RHI

RHI

Isnin, 31 Mac 2008

YB Khairy menjalani hidup baru

Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin menjalani kehidupan baru. Ramai tertanya-tanya mana YB Rembau. Dia ada, baru-baru ini beliau melawat Sek Keb Kg Sega SINI juga bersolat Jumaat di Masjid Kg Kundur Hulu SINI . Eloklah tu, belajar-belajarlah jadi wakil rakyat yang berjiwa rakyat. Bangunkanlah Rembau ini untuk kebaikan orang Rembau. Jangan digolok gadai tanah Rembau walau seincipun. Masa kempen baru-baru ini, ramai orang kampung tak suka gelagat pengiring-pengiring beliau umpama mengiringi pembesar negara , bak kata orang tua-tua “Lebih kuah dari sudu”

Jangan Boikot Barangan Belanda

Umat Islam di Belanda menyeru kepada pemimpin serta umat Islam seluruh dunia agar tidak memboikot barangan daripada Belanda kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan umat Islam di Belanda. Mereka menyeru kepada semua pemimpin Islam dan umat Islam mengambil pendekatan yang kolektif dan lebih berhemah dalam menangani isu semasa. Berita lanjut di IslamOnline

Sambutan Maulidur Rasul Taman Desa Melor

Tarikh : 6 April 2008 (Ahad)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau An-Nahdhoh, Taman Desa Melor, Senawang
Penceramah : Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman
Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir

Al-Quran Digital – Projek Tabung Kebajikan Warga Paroi

Jualan Al Quran Digital sebahagian daripada Projek Tabung Kebajikan Warga Paroi

Kelebihan :
Al Quran Digital jenama Noor
Sebesar tapak tangan , mudah dibawa ke mana-mana

Spesifikasi - Pelbagai fungsi dihujung jari :
1. Al Quran Digital lengkap 30 juzuk , 114 surah.
2. Terjemahan dalam Bahasa Melayu
3. Boleh semak bacaan betul atau salah dengan bacaan oleh Syed AbdulRahman As Sudais, Imam Besar Masjidil Haram.
4. Tafsir Jalalullain dalam Bahasa Indonesia serta lain-lain tafsir dalam Bahasa Inggeris dan Arab.
5. Doa Khatam Quran oleh 4 Syeikh
6. Hadis dalam Bahasa Arab , Inggeris , Melayu dan Indonesia - Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Muwata, Sunana Abu Daud, Riadus Salihin , Hadis Qudsi dan lain-lain.
7. Asmaul Husna
8.Waktu Solat
9. Penentuan Arah Kiblat
10. Kalender

Jaminan 1 tahun

Untuk pertanyaan dan tempahan hubungi Sdr Roni 012-2268230.
Sila Klik pada Gambar untuk imej lebih jelas

Ahad, 30 Mac 2008

Gambar Sekitar Kenduri Rakyat DUN Paroi

Berikut adalah sebahagian daripada gambar-gambar yang diambil semasa Majlis Kenduri Rakyat DUN Paroi yang telah diadakan pada hari Ahad 30 Mac 2008 di Dataran Senawang. Antara yang hadir ialah ADUN Paroi YB Tn Hj Mohd Taufek Abd Ghani, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Sdr Zulkefly Mohamed Omar, Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Sdr Badrul Hisham Shaharin dan beberapa pimpinan masyarakat setempat, NGO dan orang ramai dari pelbagai lapisan usia, kaum, bangsa, agama dan fahaman politik. Lebih banyak gambar di PASNS


Sabtu, 29 Mac 2008

Dulu Kempen Naik Waja Sekarang Kapcai

Betul atau tidak, ini cakap-cakap budak kampung di Chembong, Rembau. Kata mereka masa sibuk kempen pilihanraya dulu , mereka yang berarak ke hulu ke hilir mengiringi calon bukan main bergaya lagi , naik Waja, naik Storm, naik pacuan 4 roda warna hitam, minyak sentiasa penuh. Sekarang bila habis pilihanraya, calon mereka menang, mereka balik pakai kapcai. Betul atau tidak cerita ini tak tahulah , mungkin ada yang lebih tahu. Juga dengar cerita ada juga yang tidak dapat lagi duit gantung bendera dan sebagainya. Betul atau tidak, pun tak tahu.

Yang penting yang dah sudah, tu sudahlah. Pilihanraya dah habis, kita yang kat kampung ni sama-samalah jaga kampung kita. Marilah kita perkuatkan masyarakat kita dengan beramai-ramai solat jemaah 5 waktu di masjid atau surau kita, sentiasa rajin dengar kuliah agama dan ceramah agama di masjid dan surau. Kerana disitulah kekuatan kita untuk perpaduan.

Gambar Ceramah Dato Husam Musa 28 Mac Seremban

Lihat gambar di PASNS

Tawaran Iklan Buku Cenderamata Sukaneka PASTI 2008

Kepada mereka yang berminat untuk mengiklankan perusahaan, produk,perkhidmatan atau perniagaan dalam Buku Cenderamata Sukaneka PASTI Kawasan Rembau 2008 yang akan dirasmikan oleh ADUN Paroi YB Tn Hj Mohd Taufek bin Abd Ghani pada 6 April 2008 di Taman Tasik Jaya , Seremban sila hubungi Setiausaha Hari Sukaneka Sdr Zainal bin Othman 013-3692019 pada atau sebelum 31 Mac 2008.

Sumbangan untuk ruang iklan sebesar setengah saiz A4 (14cm x 21c) ialah RM100 dan saiz (10.5cm x 15cm) ialah RM50.

Adalah dimaklumkan terdapat 9 PASTI dalam Kawasan Rembau ini iaitu PASTI Al Amal, Al Haazim, Al Hidayah, Al Hikmah, Al Hassanah, Al Mustaqim, Al Zulfaa, Al Amin dan As Sobirin.

Jamuan Makan Tengahari DUN Paroi

Sukacita dimaklumkan tuan/puan semua dijemput hadir ke :

Majlis Jamuan Makan Tengahari DUN Paroi
Ahad 30 Mac 2008
Jam 11 pg - 2 ptg
Di Dataran Senawang
Tetamu khas : YB Tn Hj Mohd Taufek bin Abd Ghani , ADUN Paroi

Terima kasih

Jumaat, 28 Mac 2008

612 Rumah Bandar Utama Tampin 6 tahun tak siap

Tak kasihan ke tengok bekas kakitangan Telekom Malaysia , Basir Ahmad dengan pencen RM800 terpaksa menyewa rumah RM200 sebulan, terpaksa pula membayar ansuran pinjaman bank RM600 sebulan untuk rumah terbengkalai. Manusia mana yang tidak berhati perut yang menganiaya rakyat Negeri Sembilan ini ? Siapa yang akan membela 612 orang di Tampin ini ? Cerita lanjut di Perumahan Terbengkalai NS

Khamis, 27 Mac 2008

Akibat mematuhi kehendak ketua-ketua yang menyesatkan

Terjemahan Al Quran Surah Al Ahzaab Ayat 66-68

66. Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.
67. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.
68. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

Pusat khidmat di 15 DUN yang dikuasai pembangkang di N.Sembilan

Berita lanjut di AMKNS

Tak setuju levi RM 10 pekerja asing di Selangor

Biasanya kita dengar Blogger kritik kerajaan Barisan Nasional, kali ini Blogger kritik Kerajaan PKR, PAS dan DAP di Selangor. Cerita lanjut di AMKNS

Jika sayangkan bangsa Melayu sila buat yang berikut

Nak buat apa ? Tindakan lanjut di AMKNS

Batu Nesan Misteri Di Kubur Patah Dua Apabila Memanjang

Misteri batu nesan kubur di Kampung Gedang, Teraci, Kuala Pilah yang patah dua asal sahaja tumbuh memanjang, memang membingungkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara, Dato’ Dr Adi Taha. Batu nesan kubur kepunyaan Tok Patah itu ialah jenis ‘batu megalit’ berasaskan kajian Dato’ Dr Adi yang juga pakar batu megalit di Malaysia. Insiden batu nesan Tok Patah yang sentiasa tumbuh semula setiap kali ianya patah disedari oleh penduduk-penduduk kampung seolah-olah hidup sekalipun memang tak bernyawa secara fizikal. Dato’ Dr Adi ketika memberikan ceramahnya di Muzium Negeri Sembilan pada 25 Mac 2008, mengakui keanehan ‘batu megalit’ yang dianggap oleh masyarakat Melayu sebagai ‘batu hidup’. Cerita lanjut di Dharmala_NS

Perbilangan Adat Dipakai Apabila Masyarakat Berbalah

Mencari Kebenaran

Kalau patah nak dengar detusnya
Kalau sekah nak dengar leraknya
Kalau tumbang nak dengar derumnya
Kalau hilang dicari
Kalau hanyut dipintasi
Kalau terbenam diselami.

Kemanakan beraja ke mamak
Mamak beraja ke penghulu
Penghulu beraja ke muafakat
Muafakat beraja ke alur patut
Alur patut beraja ke benar
Benar berdiri sendirinya.

Bulat anak buah menjadikan buapak
Bulat buapak menjadikan lembaga
Bulat lembaga menjadikan penghulu
Bulat penghulu menjadikan raja
Ibu adat muafakat!

Dari Blog Dharmal_NS

Rabu, 26 Mac 2008

MB Negeri Sembilan mahu pemilihan UMNO diteruskan

Apakah MB N.Sembilan menyokong gesaan Dato Mukhriz Tun Dr Mahathir ? Berita lanjut di Utusan_Malaysia

Deklarasi Perdana 10 Keprihatinan

Apa dia deklarasi ini ? Klik SINI

Selasa, 25 Mac 2008

Majlis Maulidur Rasul Masjid Taman Marida

YB Hj Mohd Taufek , ADUN Paroi pada 25 Mac 2008 telah bersama dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul saw di Masjid Kariah Senawang , Taman Marida. Berita lanjut di Waghih

“Jumble Sale Amal” untuk Wanita Mac-Apr sekitar Seremban

Dari laman blog http://nurmutiara.blogspot.com/

Dijemput semua wanita untuk hadir mendapatkan barangan yang murah seperti pakaian, majalah dan beg-beg terpakai “Jumble Sale” (Jualan Amal untuk progam bantuan kebajikan). Harga serendah RM2- RM10 sahaja. Mari kunjungi gerai kami pada tarikh berikut :

Ahad 30 Mac 2008 - Dataran Senawang jam 11pagi - 2 ptg
Sabtu 5 April 2008 - Komplek Sukan Paroi pada jam 8.30 pagi – 11 pagi
Ahad 6 April 2008 - Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya pada jam 8.30 pagi – 12 tgh

RM500 cukup untuk adakan majlis perkahwinan

Percaya atau tidak ? Cerita lanjut di AMKNS

Kemudahan perumahan untuk pengantin muda di N.Sembilan ?

Cerita lanjut di AMKNS

Wakil Rakyat Paroi rai Jemaah Tabligh Sri Lanka

Hj Mohd Taufek yang merupakan wakil rakyat DUN Paroi pada 24 Mac 2008 telah berkesempatan meraikan Jemaah Tabligh dari Sri Lanka yang berada di Surau Taman Alamanda. Turut hadir bersama ialah Saudara Rahim yang merupakan Timbalan Pengerusi Surau Taman Alamanda.

Dalam “bayan” (ceramah) yang disampaikan dalam Bahasa Tamil oleh salah seorang jemaah tersebut dan diterjemah pula ke dalam Bahasa Melayu oleh seorang jemaah dari Sri Lanka yang berketurunan Melayu menyatakan bahawa masjid-masjid di Sri Lanka terutamanya di sekitar Colombo dipenuhi jemaah solat lima waktu sepertimana sewaktu solat Jumaat. Penceramah tadi juga mengatakan walaupun penduduk Islam di Sri Lanka hanyalah 10% tetapi mereka menguasai ekonomi di sana.

Justeru itu kekuatan dan perpaduan umat Islam bermula dari masjid. Begitu jugalah orang Melayu di Malaysia ini yang mengikut perlembagaan Malaysia adalah beragama Islam, untuk membina kekuatan dan perpaduan, hendaklah bermula di masjid, dan hendaklah dimulakan dengan solat berjemaah.

Isnin, 24 Mac 2008

Majlis Kesyukuran PAS N.Sembilan 28 Mac

Sambutan Maulidur Rasul dan Majlis Kesyukuran Meraikan Kemenangan PAS serta Ceramah Umum
Jumaat 28 Mac 2008
Bermula jam 8 malam (Jamuan Makan Malam)
Di Markas PAS Cawangan Ampangan , Kg Gedung Lalang Lama, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Penceramah :
YB Dato’ Husam Musa , Naib Presiden PAS
Ustaz Dato’ Abu Bakar Chik , AJK PAS Pusat
Sdr Zulkefly Mohamed Omat , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Semua Dijemput Hadir
Anjuran Lajnah Penerangan BPPNS

Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri, Seremban

Khamis 27 Mac 08, 10.00 pg
Persidangan Pertama(Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang ke-12 di Dewan Undangan Negeri, Seremban.
Dari laman web Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus http://www.ns.gov.my/portal/

Sidang Dewan Undangan Negeri pada penggal ini dijangka akan gamat dengan kehadiran 10 orang ADUN dari DAP , 4 orang dari PKR dan 1 orang dari PAS berdepan dengan 19 orang ADUN dari UMNO , 1 orang dari MCA dan 1 orang dari MIC.

Selamat Bersidang.
Utamakan kepentingan rakyat dan negeri bukan kepentingan peribadi , keluarga atau parti.

Siapa boleh bantu gadis ini di Port Dickson ?

Azlin Abdul Jalil 30 tahun dari Taman Perumahan Dataran Segar , Port Dickson menderita sakit misteri. Ada sesiapa yang sudi membantu ? Kisah lanjut di AMKNS

Daulat Tuanku

Bismillah Hirrahman Nirrahim
Alhamdulillah Hirabilalamin
Wassalatu Wassalamuala Asyarafil Anbiyai Wal Mursalin, Saidina Muhammadin Wa Alihi Wassahbihi Azamain.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, kurniakan taufik, peliharakan dan lindungilah Raja kami, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang dengan kehendak-Mu jua Ya Allah menjadi pemimpin kami supaya Baginda akan dapat memimpin dan memerintah dan menjadikan Negara Malaysia makmur dengan kemajuan ilmu pengetahun, kebaikan, keamanan, kemewahan dan kejayaan.
Rabbana Atinafitdunia Hasanah Wafilakhirati Hasanah Wakina Azabanar
Wassallahuala Saidina Muhammadani Waala Akidmanar. Wasalullahi Ala Saidina Muhammadin Waalaalihi Wasabihi Wassalam Walhamdulillahi Rabbil Alamin.

Sabtu, 22 Mac 2008

Wakil rakyat DUN Paroi turun padang

Sabtu 22 Mac 2008. Dalam kesibukan Sambutan Maulidur Rasul , wakil rakyat DUN Paroi , Hj Mohd Taufek telah menerima tidak kurang daripada 6 undangan dari masjid dan surau sekitar DUN Paroi. Antaranya ialah Surau Taman Teratai. Dalam ucapannya Hj Taufek menyeru kepada para jemaah agar menghayati perjuangan Rasul saw serta mengamalkannya dalam kehidupan bermasyarakat. Turut diadakan ialah sumbangan kepada saudara baru di taman tersebut. Majlis diimarahkan dengan ceramah oleh Ustaz Ali Abdullah Kutty.

AWAS ! Penyamun lagak tukang paip di Senawang

Berita lanjut di Blogger Waghih

Jumaat, 21 Mac 2008

Pertemuan ramah mesra wakil rakyat

Pada 20 Mac 2008 telah diadakan pertemuan ramah mesra wakil rakyat DUN Paroi , Ampangan dan Sikamat di Taman Desa Ixora iaitu Hj Taufek (PAS) , Cikgu Rashid (Ampangan) dan Hj Aminuddin (Sikamat) bersama penduduk setempat sekitar ketiga-tiga DUN tersebut. Pada akhir majlis telah diadakan Majlis Penyampaian Sumbangan untuk pelajar cemerlang SPM 2007

Guru KAFA N.Sembilan naik elaun RM100 ?

Dapatkah MB N.Sembilan mengikut langkah Ketua Menteri Pulau Pinag ? Berita lanjut di PAS_N.Sembilan

Rabu, 19 Mac 2008

Pelajar cemerlang di Kelantan diberi saguhati RM500

Bertuahnya pelajar cemerlang SPM, STAM, STPM di Kelantan , dapat RM500 seorang. Negeri yang didakwa mundur, ramai orang miskin boleh beri RM500.

Negeri Sembilan yang sepatutnya negeri maju, tiada orang mati kebuluran mesti bagi lebih ni. Sekurang-kurangnya RM1000 seorang. Lepas tu kalau pelajar dari Rembau mesti beri lebih lagi, maklumlah Ahli Parlimen Rembau orang baru, mempunyai wawasan untuk memajukan Rembau, berpelajaran tinggi, bijak , mempunyai hubungan rapat dengan PM ditambah lagi Menteri Besar N.Sembilan pun dalam Parlimen Rembau.

Setidak-tidaknya semua anak jati Rembau akan mendapat pendidikan percuma di UITM Chengkau yang akan didirikan nanti.

Berita lanjut Harakahdaily

YSNS usahakan pertanian komersial

Tahniah Yayasan Sofa Negeri Sembilan. Semoga lebih ramai lagi pihak yang akan memajukan Rembau untuk kebaikan semua. Cemerlang Dunia , Cemerlang Akhirat. Berita lanjut di Utusan_Malaysia

Cukai tanah turun 50% di Negeri Sembilan ?

Yo ko ? Tak cayo den do ? Kok yo , elok bona. Baco kek sini ha AMKNS

Selasa, 18 Mac 2008

Tahap kesihatan kaum India di Seremban membimbangkan

Cerita lanjut di Waghih

Undi MB N.Sembilan merosot 2,416 orang

Semasa pilihanraya umum tahun 2004 Dato Seri Mohamad Hassan telah memperolehi 8031 undi , manakala pencabarnya Badrul Hisham Shaharin dari PKR mendapat hanya 1832 undi. Pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu undi MB NS menurun ke 7739 , sementara pencabarnya Pn Aisah Lamsah memperolehi peningkatan undi sebanyak 3956.

Walaupun Kak Aisah mengadu bahawa begitu sukar untuk berkempen di Rantau , hinggakan rumah beliau sendiri dikepung dengan bendera BN , beliau merasa bangga kerana berjaya mengurangkan undi BN di Rantau dengan begitu ketara.

Majoriti yang diperolehi oleh MB NS dikurangkan dari 6199 pada tahun 2004 kepada hanya 3783 pada tahun 2008, iaitu penurunan sebanyak 2,416.

Malah peratusan undi yang diperolehi oleh MB NS juga telah merosot dari 81.42% pada tahun 2004 kepada 66.17% pada tahun 2008.

Apakah strategi mengekang seorang wanita untuk berkempen , menambahkan lagi simpati orang ramai terutamanya pengundi untuk menyokong PKR ?

Tepuk dada , tanya bendera !

Berkempenlah secara professional dan “gentleman” sebelum lebih ramai lagi yang akan bersimpati.

PROWARIS Menuntut Pak Lah Letak Jawatan

Kini Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (PROWARIS) pula menuntut Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga Presiden Umno di dalam masa yang terdekat. Tuntutan penuh di Prowaris

Lompat parti ADUN BN di N.Sembilan ?

Dengan senario politik yang tidak menentu di peringkat pusat, apakah akan ada ADUN BN yang lompat parti di N.Sembilan ? Barisan Rakyat hanya memerlukan 4 kerusi DUN sahaja lagi untuk membentuk kerajaan di Negeri Sembilan. Apakah akan ada ADUN BN dari UMNO, MCA dan MIC di N.Sembilan yang lompat parti ? Kita tunggu dan lihat. Segala kemungkinan dan kebarangkalian serta hipotesis boleh berlaku.

Ceramah Ust Ismail Kamus 22 Mac Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke :

Ceramah Sambutan Maulidur Rasul saw
Hari : Sabtu
Tarikh : 22 Mac 2008
Masa : Selepas Maghrib – 7:45 mlm
Tempat : Surau Lavender Height , Senawang
Penceramah : Ustaz Dato’ Ismail Kamus

Isnin, 17 Mac 2008

Tiada Exco dari Rembau

Dulu ada juga Dato Rais Zainuddin dari Dun Chembong jadi Exco N.Sembilan. Sekarang tiada wakil dari Rembau yang jadi Exco. Berita lanjut Utusan_Malaysia . Jika dulu MB pegang 6 portfolio. Yang terkini belum diketahui.

Rembau Hari Ini juga mengalu-alukan kepada orang ramai khususnya warga Negeri Sembilan untuk mengemukakan soalan yang hendak dibentangkan di dalam Dewan Undangan Negeri apabila bersidang kelak. Pastikan soalan tersebut diolah dengan kemas, beserta dengan nama penuh, alamat , no tel untuk dihubungi. E-melkan soalan pada rembau_hi@yahoo.com . Pihak kami akan cuba mengajukan soalan tersebut untuk di bawa ke dalam Dewan Undangan Negeri melalui ADUN dari PAS , PKR atau DAP.

Antara contoh soalan adalah seperti berikut :
“Apakah perancangan kerajaan negeri untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Jelebu, Jempol, Gemas, Gemencheh dan Kuala Pilah ?”
“Apakah pengangkutan awam di tempat yang dinyatakan di atas akan diberi insentif seperti mana yang dilakukan di bandar Seremban , untuk menggalakkan pengusaha pengangkutan awam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pengguna ,dan apakah bentuk insentif tersebut?”

DAP komen DEB je, tapi Gerakan cadang UMNO dibubar ?

Berita lanjut di AMKNS

Sabtu, 15 Mac 2008

GEMPAR ! 957 kertas undi Parlimen Rembau HILANG !

Fakta ini diambil dari Keputusan Penuh Pilihanraya Umum Ke 12 2008 Utusan Malaysia Isnin 10 Mac 2008 mukasurat 23.

Sepatutnya jumlah kertas undi yang dikeluarkan di peringkat DUN dan Parlimen sepatutnya sama. Di Parlimen Rembau ada 4 DUN, iaitu Paroi, Chembong, Rantau dan Kota. Jumlah kertas undi yang dikeluarkan untuk 4 DUN ini sepatutnya sama dengan jumlah kerusi Parlimen Rembau.

Tetapi apabila dijumlahkan semuanya ini didapati 957 undi di Parlimen Rembau telah hilang. Mana pergi 957 undi di peringkat Parlimen Rembau ini ? Apa alasan SPR akan berikan ?

Berikut perkiraannya :
Parlimen Rembau : Undi BN 26525 + Undi PKR 20779 + Undi Rosak 1066 = 48370
DUN Paroi : Undi BN 8316 + Undi PAS 9423 + Undi Rosak 299 = 18038
DUN Chembong : Undi BN 7017 + Undi PAS 2944 + Undi Rosak 175 = 10136
DUN Rantau : Undi BN 7739 + Undi PKR 3956 + Undi Rosak 371 = 11966
DUN Kota : Undi BN 6278 + Undi PAS 2665 + Undi Rosak 244 = 9187

Jumlah undi 4 DUN : 49327 – Jumlah undi Parlimen 48370 = 957 UNDI HILANG !

FAKTA LAIN :
Calon Parlimen Rembau Badrul Hisham dari PKR mendapat lebih 1791 undi dari jumlah 4 DUN undi yang diperolehi PAS dan PKR

Calon Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin BN mendapat kurang 2825 undi dari jumlah 4 DUN yang diperolehi BN

Ini bermakna 4616 pengundi mengundi BN di peringkat DUN , tetapi mengundi PKR di peringkat Parlimen

Khamis, 13 Mac 2008

Daulat Tuanku

Adun digesa usah tunggu saat akhir. Berita lanjut di AMKNS

Majlis Meraikan Petugas dan Pengundi

Semua dijemput hadir ke :

Kenduri Perdana Rakyat
Sabtu 15 Mac 2008 jam 8 malam
Di depan Pusat Gerakan PRU 12 keADILan Rembau
(belakang Pejabat Daerah Rembau)

Majlis Makan Malam Meraikan Petugas dan Pengundi
Khamis 20 Mac 2008 jam 8 malam
Di Kg Batu , Rembau

Chegubard , wira Negeri Sembilan

Badrul Hisham Shaharin adalah merupakan ikon anak muda Negeri Sembilan dewasa ini. Lebih dikenali dengan nama Chegubard, beliau bertanding menentang Khairy Jamaluddin untuk Parlimen Rembau pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Pertembungan nasional, pertembungan antara semut dan gajah.

Sikap beliau begitu bersungguh-sungguh dan komited, berani, ada kalanya menggunakan perkataan yang kasar dan melampau bukan sahaja terhadap lawan dan kakitangan agensi kerajaan tetapi terhadap rakan seperjuangan. Maklumlah anak muda, darah muda masih menggelegak dalam badan.

Walaupun penyokong-penyokong Barisan Rakyat bukan sahaja di Rembau bahkan seluruh dunia rasa terkilan Chegubard tidak dapat menewaskan Khairy Jamaluddin, tetapi hakikat sebenarnya Chegubard adalah merupakan wira Negeri Sembilan dan mungkin wira Malaysia.

Kemunculan Chegubard di parlimen Rembau, khususnya dengan kempen yang tidak henti-henti di DUN Kota dan DUN Chembong mengakibatkan segala jentera BN terpaksa menumpukan perhatian di DUN Kota dan DUN Chembong. Justeru itu kita kurang melihat Khairy dan Dato Seri Mohamad Hassan berkempen di luar Rembau apatah lagi di luar Negeri Sembilan.

Akibat dari itu tanpa diduga Parlimen Telok Kemang, DUN Ampangan dan DUN Sikamat yang tidak pernah diletak harapan tinggi untuk PKR memenanginya, PKR telah menang di kawasan tersebut. Parlimen Telok Kemang mempunyai pengundi pos yang agak tinggi, kerana di sini terdapat beberapa batalion ketumbukan angkatan tentera. Dato Kamarul Baharin Abbas yang merupakan anak jati Rembau , juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan PKR N.Sembilan telah berjaya memenangi kerusi parlimen Telok Kemang, dengan “swing” majoriti yang begitu besar.

Kepada Chegubard, kepada penyokong-penyokong Chegubard, jangan kecewa, sedarlah Chegubard secara tidak langsung telah memenangkan Barisan Rakyat di Negeri Sembilan ini, mungkin di seluruh Malaysia, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Salam Perjuangan.

HARTA BANYAK UNTUK APA ?

Untuk apa aku mengejar kekayaan ?
Untuk apa aku bermewah-mewah ?
Rumah besar umpama mahligai
Kereta canggih meluncur di jalanraya
Untuk apa ?
Ya , memang aku mampu
Tapi untuk apa ?
Bila aku mati
Aku dimasukkan ke dalam liang lahad
Seluruh dunia menyaksikannya
Aku masuk kubur hanya berkain putih
Mana pergi harta ku ?
Mana pergi mahligai ku ?
Mana pergi isteri ku ?
Mana pergi anak-anak ku ?
Apakah mereka akan membelanjakan harta-harta ku untuk kebajikan ?
Supaya dengan itu aku berterusan dapat pahala dalam kubur
Apakah anak-anak ku yang hidup senang sentiasa mendoakan aku ?
Supaya tenang hati ini berada dalam kubur
Harta banyak untuk apa ?
Ada kuasa untuk apa ?

Rabu, 12 Mac 2008

Kenyataan Penasihat Gerakan Kurang Bijak

Ulasan lanjut di UMNO_Taman_Paroi_Jaya

Renungan untuk penyokong PAS & PKR di negeri selatan

Sebelum kita menyalahkan orang lain, cerminlah diri kita sendiri. Apakah kelemahan yang ada pada PAS dan PKR di negeri-negeri selatan tanahair yang menyebabkan pencapaian PAS dan PKR di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor tidak begitu memberangsangkan dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Ulasan lanjut di AMKNS

Pembangkang sapu bersih bandar-bandar di N.Sembilan

Ulasan lanjut di AMKNS

Selasa, 11 Mac 2008

Taufek janji akan potong 50 peratus gaji Adun untuk penduduk Paroi

Adun Paroi (Negeri Sembilan) yang baru, Mohd Taufek Abdul Ghani yang mewakili PAS dalam Dun Negeri Sembilan berjanjia akan memotong sejumlah 50 peratus gaji yang diterimanya sebagai Adun untuk kebajikan rakyat Paroi.

Menurut Mohd Taufek, wang itu akan dipotong setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam Tabung Rakyat Paroi semata-mata untuk melihat rakyat dalam Dun Paroi yang susah menerima bantuan.

Namun beliau juga akur dengan keadaan bahawa beliau satu-satunya wakil PAS di Negeri Sembilan, dan menghadapi kesulitan bergerak kerana bantuan mungkin tidak akan dapat diperolehi daripada kerajaan BN yang memerintah.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Biokimia dari UKM ini berhasrat membuka Pusat Khidmat Rakyat selain menginfakkan 50 peratus dari gaji yang bakal diterimanya selaku Wakil Rakyat Paroi ke dalam Tabung Rakyat Paroi.

"Saya tahu agak sukar menjadi pembangkang ini dengan bantuan sudah pasti tiada dari kerajaan BN, namun saya yakin dengan kerjasama parti, rakan-rakan, petugas PAS, nasib rakyat Paroi akan diutamakan, justeru itu saya akan infakkan pendapatan saya sebagai Adun sebanyak 50 peratus untuk tabung yang ditubuhkan," katanya ikhlas.

Berita lanjut di Harakahdaily

Kesombongan Umno mesti dihentikan

Berita lanjut di AMKNS

Mohd Taufek cipta sinar dan sejarah PAS di Dun Negeri Sembilan

Kejayaan anak Rembau bersama Barisan Rakyat yang dikepalai Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Tafek Abdul Ghani amat manis sekali apabila PAS buat pertama kalinya dalam sejarah selepas berpuluh-puluh tahun mengintai ruang menghantar wakil sulong ke Dun Negeri Sembilan tercapai. Berita lanjut di PASNS

Terkejut Khairy, Pembangkang Negeri Sembilan berjaya nafi majoriti dua pertiga BN

Pembangkang yang terdiri daripada PAS, DAP dan KeADILan di Negeri Sembilan berjaya dalam misi menafikan majoriti dua pertiga Umno/BN di sana untuk memastikan kedudukan pembangkang antara yang terbaik dalam sejarah di Negeri Sembilan. Berita lanjut di PASNS

Isnin, 10 Mac 2008

Kejayaan anak Rembau bersama Barisan Rakyat

Berikut ialah Anak Jati Rembau yang telah memenangi kerusi Parlimen atau DUN di seluruh Malaysia. Kepada mereka yang mengetahui mana-mana Anak Jati Rembau yang memperolehi kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke 12 sila maklumkan kepada kami.

N25 Paroi , N.Sembilan - Mohamad Taufek Abd. Ghani (PAS) , asal Kg Batu , Rembau

P132 Telok Kemang , N.Sembilan - Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR) , asal Kg Gadong , Rembau

P96 Kuala Selangor - Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS) , asal Kg Chengkau , Rembau

N20 Lembah Jaya , Selangor - Khasim Abdul Aziz (PAS) , asal Kg Batu , Rembau

Justeru itu kami menyeru kepada Anak-Anak Jati Rembau di Negeri Sembilan atau di perantauan agar dapat memberi sokongan untuk mempastikan kejayaan Barisan Rakyat di Negeri Sembilan khususnya di Rembau ini untuk membela nasib rakyat.

BANGGA BERSAMA BARISAN RAKYAT - PROUD TO BE WITH BARISAN RAKYAT
BANGGA SEBAGAI ORANG REMBAU - PROUD TO BE THE PEOPLE OF REMBAU

BN N.Sembilan telah diberi peringatan

BN N.Sembilan lebih setahun lalu telah diberi peringatan bahawa DAP akan menang banyak kerusi DUN dan Parlimen di Negeri Sembilan ini. Berikut artikel dari Blog AMKNS .
Dalam artikel tersebut disebut orang Melayu akan menjadi penentu kemenangan DAP di Negeri Sembilan ini.

Tapi UMNO dan BN di Negeri Sembilan tidak mengendahkan peringatan ini.

Memang ada gerakan senyap supaya orang Melayu mengundi DAP di Negeri Sembilan ini. Malah beberapa tokoh Melayu telah memberi laluan kepada orang Melayu untuk mengundi DAP.

Petikan The Star 10 March 2008

Some party insiders said the dropping of senior party members and retaining of others had caused a rift within the party but others blamed the national winds of change that were blowing. (Sumber dalam parti (Umno) berkata pengguguran ahli parti veteran dan mengekalkan yang lain telah menyebabkan krisis dalaman parti tapi yang lain berkata gelombang perubahan nasional yang menyebabkan kekalahan)

However, State DAP chairman Anthony Loke Siew Fook was quick to admit that the DAP did not win the seats solely due to the swing in Chinese votes but had the support of the Malays especially in the Seremban parliamentary seat. (Bagaimanapun, Pengerusi DAP Negeri Anthony Loke Siew Fook mengakui DAP tidak memenangi semua kerusi hanya dengan undi orang Cina, akan tetapi sokongan dari orang Melayu, terutamanya untuk Parlimen Seremban)

Terimakasih semua

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera,

Kami ingin mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ahli, petugas, penyokong, pengundi, juga kepada semua agensi kerajaan yang terlibat terutamanya SPR dan PDRM yang telah menjayakan Pilihanraya Umum ke 12 di peringkat kawasan Parlimen Rembau, Dun Paroi, Dun Chembong, Dun Rantau dan Dun Kota. Tahniah kepada semua mereka yang telah memenangi kerusi Parlimen dan Dun. Khairy (BN) untuk Parlimen Rembau, Taufek (PAS) untuk Dun Paroi, Dato’ Seri Mohammad Hassan (BN) untuk Dun Rantau, Zaiful Bahri (BN) untuk Dun Chembong dan Dato Dr Awaluddin Said (BN) untuk Dun Kota.

Sama-samalah kita berganding bahu untuk mempastikan Rembau lebih maju, bukan sahaja dari sudut material , yang paling utama dari sudut spiritual. Spiritual yang mantap akan mengukuhkan pembangunan material.

Kepada mereka yang tewas, jangan kecewa. Kaji kelemahan sendiri sebelum mencari kesalahan orang lain. Walaupun PKR dan PAS tewas di Parlimen Rembau, Dun Chembong, Dun Rantau dan Dun Kota , pada keseluruhannya undi yang diperolehi meningkat dengan begitu banyaknya dan berjaya mengurangkan majoriti.

Dengan itu Blog Rembau Hari ini akan dimantapkan lagi untuk kebaikan masyarakat di parlimen Rembau serta empat Dun didalamnya. Sebarang cadangan, komen dan kritikan bolehlah e-melkan ke rembau_hi@yahoo.com

MASA UNTUK BEKERJA

Jumaat, 7 Mac 2008

Kuil Hindu dirobohkan di Rantau ?

Kisah terbaru dari Rantau , Negeri Sembilan tempat Dato Seri Mohamad Hassan ingin mempertahankan kerusi DUN Rantau. Sebuah kuil Hindu telah dirobohkan di Ladang Linsum , Rantau. Apakah berita ini benar atau khabar angin ? Berita lanjut di Euphoria

Jom berkenalan dengan Khairy Jamaluddin

Bak kata orang putih “Better late than never – Lebih baik lewat daripada tak ada”. Tahniah kepada Khairy , pada hari-hari akhir kempen baru dipromosi laman webnya.
Nama : Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Tarikh Lahir : 10 Januari 1976
Isteri : Nori Abdullah, (Berkahwin pada 3 Oktober 2001)
Anak : Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar
Keluarga : Dato’ Rahmah Abdul Hamid (ibu) , Mona Jamaluddin (kakak) , Hana Jamaluddin (kakak) , Diamond Ibrahim Ogbeide (abang ipar)
Maklumat lanjut di RembauNet dan TheStar

Rakyat Rembau Ayuh Bangkit

Rakyat Rembau yang berada di Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia dan di merata dunia ayuh bangkit pertahankan hak rakyat Rembau. Berita lanjut di Blog Cikgu_Badrul . Kami menyeru kepada semua penyokong PAS dan PKR supaya datang beramai-ramai dan memberi semangat kepada para pengundi-pengundi di semua tempat pembuangan undi di parlimen Rembau.

Ya ALLAH , berilah kemenangan kepada Mohd Taufek bin Abdul Ghani , Zakaria bin Dahlan , Azhar bin Ibrahim , Aisah binti Lamsah dan Badrul Hisham bin Shaharin dalam Pilihanraya Umum ke 12 ini. Amin.

Khamis, 6 Mac 2008

Sepanduk Gambar Anwar Dibakar Di Rembau

Lanjutan dari berita Papan Iklan Kempen Pilihanraya PKR Parlimen Rembau yang dibakar di Taman Rasa Sayang berhadapan dengan pasaraya Giant Senawang pada 6 Mac 2008, pihak kami telah mendapat maklumat bahawa Papan Iklan tersebut ialah sepanduk kempen pilihanraya calon PKR Parlimen Rembau Badrul Hisham Shaharin yang memaparkan gambar Dato Seri Anwar Ibrahim. Hampir seluruh gambar Dato Seri Anwar Ibrahim yang terdapat pada papan iklan tersebut telah dibakar. Laporan polis telah pun dibuat di Balai Polis Bandar Baru Senawang serta pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban telah turun ke tempat kejadian untuk menyiasat. Justeru itu kami menyeru kepada semua pihak terutamanya penyokong PKR dan PAS agar bertenang dan sentiasa mematuhi peraturan berkempen. Banyakkan berdoa dan bermunajjat kepada Allah swt agar keamanan dan keharmonian di parlimen Rembau ini akan berkekalan dan mendapat keredhaan dan rahmat Allah swt.

Papan Iklan Kempen PKR Rembau terbakar

Pihak kami dimaklumkan sebuah papan iklan kempen PKR di Parlimen Rembau telah terdapat kesan kebakaran. Hampir separuh dari papan iklan tersebut telah didapati ada kesan kebakaran. Justeru itu diharapkan semua pihak agar dapat bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi atau tuduhan. Sentiasa patuhi peraturan pilihanraya serta undang-undang. Satu laporan polis akan dibuat oleh pihak PKR dalam masa terdekat.

Papan iklan kempen PKR tersebut terletak di simpang jalan masuk ke Taman Rasa Sayang berhadapan dengan Pasaraya Giant Senawang.

Anwar saman Khairy, Chandra RM110 juta

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADIlan), Dato' Seri Anwar Ibrahim semalam telah mengarahkan peguamnya supaya memfailkan saman fitnah terhadap Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Just, Chandra Muzaffar berikutan fitnah yang dilempar terhadap Anwar. Berita lanjut di Harakahdaily

Ceramah DSAI & Debat Rakyat 6 Mac Rembau

CERAMAH PERDANA
Dato Seri Anwar Ibrahim & Badrul Hisham Shaharin (Calon Parlimen Rembau PKR)
Khamis 6 Mac 2008 – Jam 4:45 petang
Di Taman Seri Rembau (sebelah Pejabat Daerah Rembau)

DEBAT RAKYAT
Khamis 6 Mac 2008 – Jam 8 malam
Di Taman Seri Rembau (sebelah Pejabat Daerah Rembau)
Bersama :
Badrul Hisham Shaharin (Calon Parlimen Rembau PKR)
Khairy Jamaluddin (Calon Parlimen Rembau BN)

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Rabu, 5 Mac 2008

Majlis Solat Hajat

Program Solat Hajat DUN Kota
Jumaat 7 Februari 2008
Bermula Solat Maghrib Berjemaah
Di Bilik Gerakan PAS DUN Kota (Pasti Al Amin)
Kg Pulau , Chengkau

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

WAMAKARU WAMAKARALLAH , WALLAHU KHAIRUL MAAKIRIN

Aku Yang Berhormat

Menarik sekali filem Aku Yang Berhormat. Hayati betul-betul ceritanya di SINI . Sebelum kita pangkah kertas undi pada 8 Mac 2008 nanti, ikhlaskan niat kita kerana Allah swt. Gambarkan di fikiran kita wajah ibu bapa, isteri , anak-anak dan cucu kita serta generasi yang akan datang. Renung puas-puas wajah orang kesayangan kita. Undi kita yang akan menentukan nasib mereka.

Kanak-kanak jantung berlubang perlu bantuan di Rembau

Rupa-rupanya ramai orang susah di Rembau ni. Ikuti kisah sedih keluarga miskin yang mempunyai anak yang menghidap penyakit jantung berlubang dan “down sydrome” di Blog Waghih . Dah baca ni bolehlah calon-calon yang bertanding di DUN Paroi dan Parlimen Rembau ini melawat keluarga miskin tersebut, iaitu Badrul Hisham Shaharin calon PKR Parlimen Rembau, Mohd Taufek bin Abdul Ghani calon PAS DUN Paroi , Khairy Jamaluddin Abu Bakar calon BN Parlimen Rembau dan Dato Zaharuddin Sharif calon BN DUN Paroi.

Selasa, 4 Mac 2008

Beberapa aktiviti calon PKR dan PAS di Rembau

Badrul Hisham calon PKR Parlimen Rembau menghadiri majlis kenduri kahwin di Chembong















Mohd Taufek calon PAS DUN Paroi berjumpa pengunjung kedai di Senawang Business Centre Taman Tasik Jaya














Badrul Hisham dan Mohd Taufek menziarahi keluarga remaja yang meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya di Flat Kg Paroi















Ramah mesra petugas PAS dengan pengundi Cina di Kg Paroi

Apakah dia Tawaran PAS N.Sembilan ?

Sila klik sini TawaranPASN9

BN Kelantan ada manifesto, BN N.Sembilan camno ?

Bertuah sungguh rakyat Kelantan. Melopong lagilah rakyat Negeri Sembilan, khususnya di Rembau ini. Dapatkah BN N.Sembilan menawarkan manifesto yang serupa seperti BN Kelantan atau lebih hebat? ( Mungkin Rembau akan dapat landasan kapalterbang kecil, itu pun ambil tanah kampong yang mungkin tanah adat ) Atau BN N.Sembilan merasakan tidak perlu manifesto khusus untuk N.Sembilan kerana mereka beranggapan majoriti rakyat N.Sembilan akan mengundi BN Dulu, Kini dan Selamanya.

Berikut antara kandungan manifesto BN Kelantan :

1. Menurunkan cukai pintu dan lain-lain di bandar Kota Bharu sehingga 50 peratus
2. Kemudahan teknologi maklumat yang lengkap termasuk kemudahan jalur lebar tanpa wayar akan disediakan di seluruh Kelantan
3. Setiap anak Kelantan di institusi pengajian tinggi awam yang membuat tesis atau penyelidikan di negeri ini akan menerima sagu hati penyelidikan sebanyak RM1,000 hingga RM2,000.
4. Bayaran tempat letak kereta akan diturunkan sebanyak 50 peratus
5. Memansuhkan tunggakan cukai bandar dan cukai tanah selain membentuk cukai yang kreatif serta tidak membebankan
6. Pembinaan grand bazar untuk peniaga kecil dan usahawan
7. Membina sebuah kompleks masjid negeri yang moden dan lengkap
8. Memperelokkan masjid di seluruh negeri
9. Membangunkan kompleks sukan bertaraf antarabangsa
10. Program perumahan rakyat berskala besar
11. Lebuh raya Kota Bharu-Gua Musang
12. Warga emas berumur 80 tahun ke atas akan diberikan honorarium tahunan bagi meringankan bebanan hidup mereka
13. Bagi peniaga kecil, penjaja dan peraih, cukai bakul akan dihapuskan.
14. Pembesaran lapangan terbang.
15. Menghentikan cukai lapuk dan tidak produktif
16. Masyarakat bukan Melayu, keperluan mereka dari segi pelajaran, agama, bahasa dan sosioekonomi akan diberikan lonjakan baru
17. Badan khas juga akan diwujudkan untuk melatih dan mendedahkan wanita terutamanya ibu tunggal kepada peluang perniagaan baru dan cara hidup berdikari.
18. Ibu tunggal yang menganggur dan anak yang bersekolah pula akan diberikan bantuan sewajarnya.
19. Memberi hak milik tanah dan perumahan kepada rakyat di bawah program Ladang Rakyat
20. Memperbaiki skim perlindungan Takaful Kifalah bagi membolehkan warga emas mendapat manfaat lebih sekali ganda berbanding sedia ada.

Sumber : UtusanMalaysia

Jangan amalkan budaya ganas di Rembau

Sejak bertahun-tahun lamanya kempen pilihanraya di Rembau ini berjalan dalam suasana yang aman dan harmoni. Walaupun berlainan parti PAS, PKR dan UMNO, tetapi kita hidup sekampung. Tidak pernah diamalkan sebelum ini budaya ganas semasa kempen pilihanraya di Rembau ini. Oleh itu kepada mana-mana pihak yang mengamalkan budaya ganas ini, dinasihatkan agar hentikan saja. Kerana ini akan “backfire” kepada sesiapa yang mengamalkannnya. Orang-orang kampung di Rembau ini dah mula bersimpati kepada mereka yang dianiaya, kerana mereka yang dianiaya ini adalah orang kampung mereka sendiri. Sementara mereka yang mengamalkan budaya ganas ini , ialah orang luar Rembau.

Kalau nak menang di Rembau ini, amalkanlah sikap berbudi bahasa, hormat menghormati, penyayang dan sabar.

Kepada wakil-wakil calon setiap parti sampai-sampaikanlah mesej ini kepada calon anda. Begitu juga kepada wakil pihak polis dan SPR yang membaca mesej ini , betindaklah secara professional.

Hidup di dunia hanya sementara , hidup di akhirat kekal selama-lamanya

Isnin, 3 Mac 2008

Nak gantung bendera minta izin tuan rumah dulu

Peristiwa ini berlaku minggu lepas di sebuah daerah di Negeri Sembilan. Menurut cerita seorang guru tasauf di Negeri Sembilan ini , telah dipasang bendera sebuah parti politik yang bertanding di keliling pagar rumahnya tanpa pengetahuan beliau. Hanya apabila keesokan paginya barulah guru tasauf tadi sedar , sekeliling pagar rumahnya telah dipasang dengan bendera parti politik. Kemudian disebarkan berita pula bahawa guru tasauf tadi menyokong parti tersebut.

Ahli keluarga guru tasauf tadi berkata adakah perlu ditanggalkan bendera tadi kerana tidak mendapat izin beliau, yang merupakan seorang guru tasauf. Guru tasauf tadi yang begitu merendah diri, yang hampir dengan Allah, yang doanya kepada Allah tanpa hijab hanya berkata “Biarkan”.

Guru tasauf tadi tidak perlu mengadu kepada SPR, tidak perlu mengadu pada pihak polis atas tindakan yang dilakukan oleh penyokong parti politik berkenaan. Beliau hanya mengadu kepada Allah.

Kepada mereka yang memasang bendera tersebut, segeralah jumpa guru tasauf berkenaan dan memohon maaf. Di daerah mana kejadian ini berlaku, siapa guru tasauf tersebut, parti politik mana yang terlibat, carilah sendiri. Siapa yang termakan cili dialah yang terasa pedasnya.

Ingat ! Bumi Malaysia , bumi Negeri Sembilan adalah bumi milik Allah swt , bukan milik kita semua.

Sabtu, 1 Mac 2008

Majlis Makan Malam bersama Puteri DSAI

Jamuan Makan Malam
Isnin 3 Mac 2008
Jam 8 malam

Di Kg Astana Raja, Kota, N.Sembilan (Rumah Pn Maznah)
Semua Dijemput Hadir

Tetamu undangan :
Nurul Huda (anak Dato Seri Anwar Ibrahim)
Badrul Hisham bin Shaharin – Calon PKR Parlimen Rembau
Azhar bin Ibrahim – Calon PAS DUN Kota


Maklumat lanjut hubungi Azizi 012-3696474

Marah ?

Sekarang ni musim marah-marah sebab “tension”. Orang PAS marah sesama orang PAS. Orang UMNO marah sesama orang UMNO. Orang PKR marah sesama orang PKR. Orang PAS marah orang SPR. Orang UMNO juga marah orang SPR. Hari ni saja 2-3 kali orang PAS, UMNO, PKR turun naik SPR dan Balai Polis untuk urusan undi pos. Akhirnya orang PAS dan UMNO sesama marah pada orang SPR. Jangan marah ya orang SPR.

Sabar sajalah. Ikutlah pesan Nabi saw, banyakkan bersabar. Kalau nak marah tu, tanya pada diri kita sendiri , adakah kita marah kerana benci, marah kerana letih, marah kerana lapar, marah kerana sayang, marah kerana kasihan.

Marah kerana sayang adalah marah yang terpuji. Marah kerana sayang kepada kawan dan lawan sukar dipraktikkan.

Marah yang paling tinggi martabatnya ialah marah kerana Allah.

Jadi jangan marah-marah . Setiap yang sukar ada hikmahnya. Terima kasih kepada anggota polis di IPD Rembau yang sentiasa memberikan senyuman dan perkhidmatan yang mesra semasa pilihanraya ini yang diketuai oleh Tuan Mizan, Tuan Tajim, Tuan Zahar, SM Khalil, Sjn Meda , Kpl Bahari, pengawal serta lain-lain anggota di IPD Rembau, Balai Polis Pedas dan lain-lain balai.

Kepada petugas-petugas PAS, PKR dan UMNO, berikanlah kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan bertimbang rasalah sesama kita.