RHI

RHI

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

Rabu, 30 Julai 2008

Kerja korek pasir jejaskan penduduk Rembau

Sinar Harian. KOTA - Penduduk di Kampung Kuala Dadeh, Sawah Raja di sini menyuarakan kebimbangan mereka terhadap aktiviti mengorek pasir yang berleluasa di sepanjang Sungai Rembau yang didakwa menyebabkan sungai tercemar dan memberi kesan kepada kehidupan seharian penduduk.

Penduduk mendakwa, terdapat dua tempat yang menjadi tempat lokasi mengorek pasir yang dilakukan pengusaha berpermit manakala sebuah tempat lagi didakwa penduduk dilakukan secara haram.

Menurut mereka, pengusaha korek pasir yang berpermit itu menggunakan permit yang sah bermula bulan Februari hingga tahun hadapan.

Seorang wakil penduduk yang ditemui, Jamaludin Harun, 43, berkata, aktiviti penambakan pasir terbabit banyak memberi kesan buruk kepada kehidupan seharian penduduk.

Pihak berkenaan mengatakan tujuan pasir tersebut ditambak kerana mahu mendalamkan sungai bagi mengelakkan banjir, tetapi banjir besar yang pernah melanda pada tahun 1986 nampaknya tidak berlaku lagi sejak sekian lama.

“Saya juga merasa musykil kerana pada pengetahuan saya hanya sebuah sahaja jentera pengorek yang boleh digunakan bagi mengorek pasir tetapi lebih dari lima jentera digunakan di sepanjang sungai Rembau sehingga ke Kampung Titian Akar,” ujarnya.

Pengorekan tersebut menyebabkan struktur sungai menjadi semakin lebar seperti lombong dengan kedalaman mencecah 40 ke 50 kaki menyebabkan ternakan seperti lembu tidak lagi menggunakan sungai tersebut sebagai sumber minuman.

Jamaludin berkata, seawal jam 6 pagi, operasi penambakan pasir telah bermula dan setiap hari secara purata jumlah lori berulang alik melebihi 80 kali melewati sehingga malam.

“Mereka yang beroperasi semasa anak-anak pergi ke sekolah ini membahayakan keselamatan dan juga pasir yang diangkut turut memberi kesan kepada pakaian mereka.

“Sepatutnya, mereka bermula dari jam 8 pagi sehingga 5 petang sahaja tetapi mereka didapati enggan mematuhi peraturan,” jelasnya.

Menurutnya, hal ini pernah diadukan kepada Pejabat Tanah Daerah Rembau dan mereka telah mengambil tindakan segera menghentikan kegiatan korek pasir secara haram kelmarin.

Dia menambah, walaupun pengorekan pasir secara berpermit atau tidak, ia jelas mendatangkan banyak masalah, khususnya kepada penduduk di situ dan penduduk mahu tindakan segera diambil pihak berkuasa.

“Penduduk kampung mencadangkan kawasan tepi sungai di situ dijadikan kawasan rekreasi bagi menarik pelancong, tetapi dengan keadaan sekarang ia mustahil dapat dilaksanakan,” tambahnya.

“Saya benar-benar berharap Jabatan Pengairan dan Saliran datang melihat sendiri kerja mengorek pengorekan pasir ini yang jelas mencemarkan sungai,” ujarnya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kesan pengorekan tersebut menyebabkan air sungai menjadi keruh dan banyak jambatan di kampung tersebut rosak dan retak termasuk jambatan yang menghubungkan laluan Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1791389.asp

Isnin, 28 Julai 2008

Program Jejak Ukhuwwah Ramadhan 1429 H

Program JEJAK UKHUWWAH RAMADHAN 1429 HIJRAH peringkat kawasan Rembau adalah bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini serta sebagai persiapan menjelang Idil Fitri pada bulan Syawal nanti.

Program ini yang dianjurkan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau serta PAS Kawasan Rembau memberi peluang kepada orang ramai yang berkemampuan untuk menambahkan amal kebajikan melalui ibadah sedekah terutamanya sepanjang Ramadhan ini.

Golongan sasaran yang akan menerima bantuan ini adalah terdiri daripada golongan fakir miskin , ibu-ibu tunggal , anak-anak yatim , isteri-isteri yang ditinggalkan suami tanpa nafkah serta mereka yang memerlukan bantuan di sekitar Kawasan Rembau. Sumbangan ini akan diberikan kepada mereka yang memerlukan di sekitar DUN Kota , DUN Chembong , DUN Rantau dan DUN Paroi.

Segala bentuk sumbangan akan dikumpulkan bermula 1 Ogos 2008 sehingga tarikh penyerahan iaitu pada 30 Ogos 2008. Semua barang keperluan ini akan mula diedarkan kepada mereka yang memerlukan pada 31 Ogos dan 1 September 2008.

Majlis perasmian PROGRAM JEJAK UKHUWWAH RAMADHAN 1429 H ini akan diadakan pada hari Sabtu 30 Ogos 2008 bertempat di Pusat Khidmat MTD Paroi , Taman Tasik Jaya, Senawang.

Mereka yang ingin memberikan sumbangan boleh dalam bentuk kewangan , bahan makanan yang tahan lama seperti beras , tepung , susu tin , biskut , sardin dan sebagainya. Sumbangan pakaian serta kasut yang baru sempena sambutan Idil Fitri juga adalah amat dialu-alukan.

Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi wakil-wakil yang dilantik iaitu;

Pn Norwani ( Penyelaras Program ) – 013-3851202 halwan9@yahoo.com
Sdr. Rozmal ( Pemangku YDP Rembau) – 012-2267406
Sdr Sufian ( DUN Paroi ) – 013-3589328
Sdr Zamri ( DUN Kota ) – 012-3513434
Sdr Syed Ahmad Johari ( DUN Chembong ) – 019-2628051
Tn Hj Shukri ( DUN Rantau ) – 017-2446215

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :
DEWAN PEMUDA PAS KAW REMBAU , No Akaun : 05012010065457 , Bank Islam Malaysia Berhad
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN REMBAU No. Akaun : 5012010061653
Bank Islam Malaysia Berhad

Maklumat semasa program ini akan dikemaskini di Blog Rembau Hari Ini http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

Program Jejak Ukhuwwah Ramadhan 1429 H

Program JEJAK UKHUWWAH RAMADHAN 1429 HIJRAH peringkat kawasan Rembau adalah bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini serta sebagai persiapan menjelang Idil Fitri pada bulan Syawal nanti.

Program ini yang dianjurkan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau serta PAS Kawasan Rembau memberi peluang kepada orang ramai yang berkemampuan untuk menambahkan amal kebajikan melalui ibadah sedekah terutamanya sepanjang Ramadhan ini.

Golongan sasaran yang akan menerima bantuan ini adalah terdiri daripada golongan fakir miskin , ibu-ibu tunggal , anak-anak yatim , isteri-isteri yang ditinggalkan suami tanpa nafkah serta mereka yang memerlukan bantuan di sekitar Kawasan Rembau. Sumbangan ini akan diberikan kepada mereka yang memerlukan di sekitar DUN Kota , DUN Chembong , DUN Rantau dan DUN Paroi.

Segala bentuk sumbangan akan dikumpulkan bermula 1 Ogos 2008 sehingga tarikh penyerahan iaitu pada 30 Ogos 2008. Semua barang keperluan ini akan mula diedarkan kepada mereka yang memerlukan pada 31 Ogos dan 1 September 2008.

Majlis perasmian PROGRAM JEJAK UKHUWWAH RAMADHAN 1429 H ini akan diadakan pada hari Sabtu 30 Ogos 2008 bertempat di Pusat Khidmat MTD Paroi , Taman Tasik Jaya, Senawang.

Mereka yang ingin memberikan sumbangan boleh dalam bentuk kewangan , bahan makanan yang tahan lama seperti beras , tepung , susu tin , biskut , sardin dan sebagainya. Sumbangan pakaian serta kasut yang baru sempena sambutan Idil Fitri juga adalah amat dialu-alukan.

Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi wakil-wakil yang dilantik iaitu;

Pn Norwani ( Penyelaras Program ) – 013-3851202 halwan9@yahoo.com
Sdr. Rozmal ( Pemangku YDP Rembau) – 012-2267406
Sdr Sufian ( DUN Paroi ) – 013-3589328
Sdr Zamri ( DUN Kota ) – 012-3513434
Sdr Syed Ahmad Johari ( DUN Chembong ) – 019-2628051
Tn Hj Shukri ( DUN Rantau ) – 017-2446215

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :
DEWAN PEMUDA PAS KAW REMBAU , No Akaun : 05012010065457 , Bank Islam Malaysia Berhad
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN REMBAU No. Akaun : 5012010061653
Bank Islam Malaysia Berhad

Maklumat semasa program ini akan dikemaskini di Blog Rembau Hari Ini http://rembau-hari-ini.blogspot.com

Jumaat, 25 Julai 2008

Rumah terbengkalai di Rembau punca pembiakan aedes

Sinar Harian. LUBOK CHINA – Penduduk di Rumah Rakyat Lubok China melahirkan kebimbangan mereka kemungkinan berlaku peningkatan kes demam denggi yang dikatakan berpunca daripada projek perumahan Desa Indah yang terbengkalai tidak jauh dengan kediaman mereka.

Rata-rata penduduk berkenaan meminta pihak berkuasa berbuat sesuatu dengan seberapa segera bagi mengatasi masalah tersebut yang boleh meragut nyawa mereka.

Mereka mendakwa rumah setingkat kos sederhana itu terbengkalai sejak 10 tahun lalu atas sebab-sebab tertentu yang tidak diketahui oleh pihak pemaju yang beralamat di Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Kebimbangan mereka berasas apabila ramai penduduk dilaporkan telah disyaki menghidap demam denggi dan sehingga ini beberapa kes telah dilaporkan berlaku.

Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan, JKKK Kg Lubok China, Ismail Md Jan berkata, rumah terbengkalai ini menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes kerana terdapat air yang bertakung.

Air yang bertakung itu disebabkan sistem perparitan yang kurang sempurna dan juga hujan yang menyebabkan kawasan ini ditenggelami air.

Tinjauan Sinar Harian ke situ mendapati rumah terbengkalai itu berisiko menjadi punca demam denggi kerana terdapat air bertakung di situ selain semak-samun yang juga mengundang bahaya binatang liar terhadap mereka yang lalu lalang di situ.

Terdapat juga sebuah paip air yang pecah yang seharusnya diambil tindakan segera oleh Jabatan Bekalan Air bagi menggelakkan pembaziran air.

Katanya lagi, “Saya telah melaporkan perkara ini kepada Jabatan Kesihatan Daerah Rembau dan mereka mengambil tindakan dengan membuat penyemburan asap di kawasan terbabit."

“Namun, penyemburan yang dilakukan tidak begitu berkesan kerana masih terdapat laporan kes denggi. Perkara ini juga saya ajukan kepada Majlis Daerah Rembau, namun tiada tindakan diambil,” jelasnya.

Menurutnya, wakil rakyat sudah dimaklumkan dan berjanji akan membawa hal ini ke mesyuarat Exco tetapi sehingga kini tiada tindakan susulan diambil.

Seorang penduduk yang ditemui, Ngatimin Saru, 44, berkata, rumah terbengkalai ini kebanyakannya sudah mempunyai pembeli dan ada yang sudah membayar deposit dan terpaksa membayar pinjaman bank yang dibuat bagi membeli rumah berharga lebih RM60,000 itu.

Namun pihak pemaju gagal menyiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan dan sehingga kini rumah tersebut masih lagi terbengkalai. Pembeli rumah cuba menghubungi pemaju tetapi gagal. Sinar Harian menghubungi Pegawai Daerah Rembau, Mohd Rawi Baharom yang memberitahu dia akan majukan kepada pihak pemaju agar kawasan itu dibersihkan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1775908.asp

Rabu, 23 Julai 2008

SWM diminta atasi masalah sampah di Rembau

Sinar Harian
LUBOK CHINA – Penduduk di Rumah Rakyat Lubok China menyatakan ketidakpuasan hati apabila berdepan dengan masalah sampah yang didakwa tidak diselenggarakan dengan baik oleh pihak Southern Waste Management (SWM).

SWM dikatakan gagal menyediakan perkhidmatan dengan baik walaupun terdapat banyak aduan dibuat, namun masih tiada tindakan penyelesaian diambil sehingga kini.

Biro Kebajikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lubok China, Ismail Md Jan berkata, SWM hanya menyediakan satu tong sampah kecil yang diletakkan di bahagian jalan utama kawasan ini.

Menurutnya, kawasan perumahan ini mempunyai lebih 200 buah rumah menyebabkan tong sampah yang kecil ini tidak dapat menampung kapasiti sampah setiap hari.

“Akibatnya, sampah dibuang di tepi tong secara tidak langsung mencemarkan pemandangan sekitar kerana terletak di pintu masuk utama kawasan ini,” katanya.

Ismail berkata, sampah yang dikutip SWM tidak menentu kadang kala dua hari sekali dan ada masanya tiga kali sehari, ini mengundang bau yang meloyakan serta menyebabkan sampah bertaburan di jalan raya kerana dibawa oleh haiwan ternakan seperti lembu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kedudukan tong tersebut tidak strategik dan sampah bertaburan apabila lembu turut memunggah sampah-sarap tersebut.

Seorang penduduk, Ngatimin Saru, 44, berkata, masalah ini sudah lama diadukan kepada pihak Majlis Daerah Rembau dan SWM, namun pelbagai alasan diberikan antaranya kekurangan pekerja dan lori bagi mengangkut sampah setiap hari.

Menurutnya lagi, kedudukan tong sampah di laluan masuk taman perumahan turut dipersoalkan kerana menjejaskan pemandangan dan tanggapan negatif orang luar yang datang ke kawasan ini.

"Saya memohon kepada pihak berkenaan agar mengalihkan kedudukan tong ini di tempat yang bersesuaian.

“Penduduk mencadangkan agar tong sampah secara individu disediakan atau menyediakan tong sampah yang lebih besar bagi mengelakkan sampah daripada melimpah keluar.

“Selain itu, penduduk juga berharap masalah ini akan diambil perhatian oleh pihak SWM dan menyelesaikannya dengan segera,” ujarnya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1769803.asp

Sabtu, 19 Julai 2008

Saudara Baru Ini Amat Perlukan Bantuan

Saudara baru dari Seremban ini telah datang pada 18 Julai 2008 mendapatkan bantuan dari Pusat Khidmat Masyarakat Paroi. Apa yang menyedihkan saudara baru ini pula menumpang di rumah keluarga yang susah juga. Kepada mereka yang ingin membantu saudara baru ini sila hubungi Sdr Sufian 013-3589328 atau Sdr Hassan 019-2171942 atau Pejabat DUN Paroi 06-6794609

Terimakasih, papantanda BN Rembau telah diturunkan

Blog Rembau Hari Ini pernah menyiarkan artikel beberapa papantanda kempen pilihanraya BN di Rembau belum diturunkan. Pemerhatian wakil PAS Rembau pada 18 Julai 2008 telah mendapati semua papantanda BN tersebut telah diturunkan dan diganti dengan papantanda Kempen Kementerian Kesihatan. Terimakasih kepada mereka yang telah bertindak.




Walau bagaimanapun terdapat satu tempat lagi yang pihak kami terlepas pandang, iaitu di simpang masuk ke kawasan Industri Chembong yang masih lagi terpampang kempen pilihanraya BN. Harap dapat digantikan dengan Kempen Kebersihan dan sebagainya.



Pihak PAS Rembau juga mendapati Papan Iklan Utama Majlis Daerah Rembau di simpang empat ke Pekan Rembau juga digunakan oleh pihak tertentu tanpa cop kelulusan Majlis Daerah dan tarikh luput iklan. Bukankah ini akan merugikan kutipan hasil permit iklan Majlis Daerah Rembau ?


Rabu, 9 Julai 2008

Ceramah Anwar Ibrahim 10 Jul pindah ke Kg Ismail

CERAMAH PERDANA
Bersama
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Saifuddin Nasution
YB Sivarasa Rasiah (Peguam DSAI)
cheGuBard
YB Taufek Abd Ghani (ADUN PAS PAROI)
YB Antony Loke (MP DAP Rasah)

Hari : Khamis 10 Julai 2008
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Muhibah , Kg. Ismail , Ampangan, Seremban

Peta ke Dataran Muhibbah link berikut http://pasns.blogspot.com/2008/07/dataran-muhibbah.html

Maklumat lanjut http://chegubard.blogspot.com

Ahad, 6 Julai 2008

Ceramah Dato Seri Anwar 10 Julai Seremban

CERAMAH PERDANA
Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Khamis 10 Julai 2008
Jam 9 malam
Di Taman Jasmin , Senawang, N.Sembilan
Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut di http://chegubard.blogspot.com
Peta ke Tmn Jasmin di http://maps.google.com/maps?ie=UTF8&hl=en&ll=2.692247,101.994689&spn=0.010503,0.018711&z=16

Jumaat, 4 Julai 2008

PROTES 6 Jul Pindah ke Stadium Kelana Jaya

Perhimpunan aman Protes Sejuta Rakyat Ahad 6 Jul ditukar ke Stadium Kelana Jaya. Rujuk http://www.geramm.org