RHI

RHI

JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

Isnin, 22 September 2008

Penduduk bimbang tanah mendap

Sinar Harian 22 Sep 08

KOTA – Jalan raya berdekatan Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, sudah beberapa kali diturap namun tidak lama kemudian kembali mendap menyebabkannya berlubang dan menimbulkan bahaya.

Keadaan struktur jalan utama yang menghubungkan Gadong ke pekan berhampiran ini membimbangkan penduduk di sini.

Tanah mendap ekoran pembetung retak dan air sungai yang mengalir ke dalam tanah menyebabkan sistem pengaliran tidak berfungsi dengan sewajarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Gadong, Abdul Rahman Che Teh 58, berkata, masalah ini berpunca daripada mendapan di bawah tanah menyebabkan jalan raya di bahagian tengah berlubang.

“Tetapi, setakat ini hanya jalan berlubang yang diturap sedangkan masalah berpunca daripada sistem pembetungan di bahagian bawah tidak ditangani. Walau beberapa kali diturap, masalah akan tetap timbul,” katanya.

Menurut Abdul Rahman, perkara ini pernah diajukan lebih 2 kali dalam mesyuarat JKKK untuk dimajukan kepada pihak berkuasa namun sehingga kini tiada tindakan diambil.

Abdul Rahman berkata, perkara ini wajar ditangani segera kerana pernah berlaku kemalangan sehingga mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut dan kanak-kanak juga pernah terjatuh di kawasan ini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati akibat daripada aliran sungai yang deras, kawasan bersebelahan iaitu tanah milik sekolah sudah mendap sehingga wujud sebuah lagun atau lembah yang dalam dan lebar.

Tanah di sekitar padang bola juga sudah mendap, dan kawasan sekolah semakin terhakis terutama di tebing-tebing menyebabkan kerosakan harta benda sekolah khususnya pagar yang sudah tumbang.

“Disebabkan itu, haiwan ternakan bebas keluar masuk ke kawasan sekolah antaranya kambing dan lembu.

“Bukan itu sahaja, malah membahayakan nyawa terutama kanak-kanak yang menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat mandi manda,” katanya.

Selain itu, kawasan yang mendap terlalu hampir dengan jalan raya dan ini membahayakan penduduk sekitar sekiranya terbabas atau terjatuh.

“Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera sebelum perkara ini menjadi semakin serius kerana jalan ini adalah satu-satunya jalan yang digunakan pelbagai kenderaan termasuk kenderaan berat,” katanya.

http//www.sinarharian.com.my/mns/content/story1982498.asp

Salam Idil Fitri dari YB Hj Taufek


Keluaran terbaru Purnama N9 Percuma


Dapatkan keluaran terbaru Buletin Purnama N9. Buletin yang memaparkan aktiviti Pusat Khidmat DUN Paroi dalam Parlimen Rembau bersama YB Hj Mohamad Taufek http://mohdtaufek.blogspot.com Wakil Rakyat sulung dan tunggal PAS di N.Sembilan . Sesuai untuk dijadikan bahan maklumat kepada warga Negeri Sembilan secara keseluruhannya terutama di kawasan kampung dan tanah rancangan , sebagai cenderahati sempena Idil Fitri .

Keluaran adalah terhad. Dapatkan segera di Pusat Khidmat Masyarakat Paroi , No 22 , Jalan Bunga Raya 27 , Taman Tasik Jaya , 70400 Seremban , N.Sembilan , Tel : 06-6794609 , Hubungi Sdr Hassan 019-2171942 .

Khamis, 11 September 2008

Penduduk geram SWM pungut sampah sambil lewa

Sinar Harian 11 Sep 08
REMBAU – Penduduk Taman Rembau Utama terus dibelenggu masalah sampah yang tiada kesudahan kerana pihak Southern Waste Management (SWM) gagal menjalankan kutipan sampah dengan efisien.

Penduduk mendakwa, sampah di taman itu tidak dipungut berhari-hari dan kadang kala berlanjutan sehingga dua minggu.

Mereka berkata, sampah yang tidak dipungut itu mengakibatkan masalah pencemaran bau dan menjejaskan kehidupan seharian terutama kepada penduduk yang rumahnya berdekatan dengan kawasan tong yang disediakan.

Seorang penduduk, Rafie Ismail, kesal dengan sikap pengurusan SWM yang membiarkan masalah itu berlanjutan.

“Masalah ini tidak seharusnya dipandang enteng oleh SWM kerana penduduk sudah menjalankan kewajipan membayar cukai.

“Oleh itu, pihak SWM juga perlu melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan dengan telus tanpa membebankan penduduk,” ujarnya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, terdapat tong sampah yang diterbalikkan tanpa alasan yang munasabah manakala sampah-sarap bertaburan hingga ke jalan raya.

Rafie berkata, dikhuatiri haiwan seperti kucing dan anjing menyelongkar sampah terbabit sehingga menyebabkan ia bertaburan di kawasan sekitar taman ini sekali gus memberi gambaran yang kurang enak mengenai penduduk di situ.

Dia berharap pihak SWM cepat bertindak dan melakukan kutipan secara berkala serta meletakkan tong sampah dalam keadaan sewajarnya.

Rafie menunjukkan sampah di Taman Rembau Utama yang gagal dikutip secara berkala oleh SWM.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1947578.asp

Selasa, 9 September 2008

Ibu tunggal raih bantuan baiki rumah uzur

Sinar Harian 9 September 2008
PAROI – Seorang ibu tunggal yang hidup serba kekurangan di Kampung Paroi meraih simpati orang ramai untuk membaiki rumahnya yang kini sudah reput dimakan anai-anai.

Mariam Mat Jani, 67, yang tinggal seorang diri di rumahnya itu begitu berharap agar ada pihak yang berkemampuan untuk membantunya.

“Rumah saya ini sudah uzur dan banyak yang perlu diperbetulkan sebelum keadaan menjadi lebih teruk,” katanya.

Tambahnya, keadaan rumahnya itu yang serba kekurangan boleh mengundang bahaya terutamanya apabila hujan turun.

“Saya risau jika rumah ini runtuh kerana banyak kayu yang sudah reput,” katanya kepada :Sinar Harian.

Sementara itu, ketika ditanya Sinar Harian mengapa dia tidak tinggal dengan anaknya dia berkata, kesemua anaknya kini sudah mendirikan rumah tangga.

“Jadi, saya tidak mahu mengganggu kehidupan mereka, tambahan pula kesemua anak-anak saya perempuan dan mereka juga ditanggung oleh suami.

“Lagipun, faham-fahamlah orang tua ini cerewet dan saya sebenarnya lebih selesa tinggal sendiri,” katanya.

Selain itu, Mariam yang juga tidak bekerja menyara kehidupan sehariannya dengan bantuan wang biasiswa kebajikan masyarakat cucunya.

“Saya bukannya meminta sedekah tetapi saya hanya berharap agar sesiapa yang berkemampuan daripada saya dapat membantu membaiki rumah saya,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1941025.asp

Isnin, 8 September 2008

Pusat Khidmat ADUN Paroi beri sumbangan baiki rumah

Sinar Harian 8 Sep 2008

PAROI – Bersyukur dan terharu, itu sahaja yang dapat diungkapkan oleh suami isteri dari Kampung Paroi yang menerima sumbangan RM5,000 dari Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi untuk membaiki kerosakan rumah mereka, baru-baru ini.

Sebelum ini Halijah Jamal, 48, dan keluarganya terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan kerana dinding dan atap rumah mereka reput.

Menurutnya, rumahnya hanya menunggu masa untuk runtuh kerana banyak kayu yang reput dimakan anai-anai.

“Saya berterima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yang menghulurkan bantuan ini,” katanya.

Baginya, sumbangan yang diterima pada bulan Ramadan ini amat dihargai kerana tidak lama lagi umat Islam bakal menyambut kedatangan Syawal.

“Raya tahun ini, dapatlah kami sekeluarga berasa selesa sedikit kerana rumah sudah dibaiki,” katanya.

Sementara itu, Halijah juga menghidap penyakit asma, kencing manis, darah tinggi dan kini sedang menunggu untuk pembedahan mata.

Manakala kesihatan suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pula tidak menentu.

Pegawai Majlis Tindakan Paroi, Mohd Hassan Tambi berkata, pihaknya mendapat makluman daripada orang ramai yang memberitahu masalah pasangan berkenaan.

“Kami mengambil tindakan dengan datang ke rumah mereka dan melihat masalah yang dihadapi,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya menjalankan kerja-kerja pembaikan secara berperingkat untuk memastikan keselesaan penduduk.

Katanya, sebanyak lima buah rumah di kawasan Paroi telah dikenal pasti untuk menerima bantuan.

“Keutamaan kita beri kepada mereka yang berpendapatan rendah, mempunyai kesihatan yang tidak menentu dan ramai tanggungan,” katanya.

Menurutnya, sumbangan yang diberi itu bertujuan memberi keselesaan tempat tinggal kepada penduduk terbabit.

Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi talian Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi: 06-6794609.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1939011.asp

Rabu, 3 September 2008

Orang-orang UMNO didalam kampung (Rembau) ini marah bila ……

Sewaktu kunjungan jam 2.30 petang, beliau sekeluarga masih lagi belum makan tenghari dan anak keduanya sedang memasak sayur menggunakan dapur kayu. Keadaan dapur cukup uzur dan atapnya bocor.

Anak Pn Nafsiah yang ke-2 bakal menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini dan merupakan pelajar harapan sekolah. Dia mendapat 4A dalam keputusan percubaan yang lepas. Orang-orang UMNO didalam kampung ini marah bila kisah Pn Nafsiah keluar dalam (Akhbar) Sinar. "Bukan saya yang meminta, ada orang yang hendak tolong..."
Cerita lanjut di http://nurmutiara.blogspot.com/2008/09/bantulah-beliau.html

Kisah penuh keluarga Pn Nafsiah dalam akhbar Sinar Harian di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/08/ibu-sara-4-anak-ibu-uzur-di-chengkau.html

Sinar Harian. KOTA - Seorang ibu tunggal terpaksa memikul tanggungjawab yang besar dalam membesarkan lima orang anak dan empat yang masih bersekolah serta menjaga ibu yang telah uzur di Kampung Baru Chengkau Ulu.

Nafsiah Yusof 48, yang bekerja di kilang ayam di Pedas, cekal menghadapi hidup setelah bercerai enam tahun lalu tanpa diberi nafkah untuk membesarkan anak-anak.

Isnin, 1 September 2008

Sekitar Program Pelancaran Jejak Ukhuwwah







Sekitar Program Pelancaran Jejak Ukhuwwah di Dataran Senawang pada Sabtu 30 Ogos 2008 yang telah dirasmikan oleh YB Tn Hj Mohamad Taufek ADUN Paroi. Beberapa keluarga telah menerima bantuan termasuk bantuan perniagaan. Juga sambutan menggalakkan acara mewarna dan khidmat kesihatan percuma.