS) adalah seperti berikut :
Golongan Siswazah seramai 2,652 orang
Golongan Bukan Siswazah seramai 3,667 orang

Dalam tahun 2007 seramai 754 orang pekerja tempatan diberhentikan melalui kedua-dua skim tersebut.
Pada tahun 2008 sehingga bulan Julai , sebanyak 611 orang pekerja tempatan diberhentikan.

Anggaran peluang pekerjaan yang akan diwujudkan di Negeri Sembilan dalam tahun 2008 dianggarkan sebanyak 2,103 jawatan dan pada than 2009 adalah sebanyak 1,714 jawatan.

Ianya adalah terlalu sedikit berbanding mereka yang menganggur pada suku pertama tahun 2008 iaitu seramai 13,900 orang.

Ikuti ucapan penuh Perbahasan ADUN Paroi dalam Sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini di http://mohdtaufek.blogspot.com/2008/12/ucapan-belanjawan-2009-adun-paroi.html

Selasa, 2 Disember 2008

Penduduk terpaksa bergelap tiada lampu jalan

Sinar Harian 1 Dis 08
RANTAU – Masalah ketiadaan lampu di jalan utama yang dihadapi 200 penduduk kawasan perumahan Taman Bandar Ekar di sini masih gagal diselesaikan ekoran kegagalan pemaju dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) menangani masalah berkenaan.

Menurut Pengerusi DAP Rantau Timur, Arumugam Karupan, perkara itu amat mendukacitakan penduduk di sini, yang terpaksa berhadapan masalah laluan gelap di sepanjang jalan masuk utama kawasan perumahan berkenaan.

“Masalah ini makin meruncing. Sampai bila penduduk di sini harus menghadapi keadaan gelap ini.

“Pemaju dan MPN seolah-olah lepas tangan tanpa menyelesaikan masalah ini, walaupun mereka pernah berjanji untuk mengambil tindakan. Hingga hari ini, tiada apa-apa perubahan positif dapat dilihat,” katanya.

Katanya, beliau sendiri sudah beberapa kali mengutarakan masalah itu kepada pihak berkenaan, namun hingga kini keputusannya mengecewakan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2209785.asp