Selasa, 27 Mei 2008
Dapatkan Buletin Rakyat PURNAMA N9
Dapatkan keluaran sulung Buletin Rakyat PURNAMA N9. Menyingkap pelbagai kisah menarik, sidang Dewan Undangan Negeri, sensasi, sedih, suka , duka, politik, isu semasa sekitar Negeri Sembilan. Percuma !. Siapa cepat dia dapat di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi , No 22, Jalan Bunga Raya 27 , Taman Tasik Jaya , 70400 Seremban , Negeri Sembilan Darul Khusus , Tel : 06-6794609 , E-mel mdtaufek@yahoo.com , Blog http://mohdtaufek.blogspot.com/ 

Sabtu, 24 Mei 2008
Majlis Jamuan Teh DUN Paroi 7 Jun
Majlis Jamuan Teh Dana DUN Paroi
Hari : Sabtu 7 Jun 2008
Masa : 5 petang
Tempat : Dewan D’ Ark , Taman Sri Kasih , Jalan Senawang-Paroi ( berhampiran Komplek Kastam )
Kupon : RM 10
Bersama :
YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani – ADUN Paroi
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Mohd Nasir bin Mustafa – ADUN Kubang Rotan , Kedah
Cik Kumutha a/p Raman – Kelab Penyokong PAS (bekas calon PRU 12 DUN Johor)
Peta ke Dewan D’Ark. Klik pada peta berikut

Khamis, 22 Mei 2008
Nazree Rembau ganti Ezam yang masuk UMNO
Berikut ialah laman Blog Bakal Pengerusi GERAK ( Gerakan Rakyat Anti Korupsi http://info.gerakmalaysia.org ) yang baru Mohd Nazree Mohd Yunus http://minda-pemuda.blogspot.com , merupakan anak jati Rembau dari DUN Paroi yang menggantikan Ezam Mohd Nor yang dikatakan akan masuk semula UMNO bermula 1 Jun 2008.
Penduduk Felda Sendayan tertipu lagi ?
Nasib bekas peneroka Felda Sendayan di DUN Rantau , Negeri Sembilan indah khabar dari rupa. Mereka ini golongan Melayu yang tertipu. Siapa yang menipu golongan Melayu ini ? Baca cerita selanjutnya di Blog ADUN Sikamat YB_Aminuddin
Rabu, 21 Mei 2008
Program DIBI Membantu Golongan Wanita
Program DIBI (Dari Ibu tunggal Buat Ibu bekerja) adalah merupakan satu program yang dirangka khusus untuk golongan wanita di Parlimen Rembau amnya dan di DUN Paroi khususnya. Program ini bertujuan untuk membantu ibu tunggal yang memerlukan sumber pendapatan serta membantu ibu yang bekerja untuk meringankan tugas menguruskan rumahtangga.
Dengan bayaran perkhidmatan RM10 satu jam untuk membantu melakukan kerja-kerja rumah seperti membasuh, melipat dan menggosok pakaian serta mengemas rumah pada hujung minggu.
Para ibu bekerja yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah hujung minggu yang terdiri di kalangan ibu tunggal ini bolehlah menghubungi :
Pn Norwani 013-3851202
Pn Zarina 013-3098779
Program DIBI dijangka dapat membantu ibu tunggal yang dianggarkan melebihi 100 orang di sekitar DUN Paroi.
Maklumat lanjut di Nurmutiara

Selasa, 20 Mei 2008
Pertandingan TOKOH IBU 2008 Peringkat DUN Paroi
Sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat DUN Paroi di Dataran Senawang pada Sabtu 31 Mei 2008 in i, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan , Taman Tasik Jaya , Senawang akan menganjurkan Pertandingan “TOKOH IBU 2008”.
Terdapat 10 kategori yang akan dipertandingkan. Antara kategori tersebut ialah :
1. Ibu Anggun
2. Ibu Bestari
3. Ibu Cemerlang
4. Ibu Ekonomi
5. Ibu Kreatif
6. Ibu Mithali
7. Ibu Prihatin
8. Ibu Penyayang
9. Ibu Sejati
10. Ibu Tabah
Pertandingan “TOKOH IBU 2008” ini adalah terbuka kepada semua wanita dari pelbagai lapisan bangsa. Pihak urusetia mengharapkan agar pertandingan ini mendapat sambutan dan penyertaan daripada kaum wanita yang berada di DUN Paroi khususnya. Semoga dengan pertandingan ini akan memberi suntikan semangat kepada semua ibu untuk meneruskan usaha mendidik anak-anak dan keluarga serta menjadi ibu yang cemerlang.
Borang pencalonan untuk pertandingan boleh didapati daripada Pengerusi Pn Norlia 012-6960930, Naib Pengerusi Pn Norwani 013-3851202 (halwan9@yahoo.com ) atau Setiausaha Pn Nurciana 017-3629686 serta hendaklah diisi dan diserahkan kepada pihak urusetia sebelum 27 Mei 2008.

Ahad, 18 Mei 2008
Jumaat, 16 Mei 2008
Blogger UMNO N.Sembilan
Semakin ramai ahli UMNO di N.Sembilan ini yang berBlog. Satu cabaran untuk Pakatan Rakyat N.Sembilan.
http://www.rembau.net.my
http://antikhairy.blogspot.com
http://azmanmdsah.blogspot.com
http://parrembau.blogspot.com
http://www.prokhairy.com
http://umnoparoijaya.blogspot.com
http://my-fikirr.blogspot.com
http://www.rembau.net.my
http://antikhairy.blogspot.com
http://azmanmdsah.blogspot.com
http://parrembau.blogspot.com
http://www.prokhairy.com
http://umnoparoijaya.blogspot.com
http://my-fikirr.blogspot.com
Ceramah Perdana 7 Jun Seremban Selatan
Penceramah :
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Taufek Abd Ghani – ADUN Paroi
YB Mohd Nasir bin Mustafa – ADUN Kubang Rotan , Kedah
Cik Kumutha a/p Raman – Kelab Penyokong PAS Johor
Sabtu 7 Jun 2008 – Jam 9 malam
Di PASTI Al Hasanah , Bandar Seremban Selatan
Anjuran MTD Paroi dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau

Kesian pekerja kilang di Parlimen Rembau diberhentikan kerja
Sebuah kilang di parlimen Rembau dengan pekerja seramai hampir 40 orang tidak menerima apa-apa notis pemberhentian sehingga hari ini. Mereka seolah olah digantung tidak bertali mereka juga tidak menerima gaji terakhir apatah lagi ganjaran pemberhentian. Kisah lanjut di Blog ADUN Sikamat
Rabu, 14 Mei 2008
Perasmian Pusat Khidmat DUN Paroi 26 Mei
Perasmian Pusat Khidmat DUN Paroi dan Ceramah Umum
Isnin 26 Mei 2008
Jam 9 malam
Di Pusat Khidmat DUN Paroi , Taman Tasik Jaya , Senawang
Bersama :
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Salehuddin Ayub – Ketua Pemuda PAS Pusat
YB Hj Mohd Taufek Abd Ghani – ADUN Paroi
Sdr Badrul Hisham Shaharin – Ahli MT PKR
Semua Dijemput Hadir

Selasa, 13 Mei 2008
Jambori Unit Amal N.Sembilan 17-18 Mei
Jambori Tahunan Unit Amal Negeri Sembilan 2008
17-18 Mei 2008 (Sabtu 10 pg –Ahad 6 ptg)
Di Hutan Rembau
Yuran : Unit Amal Kawasan RM 100 , Dewasa RM 10 , Kanak-kanak RM 5
Khemah sendiri
Pendaftaran hubungi 012-3656491 , Nazri Esa 012-6775537 , Nazri Zainal 019-9103431

Isnin, 12 Mei 2008
Paroi Care dalam media
Harian Metro Ahad 11 Mei 2008
Derita tiga beradik
Oleh MUHD IZAWAN BAHARIN
izawan@hmetro.com.my
JEMPOL: Akibat menghidap penyakit saraf, dua beradik berusia hampir 30 tahun seolah-olah ‘terperangkap’ dalam tubuh kanak-kanak apabila fizikal mereka mengecut dan lumpuh.
Disebabkan penyakit itu juga, kaki dan tangan Mohd Sufian Abu Noh, 27, serta adiknya Nasir, 26, membengkok, selain mengalami masalah penglihatan, tidak boleh bertutur dan perlu memakai lampin sepanjang masa.
Lebih memeritkan, adik bongsu mereka, Norainis, 4, turut menghidap penyakit sama, menyebabkan ibu bapa mereka, Abu Noh Md Isa, 56, dan Hanesah Ahmad, 46, terpaksa bersengkang mata menjaga tiga beradik itu.
Abu Noh berkata, tiga daripada lapan anak dikesan menghidap penyakit itu, menyebabkan mereka lumpuh dan hanya menangis jika mahukan sesuatu.
“Saya memerlukan kira-kira RM300 sebulan bagi membeli lampin untuk mereka bertiga, namun dengan pendapatan tidak menentu sebagai peneroka, saya tidak mampu membawa mendapatkan rawatan di hospital,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Felda Gugusan Raja Alias 4, di sini, semalam.
Abu Noh berkata, dia hanya memperoleh bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM140 sebulan untuk menampung perbelanjaan membeli barang keperluan tiga anaknya.
“Saya menanggung sepenuhnya perbelanjaan keluarga kerana anak keempat saya masih menjalani latihan sebagai tentera laut di Lumut, Perak.
“Disebabkan mahu menjaga abang dan adik, anak saya yang ketiga terpaksa berhenti kerja,” katanya yang masih mempunyai dua anak yang bersekolah.
Abu Noh berkata, keadaan kesihatannya yang kurang baik menyebabkan dia terpaksa merayu bantuan orang ramai untuk meringankan beban ditanggung.
“Saya baru menjalani pembedahan apendiks serta ada masalah jantung, jadi saya tidak boleh bekerja terlalu kuat, namun demi anak, saya sanggup lakukan apa saja,” katanya.
Hanesah pula berkata, dia menganggap apa yang menimpa tiga anaknya sebagai ujian Allah kepada keluarganya.
“Saya tidak pernah membezakan mereka dengan anak lain kerana mereka juga pemberian Tuhan kepada kami.
“Namun sebagai ibu, saya berasa sedih setiap kali melihat penderitaan mereka. Saya berharap ada pihak sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban kami,” katanya.
Semalam, keluarga itu menerima kunjungan sebuah badan kebajikan dikenali sebagai Paroi Care untuk melihat keadaan mereka.
Jurucakapnya, Mohd Nazri Zainuddin, berkata pihaknya akan menubuhkan tabung khas untuk membantu meringankan beban keluarga itu.
“Semalam (kelmarin), Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani, melawat keluarga itu dan bercadang menubuhkan tabung khas,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20080511115957/Article/index_html

Jangan Jadikan PD & NS Pusat Pelancongan Pesta Liar
Kepada semua warga Negeri Sembilan yang prihatin sila buat Repot Polis di e-Aduan PDRM http://www.rmp.gov.my , Aduan ke Portal NS http://www.spans.gov.my atau di balai polis berhampiran atau e-mel kepada agensi berkaitan Majlis Perbandaran Port Dickson http://www.mppd.gov.my e-mel mppdns@mppd.gov.my , YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan , Menteri Besar N.Sembilan , EXCO Agama Islam e-mel mbns@ns.gov.my http://www.ns.gov.my
Merujuk Utusan Malaysia 12 Mei 08 artikel bertajuk “Penduduk bantah pesta liar’, dengan ini saya ingin membuat laporan supaya pihak tuan menyiasat tulisan berkenaan serta melakukan tindakan susulan. Antaranya artikel tersebut mengatakan : parti arak dan berpakaian separuh yang diadakan oleh segolongan remaja , penganjur didakwa mendapat permit tapi telah disalahgunakan , sudah dua kali dianjurkan oleh beberapa resort dan syarikat rokok di Batu 5, Port Dickson, pegawai PBT memaklumkan ia cuma sebuah pesta muzik. Sekiranya dakwaan ini benar, pihak berkuasa seharusnya mendakwa dan membawa pihak penganjur ke muka keadilan. Pihak Berkuasa Tempatan juga harus lebih berhati-hati dan tegas mengeluarkan permit hiburan pada masa akan datang. Jadikan Port Dickson dan Negeri Sembilan Pusat Pelancongan Keluarga bukannya Pusat Pelancongan Pesta Liar
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?sec=Wilayah&i=section/wilayah.asp

Ahad, 11 Mei 2008
Sabtu, 10 Mei 2008
Berita ADUN Paroi dalam Harian Metro
Harian Metro 9 Mei 2008 Edisi Selatan telah menyiarkan berita perkembangan pembedahan membuang ketumbuhan adik Khairul Ikhwan. Marilah kita doakan supaya adik Khairul Ikhwan segera sembuh dan dapat menjalani hidup seperti kanak-kanak lain serta menjadi anak yang soleh dan taat pada ibu bapa. Sila klik pada gambar
Khamis, 8 Mei 2008
Sambutan Hari Ibu Peringkat DUN Paroi
Sabtu 31 Mei 2008
9 pagi – 1tgh
Tempat: Dataran Senawang
Acara menarik :
1) Deklamasi sajak Untuk Mu Ibu
2) Forum - Semurni Kasih Ibu ..Ibuku, Ratu Hatiku
3) Anugerah Ibu Mithali
4) Produk dari Ibu untuk Ibu
5) Cabutan hadiah
Maklumat lanjut hubungi Pn Norwani 013-3851202
http://nurmutiara.blogspot.com

Selasa, 6 Mei 2008
Adik ini perlu bantuan untuk pembedahan
Merujuk pada berita sebelum ini, setakat ini kutipan orang ramai sekitar RM1000, perlukan sekitar RM5000 lagi untuk pembedahan adik Khairul. Pembedahan untuk membuang tumor tersebut akan dijalankan pada 8 Mei 2008.
Berita sebelum ini : -
Dari Blog ADUN_Paroi :
Bantuan untuk pembedahan tumor di kepala adik Khairul Ikhwan bin Kamarulzaman boleh disalurkan terus ke akaun ayahnya Kamarulzaman bin Mohamad , Bank Islam , No Akaun 05012020484086
Dari Blog RHI
Adik Khairul Ikhwan bin Kamarulzaman, 7 tahun dari Senawang, N.Sembilan perlu menjalani pembedahan tumor di kepala dengan anggaran kos RM6000. Ayah bekerja sendiri sebagai pemotong rumput dengan pendapatan sekitar RM650 dan mempunyai 4 orang anak. Adik Khairul dinasihatkan tidak hadir ke sekolah kerana dibimbangi boleh menyebabkan kecederaan. Mereka yang ingin membantu dan menghulurkan sumbangan sila dapatkan maklumat lanjut di Blog ADUN Paroi N.Sembilan di

Ahad, 4 Mei 2008
Jambori Amal N.Sembilan
Jambori Tahunan Unit Amal N.Sembilan 2008
Sabtu 17 Mei ( 9 pagi ) – Ahad 18 Mei ( 6 ptg )
Untuk pendaftaran , maklumat lanjut , sumbangan hubungi Nazri Esa 012-6775537 , Nazri Zainal 019-9103431

Sabtu, 3 Mei 2008
Jumaat, 2 Mei 2008
Pertandingan Menamakan Buletin Rakyat
Beberapa individu dan blogger di Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat ADUN Paroi akan menerbitkan Buletin Rakyat N.Sembilan. Sehubungan dengan itu satu pertandingan memberi nama pada buletin tersebut sedang dibuka. Sila e-melkan pada rembau_hi@yahoo.com . Pemenang akan mendapat hadiah misteri.
Khamis, 1 Mei 2008
Pertemuan antara dua generasi
Dua orang tokoh PAS Kawasan dari dua generasi bertemu di Rembau pada 1 Mei 2008 semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PAS Cawangan Tanjung Sena, Rembau. YB Tn Hj Mohamad Taufek Abd Ghani ADUN Paroi bersama Yg Bhg Brig Jen (B) Dato Zakaria Dahalan bekas calon PAS DUN Chembong pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu. 

Ketua Cawangan PAS Sg Layang, Rembau meninggal dunia
Ketua Cawangan PAS Rumah Rakyat Sg Layang, Rembau Tn Hj Idris Minhat telah meninggal dunia pada hari Rabu 30 April 2008 yang lalu. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Melaka setelah dimasukkan ke wad akibat penyakit kencing manis dan beberapa komplikasi yang lain.
Antara yang hadir semasa solat jenazah dan majlis pengkebumian ialah ADUN Paroi YB Tn Hj Mohd Taufek Abd Ghani, Ustaz Sidek Noor tokoh ulama yang disegani daripada Perak, Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau Sdr Rozmal Malakan, Setiausaha PAS Kawasan Rembau Sdr Mohammad Hassan Tamby serta beberapa pemimpin, ahli serta penduduk sekitar. Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan di tapak perkuburan Kg Batu , Rembau selepas Asar.
Allahyarham adalah merupakan seorang veteran yang banyak berjasa dalam perjuangan PAS bukan sahaja di Rembau malahan di Negeri Sembilan. Pernah memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan PAS N.Sembilan, AJK PAS Kawasan Tampin, AJK Cawangan Astana Raja dan beberapa jawatan lain. Beliau juga terlibat dalam beberapa program di peringkat nasional antaranya terlibat dalam demonstrasi membantah kemasukan pemain kriket Israel ke Malaysia.
Semoga rohnya dicucuri rahmati dan diletakkan bersama roh orang-orang soleh.

Langgan:
Catatan (Atom)