RHI

RHI

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

Selasa, 24 Jun 2008

Program Bantuan Makanan Kecemasan N.Sembilan

Pendapatan isi rumah di bawah RM 1,500 sebulan adalah secara rasminya berada dalam kategori keluarga miskin pada ketika ini. Keluarga yang keputusan bekalan makanan asas selama beberapa hari semakin banyak kedengaran sekarang ini bukan sahaja mereka yang tinggal di pedalaman tetapi mereka yang tinggal di kota-kota besar.

Menyedari hakikat ini Pusat Khidmat DUN Paroi yang kerap dikunjungi mereka yang memerlukan bantuan makanan dan angka ini semakin bertambah setiap hari , telah melancarkan Program Bantuan Makanan Kecemasan untuk memberi peluang kepada orang ramai yang berkemampuan untuk membantu golongan mereka yang amat memerlukan bantuan makanan.

Program Bantuan Makanan Kecemasan ini adalah bertujuan untuk memberi segera bantuan makanan kepada keluarga miskin sementara menunggu kelulusan permohonan bantuan dari agensi kerajaan yang lain seperti Baitul Mal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kepada mereka yang prihatin bolehlah menghulurkan sumbangan seperti , Beras , Tepung , Gula , Susu , Biskut , Sardin serta lain-lain bahan makanan asas yang tahan lama dan tidak mudah rosak ke Pusat Khidmat Masyarakat Paroi , No 22 , Jalan Bunga Raya 27 , Taman Tasik Jaya , 70400 Seremban , N.Sembilan atau menghubungi Koordinator Pusat Khidmat Sdr Hassan 019-2171942 , 06-6794609

Sumbangan kewangan juga boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam Msia Bhd (BIMB) Nama akaun : PAS Dun Paroi . No akaun : 05012010063902